Sedap!! Klik gambar di atas!

Membuktikan ke"Perkasa"an di Galas

Terlebih dahulu, saya mengucapkan takziah tak terhingga kepada keluarga Allahyarham Chek Hashim Sulaima. Saya merayu Allah s.w.t. agar melimpahkan keampunan dan belas kasihan tak terhingga kepada beliau dan kita semua.

Dalam menghadapi pilihan raya kecil di Galas, dari tahun 1990 seingat saya PAS tak pernah menang di situ kecuali dalam pilihan raya umum 8/3/08 yang lalu. Dalam tahun 1990, Semangat 46 menang di situ. Selain itu, Umnolah yang menang. Tolong betulkan ingatan saya kalau salah.

Saya berharap PAS meletakkan calon yang bersih dan rajin dalam pilihan raya kecil nanti. Jangan letak calon yang ada imej yang buruk dan busuk. PAS seharusnya bertaubat dari memberikan pertimbangan lain selain mengutamakan kriteria utama bagi meletakkan calon iaitu beriman kepada Allah s.w.t. sepenuhnya, cerdik, bersih dari sebarang skandal, rajin dan boleh diterima oleh rakyat kerana keperibadian yang menyenangkan dan tidak sombong atau berlagak.

Janganlah terpedaya dengan cakap-cakap seperti "kalu kawe tak jadi calon, alah PAS," "kawe ni sebenarnya tok se (jadi calon), tapi Tok Guru nak kawe jugok" dan sebagainya. Meluat aku dengan orang-orang yang bercakap begitu - pembohong!

Saya juga ingin melihat Perkasa meletakkan calonnya untuk menguji sejauh mana keperkasaannya di kalangan orang-orang Melayu. N45 Galas ialah kawasan majoriti Melayu. Data 2008 menunjukkan Galas mempunyai 10,330 pengundi, iaitu 65.81 peratus Melayu, 22.03 peratus Cina, 1.81 peratus India dan 10.32 peratus lain-lain - mungkin orang Siam.

Jika calon Perkasa turut bertanding, dengan sambutan hebat orang-orang Melayu serta dibantu oleh media seperti Utusan Malaysia, saya yakin ia boleh meraih undi yang besar yang berkemungkinan besar mengetepikan calon-calon lain.

Calon Perkasa terbaik untuk membuktikan kehebatannya ialah Datuk Ibrahim Ali sendiri. Bila menang di Galas nanti, Ibrahim mempunyai peluang yang amat mewah untuk maki cukup-cukup Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di hadapan mukanya sendiri. Gelanggang sudah terbuka Breheng, mu tunggu apa lagi?!! (imej di atas ihsan Malaysiakini)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Perkasa bukan parti politik...perkasa hanya mempertahankan perlembagaan malaysia dan kepentingan melayu..perkasa tidak pernah mempertikai kan hak hak dan kesenangan bangsa lain.Kenapa PAS ingin bermusuh dengan Perkasa sedangkan majoriti orang Pas adalah Melayu.Adakah ahli Pas orang yang tidak mempunyai bangsa..begitu bodoh nya ahli Pas sampai mempercayai segala temberang dan ideologi puak DAP..
    Tak sangka pak bakaq pun terperangkap oleh sandiwara puak kominis

  2. Itu pun kalau dia ada teloq!!!

    ....mat dollah balek bukit...

  3. perkasa tk boleh menang sebab di kelantan dah takde orang melayu..melayu malu mengaku melayu weh..

  4. Perkara 153 Perlembagaan Malaysia sudah termaktub dan amat sukar di pinda .............kecuali org melayu sudah menjadi minoriti dlm negara ini.Jadi kesimpulan nye perjuangan perkasa tu hanye lah utk mereka2 yg tak faham2 apa itu perlembagaan.

    bertambah bodoh ada plak yg berlagak pandai mcm alkahfi yg hanye tau menuduh semua org yg tak sokong umngok dan pencacai perkasa nye itu dgn tuduhan yg jijik dan hina........

    baik ko angkat diri ko tu jadi manusia yg ter maksum di akhir zaman ni.....hehehehehe

    tak habih2 dgn bangsa hingga sanggup mencerca agama dan menolak hukum Allah ........

    taksub sgt dgn titah perintah yahudi zionis apco tu........

  5. Helloo Al kahfi yang bermusuh dengan perkasa tu adalah
    khairy jamaluddin
    tengku adnan
    nazri aziz

    ada pahammmmm......

    ..mat jual pekasam..

  6. Kalau bertembung pas umno perkasa{parti bebas}prk Galas nanti
    perkasa akan jadi perkasam lah jawap nya.
    kah kah kah

  7. Jangan jadi bodoh la. Buat apa Perkasa nak bertanding?

    Kalau hangpa nak menang, baiklah PAS berbaik dengan perkasa.

  8. Elok kalau UMNO letak Nazri bertanding ....

  9. Yang Kaya Bertambah Kaya,
    Yang Papa Bertambah Kedana,
    Yang Pergi Takkan Kembali,
    Yang Hilang Pasti Berganti..

    To alkahfi and anon 1:04 pm....

    Muahahahaha lawak sungguh hampa berdua ni..ni mesti pencacai UMNGOK a.k.a Yahudi APCO..
    Hang pa ni dapat habuan berapa hinggit ni sokong parti Amal Mungkar Nahi Ma'rof ni..
    Jadi hang pa ni la pejuang MELAYU sejati..Baguih sangat, syabas, marvelous..
    Tapi sayang pejuangan hangpa ni tak dak apa pun, zero..
    Hang pa ni MELAYU yang macam mana ni..tak dak agama kot..ka tak pecaya kat ALLAH..
    Banyak dah kerosakan akhlak dan akidah selama mana UMNGOK ni memerintah..Ada penyelesaian ka..tak dak pun..Kesian sgt kat puak puak Yahudi APCO ni..Dah la bengong tahap bangang..Buta hati pulak tu..Apa yang dikejar atas dunia ni..DUIT? KUASA? HARTA?..
    Kenapa la puak puak Yahudi APCO ni sengai sgt..Belajaq la agama Islam sedalam dalam nya..Kenali Allah sebenar benarnya..Berapa lama hangpa nak tongkat dunia ni..Mana hangpa nak lari..Hidup ni utk beramal kerana Allah..Bukan kerana bangsa atau kaum..INGAT..SEMUA KAUM..NEGRO, CINA, MELAYU, BANGLA, INDON DAN LAIN..SEMUANYA DARI YANG MAHA SATU IAITU ALLAH YANG MAHA KUASA...

    Sebab tu la yang perlu diperjuangkan ialah ISLAM..Bukan MELAYU lagi sekali sebut ramai ramai bukan MELAYU..Kenapa la Yahudi APCO ni x phm phm sama mcm Ibrahim Katak yang dok pejuang sgt pasai bangsa Melayu ni..Hangpa ingat sikit Nabi Muhammad S.A.W pun tak mengaku umat kalau mati dalam assabiyah ni..Ish ish hangpa ni mati esok nak dok mana nie..

    Kenapa dengan Malaysia hari nie..Inilah akibatnya mempersendakan hukum Allah..Buat undang undang sendiri senang la nak lari bila kena diri sendiri..Pemimpin Yahudi APCO DULU, KINI, SELAMANYa taghut, jahil, haloba, rosak akhlak, x dak iman..Malaysia GEMILANG, TERBILANG DAN CEMERLANG dengan jenayah, kes buang bayi, masalah sosial, masalah murtad, rasuah, pembunuhan, pendatang asing..

    Setiap yang hidup pasti akan mati,
    Dan setiap yang mati pasti akan disoal nanti,

    Al-Fatihah ( Allahyarham Chek Hashim Sulaima )

    Renung-renungkan lah wahai insan bernama manusia..ANDA BUAT ANDA DAPAT, SELAMAT BERAMAL..

  10. alkhafi

    Betul ke "perkasa hanya mempertahankan perlembagaan malaysia dan kepentingan melayu"

    Kalau lah betul kenapa Perkasa tak fight untuk Royalti minyak di Kelantan ? oops lupa lah Di Kelantan ramai cina and India lah !!!...

  11. Anon 2:48,

    Kenapa ko bebal sgt?

    Memang kita semua ni nak perjuangkan Islam, pertahankan Islam. Tapi korang semua sibuk pertahankan PAS, perjuangkan PAS. PAS tu bukan parti yang memperjuangkan Islam pun. Tak tau beza ker?

  12. Kalau nak tulis jawi pun dah tak berapa reti, macamana nak perjuangkan melayu. Tulisan melayu pun dah dihilangkan UMNO kenapa tak perjuangkan itu dahulu. Bila sebut pejuang Melayu mestilah berjuang untuk Bahasa nya, tulisan nya dan Budayanya. Kembalikan kedudukan tulisan jawi kepada orang melayu dahulu baru berbicara hal hal orang melayu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  13. kepada al-kahfi...

    kalau bangang, jangan tunjukan... simpan jea....

  14. breheng bertanding dun galas?
    hahahahahahahahahahahahahahahaha..
    sakit perutku ketawa..hahahahahahah..
    breheng tak ubah macam badut sarkas..haha..

  15. Data 2008 menunjukkan Galas mempunyai 10,330 pengundi, iaitu 65.81 peratus Melayu, 22.03 peratus India, 1.81 peratus India dan 10.32 peratus lain-lain - mungkin orang Siam.

    Typo error, bro.

    22.03 peratus Cina la.

  16. Anon 15, terima kasih. Tak perasan langsung. Ni nak betuikan.

  17. anon 2 48 tulisan kau mengalahkan hadith hadith.tapi sayang kata kata kesat yang digunakan tidak menunjukan keperibadian seorang yang baik akhlak. kalau nak bersyarah pasal ugama, gunakan lah bahasa yang baik sikit.lahabau betul.

  18. maka husin serama memberi cendera hati kpd tun m iatu ayam serama
    jika datuk ibrahim memberi cendera hati agak 2 binatang ape

  19. TRIBUT KEPADA ALMARHUM YB CHEK HASHIM SULAIMA & JUGA KPD MUJAHID-MUJAHID YANG TELAH GUGUR SEMASA BERJUANG SERTA KELUARGA MEREKA

    KAU PERGI JUA

    JASAMU,
    SEINDAH SERINYA PELANGI NAN INDAH
    SEHARUM BUNGA PUTIH HIJAU BERKEMBANG

    KHIDMATMU,
    MASIH TERBAYANG JELAS DIMATAKU
    SEHINGGA TERKENANG DI DALAM DOAKU

    SAHABATKU,
    TAHUKAH KAU DI DALAM HATIKU INI
    TERHIMPUN NYA JUTAAN DOA NAN SUCI

    SESUNGGUHNYA,
    WALAU HILANG KAU JAUH DARI MATAKU
    MUNAJAT KUABADIKAN CITA-CITA MU

    chorus:
    PEDIHNYA,
    HARAPAN YANG SELAMA INI KU GALAS
    JATUH BERKECAI JUA BAK DIHEMPAS
    NAMUN HASRATMU BUKAN HANYA BERMIMPI

    KAU PERGI JUA,
    DI KALA PERJUANGAN MU MEMBARA
    BELUM SEMPAT KAU CURAHKAN SEMUA
    KAU PERGI.... TAK KEMBALI

    RAKANKU,
    TAHUKAH KAU DI DALAM JIWAKU INI
    TERSIMPAN NYA JUTAAN ZIKIR TERPUJI

    SEMESTINYA,
    PUTRAJAYA MATLAMAT KAU BERSAMAKU
    AL FATIHAH KU SEDEKAHKAN UNTUKMU


    IKHLAS DARI: ZARIF HASAN (zarif.hasan75@gmail.com)

  20. Ada jugak orang-orang kat atas tu cakap Pas bermusuh dengan perkasa, silap tu tuan, perkasa yang mahu dan telah pun bermusuh dengan Pas melalui presidennya yang suka lompat-lompat tu, Pas dan buat baik tahap gaban dah kepadanya sehingga memberi kerusi parlimen untuknya, berkempen matian-matian untuknya, alih-alih apabila menang saja terus hentam Pas, hentam tu maknanya bermusuh ler wei ! Apa ke jenis manusia macam ini hah?

  21. To anon 4:43 and 2:40

    Setuju dengan anon 2:48...
    Nak perjuangkan agama kata ko..
    Berapa lama dah Yahudi APCO ni memerintah di Malaysia?..
    Berpuluh tahun bro..Apa jadi..Perlaksanaan Hukum Allah ada tak..Mmm haram..
    Ko ni yang jahil dan bebal..

    Yahudi APCO ni yang lahabau aku rasa..
    Bila bab agama..terima separuh buang separuh..
    Belah la woi..ptuih...

  22. bila berceramah babitkan soal hukum hakam...tegakkan islam....
    bila melaksana semua hampeh.....
    yang jadi pak turut macam anak2 seluan makan kutis2....

    jangan bodoh kan orang kampung la...
    parti mana pun boleh berceramah,kalau ikut hadis dah memang sahih...

  23. ape jenis manusia sampai malu berbangsa sendiri...

  24. anon 10,
    Kalau dah tak ada hak ke atas royalti tu..apa yang kau dok bising lagi...tak malu ke nak tuntut yang bukan hak kau...oops!! lagi pun kau tak ada bangsa kan !!Orang pas manusia tak ada bangsa dan tak ada bahasa..itu lah pas..parti pemecah orang melayu...jauh kan diri anda dari parti yang jumud...

  25. Alkahfi ...

    Mudah-mudahan Allah beri petunjuk kepada Kita dan ALkahfi...Orang PAS ni lah yg nak fight royalti minyak untuk Rakyat Kelantan/Trengganu ..itu hak rakyat kelantan /trengganu

    Kamu kata ..."tak malu ke nak tuntut yang bukan hak kau"
    "Aku tak tahu kau ni memang bodoh ke atau memang bahlul atau kedua-dua nya sekali atau dilahirkan untuk menjadi bodoh atau pun kamu ini pura 2 tak tahu atau buta sejarah ..sila rujuk perjanjian PETRONAS.....

    Parti jumud tahu ke tak parti mana ? Tahu tak jumud tuu apa ? Jangan main ingat nak dapat upah menulis sajA....Malu lah sedikit dan jaga kemaluan tuuu !!!!

  26. Anon 25,
    Kalau betul kau orang boleh bukti kan royalti tu hak kau selesaikan kat mahkamah kalau tak tak payah lah menyalak sana sini tuntut benda yang bukan hak kau...macam orang jahil undang2

  27. Cuba tengok masa alkahfi hantar komen dia: Friday, October 1, 2010 1:04:00 PM GMT+08:00 (Hari Jumaat pukul 1.04 tengah hari)

    Waktu Zohor di Kuala Lumpur pada hari Jumaat 1 okt 10 ialah 1:06 tengah hari. Banyak tafsiran boleh dibuat,,,, Maklumlah, Umno,,,,

  28. sdr,
    pas ke umno ke sama je tak ada telog,politik apa yg kau rebut2kan,baik buruknya nanti YB galas yg kaya nanti,kamu dpt apa....baik kita tunggu samy vellu keluar telog jan2011 tunggu jadi kah tidak,GAS jgn bubarg dulu...

  29. alkahfi = pondan or bapok?

    tekateki

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008