Sedap!! Klik gambar di atas!

Mula-mula kacang lupa kulit, lepas tu lintah darat

Ni cerita lama seorang ahli perniagaan yang kini ada yang tuduh dia lintah darat. Waktu itu, seseorang yang kononnya kini menjadi pejuang Melayu pernah menjadi Timbalan Menteri.

Waktu itu juga, ahli perniagaan yang kini dituduh lintah darat itu belum apa-apa lagi. Tiap-tiap pagi, bila si Timbalan Menteri tu nak keluar rumah, dia tunggu di depan rumah Timbalan Menteri tu. Nak minta jumpa dan minta tolong. Entah berapa hari saya tak tau.

Akhirnya, si Timbalan Menteri tu tanya, "Mu nak apa, Li?" Tak tahulah macam mana dia ayat lalu bersetujulah timbalan menteri itu membawa Mamat tu berjumpa Perdana Menteri waktu itu. Katanya Tun Dr Mahathir Mohamad. WaLlahua'lam.

Pada tahun 2004, Timbalan Menteri tinggal jadi bekas ja. Dah tak ada lagi jawatan Timbalan Menteri. Tinggal bekas ja bergelandangan tanpa parti.

Kerana meradang kat partinya, Timbalan Menteri itu lalu bertanding pilihan raya dengan lambang lain (bukan juga lambang parti lain). Dah nak bertanding pilihan rayalah katakan, bekas Timbalan Menteri itu adalah minta tolong kat kawan-kawannya termasuk Mamat yang dulunya tiap-tiap pagi mengemis peluang di depan rumahnya. Maklumlah, dah kaya raya dan jadi jutawan.

Malang bagi bekas Timbalan Menteri itu. Sikit pun Mamat tu tak layan. Kira-kira macam kacang lupakan kulitlah. Khabarnya, memaki hamunlah bekas Timbalan Menteri itu.

Saya akhirnya tulis jugak kisah ni setelah bertanya-tanya dua tiga hari selepas baca rungutan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS), Tan Sri Rozali Ismail. Dia komplen kerana badan yang diketuainya sering diketepikan kerajaan negeri Selangor dalam membincangkan kedudukan ekonomi peniaga Melayu di negeri itu (lihat Utusan Malaysia "DPMMS kesal diketepikan kerajaan negeri").

Saya tertanya-tanya, adakah yang dimaksudkan tak diketepikan itu ialah seperti layanan yang diterima oleh Mamat yang saya ceritakan di atas dari bekas Timbalan Menteri itu? Dah layan baik punya, selepas itu buat perangai tak nak layan kawan.

Saya juga tertanya-tanya, bagaimana agaknya perangai Mamat yang diceritakan di atas kalau ditakdirkan Umno Barisan Nasional (BN) kalah (entah bila)? Selalunya jenis perangai kacang lupakan kulit ni, dia dan perangai dia berpisah tiada. Katakanlah Umno BN kalah di peringkat pusat (kalau setakat kalah di peringkat negeri, ada lagi kabel kat atas), bagaimanalah agaknya perangai si kacang lupakan kulit itu?

Terlanjur bercakap fasal Rozali, saya tertarik kata-katanya ketika berucap di majlis berbuka puasa yang turut dihadiri sultan Selangor. Khabarnya dia kata, orang Islam bersaudara tapi ada yang lebih rela bekerjasama dengan orang (bukan Islam) - lihat Malaysiakini 1/8/10 "Rozali dicabar letak jawatan, tanding pilihan raya".

Bagaimanapun, saya tak fikir kata-kata itu ditujukan kepada Datuk Dr Hassan Mohamed Ali (lihat Malaysiakini 10/6/09 "Kroni Umno taja muktamar PAS?")

Memang nak bersaudara, tapi kalau tindas kami sakan sangat, macam mana nak bersaudara?!

Bayangkan, dalam perjanjian konsesi air antara Syabas dan kerajaan Selangor sebelum 8/3/08, syarikat itu diberi laluan selesa untuk menaikkan tarif air sehingga lima kali. Pada tahun 2009 dahulu Syabas dibenar menaikkan tarif setinggi 37 peratus. Selepas itu, pada 2012, diberi lagi kebenaran untuk menaikkan tarif setinggi 25 peratus (2012).

Tidak cukup dengan itu, pada 2015, Syabas mendapat kebenaran lagi untuk menaikkan tarif air setinggi 20 peratus (2015). Selepas itu, ada lagi habuan untuk meningkatkan keuntungan apabila Syabas dibenarkan menaikkan tarif sehingga 10 peratus pada tahun 2018 dan lima peratus pada tahun 2021.

Memang nak bersaudara, tapi jangan la tindas rakyat termasuk saudara seagama.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. nama pun orang kuat UMNO... perangai sama macam UMNO la

  2. dasar melayu umno totok .. tak pii mesyuarat pastu kata dipinggir. nii nak kata apa lagi ? budak pun tau , kalu tak pi mesyuarat maksudnya hang buang hak hang dan pinggirkan diri sendiri. Bertapa di bukit Syabas

  3. Bisnes mcm tu sapa pun boleh jadi kaya. Secured profit margin, guaranteed by state gov BN aka toyo(l)

  4. "Mu nak apa, Li?"

    macam pernah dengaq ja. kah..kah..kah

    mula2 kacang lupa kulit, lepas tu lintah darat..nanti jual minyak lintah kat chow-kit!

  5. Salam.

    Aku nak tanya sikit, cerita ko tu dari Israeiliyyat ke? Ko dapat dari mana? Ko dah selidik betul2 ke..Klu tak sia-sia je puasa ko..Habis dijaja fitnah..

    Aku rasa ko ni dari spesis Khalid Samad jugaklah. Nak keluar PAS takut jatuh talak, tak keluar pulak nanti tak laku pulak. Sebab itulah, Khalid ni meraung2 dgn isu2 kontroversi sebab nak cari publisiti murahan. Maklumlah next year kan pemilihan. Dia nak bertanding PJ Selangor tu.

    Perpaduan umat Islam ni tuntutan agama. Rozali tak sebut perpaduan UMNO-PAS, dia sebut perpaduan umat Islam. Hasan Ali tu dia dah faham dah, cuma Khalid and the geng yg payah sangat nak faham..

    Baik ko byk2 beristighfar sementara bulan Ramadhan ni. Cari fakta betul2. Hujahlah dari perspektif Islam.

    Ok bro, gua cau dulu..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008