Malay Mail semalam melaporkan berita bertajuk "Outgoing IGP says he was fed up with 3rd party interference" (untuk berita dalam BM sila lihat Malaysian Insider semalam "Musa kecewa ada pihak campur tangan urusan polis").
Bila Musa kata dia fed up, kita baca sajalah berita dia fed up tu. Tetapi, kita pun dah lama fed up dengan sikap berat sebelah polis. Kalau puak Umno Barisan Nasional (BN) terjerit-jerit atas jalan atau dalam masjid, bukan main mesra lagi polis menjadi rakan sekawan mereka. Siap senyum kerang busuk.
Tapi kalau puak yang melawan Umno berhimpun secara aman sekalipun, bukan main bengis polis mengentam dan mengganasi. Oleh kerana kita orang dan bukan plastik, semua itu kian mengapi-apikan rasa fed up kita.
Itu satu hal. Yang lebih menarik dari itu ialah mengapa Musa mengulangi lagi rasa tidak puas hatinya terhadap campur tangan pihak ketiga? Mac lalu, beliau telah membangkitkan perkara itu.
Umum melihat luahan rasa tidak puas hatinya ketika itu ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sehingga memaksa Mamat itu membikin kenyataan akhbar yang menyifatkan dakwaan hubungan beliau dengan Musa sebagai tegang adalah tidak berasas (lihat posting "Siapa percaya Hishammuddin?").
Sukar untuk menolak kemungkinan bahawa kenyataan Musa menjelang persaraannya itu juga ditujukan kepada Hishammuddin. Maklumlah, Musa sendiri mengakui beliau tidak tahu kontraknya tidak akan disambung sehinggalah pengumuman dibuat oleh Hishammuddin.
"Tiada orang bagi tahu saya mengenai perkara itu. Saya tahu sendiri apabila ia diumumkan," katanya.
Kita tidak tahu adakah benar Musa tak tahu. Tetapi apabila Musa memberikan kenyataan sedemikian, ia tidak menggambarkan hubungan yang sewajarnya antara beliau dan Hishammuddin.
Jawatan sebagai Ketua Polis Negara dilihat menyebabkan Musa merasa dirinya hebat sangat. Perbuatan mengumumkan bahawa beliau tidak lagi dikehendaki di dalam sidang akhbar yang turut dihadirinya dalam keadaan beliau tidak pun mendapat hint mengenai perkara itu dari orang yang membuat pengumuman boleh dilihat sebagai tindakan menghambatnya dengan penuh hina.
Adakah Musa dihalau dan dihambat dengan penuh hina seperti anjing kurap yang tidak diperlukan lagi oleh tuannya? Kita tidak tahu. Kita hanya mampu bertanya.
Ah, teringat pula bagaimana kita diperlakukan seperti anjing hampir setiap kali kita berhimpun secara aman.

Cantik? Klik 

Tu la orang-orang PAS, Pandai Menuduh, Pandai Tuding Jari, Pandai Lempar Tahi....
Apa yang depa buat..
Pandai buat honar, bising sana-bising sini, hari ni cakap lain, besok cakap lain....
jenis lidah biawak macam LGE.
Sepatutnya.. jika nama parti Islam.
Ajak manusia buat kebaikan.
Yang tidak betul, perlu dinasihat.
Tapi orang-orang PAS suka kepada lidah bercabang...macam kafir LGE.
kih.. kih...
Bagaimana nak perintah negara.
Pungkor sendiri pun penuh Tahi dan berulat lagi.
Kata dulang, paku serpih.
Mengata orang, PAS YANG LEBIH.
KPN pencen gaji penoh. Duit macam biasa cuma takde elaun dan kuasa je. Mampuih pi lah mamat ni.
Orang putih kata, what goes around, comes around..ke guana pak bakaq?
Pepatah Melayu:
"Habis madu, sepah dibuang merata-rata"
kah..kah..kah..
Musa Hassan ni jika kita perhatikan dan amat amat kenyataannya dia hanya lag menyalahkan orang lain je. Yang tak pernah salah atau berasa bersalah dia sorang je. Itu lah dia Musa Hassan...rasa nak sedekah pisang setandan kat Masjid bila beliau diberhentikan. Aku rasa ramai yang bersedah pisang ni..!!
Apa kena mengena KP Musa Hassan pencen dag Gerakan Islam Pas...???
Anony no. 1 tu pencacai yahudi ker...???
kah kah kah!
TAZKIRAH RAADHAN.
Kalau kita suka pekenakan orang, pasti kita pula akan dipekenakan. Dunia ini Allah jadikan bulat, hari ini untuk kita, tapi esok belum tentu.
Bila pencen tak ada kuasa, semut pun tak takut, Bila tangan dan kaki dah mati sebelah, nyamuk pun tak hormat.Bila nak ke masjid, tok siak pun tak mahu salam.
Tinggal dirumah seorang-seorang, mula terkenang dosa-dosa lama, nak taubat .... dah selesai dah ... tiada kuasa, tiada pangkat, tiada kudrat ... tiada lagi taubat.
Masa untuk berehat, tapi nak kerja .... kerjalah dgn RTM (Rehat Tunggu Mati).
UMNO lebih teruk dari itu......sudahlah Anony no1. Hang dpt apa buat mcm ni?
Ex UMNO member.....
Umno juga bakal menerima nasib yg sama, bahkan mungkin lebih teruk lagi.......ingat janji Allah swt.
Dan Allah swt benar2 menepati janji nye......jgn lupa...hutang umno pun dah banyak kpd rakyat jelata.
Anony no 1 kat atas tu 'masuk air' ker? short circuit, cakap luar dari tajuk, berat ni !
Anony no 1 tu copy & paste merata komen dia kat blog pembangkang...mesti bnyk dia dapat hari ni....
Anony no 1 , pasal apa bangang sangat tu ?
Apa yang dimaksudkan ialah mantan Timbalan dalam Negeri dari Kedah boleh berunding dengan penyenayah gangster atau wakil yang dibawah Akta kediaman Terhad dan ada yang terlepas tanpa pengetahuan KPN.
Salam Pak bakaq dan selamat hari raya aidilfitri. Pinta maaf ye.
Musa sebenarnya sedang mengugut Najib and the gang supaya sambung kontraknya. Tak kan tak faham. Mac lu, dia usik sikit saja, terus sambung kontraknya.
Semua rahsia termasuk konspirasi liwat 2, dalam tangan dia. Jadi tak mustahil KDN buat u-turn atau ada golden hand-shake dengan projek mega untuk tutup mulut anak tokoh agama ini. Saya minta lah bapa dia berhentilah daripada mengajar agama sebab dia sendiri tak boleh nak didik anak dia. nanti jadi fitnah kepada agama.
Musa anak Hassan tu memang tak layak pun jadi IGP tapi sebab dia yang menjadi hero konspirasi 1 yang didalangi Che Det terkutuk yang pernah mengaku jadi firaun, dia dilantik jadi IGP.
Pada Musa, bertobat lah sebelum terlambat. Udah lah tu, pi mintak maaf dengan Anwar. Nanti hang pergi buat umrah tak nampak lagi kaabah depan mata.
Musa Hasan baik kau tukar nama HJ MUSA, sebab bila kau dah nama HAJI MUSA aku percaya kau telah bertaubat. Tapi takut juga aku kau tak sempat taubat atau tak minat nak bertaubat sebab kesalahan dan gaji yang diterima aku tak caya halal 100 % oleh perbuatan kau dulu-dulu. Faham kan!
Kenapa aku tulis hilang lak?
Duit graduti kan banyak boleh gi haji pekej lepas raya ni, jangan tunggu lagi. Kalau kau mampus nanti tak sempat taubat. Banyak nangis depan kaabah mintak ampun aku ini binatang jalang, dari kumpulan terbuang. Bapak aku mulia tapi aku.... terlalu-lalu-lalu hina......
anon1... nko dapat apa kutuk pas... puji lagi bagus... untung untung boole dapat sain ahli majlis... kita buat kontrak lanskap. tapi 10 persen paham2 lah.
Blog ni kerja menyebarkan fikiran caca merba. Namanya pun penarik beca. Otak tak pakai cuma kaki aje kayuh terus. Janganla begitu.