Sedap!! Klik gambar di atas!

Kita pun boleh kata, kalau Umno yang dikuasai MCA perintah, Melayu hilang kuasa

Tak sampai sepuluh hari lalu, anak didik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kekecewaannya apabila parti kaum Cina, MCA, kini menguasai Umno (lihat posting "Saya percaya bila Ibrahim Ali kata Umno dikuasai MCA"). Ramai orang tahu Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali suka meratib-ratibkan nama Dr Mahathir yang menjadi idolanya. Dia kata, "Kini MCA, Gerakan sudah nak memperbodohkan Umno pula".

Hari ini, Utusan Malaysia tampil dengan berita muka depan tentang apa yang dilaporkannya sebagai peringatan Dr Mahathir kepada orang-orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan 'suara' jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan negara.

Kalau saya nak gunakan line of argument yang sama, saya juga boleh kata orang-orang Melayu kini sudah pun kehilangan kuasa dan 'suara' apabila negara ini diperintah Umno yang dikuasai MCA. Bukan saya yang kata Umno dikuasai oleh MCA. Ia adalah pengakuan Mamat mesra Umno sendiri. Tetapi, bukan itu yang saya nak bangkitkan. Itu tak penting.

Yang lebih penting bagi saya ialah adakah peringatan Dr Mahathir ditujukan kepada satu pihak sahaja? Mereka yang mengkagumi Dr Mahathir selalu cerita kepada saya bahawa bekas Presiden Umno itu adalah dari jenis yang "a plan witihin a plan witihin a plan", entah berapa banyak witihin a plan. Mereka juga kata orang tua itu adalah dari jenis yang apabila dia buat atau cakap, ia mempunyai maksud yang "long range". Depa kata la, mana saya tau.

Kalaulah benar apa yang depa kata tu, saya nak tanya, adakah cakap-cakap Dr Mahathir itu ditujukan kepada Pakatan Rakyat sahaja? Bolehkah saya tanya, adakah cakap-cakap Dr Mahathir itu juga bermakna orang-orang Melayu diperingatkan bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan 'suara' jika Datuk Seri Najib Tun Razak terus memerintah negara? Saya tak tuduh Dr Mahathir mempunyai maksud seperti itu. Saya tanya ja...

Kalaulah itu maksud Dr Mahathir, adakah Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tak kuat lagi untuk menjadi "benteng Melayu" di dalam Umno sehingga Dr Mahathir terpaksa bersuara dan bersuara? Bukan apa, kawan-kawan dalam Umno selalu memberitahu, "jangan risau, Muhyiddin ada". Depa cuba nak kata bahawa Muhyiddin "yang kuat Melayunya" tak akan biarkan Najib buat tak tentu hala.

Siapa kata Muhyiddin tak akan biarkan? Dah macam-macam yang Najib buat - dari liberalisasi ekonomi kononnya waktu mula-mula dia jadi Perdana Menteri hingga entah apa-apa la ni.

Apa Muhyiddin boleh buat? Kalau tak percaya baca berita NST 22/1/10 bertajuk "MECD backers told to ask PM":
Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin yesterday advised the six organisations calling for the reinstatement of the entrepreneur and cooperatives development ministry (MECD) to submit their suggestion to the prime minister.

"Let the prime minister decide. It's under his purview".
Nampak? Muhyiddin tak boleh buat apa pun untuk menghalang Najib. Siapa kata Muhyiddin berani sangat nak bela Melayu? Kalau kata gitu kat Ibrahim Ali, mungkin la dia percaya. Saya tak percaya Muhyiddin nak bela Melayu.

Bab Muhyiddin ni, kalau rajin, pi baca posting bertajuk "Ini bukan cerita pengkhianat negara?" dan "Konspirasi rasuah PM dan TPM?".

Takat tu dulu cerita Umno. Kedua, Dr Mahathir juga kata:
"Kita lihat (Datuk Seri) Mohammad Nizar Jamaluddin di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan DAP".
Saya tak berniat nak mengulas kata-kata Dr Mahathir itu sebab saya rasa Nizar is in a better position to dispute what Dr Mahathir said. Tinggal lagi, saya harap sangat kepada para pemimpin PAS supaya lebih cermat dan berhati-hati kalau sekali lagi ditaqdirkan PAS dikehendaki mencadangkan calon Menteri Besar di Perak, negeri saya dilahirkan. Itu saja.

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. 52 Tahun UMNO perintah Pulau Pinang tetapi jadi boneka GERAKAN...Melayu bukan sahaja hilang kuasa TETAPI ghaib terus dari PULAU PINANG...Macam ahli silap mata da........

  2. madey, madey, berbelit-belit ... dah lama dah orang melayu kena belit oleh beliau, persempadanan kawasan pilihanraya yang merugikan melayu yang telah dibuat oleh umno sewaktu beliau jadi perdana menteri itu apa cerita?

  3. pak bakaq,

    saja nak tanya. dasar ekuiti ekonomi 30% untuk bumiputera (termasuk melayu lah tu) menuju ke mana? dasar projek perumahan 30% untuk bumiputera (termasuk melayu lah tu) menghala ke mana? adakah kerana ekuiti ekonomi 30% untuk bumiputera (termasuk melayu lah tu) maka peruntukan projek perumahan juga mesti 30%? sekiranya bumiputera (termasuk melayu lah tu) yang merupakan 70% (19,000,000)(?) penduduk negara ini, hanya diperuntukan 30% dari projek perumahan, manakala non-bumi 30% (8,000,000) mendapat 70% dari projek perumahan, hanya 5,700,000 bumiputera (termasuk melayulah tu) yang dapat memiliki rumah, manakala 5,600,000 non-bumi pula dapat memiliki rumah. ini kira bodoh je pak bakaq.

    dari segi aset hartanah yang lain, kita lihat di bandar2 besar, berapa % kah dimiliki buniputera (termasuk melayu lah tu)? sebab itu sampai kini ekuiti ekonomi bumiputera 30% tidak tercapai. begitulah bijak dan jauhnya pandangan pemimpin yang berslogankan "hidup melayu!". setiap kali datang pilihanraya, pembangunanlah yang menjadi tunjang kempen gerombolan "hidup melayu!" ini.

    kerana kebijaksanaan pemimpin2 inilah bumiputera (termasuk melayu lah tu) kini begitu selesa di tanah air tercinta ini. dan kerana keselesaan inilah gerombolan "hidup melayu!" terpekik melolong bahawa melayu akan terpinggir jika pakatan rakyat memerintah! kepada mereka, yang boleh memerintah negara ini adalah gerombolan "hidup melayu!" sahaja dan tanpa mereka bumpiputera (termasuk melayu lah tu) akan hancur. itulah yang digembargemburkan la ni. yang kuat sangat tu yang rakus meratah harta negara (petronas, tabung haji, lembaga tabung angkatan tentera, dll termasuk harta umno (lama)...

    wallahu'alam

  4. Yang Kaya Bertambah Kaya,
    Yang Miskin Bertambah Kedana,
    Yang Kusut Bertambah Serabut,
    Yang Menghasut Nak Mengugut...

    Sebenarnya apa yang sangat ditakuti oleh UMNGOK ni..Dahlah rehat-rehat la..
    Blajaq blajaq la ilmu akhirat plak tak yah la nak masuk campuq dah..Tak payah la nak belakon lagi..Tak payah la nak menangis..Dah terlambat..Ingat lah apa yang hang buat dari hang start perintah sampai hang pencen nescaya akan sampai balik kat hang..

    Betul ke kalau pembangkang menang, MELAYU hilang kuasa..
    Sekarang ni MELAYU ada kuasa ka..Org bodoh bolehlah diperbodohkan lagi..
    Yang bengong boleh lah diperbangangkan lagi..EKONOMI Malaysia sapa pegang..
    Yang ramai kaya kat Malaysia ni sapa..ORG CINA la..sapa bagi kaya orang Cina ni..Lu pk la sendiri UMNGOK..MELAYU UMNGOK ni la yang ada kuasa menerima RASUAH, yang ada kuasa memberi RASUAH, yang ada kuasa tentukan KEPUTUSAN MAHKAMAH, yang ada kuasa nak AMBIK TANAH, yang ada kuasa nak JUAL TANAH, yang ada kuasa mainkan AGAMA ISLAM dan bermacam macam lagi SALAH GUNA KUASA oleh MELAYU UMNGOK ni..

    So apa maksud hilang kuasa ni..Hilang KUASA untuk SALAH GUNA KUASA? Hilang KUASA terima RASUAH or hilang KUASA untuk MANIPULATE fakta?..Hilang kuasa macam mana ni..

    Yang sebenar-sebenar dan tersangat benar apa yang di takuti oleh bangsa UMNGOK ni ialah bukan takut hilang kusa tapi takutnya RAKYAT mengetahui apa sebenarnya yang terjadi dalam pengurusan bangsa UMNGOK selama mana mereka memerintah..Segala gala amalan SALAH GUNA KUASA akan didedahkan oleh pembangkang sekiranya mereka menang..Bila pembangkang menang RAKYAT berhak mengetahui berapa banyak HARTA KEKAYAAN yang dikumpul oleh puak puak UMNGOK dan pencacai pencacai Yahudi APCO ni..Bagaimana HARTA KEKAYAAN ini dikumpulkan..Berapa banyak harta KRONI-KRONI mereka ini..Yang paling penting SALAH GUNA KUASA dalam menentukan KEPUTUSAN MAHKAMAH dan PENGUATKUASAAN di MALAYSIA..

    Berubahlah RAKYAT MALAYSIA..selama ini mereka leka dan lalai dengan kuasa pemerintahan yang mereka kecapi..selama ini mereka menggunakan kuasa untuk menindas, menipu dan memanipulate kan segala apa yang berlaku di dalam MALAYSIA ni..biarkan mereka TERSEDAR dan TERSENTAK dari mengelamun dan tidur serta kemewahan yang terlalu panjang..

    AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR..PERJUANGKAN ISLAM, SELAMAT DUNIA AKHIRAT..
    ANDA BUAT ANDA DAPAT..RENUNG RENUNG KAN SELAMAT BERAMAL..

  5. Ni suatu ugutan dr matan kita,kerana kejatuhan Umno akan membuka segala "kekejian" kerosakan yang telah dia lakukan terhadap rakyat.Segala bentuk macam penyelewengan akan didedahkan seperti yg PR lakukan di Selangor.Dan rakyat ketika itu akan membuka seluas-luas bijik mata,betapa teruknyer melayu yang bertauhidkan Umno ni telah menolak Islam dan "membunuh" alim ulama demi survival politik mereka.Dari kes memali sampai pembatai terhadap rakyat ketika meyuarakan keadilan,dan penindasan terhadap rakyat yg negeri diperintah oleh parti pembangkang.Sekarang terpekik terlolong dok mencanang seluruh negara api perkauman ..terutama utusan Meloya al Munafik ni.Merekalah merosakkan minda rakyat dengan slogan perkauman yang dicanang hari-hari serta provokasi terhadap bangsa melayu untuk memberikan nafas baru untuk umno meneruskan haloba perut mereka.
    Jiwa mereka telah dikuasai Dunia dan penyakit hati yg kronik.Mereka akan menjerut leher rakyat supaya sama2 mengikut lubang2 "najis" yg mereka buat.Fikirlah umat Islam yg tulen,kita ada Maha Pencipta yang telah memberi pertunjuk melalui AlQuraan dan Hadis. Hanya semua umat Islam kemabali kepada Tauhid yg sebenar akan menyelamat semua bangsa daripada kerosakan,perkelahian dan kesengsaraan.Lihatlah negara2 yg menolak keTauhidan kepada Allah.Fikirkanlah...wahai umat Islam.

  6. mahathir bagi dua2 pun kena...tapi bagi seteruk2 UMNO.. kat tempat aku suara azan maseh kuat berkumandang.
    taktau la pulak bila PR pegang kuasa nanti.aku takut PAS, sekali kena jerkah ngan kapalsink lesap terus azan di subuh hari..teresa kok dah sound dah..

  7. realitinya 50thn umno masih berkuasa. realitinya baru setahun pas berkuasa di perak dap bermaharajalela.

  8. Itu sebab apabila tertubuhnya Malaysia konsep Malaysian Malaysia yang disuara Lee Kuan Yew patut dilaksanakan.
    Tidaklah timbul saya Melayu kau Cina kita India.
    We are Malaysian.
    Sama-sama membina Malaysia yang kita cintai.
    Tapi kerana banyak sangat politik kan dah susah.

  9. Pak Bakaq,

    Ahli-ahli UMNO biasa,terutama dikampong-kampong,sebenarnya tak faham-faham mengapa pemimpin-pemimpin UMNO bermati-matian nak pertahankan kuasa yang sedang mereka gengam sekarang.Soal nak bela nasib orang Melayu,tak terlintas difikiran mereka.Lebih 50 tahun berkuasa,apa ada pada orang Melayu.Mereka,juak-juak,kroni dan suku sakat depa yang kaya raya.Nak bela agama Islam,lagi jauh sekali.Depa mempermainkan Islam dan mereka letak Islam dibawah,utamakan asobiah.Lihat pemimpin-pemimpin wanita dan isteri-isteri pemimpin - mana ada yang tutup aurat.Dekat tanah perkuburan dan dalam mesjid pun,jambul mereka keluar.
    Apa yang ditakuti sangat jika hilang kuasa? (1) Kehilangan peluang untuk terus merompak dan melanun harta negara.(2)Khuatir akan diseret kemahkamah,mengenai kesalahan,kezaliman,rasuah dan salah guna kuasa,sewaktu berkuasa.(3)Jatuh bangrap jika pinjaman dibank-bank tidak dapat dibayar.(4)Kehilangan harta yang ada,dipenjara kerana rasuah dan salah guna kuasa.(5)Perubahan hidup dari serba mewah kepada kehidupan biasa.(6)Menanggung malu seumur hidup kerana terbongkar semua rahsia.
    Inilah yang depa pertahankan hingga titisan darah yang akhir.Pihak-pihak lain yang turut bersubahat dan sedikit sebanyak dapat juga bahan daki dunia,kaki tangan kerajaan,sama ada dijabatan sivil mahu pun berunifom,juga ikut sama mempertahankan "penyangak","penyamun",dan "perompak" ni sebab sekiranya gulungan ini dihadapkan kemahkamah,mereka juga akan terpalit.Inilah senario politik Malaysia dewasa ini.Sekiranya senario ni tak berubah,negara ini akan jadi sebuah negara bangrap seperti beberapa negara dibenua Afrika.

  10. Cina DAP=MCA=GERAKAN..sama saja..sepakat..
    Yang tak sepakat Melayu saja..Hatred sesama sendiri cukup tebal bila mai kat pegangan politic....Habis terpelanting segalanya walaupun satu syahadah..
    Jangan la pulak nak lari dari satu masalah, kita pi cari masalah yang lain pulak..Tapi tu la Melayu, dah synonim dgn situasi begini...
    Cukup takut terjun dalam lubang hidung mamak kali ke 2...Tapi tak takut pulak terperheluih dalam lubang pungk*q yang lagi satu tu..
    Satu ketika , kena banyak beringat la.. Hatred sesama sendiri tu control la sikit.. Riuh hu ha hentam orang, sapa sapa naik pun, hgpa duk susah tera tu jugak..Depa yg duk kat ataih jugak yg hidup happy, tak kira yg berkot...atau yg berjubah...
    Lastly, Melayu jugak yg duk kena pelekoh...Prinsip perjuangan pun habih terhebang mana...Hudud kemana..apa kemana...nganga...

  11. anon 12.49pm

    Suara azan jer kuat buat apa kalau negara dikuasai oleh Penindas dan Perasuah dari orang Islam sendiri.. Apakah dengan azan kuat, mengaji kuat, Islam yang dicipta oleh umnogok dah berjaya? Islam kulit ciptaan umnogok

    Hj Karpal Abdullah

  12. Kesian puak2 pencacai yahudi apco.....dah kekeringan hujjah.

    Apa yg mampu di ulang2 setiap kali hanye ler fitnah yg di fardhukan ke atas mereka oleh tuhan yahudi apco mereka.....

    Hanye satu kefardhuan yg mnereka ulang2 setiap hari iaitu Pas lemah dan Dap yg berkuasa..............begitu taat mereka melafazkan fitnah ajaran yahudi apco itu namun masih cuba berbohong dan menipu diri mereka sendiri kunun nye mereka masih Islam.

    Apakah mereka cuba menipu Allah swt spt yg di lakukan oleh yahudi...........???
    Apa yg jelas mereka adalah pengikut setia menyebarkan setiap fitnah yg di fardhukan ke atas mereka oleh tuhan yahudi apco mereka.

  13. anon 24sep 11.06pm
    aku tak nampak pun tang mana yg kata kena tindas..aku tak kena tindas pun..tang rasuah tu..PAS pun kan dah terima mock cek 4bil oo..yg real one akan menyusul..agak2 kalau bersekongkol ngan DAP/PKR..PAs pun akan jadi seketol daging lombu dlm sekawah daging babi tak???

  14. salam
    Hj Karpal marah nampak ..belasah jer umnogok tuuu ...hehehe

    Anom 4 ..pendapat yg bernas !!!

    Pak Bakaq alkahfi & abu arif tak nak komen ke ???

  15. Baguih Pak baqak,
    Jawab Hang: kalau Umno yang dikuasai MCA perintah, Melayu hilang kuasa

    Hang boleh berdebat dengan Dr M.

    Aku tak yakin Nurul Izzah boleh menang jika berdebat dengan Dr M.

  16. Kita orang MELAYU kena praktikal dan berpijak dibumi nyata,,,,,"POLITIK" masa depan anak cucu kita "bukan bahan mainan',,,munkin hari ini kita rasa bangga dan megah kerana "berjaya menghentam sesama sendiri",,,,,,,,,Mencari keburukan dan kesalahan lampau adalah kerja "mudah",,,,,,,,Tidak syukurkah KITA PADA ALLAH dgn KEJAYAAN MELAYU yg ada pada hari ini,,,,,,,,,,berbanding dgn mula kita merdeka dulu,,,,,,,,,,"KITA KENA AMBIL IKTIBAR dan PENGAJARAN TENTANG APA YG DAH BERLAKU",,,,,,,Sepatutnya kita sesama MELAYU kena sama2 BERUSHA,,,,UNTUK BERKERJASAMA DAN BERPADU ,,,,MENGHADAPI ANCAMAN MENDATANG YG AMAT MENCABAR,,,,,,,,,,,TAK TERPIKUL OLIH ANAK2 KITA,,,,,,,,ADA KEUPAYAAN DAN KEKUATAN KAH ANAK2 KITA MENANGGUNG BEBAN KESILAPAN KITA,,,,,,,,,,,,"SAYA MERAYU KITA SESAMA ISLAM ,,SUPAYA KITA "SEDAR" SEKARANG daripada MENYESAL KEMUDIAN,,,,,,,,KITA PERLUKAN PEMIMPIN YG BENAR2 BERSIH DAN BERUPAYA MEMPERTAHANKAN MELAYU PADA BILA2 MASA,,,,,,,,,,,,,SINGKIRKAN PEMIMPIN UMNO YG KORAP DAN SANGAT LEMAH DAN BODOH,,,,,,,,,,,Singkirkan PEMIMPIN PAS YG MERAPU DAN SEWENANG2NYA MENGGUNAKAN ISLAM UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI,,,,,,,,,,Semuanya letak di tangan kita "untuk menggerakanya",,,bukannya menjadi bodoh mencaci sesama "BANGSA SEAGAMA",,,,,,,belajarlah dari sejarah,,,,,,,AKIBAT SENGKETA SESAMA SENDIRI,,,,,,,,,,,,

  17. Abuarif.........

    Bersyukur kpd Allah tu maksud nye ialah "melaksanakan segala perintahNye dan meninggalkan segala laranganNye"

    Ko sendiri duk langgar larangan Allah supaya menjauhi fitnah dan tidak cenderung kpd golongan yg zalim..........dan menolak banyak perintahNye supaya menegakkan Islam sebagai Ad Deen........

    Betulkan diri sendiri dulu sebelum nak menyalak kat sini.......

  18. Chin Peng, usha nak melaksanakan perintah allah itu ada dlm diri masing2,ussah lah menyalah orang lain dan sentiasa nak fitnah orang lain dan asyik "mengaku dan sombong bahawa diri sendiri lebih islam dari orang lain",,,,,mula dgn diri sendiri,,ajak bersatu dan cari "penyelesaian masaalah sesama islam",,,,usahlah berpolitik,,jujur pada diri sendiri dan yakin Allah bersama2 umat menyeru kebaikan,,,,,,,,,,,,

  19. abuarif.........

    Tau tak per....bermula dari dlm diri sendiri.Senang dan mudah di ucapkan.

    Spt seseorang yg kita jumpa di jalan berkata dia nak ke masjid....tetapi kita lihat dia tidak pun menuju ke masjid sebalik nye ke kedai judi membeli nombor ekor.Bila di tanye dia kata dia ada dah niat dlm hati nak ke masjid..........cuma dia tak laksanakan shj.

    Begitu lah umno cuba memperbodohkan rakyat ............malang nye hanye org2 bodoh shj yg percaya.Al Qur'an dan Hadis telah sedia lengkap spt yg di jamin oleh Allah swt dan Rasulullah saw..........cuma sikap manusia yg berdolak dalih dlm soal perlaksanaan nye.

    Kekangan perlembagaan ciptaan lord reid, kuasa pusat yg mengatasi kuasa kerajaan negeri, retorik kunun nye kuasa sultan dan raja2 melayu ke atas urusan agama dan hal ehwal adat melayu........di permainkan oleh pihak2 yg memegang kuasa di parlimen, mahkamah serta menguasai jentera kerajaan yg di biayai dgn wang rakyat.

    Hakikat nye Allah swt Maha Mengetahui dan tidak dpt di bohongi.........namun masih ada mereka2 yg mengaku masih Islam tetapi mencerca Allah dan RasulNye.............malah masih terus berdusta.

    Soal bersatu telah di jelaskan oleh Allah swt di dlm Al Qur'an.Tidak perlu lagi org2 Islam memilih bersatu mengikut versi yg lain dari Islam sekira nye mereka benar2 beriman.Hanye dgn bersatu mengikut aturan Allah swt shj yg akan berjaya.....iaitu spt yg di tegaskan oleh Allah swt bersatu dgn berpegang pada "tali" Allah dan merujuk kpd Al Qur'an dan Hadis utk menyelesaikan sebarang masalah yg timbul.

    Ko kata tak usah nak berpolitik, jujur pada diri sendiri............tanye diri ko sendiri soalan tu dan ko jawab sendiri....

    Panduan yg betul telah sedia ada.......Al Qur'an dan Hadis.

    Bercakap dgn memutarkan lidah memang telah di ingatkan oleh Allah swt dan Rasul saw.....tak payah le nak gunakan kaedah tersebut kerana manusia tidak mungkin berjaya menipu Allah.........

    Merujuk kpd Al Qur'an dan Hadis lah yg menyebabkan umat Islam yg beriman sanggup bangun menentang umno kerana segala nye telah terang jelas di berikan panduan oleh Allah swt dan Rasul saw.Adakah kamu mahu menyalahkan mereka2 yg bertindak melawan umno semata2 kerana mematuhi perintah Allah swt dan RasulNye........???

    Jika begitu maka kamu sebenar nye menyalahkan Allah dan Rasul saw...........kerana mereka2 itu hanye lah hamba kpd Allah swt ....yg sanggup mengorbankan diri semata2 kerana takutkan Pencipta nye.

  20. Hi Abu Arif.

    Maaflah, aku tak beri salam kat hang. Sebab hang lebih Melayu daripada Islam. Chin Peng cakap tu dah cukup jelas. Hang kena faham. Hang betul kah ada tercetus dalam hati nak laksanakan hukum dan perintah Allah. Jnagan tulis aje seba nak bantau Chin Peng.

    Aku nak bagi tau hang, aku pernah di 'tarbiah' oleh seorang pemandu teksi India tentang bagusnya hukum hudud. Dari TTDI Jaya (aku hantar repair kete honda aku kat ejen honda di situ) aku tahan teksi untuk balik ke Alam Megah sebab kete sebab esoknya. Dia tarbiah aku pasal hukum huduk. Dia kata, jika hukum hudud ini dilaksanakan di Malaysia, pasti Malaysia akan aman, sifar jenayah. Itu dia kata.

    Hari tu, biras aku naik teksi yang dipandu orang China dari KL ke Lembah Jaya Selatan. Dia merayu supaya beri Pas perintah. Dia minta sangat sebab
    katanya, negara kita dah sakit, teruk dan tenat hanya Islam yang dapat pulihkan.

    Subhanallah.

    Hang tak malu ke Abu Arif.

    Shah Alam - Melayu haprak. eh, eh eh, bukan aku yang cakap. Mamak yang mengaku Melayu tu cakap... siapa lagi CHE DET lah tu.

  21. Ha ha ha..

    Pak Abu Arif..sebab ko yang arif..dan ko tahu yang Kat dalam Ameno, pemimpinya banyak yang korupsi..tetapi susah untuk dijatuhkan sebab banyak ahli-ahli Ameno yang Benghap tahap baghal, yang bermatakan Wang ringit...adakah anda setuju??

    Kalau anda setuju..apakata kat PRU 13 nanti kita pelingkup Barisan National...sebab apa perlu Pelingkupan PRU 13...Sebab kalau Ameno Lingkup...ahli-ahli Ameno yang bermatakan Wang Ringgit akan menyerang Kerajaan Pakatan Rakyat dan menjadi Bubuk-bubuk dalam kayu ..ha ha ha..

    Oleh kerana penyokong yang telah berpindah..maka hanya tinggal Penyokong Ameno yang Ikhlas sahaja..jadi barulah Ameno boleh disamak dan disucikan..dan barisan kepimpinan baru boleh di perolehi..ha ha ha..amacam Pak Abu ada Berani???

    Tak payah ler susah-susah jerit kata Belanga pantat Hitam ...kalau yang bercakap itu sebutir Kendi ..ha ha ha.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008