
Di bawah posting Din Merican hari ini bertajuk "An Augury of Economy", ada tukang komen puji seperti berikut:
Saya lebih terasa sedap membaca posting Dato' Mohd Ariff Sabri Hj Abdul Aziz hari ini bertajuk "The Idris Jala show".
Saya difahamkan antara komen yang mendapat sambutan semalam ialah apabila seseorang menyifatkan itu semua sebagai NATO. Maksudnya, no action, talk only - bising ja yang lebih, yang lain abuk pun tarak.
Seorang lagi perserta dikatakan mempertikaikan Idris apabila dia kata dia hanya menyentuh isu ekonomi sahaja dalam presentationnya itu. Sedangkan, isu politik juga amat fundamental. Betul juga, macam mana orang nak berniaga kalau di sana-sini orang bising tentang seorang perempuan kaduk naik junjung yang kerjanya nak pau tak habis-habis. Macam mana orang nak berniaga bila tak habis-habis orang bercerita tentang perempuan kaduk naik junjung yang tiap-tiap hari orang sebut lebih berkuasa dari yang sepatutnya berkuasa.
Saya juga bersetuju dengan komen salah seorang peserta presentation itu mengenai apa yang Ariff sebutkan sebagai "constructing a bullet train linking Guan Eng's Country, through Putrajaya to Kuan Yew's Singapore". Kepada peserta itu, kalau dah ada keretapi laju macam peluru itu, akhirnya, orang akan naik keretapi itu ke Singapura dan naik kapal terbang dari pulau itu untuk ke luar negara. KLIA lagu mana? Akan jadi gajah putih? Adoi, Majulah Singapura!
Dalam postingnya itu, Ariff juga menyatakan seperti berikut:
Dalam blog ini, saya dah banyak kali sebut apa yang orang pandai-pandai sebut, Melayu tidak akan maju dengan berkeriau-keriau tak tentu hala macam orang disampuk setan. Melayu hanya boleh maju dengan ketinggian iman dan ilmu serta kemahiran. Pengalaman yang ada jelas membuktikan bahawa ramai anak Melayu dari keluarga miskin la ni dah jadi kelas menengah kerana pelajaran - kerana depa mengaji tinggi.
Tok sah cakap banyak la fasal mempertahankan kuasa Melayu atau memajukan Melayu kalau usaha meningkatkan keimanan dan pelajaran orang-orang Melayu kelihatan seperti diabaikan. Ada beribu artikel pun macam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia tidak akan dapat membantu Melayu kalau usaha meningkatkan keimanan dan pelajaran orang-orang Melayu tidak dilakukan dengan lebih hebat dari apa yang pernah dilakukan.
Artikel 153 hanya bermanfaat kalau orang-orang Melayu mempunyai keimanan yang tinggi kepada Allah s.w.t. dan pada yang sama mempunyai ilmu pengetahuan yang setanding dengan bangsa-bangsa yang maju. Setakat menjerit macam setan tak akan merubah apa-apa.
Tanpa keimanan yang tinggi kepada Allah disertai ilmu pengetahuan yang competent, orang Melayu tetap jadi macam saya - jahil tak reti apa dan hidup kais pagi nak bayang hutang petang semalam dan kais petang nak bayar hutang pagi tadi. Tu pun nasib baik aku tak jadi penghuni ghetto.
Tajuk utama Utusan Malaysia hari ini tak ada maknanya kepada saya.
Berkaitan:
Part 1 : Pemandu, ETP, GTP, GNI, SRI, NKEA, KRA, TUKAR, PAKAR ETC (Syed Akbar Ali 22/9/10)
Part 2 : ETP / GTP Car mechanics pun kena (Syed Akbar Ali 22/9/10)
Part 3 : ETP GTP Where is Can Tho? (Syed Akbar Ali 23/9/10)
Whither the reforms in the ETP? (Malaysiakini 22/9/10)
'ETP is just pie in the sky' (Malaysiakini 22/9/10)
If it's a problem, don't recognise it (Malaysiakini 22/9/10)
Economic transformation: Scepticism abounds (Malaysiakini 22/9/10)
ETP skips fundamental issues for big toys (Malaysiakini 21/9/10)
Will ETP work with uneven playing field? (Malaysiakini 21/9/10)
Bold RM1.4 trillion plan to transform economy (Malaysiakini 21/9/10)
Let’s all wish Najib success in implementing our economic policies. He has an able man in Idris Jala. Jala’s performance at the ETP Open Day yesterdfay was tip-top. I am impressed. I hope he will be prmoted to Finance Minister.Beliau merujuk kepada persembahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dalam ucaptama Hari Terbuka Program Transformasi Ekonomi (ETP) semalam. Malas saya nak tafsir maksud pujian itu.
Saya lebih terasa sedap membaca posting Dato' Mohd Ariff Sabri Hj Abdul Aziz hari ini bertajuk "The Idris Jala show".
Saya difahamkan antara komen yang mendapat sambutan semalam ialah apabila seseorang menyifatkan itu semua sebagai NATO. Maksudnya, no action, talk only - bising ja yang lebih, yang lain abuk pun tarak.
Seorang lagi perserta dikatakan mempertikaikan Idris apabila dia kata dia hanya menyentuh isu ekonomi sahaja dalam presentationnya itu. Sedangkan, isu politik juga amat fundamental. Betul juga, macam mana orang nak berniaga kalau di sana-sini orang bising tentang seorang perempuan kaduk naik junjung yang kerjanya nak pau tak habis-habis. Macam mana orang nak berniaga bila tak habis-habis orang bercerita tentang perempuan kaduk naik junjung yang tiap-tiap hari orang sebut lebih berkuasa dari yang sepatutnya berkuasa.
Saya juga bersetuju dengan komen salah seorang peserta presentation itu mengenai apa yang Ariff sebutkan sebagai "constructing a bullet train linking Guan Eng's Country, through Putrajaya to Kuan Yew's Singapore". Kepada peserta itu, kalau dah ada keretapi laju macam peluru itu, akhirnya, orang akan naik keretapi itu ke Singapura dan naik kapal terbang dari pulau itu untuk ke luar negara. KLIA lagu mana? Akan jadi gajah putih? Adoi, Majulah Singapura!
Dalam postingnya itu, Ariff juga menyatakan seperti berikut:
Why can't Najib go to the people to say, look we can't operate on current policies. If we do, we will become this and this. We want to implement new economics. This is what people must do and Malays must do. We keep a look out for the poor and the infirmed and less endowed. The way out is for Malays to become more competent, more productive. We will help out these economic agents. Malays have nothing to fear. We are still the majority in this country. we have our constitution and we have our historical validation. Give something back to the Malays who feel far too much has been taken from them.Bila baca apa yang Ariff tulis tu, saya teringat peruntukan untuk IKM yang tinggal hanya RM143 juta sahaja untuk 2010 berbanding RM403 juta bagi tahun 2009. Giat MARA hanya mendapat RM16 juta bagi tahun 2010 berbanding RM28 juta bagi 2009. Bagi MRSM dan Koleh Sains MARA pula, peruntukan hanya tinggal RM115 juta untuk tahun 2010 berbanding RM254 juta pada tahun 2009 (sila lihat juga di bawah mengenai jumlah pelajar dan pelatih yang dipicit-picit jumlahnya supaya betul-betul kecil).
Dalam blog ini, saya dah banyak kali sebut apa yang orang pandai-pandai sebut, Melayu tidak akan maju dengan berkeriau-keriau tak tentu hala macam orang disampuk setan. Melayu hanya boleh maju dengan ketinggian iman dan ilmu serta kemahiran. Pengalaman yang ada jelas membuktikan bahawa ramai anak Melayu dari keluarga miskin la ni dah jadi kelas menengah kerana pelajaran - kerana depa mengaji tinggi.
Tok sah cakap banyak la fasal mempertahankan kuasa Melayu atau memajukan Melayu kalau usaha meningkatkan keimanan dan pelajaran orang-orang Melayu kelihatan seperti diabaikan. Ada beribu artikel pun macam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia tidak akan dapat membantu Melayu kalau usaha meningkatkan keimanan dan pelajaran orang-orang Melayu tidak dilakukan dengan lebih hebat dari apa yang pernah dilakukan.
Artikel 153 hanya bermanfaat kalau orang-orang Melayu mempunyai keimanan yang tinggi kepada Allah s.w.t. dan pada yang sama mempunyai ilmu pengetahuan yang setanding dengan bangsa-bangsa yang maju. Setakat menjerit macam setan tak akan merubah apa-apa.
Tanpa keimanan yang tinggi kepada Allah disertai ilmu pengetahuan yang competent, orang Melayu tetap jadi macam saya - jahil tak reti apa dan hidup kais pagi nak bayang hutang petang semalam dan kais petang nak bayar hutang pagi tadi. Tu pun nasib baik aku tak jadi penghuni ghetto.
Tajuk utama Utusan Malaysia hari ini tak ada maknanya kepada saya.
Berkaitan:Part 1 : Pemandu, ETP, GTP, GNI, SRI, NKEA, KRA, TUKAR, PAKAR ETC (Syed Akbar Ali 22/9/10)
Part 2 : ETP / GTP Car mechanics pun kena (Syed Akbar Ali 22/9/10)
Part 3 : ETP GTP Where is Can Tho? (Syed Akbar Ali 23/9/10)
Whither the reforms in the ETP? (Malaysiakini 22/9/10)
'ETP is just pie in the sky' (Malaysiakini 22/9/10)
If it's a problem, don't recognise it (Malaysiakini 22/9/10)
Economic transformation: Scepticism abounds (Malaysiakini 22/9/10)
ETP skips fundamental issues for big toys (Malaysiakini 21/9/10)
Will ETP work with uneven playing field? (Malaysiakini 21/9/10)
Bold RM1.4 trillion plan to transform economy (Malaysiakini 21/9/10)










Cantik? Klik 






Pak bakaq, kita orang Melayu zaman sekarang agak malang sikit. Kebanyakan Pemimpin Melayu dari ketiga2 parti UMNO,PAS dan PKR lebih berminat karier politik mereka daripada masa hadapan orang Melayu. Ramai pemimpin UMNo risau2 nak sebut perjuangan Melayu sementara ramai pemimpin PAS kecut2 nak sebut negara Islam .Yang pemimpin PKR dah serupa salinan fotostat DAP.
Mungkin masing2lebih berminat nak jaga periuk nasi.
"...Artikel 153 hanya bermanfaat kalau orang-orang Melayu mempunyai keimanan yang tinggi kepada Allah s.w.t. dan pada yang sama mempunyai ilmu pengetahuan yang setanding dengan bangsa-bangsa yang maju. Setakat menjerit macam setan tak akan merubah apa-apa."
Muslim sekarang banyak yang berada di crossroad ilmu dan agama.Jika dinilai dengan komen dan pandangan mereka kebanyakannya mengulangi apa orang lain berkata tanpa memahami subject matter.Ada yang merasakan Islam mereka lebih Islam dari yang lain....fakta sejarah Islam dan sunnah Nabi saw tak diambilkira untuk mengalas pandangan mereka.Bayangkan ada Melayu yang mahu hak sama rata tapi tak mengambilkira mathematical equation......hak majoriti bumiputera nak dilebur supaya samarata dengan minoriti???Untuk apa?Demokrasi?Nabi saw pun mengambilkira hak Muhajirin bila berunding dengan Ansar....inikan kita yang sudah termeterai hak kita...kita lionised Tok Janggut,Tun Perak,Mat Kilau,Onn Jaafar tapi kita lebur apa yang mereka perjuangkan!!!!!Pada pendapat saya yang tak seberapa ini..ilmu marketing advertising jelas kerangkanya dalam quran....azan itu sendiri call for action....mengerjakan solat diberi ganjaran.....berurusan dengan Allah melalui doa,susunlah ayat dan minta lah dengan Dia....tak payah kita refer Sun Tze malah dalam Quran dan sunnah Nabi terlalu banyak untuk kita contohi...
Kaum lain pandai berfikir bukan kerana mereka dilahirkan pandai tetapi mereka berusaha mendapatkan ilmu.Mereka berusaha mendapatkan ilmu malah mereka mempelajari ilmu untuk berfikir lagi!!!Melayu kita yang berteriak 'freedom of choice','freedom of speech','democacy' ni bukan faham falsafah nya pun....mereka ingat dapat masuk institusi pengajian tinggi disebabkan mereka layak!!!!Mereka lupa yang mereka itu sedang menikmati preferential rights yang disediakan oleh Melayu-Melayu dulu.
Melayu kita lupa ilmu itu wajib dituntut...ilmu itu kemajuan...ilmu itu membangun ummah...tapi macam biasa jugak ramai yang sangka mereka dah banyak ilmu wal hal hakikatnya mudah diperdaya orang.
Dlm Dalil ada di sebut akan bangsa arab dan ajam......Hadis ini menegur org2 Islam akan jgn taksub dgn bangsa.Hadis ini awal nye di tujukan kpd bangsa arab kerana nabi akhir zaman adsalah dari keturunan arab.
Di sebut dlm hadis itu bahawa tiada beza antara arab dan ajam di sisi Allah.Oleh itu hentikan ler khurafat bangsa itu dan ini.Hanye iman dan takwa shj yg membezakan.
Dan di sebut juga Islam itu yg tertinggi maka hanye ada ketuanan Islam dan tiada ketuanan melayu.
Saidina Omar juga ada mengingatkan semasa meraikan kejayaan Islam membebaskan Baitul Maqdis akan kemuliaan umat Islam waktu itu ialah kerana mereka mengambil Islam sebagai agama mereka dan yg tertinggi dlm dunia ini.Sekira nye kita mengambil yg lain dari Islam maka kita akan di hinakan di dunia hingga akhirat.
Umngok mengambil selain dari Islam dlm hidup mereka dan dlm pemerintahan negara.Maka tidak hairan ler mengapa bangsa melayu di Malaysia adalah masyarakat yg amat hina sekarang ini.Segala bentuk gejala maksiat dan jenayah .............melayu ler juara nye.