Sedap!! Klik gambar di atas!

KPN akui ditanya tentang laporan orang hilang yang tak disiasat

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar mengingatkan pihak media agar tidak melaporkan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga mangsa lain secara melampau, dengan membuat pelbagai andaian sendiri (lihat Malaysiakini semalam "Suspek bunuh Sosilawati dikait kes orang hilang").

Saya kira Khalid memang benar. Bukan senang nak siasat sesuatu kes. Contohnya, kes pembunuhan isteri pemilik bengkel kereta di pekan Banting, P Balasandam (lihat Utusan Malaysia hari "Mekanik dakwa jadi mangsa suspek utama Sosilawati"). Bila kita baca berita itu, nampak sangat kes itu amat sukar untuk diselesaikan. ""Sehingga kini kes saya diserang dan isteri dibunuh masih belum selesai," kata Balasandam.

Oleh kerana nampak sangat kes itu amat sukar untuk diselesaikan, mungkin kerana itu juga pembunuhnya amat sukar untuk dikesan dan terus lepas bebas selepas membunuh isteri Balasandam. Polis juga mungkin menghadapi kesukaran untuk menyiasat latar belakang kes itu. Boleh jadi Balasandam tidak menghadapi masalah dengan sesiapa waktu beliau diserang dan isterinya dibunuh. Agaknya sebab itulah tidak mudah untuk menyelesaikan kes itu.

Bagaimanapun, kita amat gembira apabila polis sedang menyemak semua kes kehilangan orang di Selangor (lihat Utusan Malaysia hari ini "Polis Selangor semak rekod orang hilang"). Dengan pembunuhan seseorang yang glamour seperti Sosilawati, mungkin polis sudah dapat clue atau petunjuk baru dan kes-kes itu kini sedang disemak.

Apa pun, pihak polis patut dipuji kerana berjaya menyelesaikan kes pembunuhan Sosilawati dan tiga mangsa lain walaupun Berita Harian hari ini melaporkan tentang "banyak laporan orang hilang yang dibuat sebelum ini tidak disiasat".

Menurut akhbar itu, ketika ditanya mengapa banyak laporan orang hilang yang dibuat sebelum ini tidak disiasat, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang mengaku turut menerima banyak pertanyaan mengenainya, berkata beliau akan memastikan semua aduan orang hilang disiasat secara serius.

Sebelum ini, dalam berita bertajuk "Mayat dibakar di ladang ayam," Kosmo! 13/9/10 melaporkan tentang suspek pembunuhan yang "mahir 'menghilangkan' pelanggannya" tetapi "sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan".

Berkaitan:
Pembunuhan kejam Sosilawati: Kes selesai
Suspek pembunuhan kejam jutawan kosmetik, tiga lagi mangsa didakwa minggu depan

KUALA LUMPUR (Berita Harian 16/9/10): Polis menganggap kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain, selesai dan semua suspek dijangka didakwa minggu depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata polis kini pada peringkat akhir mengumpul maklumat dan bukti sebelum mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan pertuduhan terhadap lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk yang ditahan setakat ini.

Sambil memuji Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang diketuai Pengarahnya, Datuk Mohd Bakri Zinin dan Timbalan JSJ, Datuk Hadi Ho Abdullah atas kejayaan pasukan itu menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh yang cepat, Ismail bagaimanapun berkata, ini bukan bermakna siasatan sudah dihentikan.

“Pasukan itu masih meneruskan siasatan di lokasi kejadian di Banting dan mencari bukti berhubung kes berkenaan. Pasukan itu juga sedang mengumpul maklumat mengenai beberapa kes kehilangan lain yang dikaitkan dengan suspek sama,” katanya dalam sesi diskusi dengan pengarang kanan media di Bukit Aman, semalam.

Ini adalah pertemuan pertama Ismail dengan pengarang kanan media selepas mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara pada 12 September lalu. Turut hadir, Timbalannya, Datuk Hussin Ismail dan Mohd Bakri.

Kes pembunuhan Sosilawati, 47; serta pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, terbongkar berikutan penahanan lapan suspek dua hari selepas menerima laporan isteri seorang ahli perniagaan warga India yang sebelum ini turut dilaporkan hilang selepas berurusan dengan peguam bergelar Datuk itu.

Sosilawati dan tiga individu itu yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu, dipercayai dibunuh di Ladang Gadong, Banting sebelum dibakar dan abu mayat mereka dibuang ke dalam Sungai Panchau. Mereka dipercayai dibunuh kira-kira 10 malam, 30 Ogos, iaitu pada hari sama mereka dilaporkan menemui Datuk itu.

Setakat ini, polis menahan lapan orang bagi membantu siasatan kes itu, termasuk Datuk terbabit dan adiknya, juga seorang peguam. Semua suspek yang ditahan pada 10, 11 dan 12 September lalu direman sehingga Sabtu ini.

Polis dikatakan akan meminta lanjutan tempoh reman untuk membolehkan pendakwaan dibuat akhir minggu depan.

Mohd Bakri berkata, polis menubuhkan dua pasukan petugas khas, iaitu satu untuk menyiasat kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu yang bersamanya, manakala satu lagi bagi menyiasat laporan orang hilang yang dikaitkan dengan suspek sama.

Ditanya mengapa banyak laporan orang hilang yang dibuat sebelum ini tidak disiasat, Ismail yang mengaku turut menerima banyak pertanyaan mengenainya, berkata beliau akan memastikan semua aduan orang hilang disiasat secara serius.

“Jika pegawai atau anggota saya didapati tidak memandang serius kes orang hilang, saya akan pastikan tindakan tegas diambil terhadap mereka,” katanya.



Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Alah spin la spin cik bakaq spin.

    Dulu tak dapat 4 orang yang akhirnya ngaku dan beri lead.

    Inilah kerja PAS. Asyik buat kerja fitnah dari dulu, sekarang dan selamanya. Mentang2 Nik Aziz kasi tiket fee ke syurga.

    Jangan baca sampul di luar, baca betul2 tiket dalam tu. Tertulis pergi neraka .... muahahaha

    Mula sekali pergi neraka adalah Mahfudz Mr Bean. Salahuddin tampal koyop tu dah belajar2 masuk neraka.

    Nasruddin tantaik jadi bahan pembakar macam taik lembu. kah kah kah

  2. Pak Bakaq, saya setuju dengan mantan KPN TS Musa Hassan polis jangan jadi 'budak suruhan' - polis buat kerja polis - saya yakin jenayah dapat diturunkan dan negara kita akan lebih aman. Tapi persoalannya mengapa dah tiada kuasa baru bersuara, masa berkuasa sama sajer.

    http://tukartiub.blogspot.com/2010/09/kes-polis-pencen.html

  3. Aku tak berapa nak konfiden dengan kpn baru ni. Adakah soal masuk campur kdn tak selesai lagi? Kalau kes kaitan pengganas Islam akan disisasat sampai ke lubang cacing. Belum apa-apa SB dah dapat hidu. Tapi bila masuk kes bunuh ni suara kpn macam tak keluar dari kerongkong. Takkan SB Malaysia tak hebat kut apabila dalam 'kes bunuh' profile tinggi dan bersiri.

  4. Anak Omak......

    Kalau tahap pemikiran ko takat tu jer baik pegi dok celah ketiak omak ko.......jgn tunjuk bangang kat sini.

  5. Yong heran dengan Anak Omak. Apesal kes ni dikaitkan dengan PAS? Bukanke suspek tu orang India yang takde kaitan dengan parti PAS? Taksalah Yong Si Murugiah tu ade sebut suspek ade nyatakan hasrat nak jadi ahli MIC. Setahu Yong gak MIC tu cabang BN. Jelasnya suspek penyokong BN. Sedangkan kita tak tahu sama ada mangsa2 itu penyokong BN atau PR.

    Malaysia ni dah lebih 50 merdeka. Tapi masih ade lagi orang bangang yang sentiasa kaitkan semua jenayah dengan politik. Mangsa2 pun bukan ahli politik.

    Walau bagaimanapun, pemimpin negara wajib menjamin keselamatan rakyat, kerana safety and security adalah HAK RAKYAT.

  6. Polis dah letih kerja banyak dari orang mula beranak sampai mati masok kubur dan gali balik semua kerja POLIS MASALAHANYA ORANG YANG NAK buat KERJA TU SEMUA JAGA SEMUA MANUSIA KAT MALAYSIA NI ORANG TUuuuuuuuuuuuuuu JUGAK KERJA BERTAMBAH PEKERJA TA'BERTAMBAH nasib baik ELAUN MUSA JUANGKAN TAMBAHLAH SIKIT TAKPADAN KERJA SIANG MALAM PAGI PETANG baik JADI LAWYER MACAM HINDU DAN BAYI KAPALSINK LAKNATUALLAH NI ANAK BERANAK ADIKBERADIK KAYA RAYA JADI POLIS KENA MAKI HAMUN TERUTAMA ORANG hamPAS DAN DAPigs.HISHAMUDIN ASIK BERI AMARAN AJA.Letih letih.

  7. pak bakaq,
    Apabila rasuah secara terang-terangan berlaku dalam masyarakat, daripada pemimpin tertinggi sehingga rakyat terendah.
    Apabila rasuah berlaku tanpa ada perasaan bersalah oleh mereka yang melakukannya.
    Apabila rasuah merupakan nikmat untuk dinikmati oleh setiap mereka yang diberikan kuasa, sehingga menjangkau kepada mereka yang diamanahkan untuk mencegah berlakunya rasuah.
    Apabila rasuah akhirnya menjadi budaya hidup yang tidak boleh diceraikan dari kehidupan harian masyarakat.
    Apabila ahli rasuah dilantik dan diberikan amanah menjadi pemimpin dan pemerintah.

    Pak bakaq,
    Mengapa kita masih terselamat dari bala'?. Adakah kita mempunyai imuniti untuk yang menghalang kita daripada ditimpa bala,?.

    Pak bakaq,
    Jika bala' boleh datang dgn pelbagai bentuk, gempa bumi, tsunami, kemarau, banjir, gunung berapi, serangan katak, gigitan nyamuk. Apakah kita merasakan bahawa bala' yang telah menimpa bangsa melayu sekarang adalah terlalu kecil berbanding dgn bala' yang telah menimpa mereka yang terdahulu?.
    Apakah bala' yang paling besar daripada bala' yang menimpa bani Israel semasa mereka menjadi pendatang di Mesir?.
    Bukankah mereka menerima azab yang pedih apabila lelaki dari kaum mereka dihancurkan, hanya yang tinggal daripada kaum wanita?.
    Adakah kaum bani Israel akan hancur dengan hancurnya lelaki dari kaum mereka?. Bukan ini merupakan antara punca utama Musa AS diutus ke Mesir?.

    Pak Bakaq,
    Adakah kita juga telah ditimpa bala' sebagaimana bani Israel menerimanya?. Jawapannya adalah, ya! yes! na'am! tuwe! ilek!.
    Anak-anak lelaki kita telah hancur, mereka telah rebah, mereka bukan lagi manusia, mereka tidak lagi merdeka, mereka telah menjadi hamba, hamba kepada dadah, hamba kepada pil kuda, hamba kepada syabu, hamba kepada arak, hamba kepada sex sumbang, hamba .. hamba .. hamba...

    Pak bakaq,
    Apa kaitannya dengan pembunuhan kejam dan tidak kejam, jenayah itu dan ini, dan angkara manusia zalim dan jahat yang berlaku pada hari ini?.
    Perasuah, penyamun harta rakyat, penjual beli harta negara mustahil dapat memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah-masalah ini, apa lagi untuk menyelamatkan rakyat daripada bala' ini.
    Bukankah solat hajat dan doa seorang pencuri untuk menjauhkan perompak daripada menghampiri rumahnya, sama seperti doa yang dibaca oleh Abu Jahal dan Abu Lahad.

    Pak bakaq,
    Perjuangan menjatuhkan UMNO yang dikenali sebagai oganisasi yang korup dan buruk sampai ke usus adalah suatu usaha untuk menolak bala' dari langit.
    Berjayalah mereka yang telah menjadi sebahagian daripada penolak bala' yang azab ini.

  8. Anak Omak yg Omaknya dot dot dot;
    Woii cakap pasal pemimpin PAS baik baik sikit. Ko tu mulut xde insurans langsung. Memang puak puak UMNgOks macam kau ni memang akan terlungkop di GE-13 nnti.

  9. Koman ka pendapat ka biarlah terlihat kita punya otak klau mcam komen no.1 tu saya rasa orgnya mempunyai masalah seni berfikir itu lah org u...

  10. pakailah HUDUD ciptaan ALLAH
    pasti semua JENAYAH akan tiada

    ALLAHU AKBAR x3

  11. abg-abg polis...

    Kalo nak keje senang...tuntut kat kerajaan barisan nasional tu laksanakan hukum hudud...bukit aman pun jd aman...apa macam abg2 polis...ada berani ka?

  12. Sebenarnya semua kita patut risau dengan keadaan keselamatan di negara kita ,sebab jenayah yang menimpa Sosilawati boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

  13. Anak Omak,

    Dulu Abu Jahal kata kat pengikut Nabi, sebijik mcm hang tulis.... Cuma ayat quran dah tak turun, kalau ada mesti ada ayat kutuk Anak Omak.

  14. Pak bakq ,

    Ada lagi orang jakun/Asli macam anak omak kat malaysia ini !!! Tok batin pun pening kepala !!

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008