Sedap!! Klik gambar di atas!

Bila Umno sedar diri, celaka berpanjanganlah negara kita ini

Walaupun perbuatan mengapi-apikan perkauman yang dilakukannya dengan sungguh-sungguh dan konsisten sejak selepas pilihan raya umum 2008 lalu berjaya membangangkan majoriti orang Melayu untuk menyokong Umno, tetapi parti pembakar api perkauman itu jelas kelihatan tidak begitu yakin untuk menghadapi pilihan raya umum sekali lagi.

Malaysian Insider hari ini melaporkan:
Pemimpin-pemimpin Umno dan para pembantu Datuk Seri Najib Razak dipercayai telah meminta beliau agar ‘menangguhkan’ idea mahu memanggil pilihan raya umum tergempar dengan menekankan, perdana menteri tidak harus menganggap peningkatan popularitinya sebagai kayu ukur parti itu sudah diterima sepenuhnya oleh rakyat.

Presiden Umno ini mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Umno Johor kelmarin di mana beberapa pemimpin telah berkongsi keprihatinan mereka tentang populariti parti dominan Barisan Nasional (BN) itu.

“Datuk Seri Najib memang popular, tidak ada siapa yang boleh meragui. Bagaimanapun parti tidak popular di sesetengah negeri seperti di Johor,” kata seorang pemimpin Umno kepada The Malaysian Insider yang tidak mahu identitinya didedahkan (baca selanjutnya dalam berita bertajuk "Pemimpin Umno minta Najib ‘tidak gopoh’ panggil PRU-13").
Saya cukup bimbang dengan sikap pemimpin-pemimpin Umno yang dilaporkan itu. Susah hati sungguh saya apabila mereka sedar bahawa rakyat tidak boleh lagi dianggap anjing pecacai parti puaka mereka.

Sebabnya, bila Umno sedar diri lagu tu, saya nampak lebih lama lagilah cengkaman dan pemerintahan parti yang Tun Dr Mahathir Mohamad kata sudah jadi parti perasuah itu. Kalau Umno bersikap bijak apabila ia kelihatan begitu sensitif dengan apa jua kajian dan pandangan yang orang buat terhadapnya, alamat celaka berpanjanganlah negara kita ini di bawah pemerintahan Umno.

Habislah bab Umno bijak dan sedar diri dan lebih lama lagilah negara kita dilanda celaka.

Bab dapatan soal selidik ni pula, walaupun saya amat menghormati kajian Merdeka Center dan mana-mana badan pengkaji sekalipun, tetapi saya harap saya boleh menganggap mana-mana kajian sekalipun tidak semestinya tepat dan sempurna dalam mencerminkan sentimen rakyat seluruhnya - walaupun ia memang merupakan kayu ukur yang sangat penting dan perlu diambil kira.

Pertama, bab sokongan kepada Umno. Saya rasa di kalangan orang Melayu, kita melihat pengaruh Umno makin meningkat dengan hebat. Lihat saja keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang, Manek Urai, Bagan Pinang dan Hulu Selangor.

Dalam pilihan raya Bagan Pinang dan Hulu Selangor, kita juga melihat orang-orang India sudah berpatah balik kepada Umno dan Barisan Nasional (BN). Dari keputusan-keputusan itu, saya rasa Umno kuat la ni.

Kedua, walaupun Najib didapati popular oleh kajian Merdeka Center tetapi jangan lupa, di sebelah Najib ada Datin Seri Rosmah Mansor. Walaupun saya tidak boleh mendakwa hasil dari apa yang saya tanya-tanya selama ini memberikan gambaran yang tepat, tetapi lebih 90 peratus orang yang saya tanya termasuk remaja dan kanak-kanak menyatakan mereka sangat benci kepada Rosmah.

Ada yang malah menyatakan "tengok muka Rosmah, dengar suara Rosmah pun tak boleh". Saya pernah melihat, ketika TV menyiarkan gambar Rosmah, ada budak sekolah yang saya dengar berkata, "bodoh TV ni. Orang tengah nak makan ni dia keluar gambar ***** **** ni. Gelilah!"

Waktu itu, saya betul-betul teringat kebencian rakyat terhadap Khairy Jamaluddin ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dulu. Tetapi, dalam kes Khairy dulu saya hanya mendengar suara-suara kebencian yang teramat sangat terhadapnya. Tak pernah pula saya dengar perkataan-perkataan yang kini diluahkan terhadap Rosmah seperti "uwek!" atau "gelilah!" dan perkataan-perkataan lain yang saya tak nak la tulis di sini.

Saya ulangi, pandangan saya mungkin tidak tepat, tetapi hari demi hari saya melihat kebencian yang teramat benci terhadap Rosmah kian merata. Itu tidak termasuk orang yang tak berani nak kata.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Manusia merancang, Allah juga merancang.Dan Allah adalah sebaik2 perancang.

    Walau sebijak mana pun manusia...walau sehebat mana pun....tetap juga manusia itu kerdil dan tidak bernilai di sisi Allah swt.

    Begitu lah Islam mengajar setiap hamba2 Allah di muka bumi ini.Kini kita lihat ramai yg begitu taksub dgn ilmu, kajian, pandangan, analisis, strategy, kuasa media, kuasa itu dan ini serta seribu satu macam yg semua nye adalah makhluk.

    Ramai yg terlupa segala2 nye adalah dlm genggaman Allah swt.Allah memenangkan sesiapa yg di kehendaki nye.Tugas manusia hanye lah berusaha dgn berpandukan kpd Al Qur'an dan sunnah Rasul saw...........tanpa perlu takut kpd makhluk.

    Oleh itu kerap kali kita dgr kritikan dari para pentaksub pada makhluk termasuk diri sendiri yg mencela mereka2 yg berpegang kpd dua perkara tersebut dgn alasan itu dan ini.

    Mereka juga melupakan betapa kemenangan Islam banyak berlaku ketika Islam di lihat lemah dan memang lemah.Strategy yg lemah, kekuatan yg amat terbatas serta tindakan yg di lihat bodoh atau bangang .........semata2 kerana mereka berpegang kpd sunnah.

    Namun apabila Allah swt redha di ketika para makhluk manusia tidak redha.....maka pertolongan dari Allah swt akan memenangkan org2 beriman.

    Gerakan Islam Pas adalah makhluk, ditubuhkan oleh makhluk dan dipimpin oleh makhluk serta di dokong oleh makhluk.Tetaplah makhluk itu berkeadaan tidak sempurna dan lemah.Maka ia memerlukan kpd sokongan dan kritikan.

    Apabila ada yg menegur dan membantu maka jemaah dpt bergerak dan maju kedepan......namun tidak kurang juga yg mengkritik dgn tujuan utk mengkritik apa shj asalkan dpt mengkritik.Sehingga perkara yg jelas terang adalah salah satu dari sunnah rasul saw pun di kritik kerana terlalu taksub dgn pemikiran dan pendapat sendiri.

    Ingatlah akan generasi terbaik sepanjang zaman.Apabila di tanya mereka akan menjawab, "Allah dan RasulNye lebih mengetahui."

    Ungkapan yg amat biasa kita dgr tetapi berapa kerat kah yg memahami nye.........????

    Dan berapa keratkah yg mengamalkan nye.....????

  2. 1000% AGREED...

  3. PENGAJARAN PALING BESAR PERLU DI AMBIL DI ZAMAN PAKLAH,,1.Pengampu di sekeliling yg kerjanya mengiakan apa yg PM kata 2.KJ bermaharaja LELA,,,ahli UMNO butakayu PENAKUT nak TEGUR paklah,,,,,,,,,,,,,,,,,Hasil kedua2 ini PRU12,,,,TUMBANG,,,UMNO LEMAH SAMPAI KINI,,,,,,,,,,,,DATO SERI NAJIB nak MENANG PRU13,,,AWAS PENGAMPU yg SENTIASA MENGIAKAN APA YG NAJIB CAKAP,,,,,,,,,,,,,,,KAWAL ROSMAH,,,jgn KEBENCIAN SAMPAI TAHAP ,,,KJ,,,,,

  4. Bro, bang beca. Sekrang mana ada lagi perjuangan menegakkan negara Islam. Negara Islam dan hudud/qisas tinggal impian sahaja. PAS sudah jadi parti liberal. PKR sudah jadi parti gay hehehe. tapi bab Rosmah tu emmm.... tulgak. UWEK !...

  5. Puak2 umngok dah terdesak gilerr.Dari pimpinan hingga ke pencacai mereka menabur fitnah setiap hari.Ajaran Islam di buang terus.Peringatan dari Rasul saw tidak di hiraukan.Fitnah sudah menjadi spt amalan wajib mereka.

    Kita semua tahu fitnah adalah ajaran dan amalan yahudi zionis laknatullah.Kenapa umngok begitu taat dgn amalan dan ajaran yahudi itu....????
    Apakah penasihat mereka telah berjaya memesongkan akidah dan amalan puak2 ni...???

    Mereka menganggap seolah2 fitnah yg mereka lemparkan itu perkara keCIL. Pelik sungguh melihat mereka yg mengaku islam tetapi seronok pula mempersendakan Islam.Umno di letakkan lebih tinggi dari Islam.Ucapan pemimpin umno di letakkan lebih tinggi dari Al Qur'an dan Hadis Rasulullah saw.

    Bangsa pula di anggap spt mengatasi Allah dan rasul.eletakkan bangsa lebih tinggi dari ajaran Islam.Masih sanggup berdusta seolah-olah semua prg bolrh di tipu.Namun hakikat nye mereka hanye menipu diri sendiri.....kahkahkahkah

  6. kononya perjuangan PAS untuk menegakkan agama islam juga negara islam...sehingga sanggup mengkafirkan orang islam umno...kononya bersubahat dengan bukan islam .Tetapi walaupun begitu Malaysia telah menjadi negara islam contoh di pentas dunia dan di iktiraf oleh negara negara islam sendiri.
    Tetapi sekarang PAS sendiri telah bersubahat dengan DAP untuk menjatuhkan Kerajaan yang telah terbukti menjadi negara islam contoh..apakah hukum nya perbuatan mereka ini yang mana mereka sendiri telah kafirkan?
    Perbuatan PAS adalah sangat hina dan amat terkutuk kerana sanggup menjadi barua kepada DAP parti chauvinis yang anti melayu dan islam semata mata hanya kerana dendam kesumat yang memenuhi jiwa dan perasaan mereka.
    Pas telah menjadi buta diatas kebencian mereka sehingga gagal melihat apa yang akan berlaku sekiranya BN tumbang.
    Sekiranya BN tumbang,pakatan akan memerintah negara ini dengan DAP menjadi terajunya.Apakah PAS berupaya untuk mengawal DAP?Lihat saja apa yang berlaku di Perak juga Selangor.Pas di lihat menjadi pencacai untuk menghalalkan segala perbuatan DAP.Menjadi barua untuk mengeluarkan fatwa demi menjatuhkan bangsa sendiri.
    Apabila DAP memerintah sudah pasti nya orang melayu di pinggirkan.Segala polisi akan menguntungkan kaum mereka atas alasan meritokrasi.Segala bantahan di bakul sampah kan.Segala komen oleh orang melayu tidak akan di layan.
    Anda boleh cuba hantar komen kepada Malaysian Insider atau laman Blog Lim Kit Siang.Hantarkan komen yang bercanggah denggan pendirian dan fahaman mereka.Pastinya komen anda tidak akan di siarkan.Kononya mereka memperjuangkan hak kebebasan bersuara tetapi bila ada pihak yang tidak setuju dengan mereka.Mereka tidak akan memberi ruang untuk kita bersuara.
    Dan mereka akan mengamal kan cara yang sama apabila mereka memerintah.Mereka akan mengguna taktik dan strategi yang sama untuk pecah dan perintah umat melayu islam.Jika mereka telah berjaya memerintah jangan harap lah PAS boleh menubuhkan negara islam.Pas akan di labelkan sebagai penganut islam yang ekstreem dengan fikiran yang sempit.Dan ketika itu kita sudah pasti tidak boleh berbuat apa apa lagi.Nasi sudah menjadi bubur.Insaf lah orang melayu islam.Bersatu lah demi agama, bangsa dan negara.

  7. Kpd abuarif..........

    malaysia menjadi negara islam contoh dunia kata kamu.Memang betul contoh kpd dunia bagaimana judi di halalkan...riba di halalkan.....rasuah di halalkan.

    Islam juga di pinda sesuka hati mengikut acuan yahudi zionis.Sebab tu halal membunuh org2 islam tapi haram kalau membantu mujahideen di Afghanistan, Iraq, Ambon, Caucasus, Palestine dan sebagai nye.

    Kalau nak bantu pun hanye ler dgn melalui agent2 yahudi zionis, itu pun bantuan berupa peralatan bukan ketenteraan.

    Malaysia bukan negara Islam .Malaysia ialah negara munafiq contoh....kalau pun tak nak kata kafir.
    Raja2 boleh mengampun kan kesalahan penjenayah.Ni Islam ker tidak ni...???

    Dah mcm paderi kristian plak boleh ampun kan kesalahan org lain.Dlm Islam tak de ajaran mcm tu.

    Al Qur'an dan Sunnah Rasul di cerca dan di hina.Ajaran mengikut nafsu umngok di angkat sebagai amalan agama.

    mimpi ler kamu abuarif dgn agama ciptaan yahudi zionis laknatullah kamu tu...

  8. Abuarif dgn al kahfi boleh terus ulang2 fitnah tu utk sedapkan hati sendiri...

    Setiap hari asyik dok ulang2 fitnah sebijik mcm yahudi zionis.......

    Ngaku ler ko tu goyim yahudi apco....

  9. Buat Alkahfi....boleh tak hang buktikan dengan fakta apa yg PAS telah "dibabikan" di Selangor dan Perak? Kalau tak mampu bawa bukti anda telah memfitnah bulat2 apa yg dicanangkan oleh UTUSAN MOLAYA yg hang dok baca siang malam tu?
    Guna la akai sikit..logik ka...DAP nak tunjuk belang mereka bila dapat kuasa.Cina tak sebodoh melayu macam suadara tu.Cina ada agenda mereka...tetapi selagi Melayu Islam yang Mukmin, diulangi Melayu Islam yg mukmin memegang kuasa utama di negara ini, insyallah semua kaum akan aman sentosa dan mereka akan patut kepada peminrinta Islam yg mukmin tersebut.Tak faham makna Mukmin..p cari sendiri wahai saudara Alkahfi.

  10. Pak Bakar,

    Kalaulah benar UMNO yang bakar api perkauman, takkanlah ada PERKASA yang jadi kumpulan alternatif orang melayu?

    Kalaulah benar BN lebih perkauman dari PR, takkanlah BN berani letak calon India di kawasan majoriti Melayu (P.Kamalanathan)?

    Yang korang buat-buat tak nampak ialah parti PR (DAP/PAS/PKR) hanya berani bertanding ikut bangsa.

    DAP cuma nak kawasan majoriti cina supaya mereka boleh menang dengan mainkan isu Cina. PAS pula nak kawasan majoriti Melayu supaya mereka boleh api-apikan negara Islam. PKR pula pegang kawasan lebih kurang, sebab mereka memang tak ada hala tuju kecuali nak DSAI jadi Perdana Menteri.

    Sebab tulah apabila PR menang Putrajaya nanti, segala temberang akan pecah. Paling tidak, jadilah macam Selangor - PKR tadbir, DAP kaut untung, PAS berterusan jadi balaci.

    Biarkan luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan..

    p/s: Wajiblah kita 'berprasangka baik kepada bukan Islam' LEBIH daripada orang Islam. Nabi pun akan buat macam korang buat ni kan Pak Bakar? Guna la nama baginda lagi Pak Bakar.

    -Malaymind-

  11. Pak tiri hang,

    Kau jangan buat fitnah kata UMNO halalkan darah orang Palestine. Tun Dr M tu dah berapa kali pergi tolong orang Palestine, bukan macam hang yang duk berkokok nak mati syahid tapi sibuk duk pangkah DAP yang anti-Islam.

    Agen Zionis ni dua dua pihak sama saja sebab semua orang mmg tak boleh hidup tanpa Yahudi. Hang pun makan KFC, McD dan macam-macam lagi. Tu aku tak cerita pasal kereta import yang hang pakai tu lagi. Orang bodoh kata saja dia bersih dari Yahudi.

    Bezanya ialah sorang 'bayar' yahudi suruh mereka jadi kuli (Woi, bayar orang suruh promosi diri kita tu namanya apa?). Sorang lagi pulak 'dibayar' yahudi untuk jadi kuli (Lambang parti pun dah macam freemanson bentuk mata, tu belum cerita Wolfowitz, bantuan Foundation of the future lagi)

    Negara munafik contoh hang kata? Kalau penipu macam hang ni lagi ada tokoh nak jadi munafik aku rasa. Apa, hang kata hang tak tipu? Yang kata UMNO halal darah Palestin tadi apa? Ingat aku bodoh macam hang ke?

    Raja nak ampun dosa pulak? Hang faham ke tak antara 'hukuman' sebat dan 'dosa' minum arak? Raja ampunkan 'hukuman' je pak tiri hang, tapi raja tak ada kuasa nak ampunkan 'dosa'. Lagipun hukuman peminum arak adalah hak pemerintah (ta'zir), bukannya termasuk dalam Hudud yang qat'ie (muktamad).

    Ni sekor lagi orang yang tak baca Quran, tak faham Quran lepas tu duk sibuk tuduh orang lain ikut nafsu terjemah Quran.

    Woi setan, cuba balik study balik apa aku kata kat atas tu.

    -Malaymind-

  12. Malaymind ni betul2 otak melayu zionis bawah tempurung.

    Dr Siti Mariah Mahmud wakil rakyat Pas tu bertanding kat mana.....???

    Kawasan melayu kuranglebih 35 peratus saja ler mangkok hayun oiii....menang lagi dgn majoriti besar.....

    Kesian puak2 pencacai melayu zionis ni.........masih dok bawah tempurung lagi.

  13. Umno bersama2 dgn yahudi zionis, amerika dan negara2 kafir eropah menyokong Mahmood Abbas dan PA Palestine.Umno bersama dgn yahudi zionis, amerika dan seteru nye menolak Hammas........malah menolak wakil Hammas di kedutaan Palestine di KL dan menerima wakil PA.

    Ada ka otak puak2 melayu zionis ni.Sengaja membutakan mata...

  14. Anonymous yang panggil aku mangkuk hayun,

    Ko cuba rujuk website ni dulu sebelum panggil aku mangkuk:http://pru12.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=187

    Yang buta tu kau, bukan aku. Tu website PAS sendiri dah tu.

    Jadi, sekarang kau tahu dah ke Parlimen Kota Raja berapa persen Melayu?

    Melayu:47.7%, C:23.16% I:28.27% L:0.79% ---->> Ini namanya kawasan majoriti Melayu la MANGKUK.

    Ko duk bawah tempurung mana ni? Cuba buat rujukan dulu kalau nak lawan aku.


    Untuk sekor lagi anonymous yang panggil UMNO melayu zionis,

    Rileks la beb, Al-Gore pun datang Malaysia sokong DSAI. Kalau BETULLAH UMNO ni se'kaki' dengan zionis, takkanlah berani mamat tu datang nak lawan UMNO?

    Gila power DSAI dengan yahudi beb.

    p/s: Ni kau yg buta ke aku yg buta? SELURUH DUNIA nampak la woi. Ni bukan UMNO pencacai yang buat cerita.

    -Malaymind-

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008