Sedap!! Klik gambar di atas!

Sampai bila politik emosi Melayu?

Dalam tahun 1998 dan 1999, pemecatan, penangkapan serta pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim membakar emosi orang-orang Melayu. Akibatnya, kira 65 peratus orang Melayu tidak mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 1999. Nasib baiklah orang-orang Cina dan India tetap setia kepada BN. Jika tidak, mungkin Umno dan BN dah lingkup dan musnah dalam pilihan raya yang turut menyaksikan kekalahan mengejut Lim Kit Siang dan Karpal Singh itu.

Saya pun turut terheret dalam emosi membakar ketika itu. Walaupun saya pada mulanya bertakbir sakan apabila Zaharin Mohd Yassin menyampaikan berita awal bahawa Anwar dipecat, tetapi sikap tidak peduli saya bertukar marah apabila Anwar ditangkap di bawah Akta Keselamayan Dalam Negeri (ISA). Kalau babi sekalipun ditangkap di bawah ISA aku marah. Pantang sungguh aku dengan ISA.

Dalam pilihan raya 2008 lalu, apabila Umno dan BN seakan-akan ditunjukkan batu nisan mereka, Umno dengan bijaknya membakar kembali emosi dan sentimen perkauman Melayu sebaik sahaja selepas pilihan raya itu. Perkembangan terkini sekali lagi menunjukkan politik emosi yang dipergunakan dengan rakus oleh Umno itu berjaya membangangkan sebahagian besar orang-orang Melayu.

Pada masa yang sama, untuk melanjutkan usia politiknya dan mungkin juga untuk mendapatkan projek-projek, Datuk Ibrahim Ali mendapat idea menubuhkan Perkasa. Perkasa dan Umno bagaikan dua strikers yang begitu berjaya membikin overlapping yang merobek-robekkan PAS terutamanya. Tak kiralah walaupun MCA, MIC dan Gerakan gagal berfungsi serta nampak sangat tidak begitu relevan lagi sebagai tonggak pertahanan (nak tergelak baca luahan bongok Pak Pandir politik yang tak reti cari makan sendiri dalam berita Malaysian Insider hari ni bertajuk "MCA rebukes Dr M for interference in Umno-Perkasa fray").

Hebat sungguh politik emosi serta sihir perkauman yang membakar emosi dan menyentuh hati orang-orang Melayu.

Saya tulis ni bila membaca posting Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz bertajuk "Dealing with Perkasa - which is the Umno way?". Saya setuju bila dia kata Ibrahim "has found an emotional niche". Boleh jadi beliau benar apabila berkata para pemimpin Umno "cannot overcome that emotional assault".

Tapi, nak overcome buat apanya?! Bukankan Umno dan Perkasa sedang membikin overlap yang cantik? Boleh jadi Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi relevan untuk survival politik Umno. Tetapi bukankah Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ibrahim sendiri kelihatan begitu berjaya melakukan apa yang tidak pandai dilakukan oleh Najib?

Saya malas la nak mengatakan bahawa sifat-sifat bodoh, bacul dan jahil yang ditulis oleh Ariff itu sebenarnya sedang menjadi pakaian harian Najib. Anak ningrat itu nampak sangat terhambat-hambat ke sana ke mari mencari ketrampilan kepimpinannya yang sampai hari ni pun nampaknya dia tak jumpa-jumpa.

Tetapi kalau pun benar "stupidity, cowardice and ignorance" sudah menjadi darah daging Najib dan sebahagian besar kepimpinan Umno, saya kira Umno tetap tak begitu terjejas. Pertama, Umno ada sentuhan magiknya, makanan asasinya iaitu perkauman. Walaupun Umno semakin kelihatan sangat bodoh dalam soal-soal ekonomi dalam kerakusan menyental apa yang sepatutnya menjadi milik rakyat dan dia juga tak layak buka mulut fasal demokrasi, tetapi Umno nampak jelas semakin cekap, mahir dan pakar dalam membaham makanan asasinya - perkauman. Dan, dia memang nampak sangat dah berjaya sakan dengan panji-panji perkaumannya itu.

Itu pertama. Kedua, bila sebut bab "stupidity, cowardice and ignorance", apa kurangnya sebahagian pemimpin PAS? Saya tak nak la menjadi jahat sangat menyembunyikan kenyataan yang amat nyata itu. Malah yang sebenarnya, persamaan itulah yang menjadi stok politik yang begitu mewah untuk melanjutkan usia status fat cat Umno.

Kita, sebagai rakyat, janganlah nanti makanan yang terhidang. Kita kena buat apa sahaja yang halal di sisi Allah untuk menamatkan kekejaman pemerintahan Umno BN. Jangan lupa, anak cucu kita nak duduk dalam negara ini. Jangan biarkan negara ini terus dirompak oleh parti perasuah yang busuk hingga ke ususnya. Jangan sampai anak cucu kita kencing atas kubur kita kerana tak buat apa sangat untuk menamatkan cengkaman puaka parti itu.

Sudah-sudahlah. Janganlah dibodohkan lagi oleh politik emosi dan sentimen.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Modal UMNO hanya lah Melayu saja..dan Melayu kat dunia ni berapa kerat sangat.Sebab tu kalau buat modal berniaga silap urus perniagaan yang sedemikian bisa bangrap pak sebab modal ciput saja .Nana ada bank mau pecaya kalau nak buat pinjaman.Pokoknya Melayu sikit.Tapi kalau modal UMNo macam PAS ia itu Islam waduh pak Islam tu besar Pak semesta Alam besarnya.Sampai mati pun tak boleh habis modalnya kalau mau buat urus niaga sampai kiamat pun tak boleh habis.Apa yang perlu pada UMNO ialah tukar perjuangan Melayu kepada perjuangan Islam.Ini lah hakikat yang sebenarnya yang harus Melayu terima.UNITED MUSLIM NATIONAL ORGANISATION pinda perlembagaan UMNO dari Kebangsaan kepada Islamic pasti bisa beres Pak.Budak sekolah pun tahu macam mana mau ubat ini UMNO.tapi Pemimpin UMNO yang masih mau kekal dengan oportunis mereka akan terus meliwat ahli mereka agar Mereka terus berkuasa walau pun Umat Melayu terus menderita.Masa depan UMNO Melayu tentukan.Masa depan Melayu Islam tentukan...Tak gi tu Pak bakaq????

  2. Betul, setuju dengan pembidas di atas. Melayu hanya akan selamat jika Islam selamat. UMNO seperti kata penulis buku barry Wain sudah menjadi parti yang diasaskan untuk mencari laba sama ada dalam bentuk pangkat kedudukan mahupn harta kekayaan. dalam kebanyakan kes, kedua-duanya.

    Kembali memacu agenda memartabatkan islam bersama-sama PAS yang tulen berjuang ke arah itu. Sebenarnya dalam parti PAS ramai pejuang yang jujur. kalau tak percaya lihat saja ketika musim pilihanraya. Mereka yang tidak mengira penat lelah dan wang ringgit;berkorban apa saja demi kerana Allah. mereka ini tidak mengharapkan imbuhan malah merekalah yang mengeluarkan wang perbelanjaan dari titik peluh mereka sendiri. Carilah kumpulan ini dan sertai mereka. Ayuh! Kita berjuang, Allahuakbar!!

  3. Antara generasi melayu 50 keatas dan 40 tahun ke bawah pesepsi mereka terhadap perkauman berbeda.tak tau sapa nak untung dengan permainan racist umno ni, pas tak main apa2 isu langsung, adala isu yang hangat tara taik ayam yang mahfuz jadi tukang karut, lainlain naib president tak perform langsung, inilah kesilapan pak2 lebai walak pilih pemimpin...BADWI PAS

  4. survival umno ialah juga survival pocket para pemimpin umno yang tak sudah2 dan tak pernah cukup nak merompak hak rakyat...

  5. Kenapa bila membicarakan masalah dan jenayah umno ke atas negara, bangsa dan agama ..........Pas pula yg di kaitkan sama????

    Hebat sgt kah Pas sehingga menjadi igauan kpd penyokong dan ahli umno???

    Apa yg membuatkan umno begitu takut dgn Pas ........sedangkan umno adalah party melayu terkuat dan telah menguasai pru setiap kaoi di adakan.Belum pernah Pas memenangi pru dan mengambilalih pemerintahan negara dari umno.

    Pelik.....pelik....pelik sgt2

  6. Yang Kaya Bertamabah Kaya,
    Yang Papa Bertamabah Kedana,
    Yang Bengong Bertambah Bangang,
    Yang Buta Bertambah Tuli.

    Perkasa n UMNO apa beza nya..Jwpannya x dak beza pun..
    Dua dua ada psmaan:
    _Kedua dua pemimpin parti ni GILA KUASA DAN HARTA..
    _Balik balik perjuangkan org Melayu..
    _Fahaman agama ISLAM lebih kurang Abu Lahab
    _Nak berkuasa sampai anak cucu cicit..
    _Kurang lebih depa ja yang betui dan berhak ke atas Tanah Melayu ni..
    _Pandai main wayang kulit utk mendapat sokongan..

    Kesian kat penduduk penduduk Malaysia ni yang rata rata kurang berilmu dan kurang kepekaan terhadap ajaran agama Islam yang sebenar..Sekiranya semua orang Melayu di Malaysia ni belajaq sepenuh hati mengenai Islam serta beramal dengan Islam sepenuh jiwa nescaya parti Yahudi APCO ni hanya dianggotai oleh mereka yang ingin ke neraka..

    Sesiapa yang mati didalam semangat perkauman yang menebal, sungguh Nabi Muhammad tidak akan mengaku sebagai umat nya..Setiap kaum yang dijadikan didunia ini sama ada Melayu, Cina, India, Negro, Bangla, etc adalah datangnya dari Allah..Maka sesungguhnya perjuangkanlah AGAMA ISLAM kerana agama Islam adalah agama yang diredhai oleh Allah dan bukannya bangsa ataupun kaum..

    Renung renungkanlah..

  7. apa persamaan pelacur dengan pelakon porno???
    masing-masing x pernah pergi mengundi tanpa berpakaian

    so sebagai pengundi yang lengkap berpakaian, seharusnya lagi bijak memilih siapa yang terbaik menjadi pemimpin.

  8. Melayu ingin di kuasai Oleh UMNO tapi Malangnya Kebendaan dan Nafsu menguasai Umno apabila pemimpin yang bersih bebas dari korrup sudah tiada tempat dalam UMNO maka jadi lah budaya yang menjijikan.Mencari kuasa melalui Perjuangan Bangsa yang sempit berakhir dengan kepusaan Nafsu mencari harta.Bertimbun lah harta di kumpul melalui Rasuah dan penyelewangan.Rompak hak rakyat bila dah berkuasa suatu perjuangan Melayu entah kemana.Tercipta lah sejarah budaya Melayu Moden dalam adat resam Perjuangan UMNO.Berjuang dapat pangkat dan Jawatan dalam parti maka habuannya jawatan dalam Kerajaan dan GLC menjadi matlamat utama .Berkuasalah ia di atas kerusi empok yang berhawa digin berserta dengan Setiausaha yang cantik molek..Bermula lah mengumpul harta dalam lubok mas yang di cita citakan.Rasuah kroni dan seumpamanya menjadi ramuan dalam hidup UMNO.Rakyat terus menderita.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008