Sedap!! Klik gambar di atas!

PR juga dah mula nak busuk hingga ke ususnya

Sebelum pilihan raya umum 8/3/08, saya diberitahu ramai yang tak sanggup nak jadi calon PKR dalam pilihan raya umum itu. Akhirnya berudu, katak dan entah apa-apa lagi semuanya dikarau oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dijadikan calon parti pimpinannya itu.

Semalam, dah ada laporan puak-puak PKR dah mula main baling-baling kerusi sesama sendiri. Fuiyo!! Barangkali depa dah mula nampak benda nak berebut. Dalam berita bertajuk "'Ada aduan jual nama Anwar, Azizah'", Malaysiakini semalam melaporkan:
Berlaku insiden baling kerusi semasa proses pencalonan di sebuah cabang di Perlis.
Saya mengaku bahawa saya mahu melihat Pakatan Rakyat (PR) kuat sebab saya ingin mengajak rakyat ramai-ramai menuntut institutional reforms jika PR boleh mengheret Umno Barisan Nasional (BN) keluar dari puncak kuasa. Saya ingin menghasut rakyat ramai-ramai bangkit menuntut institutional reforms dari PR. Saya ingin melihat rakyat menjadi raja yang berakal dan tak bodoh - boleh buang dan hambat mana-mana parti pemerintah yang kurang ajaq.

Perkara itu hanya boleh dilakukan apabila badan pelaksana demokrasi tidak dijadikan anjing atau babi yang dipecacaikan oleh parti yang pegang kuasa.

Walaupun, atas dasar tanggungjawab sebagai seorang Islam saya memang menyokong Fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaan PAS (takat tu ja, pemimpin PAS ramai yang aku meluat), saya sedikit pun tidak percaya (walau sehalus habuk pun) PAS boleh menjadi pemegang kuasa yang baik dan boleh dipercayai tanpa institutional reforms. Saya tak nak la kata mungkin lagi teruk (teringat pula PAS Kelantan umpamanya yang masih berdegil keras kepala tak mahu mewujudkan institusi hisbah walaupun dah perintah negeri itu dari tahun 1990).

Walaupun saya tak akan mendakwa institutional reforms boleh menjadikan semuanya baik-baik belaka, tetapi kurang-kurang pun ada check and balance yang diinstitusikan dan mempunyai peluang lebih baik untuk menjadi lebih berkesan. Saya memang bercita-cita nak menghasut rakyat menuntut semua itu. Tuntut sungguh-sungguh walaupun terpaksa masuk lokap, masuk jel.

Tetapi, kerja itu memerlukan perubahan pertama dahulu sebab saya tidak nampak sedikit pun kemunasabahan untuk menuntut institutional reforms itu dari parti perasuah yang sudah busuk hingga ke ususnya.

Tetapi la ni, saya mula melihat tanda-tanda PR juga dah mula nak busuk hingga ke ususnya. Sebagai rakyat, ke mana saya nak tanya dengan penuh radang? Saya nak tanya satu soalan ja: Awat kurang ajaq sangat parti-parti politik di Malaysia ni?
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Pak bakar PAS tak busuk di kepala lagi..tapi Pas pun dah mula ada sympton Deman kepialu dan kudis buta yang harus di ubati juga.Kalau tak ambil sikap Cegah Sebelum parah takut jadi penyakit Kronik seperti kencing manis nak kena potong kaki.Jangan lupa yang membawa penyakit seperti Stopa Ali, NazZa,Hasan ali Azizan Sala tu .Depa ni pembawa penyaki yang bahaya...bukan penawar bisa.

  2. Bagi saya Umno pada asalnya adalah penawar bagi Orang Melayu hingga ke Zaman Tun Hussain Onn.Tapi dalam tempoh tiga pemimpin (RAHMAN,RAZAK &Hussain Onn)tersebut boleh lah kita puji sebab mengeluarkan Melayu dari dunia kegelapan namun demimikian ianya hanya sekadar penawar bagi penyakit Bangsa melayu ketika itu sebab ramuan penawar yang di hidang pada bangsa melayu tidak boleh mengubati lebih jauh dari itu ia itu UGAMA faktanya dizaman itu ugama Islam sekadar Ugama Resmi mengikut Pelembagaan UMNO maka sekadar itu saja bekesannya di samping pembangunan meteriallistik .namun demikian Menu Hidangan hanya bagi mencapai cita cita Bangsa kedegilan UMNO sebab terlalu mengikut pertunjuk penjajah mengenepikan MENU kedua ia itu meningkatkan Perentah Ugama dalam syariat Islam sudah tiada dalam ajenda perjuangan UMNO.Malang bagi UMNO dan sekutunya Apa bila tiba di zaman Mahadir Penawar tersebut telah dicampur adukan dengan sedikit racun ia itu pembangunan kearah meterialistik yang terus mengenepikan Soal Ugama dan tangung jawap terhadap tututan Ugama,,sebab itu timbul berbagai issu zaman beliau sehingga menghina jangut Nabi dimana Ulamak di ketepikan.Ulamak hanya pelakon tambahan sebagai gimik politik umpama menyiapkan sebuah filem.Zamam mahadir ala sosialis pun tidak ala system fiudual pun tidak malah semakin tebal ala Kapitalis yang melampau.Maka lahir tuan tuan Melayu yang menindas melayu itulah sebenarnya Racun disamping penawar yang di ubah suai oleh Mahadir.Ini fakta dan realiti bijaknya Mahadir apabila mengalaskan dengan Kebangsaan melayu sebagai resepi utama.Sebab itu Kesan dari Penawar dan Racun ala Mahadir selama 20 tahun lebih memerentah ditambah dengan MENU dalam Melayu baru dengan berbagai dasar baru yang mengutamakan pembangunan Meterialistik (wawasan 2020,Pandang ketimor negara Indusri dan seumpamanya).Hari ini kesan dari Umat melayu yang hidup dan di besarkan di Zaman beliau sedang menghadapi kesan buruk baik dari segi Ekonomi,Sosial dan Politik .Perhatikan juga sosial Anak Muda yang berumor antara 12 tahun hingga 25 tahun( kebanyakannya) yang membesar di Zaman Mahadir sekarang ini .Kegagalan DEB menjadi satu penyakit dan wabak Rasuah dan salah guna kuasa secara terang terang menjadi Peyakit yang berjankit dalam masyarakat dari Pimpinan atas hingga ke bawah PM hingga JKK .Ini lah kesannya yang kita sedang tanggong akibatnya.Hancur moral anak bangsa hilang identiti bangsa sebab ramuan Penawar tadi telah di campur Racun.Dewasa ini UMNO bukan saja Busuk di kepala hingga ke Usus tetapi penyakit Kronik seperti Kencing Manis yang tiada Ubat hanya ada supliment yang mampu mengawal sahaja sebab langkan pencegahan tidak di ambil dari awal..BSN di zaman Tun Hussain (Biro siasatan Negara di ganti dengan BPR di zaman Mahadir) ni lah Racun nya.Kemudian datang Pak Lah nak cuba mengubat Penyakit namun Pak lah juga terjangkit malah jadi lagi terok dah sampai peringkat kena potong kaki sebab dah menanah terok dan reput.Malang bagi Pak lah sebab percayakan bomoh (Islam Hadari) maka penyakit sepatutnya jadi optimim sebaliknya jadi semakin terok apabila menantunya bawa penyakit baru ia itu penyakit Gila Babi .Paklak terus tersunkur kerana peyakit sedia ada semakin melarat datang pula gila babi .Malang sekali lagi bila datang pula Najib kononnya Bomoh yang hebat ada keris sakti boleh ubat sebarang penyakit.Dah jatuh di timpa tangga Najib bukan nak ubat tapi dibawanya pula penyakit yang termoden Denggi berdarah.Dah kena kencing manis,Gila babi, di tambah pula Denggi berdarah yang di bawa najib UMNO ingat boleh semboh rupa rupanya Keris Sakti sudah karat tak boleh fungsi langsong .Oleh itu UMNO ni ibarat tiada ubat lagi melainkan ubatnya hanyalah Kain Putih(Potong sampai PeruT).Ini lah hakikatnya Zaman pemerentah UMNO/BN.Akhirnya Rakyat yang tanggong sengsara..sehingga sekarang Rakyat masih terpinga pinga arah mana lagi yang hendak di bawa rakyat Malaysia ini???

  3. sama ja dua2 ni, at least BN tunggu masa sampai 50 tahun lebih jadi lagu ni, yang PR baru 2 tahun lebih dah ghpla jingga....

  4. aku nk tnya penulis blog,ko ni ahli parti apa???DAPigs...........

    tokawe

  5. Kalau dah mcm tu apa kata pak bakaq tubuh party sendiri dan tunjukkan bagaimana nak uruskan sebuah party yg sempurna pemimpin nye dan bersih sampai taik2 nye pun suci dan bersih.

    Tak ler nanti di kata org cakap tak serupa bikin.Kalau setakat nak kutuk sana sini , berlambak kat tepi jalan org yg boleh.La ni org nak tengok bukan setakat kutuk jer, tapi kena tunjukkan bagaimana cara nye yg betul.

    Jadi selepas kita tengok pak bakaq kutuk sana sini, kita nak tengok pak bakaq tunjuk sana sini cara nye yg sempurna dan betul.

    Jadi sekarang ialah masa yg tepat dan sesuai utk pak bakaq tubuhkan party sendiri.Selain dpt menafikan sistem dua party , ianye juga akan menjadi contoh tauladan yg cukup sempurna bagi BN dan PR utk melihat bagaimana party pak bakaq nanti memperlihatkan gaya pimpinan yg sempurna, pemimpin yg baik dan sempurna, ahli2 party yg sempurna dan baik dab beriman dan cekap, perlembagaan yg sempurna di mana setiap fasal dlm perlembagaan itu diterima oleh semua org kerana ianye sempurna.

    Apa kata pak bakaq mulai dari sekarang ni di laman penarik beca ni.

  6. Emmmm...

    Dah nampak PRU13 nanti ada can boleh menang besar, pasal tu berebut nakkan jawatan. Dah tu ahli PKR tu pun majoritinya bekas ahli um-NGOK juga, masakan dapat dibuang sepenuhnya perangai lama tu.

    Kalau begini la PKR jahanam dibuatnya. 2X5 dengan um-NGOK juga la.

    -madir-

  7. ye saya bersetuju ahli PKR byknya dari UMNO, pemikiran UMNO masih ada.

  8. Antara phiak yg enggan lihat PR berjaya pun Pak Bakaq juga... Apa motif Pak Bakaq? Kadang2 kita tak payah jadi berudu atau katak utk dapat ganjaran.

    Hanya Pak Bakaq yg tahu apa motif Pak Bakaq. Pak Bakaq pencetus kekalutan.

    It's Anything But UMNO Pak Bakaq.

    Your positngs dont seem to reflect that. Pak Bakaq ngalahkan ulaq most times.

    UMNO loves u. Damn much!!

    ***Bukan Wareh Toyo.

  9. kita bukan nak parti sempurna 100% tak boleh dapat punya itu kena paham...kalau dapat parti yang dapat membela sedikit nasib rakyat itu dah cukup bagusss....tapi pada umno aku tak nampak boleh bela rakyat setakat ni...ada fahamm...

  10. Entahlah. Cukup setuju dengan tulisan Bakaq ni. Banyak makluman mengenai cubaan menghalang pihak lawan menyertai pertandingan, tidak diberitahu bila penamaan calon, senarai ahli disembunyikan, ahli ditukar alamat dsbnya. Ini unsur tidak betul yang sebelum ini hanya UMNO amalkan. Tak faham juga kenapa PAS Kelantan tak tunai janji nak wujudkan institusi hisbah yang terkandung dalam manifesto tahun 1990. Apa takut kalau kita betul tak ada benda nak disembunyi. Ni sana sini duk cakap konon Datuk Takiyuddin ada rumah besar dua tiga biji la, umpamanya la. Tazkirah tu tazkirah, tapi takkan cukup dengan tazkirah saja kot? Setuju bab institutional reforms ni.

  11. Pak Bakaq,
    Dah penasihat parti pun putar alam dan king demonstrasi..mana anak buah tak ikut.. baling kerusi pun satu cara berdemonstrasi juga...mungkin demonstrasi kat indon tu pun dia yang atur...tunggu nik aziz keluar kan fatwa sonsang...nik aziz ni pun lebih kurang ayah pin juga....tak gitu abuarif

  12. Nak menjalankan hukum hudud pun kena tunggu rakyat mahu ke tak mahu. Boleh pakai ke PAS hari ini?
    Begitulah ulamak dan pemimpin penipu dizaman akhir ini demi kuasa dan nikmat dunia.TAHNIAH PAS.

  13. salam pak bakaq...

    ada kemungkinan tak pas dapat di perbaiki kalau presiden dan kuncu2nya di keluarkan?

    minta tlg jawab dgn jujur pak bakaq..saya nak tau sgt pendapat you..

  14. Nak menjalankan hukum hudud pun kena tunggu rakyat mahu ke tak mahu. Boleh pakai ke PAS hari ini?
    Begitulah ulamak dan pemimpin penipu dizaman akhir ini demi kuasa dan nikmat dunia.TAHNIAH PAS.

  15. bagi rakyat biasa yg tak minat politik..pemerintahan sekarang tak membebankan..kos hidup tinggi ada lah perkara biasa dimana2 didunia...institutional reforms?..tak mengganggu pun hidup ku..aman je negara ni..
    nak kata pasai korup praktis..hak sebelah sana pun nampak sama je..walaupun kecil2an..betul kata kau pakbakaq..kita takde pilihan..duadua pun sama..

  16. Moga pak bakaq sudah boleh melihat yg mana intan, yang mana kaca.
    Pikirlah masa depan agama bangsa dan cucu cicit.
    Jgn sampai dijajah oleh bangsa lain.
    Lihat singapore, di mana melayu, di mana islam.

    Salam Ramadhan.

  17. Saya tak de pilihan..terpaksa memilih UMNO yg "buruk" daripada memilih pakatan rakyat (pakatan pura2 pakat) yang "lebih buruk"....sekian..Pak Koboy @ cowboy @ budak lembu

  18. Setuju sangat -sangat komen Chin peng..Pak Bakaq ni prasan orang dok layan dia punya blog macam sial je ( maaf krn pak bakaq pun bukan reti nak hormat orang)..asyik meluat je dengan pimpinan PAS dia tahu dak kebanyakkan pimpinan banyak berkorban masa dan wang ringgit sebelum berjaya..ceramah kena halau dan tibai dengan Polis.. yang hang ni dok habiskan masa tua kat depan komputer macam ni aku pun boleh..lps tu tengok pimpinan punya kelemahan dan tibai..semua orang seronok menjadi tukang tibai.. lebih-lebih lagi Pak Bakaq ni prsan pasal blog dia ramai followers.. dia ingat orang nak pakai sangat idea mengarut nak mampus dia tuu..yang herannya ramai juga pimpinan yang mengaji tinggi terpengaruh dengan dia nii..yang aku nampak dia ni dunia tak leh pakai apalagi la nasihat..agama dia pun tak ape-ape lbeh kurang UMNO jee..

  19. Bakaq, depa bukannya boleh kena tegoq. Hg pi tegoq, silaplaa.. Sat gi depa tanya hg, 'Sapa upah bayaq???'... Sama naik la dgn Anuaq Brahim..dia lani Tok Guru No. 1. TGNik Aziz pun dah jadi No. 2....pakat jadi pak turut.........

  20. Jika seseorang tu tegur seseorang ertinya dia suka dan sayangkan orang itu.
    Kalau Pak Bakaq tegur Pakatan Rakyat (PR) ertinya Pak Bakaq suka dan sayangkan PR.
    Jadi, apabila ditegur kemudian suruh Pak Bakaq tubuh parti sendiri dan tunjuk kemampuan memimpinnya, itu dah tak kena.
    Bukan Pak Bakaq sorang saja bersuara. RPK pun dan tegur terutama kedudukan PKR.
    Memang sejak kebelakang ini krisis dalam PR serius.
    PRU13 hampir tiba tapi PR (PAS, DAP dan PKR) bertelagah sesama sendiri.
    Ramai rakyat yang mahu tukar tiub (daripada BN kepada PR) keliru, dan ini boleh menggugat harapan PR ke Putrajaya.
    Akhirnya nanti, BN kembali bekuasa. PR, masuk angin keluar asap.

  21. dari segi politik PAS dan PKR perlu kuat untuk menjadikan UMNO kuat.....
    manakala UMNO juga perlu kuat untuk menjadikan PAS dan PKR kuat.....

    mesej nya ialah setiap parti politik perlu ada lawan yang kuat untuk menguatkan perpaduan dalaman parti itu sendiri...Kalau tak ada tekanan yang kuat dari luar
    parti, mereka akan gigit menggigit sesama sendiri macam perangai serigala yang
    lapar, kalau tak da kambing nak dimakan, maka serigala akan makan serigala.

    kesimpulan nya, kalau PAS kuat, PKR kuat, UMNO kuat, ok laaaaah tu! rakyat boleh pilih
    mana satu yang mereka berkenan untuk memerintah...tak de lagi fahaman KURAFAT yang mengatakan UMNO saje yang boleh memerintah....

    itu lah sifir politik tok empat kg. kubangtaik, negara monggotaltuya.

  22. Bisikan Anwar akan menjadi 'penentu' kepada line up yang Anwar inginkan. Jangan cakap pasal demokrasi dalam PKR. dah lama hancur dan lebur. No money no talk. Zaid akan 'dimandikan'.

  23. Budaya Politik Melayu sama saja,,,,PAS,,PKR,,UMNO,,,,,KEPENTINGAN DIRI,TAMAK,GILA KUASA,DENDAM,DENGKI,KHIANAT,,,,,,,PERJALANAN MASIH JAUH,,,,,,,Adakah kita sanggup nak biarkan MASA DEPAN ANAK CUCU KITA,,,,DIPIPMPIN OLIH MANUSIA YG KORAP<<<<,,,,,,,,MARI KITA SAMA2 BERSIHKAN PAS dan UMNO,,,,MATLAMAT UTAMA TANAH AIRKITA MESTI DIKUASAI OLIH "MELAYU ISLAM",,,,,,inilah masa TERBAIK PAS dan UMNO BERGERAK SELARI ATAS PLATFORM BERBEZA,,,,,,,DEMI KEKUATAN MELAYU,,,,,,,SINGKIRKAN PEMIMPIN YG KORAP DAN KHIANAT BANGSA DLM UMNO dan PAS,,,,,,,,,,,,,,,tahniah Pak bakaq.

  24. Pelik Orang Melayu ni bila kritik sikit Parti sendiri depa kata Belot.Bila tak setuju depa kata menentang...suruh tuboh parti lain pulak tu.Namum mereka sedar tak ada Parti yang ahli nya perfect.Perlu kritrikan yang membina.Politik barat ada kritik mengkriti dalam Parti sendiri malah menentang atau tak sokong apa apa perkara baru yang di cadangkan tapi tak sampai menuduh belot atau atau halau suruh tuboh parti lain.Mereka maju dari sudut Meterial>tapi Orang Melayu ni konon yang berUgama Islam kritik pemimpin atau nak perbetulkan pemimpin macam macam kecaman di buat sedangkan di galakkan dalam Islam kita menegor pemimpin malah hingga guna pedang pun ada...Ini sejarah Islam sebagai panduan.Tolong cerita sikit bab pemerentahn Khalifah Omar .nak taib pun panjang.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008