Dalam posting bertajuk "RPK is not right too", saya ceritakan bahawa seorang sahabat baik menghantar beberapa pandangan mengenai artikel Raja Petra Kamarudin bertajuk "Is this the best type of leader that PAS can offer?" Saya tak siarkan pandangannya itu.
Sebenarnya bukan pandangan. Tetapi, kecaman yang amat brutal kepada Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan. Saya takut, sebab itulah saya tak siarkan. Bukan saya takut ditumbuk dilepuk oleh Nasrudin dan mereka yang taksub kepada stock-stock yang dipanggil pimpinan di dalam PAS. Saya tidak fikir Nasrudin gila. Tetapi, saya takut dianggap tak berbelas kasihan kepada beliau bila menyiarkan pandangan itu.
Baru-baru ini, saya memberitahu kawan-kawan, termasuk seorang pemimpin PAS, bahawa saya kasihan kepada Nasrudin. Membenci jauh sekali. Saya kasihan kerana saya lihat beliau memang berusaha bersungguh-sungguh untuk menampilkan ciri-ciri kepimpinannya. Malangnya, setiap kali beliau bercakap, yang saya rasa ialah beliau seolah-olah seperti tak puas-puas membunuh kesanggupan saya untuk mempercayakan masa hadapan anak cucu saya kepada pemimpin yang stock-stock macam tu.
Saya berharap Allah s.w.t. akan membantu Nasrudin untuk menampilkan aura kepimpinan yang meyakinkan.
Cukuplah Allah Yang Maha Menyaksikan bahawa saya tidak berbohong dalam dua perenggan di atas.
Dengan perasan yang samalah saya tak nak siarkan email sahabat saya itu dan saya hanya jawab balik email tersebut seperti berikut:
Dalam hal itu, saya berbeza pandangan sama sekali dengan seorang pemimpin politik yang menyatakan adalah bodoh kalau kita berkelahi dengan RPK. Siapa nak berkelahi? Saya sangat menghormati keberanian RPK melawan Umno. Tetapi tak nak bergaduh tak bermakna kita kena jadi pak yet kepada semua pandangan beliau. Berbeza pandangan dengannya tak bermakna nak bergaduh atau berkerat rotan dengan Mamat tu.
Tulisan RPK bertajuk "Is this the best type of leader that PAS can offer?" berpunca dari saranan Nasrudin supaya hudud dilaksanakan di negara ini ketika mengulas pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya. Memanglah, dari segi konteks, ia boleh dipertikaikan. Sebab itulah RPK kata:
Walaupun saya bersimpati kepada Ketua Pemuda PAS, tetapi dengan penilaian setakat yang tersurat sahaja, banyak yang saya setuju dalam tulisan RPK itu. Antaranya ayat-ayat berikut:
Apa menatang pula sistem nilai tu? Saya bagi contoh, sistem nilai saya berteraskan amar ma'ruf nahi munkar. Bercakap yang benar walaupun pahit. Bercakap benar walaupun di hadapan pemerintah yang zalim. Tidak ada batasan untuk bercakap benar walaupun memerlukan kebijaksanaan. Kalau kebetulan itu selaras dengan freedom of speech yang orang Barat atau pro-Barat perjuangkan, itu bukan urusan saya. Urusan saya hanyalah amar ma'ruf nahi munkar.
Dalam sistem nilai saya juga, apabila sesuatu itu diwajibkan oleh Islam, tak kiralah sama ada dinyatakan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran atau dinyatakan oleh Nabi Muhammad s.'a.w.w. di dalam hadith yang tak boleh diragukan lagi kesahihannya, saya patuh dan saya taat semua sekali. Tak ada pilih-pilih.
Soal sama ada orang bukan Islam tak kena dan hanya orang Islam yang kena, peduli apa saya.
Kita baru saja menjalankan kewajipan berpuasa dalam bulan Ramadhan. Untuk senang faham, saya ambil contoh puasa. Oleh kerana hanya orang Islam sahaja yang terpaksa menahan diri dari makan minum serta lain-lain pada siang hari bulan Ramadhan sedangkan yang bukan Islam boleh sedap-sedap mengenyangkan perut mereka, adakah saya nak kata, "is this fair?"
Adakah saya nak tolak kewajipan berpuasa semata-mata kerana orang bukan Islam tak puasa?
Kalau ikut lingo cara kutu saya, hati saya dengan tegas menyatakan, "mampoih pi kat hampa la hampa nak mentedarah berapa pikul pun. Aku orang Islam, aku wajib berpuasa sebab itu yang Allah wajibkan". Period.
Kalau nak sangat adil dan semua orang wajib berpuasa, mai kita pakat-pakat paksa orang-orang bukan Islam memeluk Islam dan lepas tu depa pun kena puasa dan kena ikut semua hukum-hukum Islam macam kita. Siapa tak nak masuk Islam, kita pakat-pakat tampaq muka depa. Nama pun paksa.
Tetapi itu tentulah amat janggal dan buruk kelaku sungguh jika dilakukan oleh orang-orang yang tak henti-henti meratib-ratibkan ayat "Tiada paksaan dalam beragama" (Surah al-Baqarah, ayat 256). Bukan sahaja manusia marah, Allah pun murka.
Begitulah juga, apabila kita tak boleh nak paksa orang bukan Islam memeluk Islam, takkan pula kita nak paksa supaya mereka juga tertakluk kepada hukum-hukum Islam. Hakikat bahawa mereka tidak tertakluk kepada hukum Islam itulah yang lebih adil kepada mereka.
Yang tidak adil ialah apabila kita mempersoalkan kenapa kita saja yang kena dan depa tak kena. Apa adilnya menolak hukum-hukum Islam sedangkan hati kita masih nak jadi Muslim? Apa adilnya tak nak ikut peraturan tentera sedangkan pada masa yang sama tak nak pula keluar dari pasukan tentera?
Bijaksanakah bila kita mempersoalkan mengapa tentera saja yang dipaksa mematuhi undang-undang tertentu sedangkan yang bukan tentera tidak tertakluk kepada undang-undang yang sama? In the first place, why did you join the military? Ada orang paksa ka?
RPK juga kata:
RPK juga tulis:
Saya sebenarnya tak peduli pun kalau orang tolak hukum-hukum Islam, terutama jika mereka tidak beragama Islam. Bodoh sangatlah kalau kita expect yang tidak beragam Islam tidak menolak hukum-hukum Islam. Ikut suka hati mereka la nak terima ka, tak terima ka. Peduli apa aku.
Yang saya sakit hati ialah kata-kata penghinaan termasuk dalam komen-komen di bawah tulisan-tulisan RPK - "Is this the best type of leader that PAS can offer?", "Thick in the head" dan "Freedom to oppose as long as you agree with me". Kalau mereka kata tak ada siapa pun berhak memaksa mereka mematuhi undang-undang Allah, apa pula hak mereka mencerca apa yang kita yakini dan beriman dengannya?
Nak tolak ka, nak apa ka, ikut suka hampa la. Tapi jangan menghina dengan perkataan seperti primitif seperti yang digunakan oleh Karpal Singh (lihat posting saya "Adakah Karpal dan kurang ajar berpisah tiada?" dan "Kenapa Zaid tak tegur Karpal's heinous attempt to police our right?"). Kurang ajaq tu!
Kalau Karpal kata undang-undang Islam primitif, saya pun boleh kata Christianity is intrinsic to common law. Tetapi, kalau saya kata common law is actually biblical law and therefore primitive, tentulah ramai yang akan menyalak dan mungkin saya akan masuk lokap lagi sebab saya bukan Namewee yang boleh buat apa saja untuk berlakon dengan Perkasa.
Satu lagi yang saya marah ialah ialah kecenderungan nak jadi bengis tak tentu hala apabila perkara-perkara berkaitan dengan hukum Allah disebut. Hampa tak nak, hampa punya pasal la. Tetapi sampai orang nak berusaha didik masyarakat mengenai hukum Islam pun tak boleh, tu yang aku sakit hati tu. Tak boleh langsung nak sebut fasal undang-undang Islam, terus menggelejat dan menjerkah tak tentu hala.
Perangai tak ubah macam perangai Umno. Allergic sangat dengan Islam. Dulu-dulu, dalam tahun 70an dulu, pemimpin-pemimpin Umno sedap-sedap mulut mendakwa Islam tak boleh campur dengan politik. Islam terpisah dari politik. Bila orang berceramah sana-sini dan membuktikan bahawa Islam tidak boleh dipisahkan dari politik, mereka hentikan cakap merapu itu. Tidak diketahui adakah mereka menghentikan cakap merapu itu sebab mereka boleh terima Islam tidak boleh dipisahkan dari politik atau mereka tak nak kelihatan bangang dan bongok.
Umno juga mendakwa negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan. Pada 20 April 1983, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan. Macamlah negara ni tak dihuru-harakan Umno dalam keadaan undang-undang Islam tak dilaksanakan.
Pemimpin Umno yang tak seberani Najib pula mendakwa undang-undang Islam tak boleh dilaksanakan sebab negara ini berbilang kaum. Kita yang mahukan undang-undang Islam ini diingatkan supaya mengambilkira kewujudan mereka, kewujudan masyarakat yang tak sama kepercayaan dengan kita.
Kalau saya nak pakai line of argument yang sama, saya pun boleh tanya, kami ja yang nak kena ambilkira kewujudan mereka? Depa pulak tak perlu ambilkira langsung kewujudan dan hak beragama kami?
Sebenarnya, kami yang mahukan undang-undang Islam ni ni tiap-tiap hari dok beralah kerana mengambilkira kewujudan mereka yang benci sangat atau sekurang-kurangnya tidak boleh menerima undang-undang Islam. Sebab itulah saya tak minta lebih-lebih jika Umno berjaya kita hambat dari tampuk kekuasaan. Walaupun perlaksanaan hukum-hukum Allah adalah cita-cita muktamad saya yang tak pernah padam, tetapi mengambilkira masyarakat berbilang kaum, saya hanya meminta institutional reforms sahaja.
(Nota: Saya bukan ahli PAS. Saya menulis sebagai orang Islam)
Bacaan menarik:
Statistical miracle in Quran

"...one track minded is worst than wrong. But unfortunately, RPK is not right too".Memang, ada pandangan Raja Petra Kamarudin (RPK) yang saya setuju. Ada yang tidak.
Dalam hal itu, saya berbeza pandangan sama sekali dengan seorang pemimpin politik yang menyatakan adalah bodoh kalau kita berkelahi dengan RPK. Siapa nak berkelahi? Saya sangat menghormati keberanian RPK melawan Umno. Tetapi tak nak bergaduh tak bermakna kita kena jadi pak yet kepada semua pandangan beliau. Berbeza pandangan dengannya tak bermakna nak bergaduh atau berkerat rotan dengan Mamat tu.
Tulisan RPK bertajuk "Is this the best type of leader that PAS can offer?" berpunca dari saranan Nasrudin supaya hudud dilaksanakan di negara ini ketika mengulas pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya. Memanglah, dari segi konteks, ia boleh dipertikaikan. Sebab itulah RPK kata:
If this is true then why quote the example of the murder of Datuk Sosilawati Lawiya? This woman was allegedly killed by Indian Hindus, not by Malay Muslims. And since Hudud applies only to Muslims then it does not matter whether Malaysia does or does not implement these Islamic laws. It would not have deterred these Indian Hindus from killing Datuk Sosilawati Lawiya because they would have been exempted from these laws anyway.Saya tak nak kata apa-apa bab "tak masuk stesyen" ni (di kalangan gang-gang saya, kalau ada Mamat yang tiba-tiba menyampuk perbualan dengan komen yang langsung tak berkaitan dengan subjek yang kami dok bersembang, itu kami sifatkan "tak masuk stesyen". Memang ramai jenis-jenis yang tak berapa kenal mana satu stesyen bas, mana satu stesyen keretapi dan mana satu lapangan terbang atau pelabuhan).
Walaupun saya bersimpati kepada Ketua Pemuda PAS, tetapi dengan penilaian setakat yang tersurat sahaja, banyak yang saya setuju dalam tulisan RPK itu. Antaranya ayat-ayat berikut:
1. Is this the best type of leader that PAS can offer?Tetapi ada juga yang saya tak setuju. Antaranya bila RPK tulis:
2. The issue is the quality of the PAS Youth leader’s argument. And if this is the best that PAS can offer in terms of leadership then I do not have much hope for this party.
3. The failure of the present system is because the so-called Muslims managing the system are corrupt to the core.
4. You mean to say that every single PAS leader and member is above corruption? Come on! Some PAS people are also corrupt.
5. But if Muslim judges, police officers, MACC investigators, lawyers and public prosecutors can be bribed to rig cases then no system in the world will work.
6. Justice, which is supposed to be the foundation of Islam, can only be achieved when Muslims can understand what the word justice means. Currently they do not. Muslims talk about justice. But there is no justice in their hearts. Their hearts are black with injustice.
This is where the problem lies.
Is this fair? Non-Muslims can commit serious crimes and get exemption from Islamic laws. Muslims who commit serious crimes get punished under Islamic laws. So Muslims who commit murder get dragged into the public square after Friday prayers and get beheaded. Non-Muslims relax in jail.Saya tak peduli apa value system yang dipakai oleh RPK. Saya hanya nak bercakap berdasarkan value system atau sistem nilai saya ja.
Apa menatang pula sistem nilai tu? Saya bagi contoh, sistem nilai saya berteraskan amar ma'ruf nahi munkar. Bercakap yang benar walaupun pahit. Bercakap benar walaupun di hadapan pemerintah yang zalim. Tidak ada batasan untuk bercakap benar walaupun memerlukan kebijaksanaan. Kalau kebetulan itu selaras dengan freedom of speech yang orang Barat atau pro-Barat perjuangkan, itu bukan urusan saya. Urusan saya hanyalah amar ma'ruf nahi munkar.
Dalam sistem nilai saya juga, apabila sesuatu itu diwajibkan oleh Islam, tak kiralah sama ada dinyatakan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran atau dinyatakan oleh Nabi Muhammad s.'a.w.w. di dalam hadith yang tak boleh diragukan lagi kesahihannya, saya patuh dan saya taat semua sekali. Tak ada pilih-pilih.
Soal sama ada orang bukan Islam tak kena dan hanya orang Islam yang kena, peduli apa saya.
Kita baru saja menjalankan kewajipan berpuasa dalam bulan Ramadhan. Untuk senang faham, saya ambil contoh puasa. Oleh kerana hanya orang Islam sahaja yang terpaksa menahan diri dari makan minum serta lain-lain pada siang hari bulan Ramadhan sedangkan yang bukan Islam boleh sedap-sedap mengenyangkan perut mereka, adakah saya nak kata, "is this fair?"
Adakah saya nak tolak kewajipan berpuasa semata-mata kerana orang bukan Islam tak puasa?
Kalau ikut lingo cara kutu saya, hati saya dengan tegas menyatakan, "mampoih pi kat hampa la hampa nak mentedarah berapa pikul pun. Aku orang Islam, aku wajib berpuasa sebab itu yang Allah wajibkan". Period.
Kalau nak sangat adil dan semua orang wajib berpuasa, mai kita pakat-pakat paksa orang-orang bukan Islam memeluk Islam dan lepas tu depa pun kena puasa dan kena ikut semua hukum-hukum Islam macam kita. Siapa tak nak masuk Islam, kita pakat-pakat tampaq muka depa. Nama pun paksa.
Tetapi itu tentulah amat janggal dan buruk kelaku sungguh jika dilakukan oleh orang-orang yang tak henti-henti meratib-ratibkan ayat "Tiada paksaan dalam beragama" (Surah al-Baqarah, ayat 256). Bukan sahaja manusia marah, Allah pun murka.
Begitulah juga, apabila kita tak boleh nak paksa orang bukan Islam memeluk Islam, takkan pula kita nak paksa supaya mereka juga tertakluk kepada hukum-hukum Islam. Hakikat bahawa mereka tidak tertakluk kepada hukum Islam itulah yang lebih adil kepada mereka.
Yang tidak adil ialah apabila kita mempersoalkan kenapa kita saja yang kena dan depa tak kena. Apa adilnya menolak hukum-hukum Islam sedangkan hati kita masih nak jadi Muslim? Apa adilnya tak nak ikut peraturan tentera sedangkan pada masa yang sama tak nak pula keluar dari pasukan tentera?
Bijaksanakah bila kita mempersoalkan mengapa tentera saja yang dipaksa mematuhi undang-undang tertentu sedangkan yang bukan tentera tidak tertakluk kepada undang-undang yang sama? In the first place, why did you join the military? Ada orang paksa ka?
RPK juga kata:
So, if I get arrested and charged for murder, all I need to do is to tell the court that I had in fact renounced Islam a long time ago and then I escape punishment under Hudud. Or will I instead get charged for apostasy and get put to death for leaving Islam? So, I escape the punishment for murder under Hudud but I still die for apostasy.Saya tak fikir RPK nak buat gitu. Memberi contoh tak bermakna dia nak buat gitu. Tetapi, macam saya juga, RPK tidaklah mahir dalam hukum-hukum Islam apabila berkata "I still die for apostasy". Kalau RPK ada baca posting ini dan kalau dia nak, dia bolehlah baca posting Ustaz Wan Ji Wan Hussin bertajuk "Tiada paksaan dalam beragama!! - Jom berwacana".
RPK juga tulis:
Nasrudin Hassan, please study history. Once upon a time the western world also implemented God’s law. But the church was so corrupt that injustice prevailed. The church eliminated the enemies of the many kings of Europe by using God’s laws as the weapon. Innocent people suffered because they opposed the church and/or the kings. In the name of God religious people killed those who did not kowtow to the powers-that-be.Bagi saya, pandangan RPK itu tidak semestinya muktamad. Ramai juga orang yang memodelkan pemerintahan Khalifah 'Umar 'Abdul 'Aziz sebagai contoh pemerintahan yang adil. Dan, penulis-penulis sejarah menceritakan pemerintahan beliau berteraskan sistem dan ajaran Islam.
Saya sebenarnya tak peduli pun kalau orang tolak hukum-hukum Islam, terutama jika mereka tidak beragama Islam. Bodoh sangatlah kalau kita expect yang tidak beragam Islam tidak menolak hukum-hukum Islam. Ikut suka hati mereka la nak terima ka, tak terima ka. Peduli apa aku.
Yang saya sakit hati ialah kata-kata penghinaan termasuk dalam komen-komen di bawah tulisan-tulisan RPK - "Is this the best type of leader that PAS can offer?", "Thick in the head" dan "Freedom to oppose as long as you agree with me". Kalau mereka kata tak ada siapa pun berhak memaksa mereka mematuhi undang-undang Allah, apa pula hak mereka mencerca apa yang kita yakini dan beriman dengannya?
Nak tolak ka, nak apa ka, ikut suka hampa la. Tapi jangan menghina dengan perkataan seperti primitif seperti yang digunakan oleh Karpal Singh (lihat posting saya "Adakah Karpal dan kurang ajar berpisah tiada?" dan "Kenapa Zaid tak tegur Karpal's heinous attempt to police our right?"). Kurang ajaq tu!
Kalau Karpal kata undang-undang Islam primitif, saya pun boleh kata Christianity is intrinsic to common law. Tetapi, kalau saya kata common law is actually biblical law and therefore primitive, tentulah ramai yang akan menyalak dan mungkin saya akan masuk lokap lagi sebab saya bukan Namewee yang boleh buat apa saja untuk berlakon dengan Perkasa.
Satu lagi yang saya marah ialah ialah kecenderungan nak jadi bengis tak tentu hala apabila perkara-perkara berkaitan dengan hukum Allah disebut. Hampa tak nak, hampa punya pasal la. Tetapi sampai orang nak berusaha didik masyarakat mengenai hukum Islam pun tak boleh, tu yang aku sakit hati tu. Tak boleh langsung nak sebut fasal undang-undang Islam, terus menggelejat dan menjerkah tak tentu hala.
Perangai tak ubah macam perangai Umno. Allergic sangat dengan Islam. Dulu-dulu, dalam tahun 70an dulu, pemimpin-pemimpin Umno sedap-sedap mulut mendakwa Islam tak boleh campur dengan politik. Islam terpisah dari politik. Bila orang berceramah sana-sini dan membuktikan bahawa Islam tidak boleh dipisahkan dari politik, mereka hentikan cakap merapu itu. Tidak diketahui adakah mereka menghentikan cakap merapu itu sebab mereka boleh terima Islam tidak boleh dipisahkan dari politik atau mereka tak nak kelihatan bangang dan bongok.
Umno juga mendakwa negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan. Pada 20 April 1983, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan. Macamlah negara ni tak dihuru-harakan Umno dalam keadaan undang-undang Islam tak dilaksanakan.
Pemimpin Umno yang tak seberani Najib pula mendakwa undang-undang Islam tak boleh dilaksanakan sebab negara ini berbilang kaum. Kita yang mahukan undang-undang Islam ini diingatkan supaya mengambilkira kewujudan mereka, kewujudan masyarakat yang tak sama kepercayaan dengan kita.
Kalau saya nak pakai line of argument yang sama, saya pun boleh tanya, kami ja yang nak kena ambilkira kewujudan mereka? Depa pulak tak perlu ambilkira langsung kewujudan dan hak beragama kami?
Sebenarnya, kami yang mahukan undang-undang Islam ni ni tiap-tiap hari dok beralah kerana mengambilkira kewujudan mereka yang benci sangat atau sekurang-kurangnya tidak boleh menerima undang-undang Islam. Sebab itulah saya tak minta lebih-lebih jika Umno berjaya kita hambat dari tampuk kekuasaan. Walaupun perlaksanaan hukum-hukum Allah adalah cita-cita muktamad saya yang tak pernah padam, tetapi mengambilkira masyarakat berbilang kaum, saya hanya meminta institutional reforms sahaja.
(Nota: Saya bukan ahli PAS. Saya menulis sebagai orang Islam)
Bacaan menarik:
Statistical miracle in Quran

Cantik? Klik 

salam..
kawe ahli PAS...
kawe komen setuju dgn bakaq...
muslim , islam , beriman, bertaqwa.....
kira la ni macam zam Jahilliah balik le yee!!
salam,
Telah dijangka Inilah kekeliruan yg akan timbul bila kita menjual konsep negara Islam tanpa dalil atau petunjuk malah istilah hudud diguna sebagai cemeti bagi meyakinkan semua ini....tidak ada takrif negara Islam namun saya bersedia mana-mana pendapat yg berdalil quran atau sunnah tentang hal ini namun ramai yg ingin bercakap dan melaung-laung bab negara Islam tapi tidak memahami akan kehendak Allah serta sunnah Nabi saw.
Tidak keterlaluan jika aqidah RPK dipersoalkan kerana nyata dia berhujah mengguna 'common law thru common sense'.Membangkang itu elok tapi jika membangkang tanpa ilmu itu dipanggil jahil.Syariat Islam RPK hendak samakan dgn the common biblical law?Adakah RPK cuba nak gambarkan Islam ini terpencil dan muslim itu tak cerdik?Yang jelas termaktub ialah bagi kafir zimmi yg tinggal dibawah pemerintah Islam harus membayar jizyah iaitu upah menjaga keselamatan serta mentadbir mereka dan mereka juga tertakluk kepada sistem perundangan Islam.RPK petik syariat mana yg kata non-muslim terlepas dari perundangan Islam?
Sistem perundangan Islam dijalankan atas KAEDAH YG SISTEMATIK BERMATLAMATKAN ADIL dan bukan hukuman.Nabi saw tlh menunjukkan kepelbagaian dlm kaedah menjatuh hukum...saya boleh katakan segala huraian RPK itu semata-mata mengikut pandangannya yg jahil tentang Islam.Dan inilah juga hasil dari falsafah kebebasan bersuara dia.
Lagi pun yg dikatakan biblical law itu pun kebanyakannya tdk mengikut 'the written biblical law' yg sebenar.Ia hanyalah perundangan mengikut kacamata mereka dgn mengambilkira ia bersesuaian dgn kehidupan hidup mereka.Dan sistem ini yg mereka anggap adalah adil?.
Adakah jika kita mengguna istilah 'perubatan Islam' itu bermakna kaedah perubatan lain tidak Islam?Tapi yg pasti ia menarik perhatian kerana diistilahkan Islam.hmmmm.....makanan Islam,pakaian Islam,orang Islam!!!!!!!!
Kaedah dan matlamat itu adalah dua perkara yg beza.......
Pak Bakaq..
Apa perlunya nota kaki tuu..
Panjang lebar ZBA punye komen sampai dia terlepas pandang akan banyak ayat Al Qur'an, Hadis dan pendapat ulama'2 ........
Senang cerita rujuk lah Al Qur'an dan hadis serta pandangan2 ulama'2 dahulu dan sekarang....lebih2 lagi sirah rasul saw semasa mentadbir negara islam Madinah.
Bagaimana perlaksanaan hukum di zaman Baginda saw terhadap org Islam dan bukan Islam.....apakah pernah Rasul saw memaksa org2 bukan Islam mengamalkan undang2 islam.
Anon 7.59
1.Dalil kafir zimmi tertakluk dalam syariah Islam terkandung dlm Piagam Madinah;
i. fasal 23; Apabila kamu berselisih dalam apa perkara sekalipun maka rujukannya ialah kepada Allah dan Muhammad. Begitu juga dalam fasal 42.
ii. Fasal 24, 36. Mempertahankan Madinah merupakan tanggungjawab semua penduduk dan mereka yang tinggal dibuminya.
2. Dalam Piagam Madinah tiada istilah "negara Islam " digunakan tetapi hanya syariat Islam yg dikonstitutkan.
3. Penekanan 'kaedah' banyak dianjurkan dan dilaksanakan dlm menjalankan rukun sembahyang,haji serta zakat......cari dan semak.
Jika hanya berkata 'terlepas pandang dalam al quran hadis....' itu tak payah la.......terjadinya hukum bila turunnya dalil...
kemukakan dalil nya?jangan lah sekadar sebut terdapat dlm quran dan hadis.....apa dalil nya?hadis mana?ayat mana?
Jika dalil diatas salah dan ada dalil yg lebih kukuh kemukakan dalil lain supaya saya boleh membuat pembetulan untuk diri saya ini,janganlah sekadar kata 'orang salah' dan bila ditanya kenapa org tu salah dijawabnya 'sebab dia salah'....Allah turun syariat pun ada dalil ini kan pula anda yg berhujah....
Malah tiada juga terdapat hadis yg mengatakan Aisyah ra mengubati Rasullullah menguna perubatan Islam tetapi yg sahih beliau belajar ilmu perubatan dari mereka-mereka yg dtg dari pelbagai tempat merubat Nabi saw(rujuk riwayat bukhari)...
Saya pun sama Pak Bakaq...saya kemukan hujah saya sebagai seorang Islam beralaskan dalil sunnah Rasul.Memartabatkan kesucian agama ialah dgn ilmu bukan dgn 'assumption'.
wassalam
Tak minat nak komen pasal RPK cuma dalam sistem demokrasi adalah menjadi ciri penting falsafah "agree not to agree".Agaknya dasar inilah yang diguna-pakai oleh RPK.Teringat ketika Tantawi ni dilantik jadi Ketua Pemuda PAS,tak ramai yang memberikan komen baik untuk beliau.Nampaknya komen-komen yang tidak memberangsangkan tu ada betulnya satelah hampir 3 tahun memimpin Pemuda PAS apatah lagi setiap kali beliau membuka mulut,ada saja yang tak kena.Agaknya sudah sampai masanya Pemuda PAS menilai "khidmat" yang telah atau belum dibuat oleh Tantawi.Masaalah ini tidak wajar berlarutan.It has to stop somewhere.
setuju ngan pak bakaq kata2 ni memang tepat
"kami ja yang nak kena ambilkira kewujudan mereka? Depa pulak tak perlu ambilkira langsung kewujudan dan hak beragama kami?"
dengan sikap macam ni seolah2 menganggap orang yang cuba berpegang kepada islam ni kurang manusia (less human) daripada depa, bila nak beragama terus dihukum dengan macam2 gelaran dan tuduhan seolah2 tidak berfikiran, perasaan dan tiada hak2 kemanusiaan
sedangkan itulah yang depa selalu melaung2kan
depa selalu mengaku rasional dan lebih bertamadun tetapi hakikatnya/REALitinya depa pun manusia biasa penuh emosi
ZBA........hehehehehe
fasal 23: Apabila kamu berselisih dlm apa perkara sekali pun maka rujukkan nye ialah Allah dan Rasul saw.
Fasal ini juga berkuat kuasa hingga hari kiamat kpd setiap umat islam.Kenapa umngok tak mau rujuk Allah dan Rasul saw dlm hal2 yg di pertikaikan dgn Pas.Sudah berpuluh kali Pas mengajak umngok bermuzakarah....berbincang......berdebat dan sebagai nye.
Sudah puluhan tahun tawaran ini di buat secara terang2ang dan secara sulit....namun umngok tetap angkuh tambahan pula ketika ia kuat dan berkuasa.Malah dgn angkuh dan takbur nye umngok menggunakan kuasa dan pasukan keselamatn utk menangkap....memenjarakan pemimpin Pas di bawah akta ISA............malah sehingga sanggup membunuh jiwa pemimpin dan ahli Pas tanpa hak.............serta melindungi pelaku nye.
Apabila mereka lemah baru mereka mahu menyahut seruan pas namun membataskan dlm hal2 tertentu shj.....masih enggan mengambil Allah dan Rasul saw dlm seluruh segi kehidupan.Malah umngok sanggup bersekongkol dgn yahudi zionis dlm memerangi Islam.
Sendiri mau ingat lah.
Sejak bila dalam sejarah islam hudud applicable to Muslims aje. Ni dakyah NIK Aziz nak dapat political buy in. Rpk is right. Sooner or later orang islam Akan terfikir mcm rpk. People will start questioning on justice and fairness.
Sharia is only applicable to Muslims.
Refer to Human Rights from an Islamic Worldview: An outline of Hudud, Ta'zir & Qisas (http://www.islamawareness.net/Shariah/sh_article002.html)
anon 10........mana hujjah dan bukti nye...........hehehehehe
main sedap ye hang buat fitnah kat Islam......
masa zaman nabi di Madinah dulu pernah ke nabi paksa org bukan islam berhukum dgn hukum huddud..........????
belajar le sirah dan sejarah Islam dulu.........
good one , pak bakaq ....
kita semua tau melayu/Islam kita yang paling bagi kesian kat orang
cina , india , kafir kalau dema berkuasa - dema akan bagi can ??
minta maaf satu sen pun tak ...
kita kena rembat penjualan spare part kereta misalan , cina nak bagi ? NO !!
so tarak pasai nak angguk-angguk gitu ...
tapi masalah kita hero kita mcm nash(pas) @ perkasa(m) ...
Kalau dibandingkan dengan pandangan aku dulu, aku sekarang lebih lembut dengan Pas. Aku suka kalau betul Pas nak menegakkan keadilan dan pada masa yang sama memperkuatkan orang Islam dan orang Melayu yang majoritinya orang Islam.
Cuba baca teks Perlembagaan Madinah.
http://www.constitution.org/cons/medina/macharter.htm
Tengok poin2 ini:
5. In case of war with anybody all parties other than Muslims will redeem their prisoners with kindness and justice according to practice among Believers and not in accordance with pre-Islamic notions. (Tengok ditekankan bukan mengikut konsep sebelum Islam)
13. No Believer will help an un-Believer against a Believer.
28. When you differ on anything (regarding this Document) the matter shall be referred to Allah and Muhammad (may Allah bless him and grant him peace).
30. The Jews of Bani Awf will be treated as one community with the Believers. The Jews have their religion. This will also apply to their freedmen. The exception will be those who act unjustly and sinfully. By so doing they wrong themselves and their families. (Lihat ada perkataan exception dan perlu diingat ini terpakai kepada Yahudi, salah satu daripada agama Samawi yang disebut dalam Quran)
Aku tak rasa Pas akan dapat menjalankan hukum hudud dengan sebaik-baiknya tanpa pemahaman yang sebenar. Kita tidak hidup zaman Rasullullah, kita tak tahu bagaimana sebenarnya pelaksanaan dan apa yang sebenarnya Rasullullah mahu.
Sebab tu salah seorang sarjana Islam, Tariq Ramadan (ada juga pandangan dia yang aku tak setuju) meminta supaya hukuman Hudud tidak dilaksanakan http://www.tariqramadan.com/An-International-call-for.html.
Kalau sesuatu benda itu sudah jelas, mengapa terdapat perselisihan pendapat?
Antara perintah Allah dan Rasul saw dgn pandangan manusia ...........yg manakah paling betul dan sesuai........???
Hanye manusia yg taksub dgn makhluk dan ilmu dan kedudukan yg di miliki oleh makhluk shj yg menyangka manusia di zaman ini lebih betul dan cerdik.
Hakikat nye kita mengulangi keangkuhan manusia dan tamadun dahulu yg jauh lebih hebat dari kita.Akhir nye di binasakan oleh Allah swt.Sedar lah dari lamunan dan keangkuhan.Apa yg telah di turunkan oleh Allah swt kpd manusia telah sempurna.
Saya ahli PAS, sudah tentu saya menyokong semua yang diperjuangkan oleh PAS.
Dalam hal Us Nasrudin, 100% saya setuju dengan pendapat Bakaq, dah lama saya ikuti pandangan-pandangan yang beliau cuba berikan dalam kontek isu semasa tapi ternyata masih jauh tahap kematangan dalam kontek politik Malaysia.
Dalam pemilihan akan datang minta dia beri peluang orang lain dulu.
salam pak bakaq,
pertama kali saya komen di blog ni.
saya bukanlah anti-hadis tetapi tidak mempercayai hadis. kalaulah hadis boleh dijadikan sumber rujukan, bagaimana pula dengan hadis(saya tidak tahu perawinya) yang berbunyi:
"Janganlah kamu tulis daripadaku selain al-Quran, dan barangsiapa telah tulis daripadaku selain al-Quran maka hendaklah ia hapuskannya."
Surah Tahaa ayat 2 (20:2) maksudnya:
"Kami tidak menurunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah."
berdasarkan ayat di atas, saya yakin bahawa Allah hanya menyeru manusia hanya berpandukan al-Quran sahaja. Mana-mana sumber ilmu yg bertentangan dgn isi kandungan Al-Quran mestilah tidak diambil pakai.
ada pihak mengatakan bahawa al-Quran itu ialah teori manakala hadis ialah praktikal. Ianya sangat bertentangan dgn firman Allah, 4:82-
" Maka apakah mereka tidak mengkaji al-Quran? Jika Al-Quran itu bukan dari Allah, mereka akan dapati banyak pertentangan di dalamnya."
saya sedia menerima sebarang kritikan dari mana2 pihak kerana saya telah mendapati bahawa terdapat dua faktor yang mendorong kepercayaan seseorang iaitu:
1-Percaya kerana takut atau telah ditakut-takutkan(kekal dengan kepercayaannya)
2-Percaya kerana mengkaji( mencari fakta/bukti tanpa perasaan emosi).
inilah punca utama kenapa umat Islam berpecah belah terutamanya di Malaysia. Kalaulah undang2 hudud mengikut hadis2 yang dikatakan sumber rujukan ke-2 umat Islam, dapat memberikan keadilan, mengapa 10 negara(negara sekular) yg paling aman di dunia tidak melaksanakan undang2 hudud.
sebagai contoh, New Zealand tidak melaksanakan undang2 hudud ttp jenayah di sana boleh dikatakan zero. hadis2 merupakan punca utama berlakunya penyelewengan ajaran Islam paling dahsyat dalam sejarah manusia. Jika hadis benar bagaimana boleh wujudnya pelbagai mazhab.
Islam ialah agama yang tidak menyekutukan Allah tetapi kenapa setiap hari kita menyembah Kaabah yang diperbuat dari batu buatan ITALY. Firman Allah 6:22-24:
"Dan(ingatlah), hari yang di waktu itu Kami menghimpun mereka semuanya kemudian Kami berkata kepada orang2 musyrik: 'Di manakah sembahan-sembahan kamu yang dahulu kamu katakan (sekutu-sekutu Kami)'
Kemudian tiadalah fitnah mereka, kecuali mengatakan: 'Demi Allah, Tuhan kami, tiadalah kami mempersekutukan Allah'.
Lihatlah, bagaimana mereka telah berdusta terhadap diri mereka sendiri dan hilanglah daripada mereka sembahan-sembahan yang dahulu mereka ADA-ADAKAN.
harap pak bakaq berani menyiarkan komen saya.
-saniyusuf@gmail.com-
Encik Sani
1. Ayat Quran ada sebab turun ayat atau asbabun-nuzul. Hadith juga ada sebab dinyatakan sesuatu hadith atau asbabul-wurud. Saya tak tau sebab dinyatakan hadith yang Encik Sani quote itu. Saya tak tau dan oleh sebab itu saya tak boleh kata apa2.
2. Kalau "10 negara(negara sekular) yg paling aman di dunia tidak melaksanakan undang2 hudud", adakah 10 negara yang paling banyak jenayah melaksanakan hudud?
3. Saya tidak sembah batu dari Italy. Saya sembah Allah. Menyelaraskan arah bersolat (Allah ada di mana2 sebab Allah does nat take time and space) bukan bermakna kita menyembah batu dari Italy.
Kalau Allah tak selaraskan arah bersolat, tidak mustahil Allah dituduh tak reti menyelaraskan arah solat dan membiarkan hamba2-Nya lintang pukang mengadap sana sini ketika bersolat.
Kalau memang dah jenis nak cari pasal, buat apa pun tak kena sebab memang jenis nak cari pasal.
Bab batu dari Itali ni, saya malas nak berbincang tentang perkara yang tidak perlu diperbincangkan dan sengaja diada-adakan. Mememtik ayat-ayat al-Quran dan menggunakan kalimah yang baik untuk tujuan yang tidak baik bukan minat saya.
Saya juga boleh mereka-reka sebanyak-banyak alasan untuk tidak bersolat. Kalau dah memang jenis nak membantah atau gian sangat nak berbantah2, buatla apa saja - buatlah macam puak yang banyak songe yg diceritakan dalam surah al-Baqarah. Kalau memang itu yang jadi hobi, buatlah!
Tetapi, yang lebih penting bagi saya ialah kita bukan sahaja tidak mahu sembah batu dari Italy, kita juga tak mahu sembah otak, sangkaan dan diri kita sendiri. Antara penyakit yang paling kronik ialah merasa jakun sangat kepada otak, sangkaan, dan diri sendiri - mempertuhankan otak, sangkaan dan diri sendiri. Perasan bagus sangat.
Mula-mula perasan bagus sangat. Akhirnya kelaku yang perasan bagus sangat itu yang dipertuhankan. Mempertuhankan kelaku sendiri yang perasan bagus sangat.
Sani.........
Tak pernah jumpa ke Nas dari Al Qur'an yg menyatakan Rasul saw itu sebaik2 contoh.........????
Tubuh Rasul itu lah yg di maksudkan sebagai contoh terbaik bermula dari kata2 nabi.....perbuatan nabi....marah nabi....suka nabi....diam nabi.....dan senagai nye yg terbit dari junjungan rasul saw...
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih..........
Bagaimana dgn kewajipan beriman dgn Rasul.....????
Beriman dgn rasul itu termasuk yakin dan percaya setiap perbuatan dan kata2 Rasul saw itu sebagai contoh tauladan yg terbaik....
Tiada seorang pun org beriman yg "tahu" yg menyembah kaabah.........mereka menghadapkan wajah ke arah kaabah utk bersolat.....bukan nye menyembah kaabah.
Punca umat islam berpecah telah di jelaskan melaui nas .........dgn menyatakan perkara pertama yg menyebabkan nye ialah apabila hukum di pinda.
salam saudara Islam,
Apalah kita nak berhujah dengan orang yang mempertikaikan Rasullullah dan agama Islam sendiri?Kebarangkalian hamba Allah ini ialah BOO SA NI........kalau dah dia tak percaya Rasul tak payah la ambil Islam jadi agama.Maka tak payah la dia nak persoal secara terbuka akan agama kita.
Dah tentu tentu dia tak percaya jadi tak payah la buang masa nak terang kesahihan agama kat dia.Kalaulah dia ni Islam bagai disangka..moga moga Allah beri dia taufik dan hidayah.
Itu saja yang mampu kita buat
wassalam
Setuju dgn ZBA...
tak perlu buang masa dgn org yg dah declare dia tak nak ikut rasul saw tu......
dah terang dan jelas di mana kedudukan nye.....
Akhirnya terbaca pandangan ustaz yang menyokong Pas sendiri.
http://g-82.blogspot.com/2010/09/hudud-islamic-human-right-komen.html
Jika diandaikan tertubuh sebuah negara Islam, undang-undang islam [hudud, qisas dan ta’zir] yang digezet, tidak sekadar terlaksana kepada orang islam sahaja, malahan terlaksana juga terhadap orang bukan islam. Adapun dalam perkara yang melibatkan kepada keagamaan mereka, seperti nikah kahwin, cerai talaq dan sebagainya, sama sekali kerajaan islam tidak boleh masuk campur dalam hal itu.