Sedap!! Klik gambar di atas!

Cerita lawak sikit pagi ni...

Masih lagi main copy and paste. Tak dan nak tulis lagi apa yang dah ada dalam kepala. Bagaimanapun, untuk manfaat bersama, berikut ialah dua berita yang nampaknya ada persamaan.

Berita pertama:
Penyamun beri 'ceramah' selepas tetak mangsa

ALOR SETAR (Berita Harian 27/9/10): Seorang penyamun sempat 'berceramah' mengingatkan pelanggan supaya tidak membuang masa serta membazirkan wang di pusat permainan video, selepas dia bersama dua lagi rakannya menyamun wang tunai serta barangan milik pelanggan dan pekerja pusat video terbabit.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari semalam di pusat permainan video di Kompleks Sultan Abdul Hamid, Jalan Pegawai, di sini, seorang lelaki parah di muka akibat ditetak dengan parang oleh seorang daripada tiga penjenayah terbabit yang bersenjatakan parang dan alat renjatan elektrik.

Seorang pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz, 25, berkata penyamun terbabit merampas wang tunai dan telefon bimbit pelanggan, serta barangan berharga lain di kaunter pusat permainan video berkenaan.

Katanya, sebelum meninggalkan premis berkenaan, seorang daripada suspek menyampaikan ‘ceramah’ kira-kira 15 minit untuk mengingatkan pelanggan tidak membuang masa serta membazirkan wang di pusat permainan video itu.

“Selepas berceramah, lelaki terbabit keluar dan menaiki sebuah kereta Proton Wira biru yang dipandu seorang lagi rakannya menunggu di luar.

“Saya bersama dua lagi pelanggan kemudian cuba menahan seorang daripada suspek terbabit, tetapi rakannya yang bersenjatakan parang menetak muka seorang daripada kami sebelum mereka melarikan diri,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Hafiz berkata, pada mulanya kumpulan lelaki terbabit memasuki premis permainan video itu dengan berpura-pura sebagai pelanggan, bagaimanapun, selepas itu mereka mengeluarkan senjata dan memaksa petugas kaunter serta pelanggan menyerahkan wang tunai dan barangan berharga milik mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abd Ghafar Rajab ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan polis sedang menjalankan siasatan kes berkenaan.

Lelaki yang cedera itu dihantar Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, untuk rawatan.

Versi Inggeris:

Robbers have gall to advise victims

ALOR STAR (NST 27/9/10): Talk about a misplaced "holier than thou" attitude.

Two men robbed a video game centre and its patrons, and injured one of its customers yesterday, then proceeded to give a 15-minute lecture on why it was improper for Muslims to patronise the place.

The masked duo then left with an undisclosed amount of cash in a car driven by an accomplice who was waiting outside the centre in Jalan Pegawai.

The duo, one armed with a parang and the other, a stun gun, entered the premises at 12.30pm when there were around 10 customers and employees inside.

They made those inside hand over their cash and valuables and the staff the day's takings. One of the customers was slashed on the face when he tried to stop the men from fleeing.

A witness who only wanted to be known as Hafiz said: "Before leaving the scene, one of the robbers had also advised Muslims that visiting video games centre was improper according to the religion."

Kota Star police chief Assistant Commssioner Abdul Ghafar Rajab said the man who was injured during the robbery was later admitted to Sultanah Bahiyah Hospital here.

"We will record statements from witnesses to assist investigations into the case."
Berita kedua yang nampaknya ada persamaan dengan berita pertama:
'Guan Eng kena jawab isu wang'

Umat Islam tak mahu subahat sumber duit judi lumba kuda: Muhyiddin

PAGOH (Berita Harian 26/9/10): Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu memberi penjelasan berhubung dakwaan mengenai sumber kewangan digunakan untuk program pembasmian kemiskinan tegar di negeri itu yang disumbangkan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pendedahan Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (sila baca di sini dan bab Umno pula sila baca di sini), mengenai isu turut membabitkan bukti dikemukakan.

“Kita tunggu maklum balas atau penafian Ketua Menteri Pulau Pinang itu kerana pada saya, prinsipnya kena jelas...kalau wang ihsan itu daripada sumber haram, kita umat Islam tidak mahu subahat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Melonjak Kecemerlangan Pendidikan Pagoh anjuran bersama Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan dan Sekretariat Pendidikan Parlimen Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, di sini, semalam.

Muhyiddin mengulas pendedahan Pemuda UMNO yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang mengendalikan pertaruhan perlumbaan kuda di negeri itu.

Ini dibuktikan menerusi kepala surat Pejabat Ketua Menteri mengenai penerimaan sumbangan itu yang ditandatangani Setiausaha Sulit Lim iaitu Farida Hani M Yacob, bertarikh 9 Julai lalu.

Selain itu, Muhyiddin turut menegaskan, beliau selaku Menteri Pelajaran tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan tatatertib termasuk menggantung dan memberhentikan kerja mana-mana pegawai perjawatan tetap kerajaan termasuk pengetua sekolah.

“Sebarang tindakan tatatertib terhadap kakitangan kerajaan berjawatan tetap perlu mengikut peraturan dan undang-undang selaras peruntukan Perlembagaan,” katanya mengulas dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang kononnya Muhyiddin enggan menggunakan kuasanya sebagai menteri untuk mengambil tindakan terhadap seorang pengetua di Kulaijaya, Johor dan Bukit Selambau, Kedah yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Muhyiddin turut mencabar Kit Siang membuktikan peruntukan undang-undang yang boleh digunakan menteri untuk mengambil tindakan disiplin terhadap pengetua sekolah berkenaan.

"Kit Siang tidak faham peraturan itu kerana saya rasa dia tidak pernah menjadi pegawai kerajaan," katanya.

Beliau berkata, bagi kes pengetua atau pegawai kerajaan berjawatan tetap serta berpangkat DG48 dan ke atas, kuasa mengambil tindakan terletak di bawah Ketua Setiausaha Negara (KSN) dengan urusetianya adalah Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan mereka perlu mematuhi prosedur ditetapkan.

Selain itu, Muhyiddin berkata, Kementerian Pelajaran akan mengadakan transformasi bidang vokasional bagi meningkatkan jumlah pelajar yang mengambil bidang itu termasuk membolehkan pelajar mengikuti aliran berkenaan lebih awal iaitu selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Berkaitan:
'Halal, haram': Umno not fit to decide (Malaysiakini 1/10/10)
Malaysia syurga judi (23/11/09)
Loke dakwa Reezal hipokrit buat-buat jahil Umno makan hasil judi (Suara Keadilan 28/9/10)
Umno jangan takutkan orang kampung, kata Dr Asri (Malaysiakini 28/9/10)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. persamanya kedua-dua cerita pasal pencuri!

  2. rakyat yang menerima bantuan tersebut tidak berdosa kerana yang menanggung dosa berkenaan adalah kerajaan negeri dan dalam konteks Pulau Pinang, exconya yang beragama Islam.

  3. Muhyiddin tu bangang ke hapa?!yang keluarkan lesen judi tu sapa? Cukai judi dari beberapa syarikat judi memang lumayan dan masuk dalam akaun wang hasil disatukan diperingkat pusat lagi. Wang itulah yang digunakan untuk membayar gaji sumer kakitangan awam di Malaysia. kalau di P.Pinang menjadi salah kenapa diperingkat pusat boleh pulak? Patutnya awak yang ada kuasa,menghapuskannya sama sekali. Atau setidak-tidaknya mengasingkan wang haram dengan yang halal demi kesucian sumber rezeki kami. Ini tidak! kokok berderai-derai, ekor bau taik!!

  4. hehehehe.........awat anon 2 menipu diri nye sendiri.........???

    dah tak leh nak tipu org...........maka dpt tipu diri sendiri pun jadi lah.......kahkahkahkah

    errr.........bapak segala judi kat malaysia ni sapa.........???

    sapa yg luluskan lesen judi kat malaysia ni...............sapa yg ada syer dlm judi...................sapa yg masih dok pertahankan amalan judi.............kahkahkahkah

  5. persamaannya marah orang buat jahat tapi dia pun buat sama
    baguih betui zaman sekarang ni , pelbagai jenis manusia ...
    mamat rembat kedai game tu kepalanya stone dadah ganja ke syabu ke
    tu yang disamping merembat dia syok gak layan bagi tazkirah ...
    mamat yang takde kuase ambil tindakan ni memang dah fiilnya
    kepala stone juge sedap mulut nak cakap apa saja ...
    cukuplah kamal+alan+nathan his best joke to malaysia bangang...

  6. Kat Kedah sampai hari pun banyak kejadian anih.Semalam ada orang hantak buku kesah SIAPA AZIZAN.Samapi harini setelah dua tahun AhliPAS masih tertanya tanya .AZIZAN atau PAS yang memerentah KEDAH.Dah la 15 AJK PAS kawasan tiba tiba Letak jawatan secara beramai ramai.Peragai MB kedah dah jadi lagi terok dari UMNO.Siapa
    AZIZAN betoi kah di ni Ustaz ras rasa PAS pusat silap orang ni.Cuba baca
    http://www.scribd.com/doc/38427809/Dosa-01

  7. Sangat menarik apa yang hang bentangkan Bakaq!
    1. 'Ikut apa yang aku cakap jangan ikut apa yang aku buat' -cakap tak serupa bikin- kuman di seberang laut nampak, gajah ditepi mata tak nampak-
    Si penyamun dgn si mahyuddin tu sama saja Bakaq.. malah si Mahyuddin lebih teruk, lebih bangap, lebih goblok lebih jahil - jahil murkap daripada bapak penyamun - pandai nasihatkan orang. si Mahyuddin Umnook.. tak sedak ka yang selama ni dia dok matakedarah duit gaji dan elaun tu dari sumber yang lebih teruk dari LGE bagi kat rakyat PP tuu. Memang ke 2 2nya asal dari duit judi -haram.. tapi yang mahyuddin dok tibai tu lebih teruk dari yang teruk.. si Mahyuddin BNUmnoo ambik duit dari tauke toto, magnum, genting dll secara paksa.. kalau tak bagi tak dapat permit.. tapi PP ambik duit dari toke judi sebab dia nak bagii.. sukarela(?).. sapa bagi advise kat mahyuddin ni haa Bakaq..
    2. Stail pemberitaan BM dan BI nampak jauh bezanya - si BM memetik ceramah penyamun sebagai menasihatkan berhubung dengan masalah kebendaan dan keduniaan manakala pemberitaan BI mengaitkan nasihat penyamun dengan masalah ajaran agama. Memang media BI pembodek UMNoo selalunya tak mahu kaitkan agama dengan kehidupan..
    3. Aku tabik mahyuddin dalam bab tindakan disiplin terhadap guru niii.. Dia memang ikut prosedur.. tak macam kaum kerabat dia dulu2.. kalau dulu2 - pak aku, pakcik2 dan kawan2 pak aku cuma cakap lebih sikit pasai Islam jaa dah kena pink-form (surat tukar dulu2)ke Sabah lah, serawak lah, G/musang lah, ulu tembeling lahh dan mana2 ceruk rantau.. semuanya atas titah perintah kaum kerabat Mahyuddin UMnoo ni laa. inikan pulak kalau cakap barbau perkauman. Mungkin laa ni tak ada tempat yang ceruk2 lagi.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008