Sedap!! Klik gambar di atas!

Overcome Rosmahophobia first!

Bernama semalam melaporkan berita bertajuk "Najib tawar bantu Obama atasi fenomena Islamophobia di Amerika". Keinginan yang baik. Tetapi, bak kata Orang Putih, get your house in order first. Harap mereka yang 'asabiyyah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tak hangin satu badan kalau saya kata, the best thing for Najib to do is to help himself overcoming Rosmahophobia first.

Teringat pula perbualan dengan beberapa kawan semalam. Subjek perbualan kami ialah orang yang menjadi kebencian umum. Kami sependapat bahawa bukan senang nak jumpa orang yang budak-budak pun tak fasal-fasal benci kat dia. Jarang berlaku perkara sebegitu. Ada yang bertanya, mengapa sampai macam tu sekali Tuhan tunjuk? Ada pula yang bertanya, dia ni puaka apa sebenarnya?

Saya tak teringat nak cakap masa berbual tu, tapi saya nak kata di sini bahawa saya tertanya-tanya adakah semua yang membenci itu salah dan dia seorang ja yang betul? Saya pun tak tau apa jawapannya. Tetapi yang pasti, kebencian makin merebak dengan begitu dahsyat.

Apa pun, saya sentiasa berharap tidak ada lagi mana-mana pemimpin politik yang memenatkan mata dan telinga kita dengan karut-marut yang keluar dari mulut mereka. Saya minta gitu kepada semua pemimpin politik tak kira dari parti mana pun, termasuk pemimpin pemuda sebuah parti pembangkang yang nampaknya tak puas-puas lagi mencincang keyakinan saya untuk mempercayakan masa hadapan anak cucu saya kepada kepimpinan Mamat yang jenis-jenis lagu tu. Saya malaslah nak cakap lebih-lebih.

Saya hanya nak minta kepada semua pemimpin politik, please stop talking shit!

Cakap fasal Islamophobia, siapa yang merebakkan Islamophobia di negara ini? Saya tetap mengatakan Umno. Oleh kerana menggelejat sangat nak melawan PAS terutama sejak 1982 lalu, Umno menjadi ketagih melampaui batasan hingga ke peringkat memerangi Islam dan menakut-nakutkan rakyat kepada Islam. Siapa boleh lupa kenyataan Najib pada 20/4/83 kepada para wartawan? Sedap mulut dia mendakwa kononnya negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan.

Ia sama seperti orang kata produktiviti kita akan terjejas kalau kita puasa. Sedangkan, puasa terang-terang memperbaiki kesihatan (Kita puasa kerana hendak mendekatkan diri kepada Allah. Yang bab kita rasa sihat sangat tu, anggaplah ia sebagai hadiah percuma dari Allah. Dah Allah bagi hadiah, takkan nak berlagak kepada Allah dan menolak hadiah-Nya).

Nak lawan PAS, lawanlah. Tetapi, jangan kurang ajar terhadap Islam dan Allah s.w.t. Kalau ya pun meluat sangat kepada PAS dan pemimpinnya, janganlah kurang ajaq sangat pi hentam Islam pula. Saya pun meluat kepada sebahagian pemimpin PAS, tetapi itu bukan lesen kepada saya untuk menghentam ajaran Islam. Na'uzubiLlahi min zalik!

Masalahnya, memang politic of fear adalah makanan utama Umno. Dan hari ini pula, demi kepentingan politiknya, tak habis-habis apikan perkauman untuk menyelamatkan kesedapan membantai kekayaan negara melalui kuasa yang ada padanya.

Saya boleh menghargai orang bercakap mengenai kebimbangannya tentang orang-orang Melayu. Tetapi saya benci sangat apabila pengkhianat Melayu berpura-pura bimbang tentang orang-orang Melayu. Siang hari terjerit-jerit fasal Melayu sedangkan pada malam harinya, dengan kuasa politik yang ada pada mereka, terjelir-jelir seperti anjing lapar merangkak ke celah kangkang tauke Cina mengemis rasuah.

Penjahat-penjahat yang berlagak macam bagus sangat tu tak ubah seperti riwayat yang saya dengar tentang syaitan yang nak berlagak mengajar kalimah syahadah kepada Nabi Isa 'a.s. yang dikasihi.

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. hang ni tak habis-habis duk mengondem nasruddin tantowi. apa masalah hang dengan dia sebeno nya, bakaq?

  2. dia kurang cerdik....

  3. Pak bakaq, memang betul apa yang hang habag. Sana sini orang memperkatakan tentang Rosmah yang lebih sudu dari kuah!

    Dan memang benar juga, ramainya yang bencikan Rosmah. kalau dia muncul dalam TV, ramai yang cepat2 tukar channel. meluat tahap gaban! Bukan orang tak tahu kisah-kisah lamanya, Malah wajah lamanya pun bersepah dalam internet kalau rajin mencari. Ternyata kecantikan wajah baru yang dipamerkan itu plastik. Apa yang pasti, Rosmah hanya pandai menghabiskan wanrg dari mencarinya. takkan tak tahu kisah program permatanya yang entah kemana, kisah kemunculan wajah plastiknya di akhbar terkemuka US dengan bayaran berjuta. Wang siapa? Untuk apa?

  4. Kah kah kah... memang ppuan ni berPUAKA mcm puaka niyang rapik. First Lady of an Evil

  5. Pak Bakaq! Siapa yang puaka ni kalau tak ada suami puaka. Atau suami kena puaka. Macam kerbau dicucuk hidung. Orang dulu-dulu kata 'kena nasi tangas'. Muka menonong ikut bini. Tapi yang ni terbalik kot, bini ikut laki. Ada laki betul, ada laki 'celup'. Kau orang tahu siapa? Nama tak sebut! Nanti masuk lokap! Nanya Pak Bakaq.

  6. memang confirm, mamat tu dah kena nasi kangkang-taik!!!

  7. ada juga teori yg kata bukan Najib yg takut Rosmah... tapi Rosmah yg tak takut Najib..

  8. Dua dua tak takut tuhan.Dua dua duk ikut pertunjuk dajal

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008