Saya memang memilih hari ini nak sembang-sembang sikit lagi fasal posting saya sebelum ini bertajuk "Bila Azmin Ali, Dr Hassan Ali dilihat macam Umno". Bukan penjelasan. Tak ada apa-apa yang perlu dijelaskan. Saja nak sembang-sembang sikit lagi.
Sebagai rakyat biasa dan ayah kepada rakyat-rakyat biasa yang tak dak duit nak pi mana-mana pun dan kena duduk di Malaysia ni jugak, tentulah saya mengharapkan pemimpin-pemimpin politik yang baik dan kelihatan baik serta bersih dan kelihatan bersih. Ciri umumnya gitulah. Saya tak la mengharapkan pemimpin-pemimpin politik negara ini bersifat maksum. Itu tidak berbangkit.
Tetapi, saya tak nak la pemimpin-pemimpin politik yang lebih kurang serupa saya ja tarafnya atau lebih buruk dari saya. Mestilah lebih baik lagi.
Saya tak dak ilmu dan jahil. Pemimpin-pemimpin politik mestilah lebih berilmu dari saya. Janganlah jahil macam aku atau lebih jahil dari aku.
Saya tak cerdik. Pemimpin-pemimpin politik mestilah cerdik dan dilihat cerdik. Pemimpin-pemimpin politik janganlah dari jenis bodoh jugak atau lebih bodoh dari aku. Pemimpin-pemimpin politik juga tak boleh kelihatan bodoh. Janganlah paksa saya mempercayakan masa hadapan anak-anak saya, generasi selepas saya, kepada pemimpin-pemimpin yang buat apa pun saya terasa sangat dia bodoh. Tak kiralah bila dia bersyarah ka, memberi kenyataan akhbar ka, menulis dalam blog ka...
Saya jahat. Pemimpin-pemimpin politik mestilah bersih dan dilihat bersih. Pemimpin-pemimpin politik janganlah dari jenis jahat jugak atau lebih jahat dari aku. Kurang-kurang pun (Allah Yang Maha Menyaksikan) aku tak pernah bunuh orang, aku tak pernah berzina, aku tak main judi, aku tak melantak arak, melantak balak, melantak rasuah, kaki kroni bila diberi kuasa (aku tak pernah berkuasa pun), bercakap bohong dan membohongi rakyat terang-terang termasuk dalam sidang akhbar... Banyak lagi la kalau nak sebut.
Saya penakut. Pemimpin-pemimpin politik mestilah berani dan dilihat berani. Kalau hampa pun penakut lebih daripada aku lagi, nak pi demonstrasi pun kecut habis semua yang tak sepatutnya kecut, boleh jalanlah!
Banyak lagi yang boleh disebut. Yang pasti, saya tak la minta yang bukan-bukan. Dan, yang lebih pasti lagi saya langsung tak nak pemimpin-pemimpin politik yang jahil, bongok, jahat, penakut dan apa saja sifat yang tak elok. Tidak maksum tak semestinya kena bersifat jahil, bongok, jahat, penakut dan yang seumpamanya.
Saya tak nak pemimpin yang tak dilihat bersih sekalipun. Tak sanggup nak undi pemimpin yang tak dilihat bersih serta dikaitkan dengan skandal yang kita pun aib nak dengar, dilaporkan cah keting kawan tak habis-habis sampai setiap kali mesyuarat mesti umpat dan hentam kawan, puji diri sampai orang naik geli, jakun kepada diri sendiri, berkonspirasi dengan musuh rakyat dan macam-macam lagi benda keji yang kita dengar tak habis-habis termasuk membagi-bagikan projek dengan cara yang meragukan atau marah sangat kerana tak dapat ciluk sikit projek kononnya nak cari duit untuk parti.
Nak jawab memang senang, Nabi Muhammad s.'a.w.w. yang suci lagi disucikan pun orang tuduh macam-macam. Tolong la, jangan la bagi jawapan cliche macam tu. Ni benda yang sangat diperkatakan yang menyebabkan ada orang yang benar-benar tidak kelihatan bersih. Langsung tidak kelihatan bersih. Sedangkan, pemimpin politik mestilah kelihatan bersih.
Saya juga tertarik dengan salah satu komen di bawah posting tu. Komen nombor 12 seperti berikut:
Umno dan Barisan Nasional (BN) tak payah cakap la. Memang langsung tidak kelihatan bersih. Tak payah la nak pusing-pusing kata-kata atau menegakkan benang basah untuk mendakwa Umno dan BN tu macam bagus sangat. Bukan sahaja tak mampu nak membersihkan yang memang dah jijik, lagi nampak jijik ada la.
Masalahnya, tak bolehkah parti-parti yang nak menawarkan pilihan lain selain Umno mengemukakan calon-calon yang bersih dan kelihatan bersih?
Kalau Mamat tu tebiang sangat nak jadi calon dan nak jadi calon jugak-jugak (gian nak jadi calon sangat-sangat tu sebenarnya perangai macam setan!), tak ada mulut ka para pemimpin dia untuk menasihatkannya supaya ubah kelaku? Bagi peluang kepada kami, rakyat, untuk rasa dalam hati kami bahawa dia memang dah bersih dan nampak bersih.
Banyak lagi pilihan yang lain. Jangan la terus menawarkan calon yang tidak bersih atau tidak kelihatan bersih dan selepas itu paksa rakyat merogol dan meliwat kaedah "akhafud-dharuraian" itu. Kami, rakyat, nak mencari pemimpin yang baik dan kelihatan baik serta bersih dan kelihatan bersih. Kami tak masuk ke tempat mengundi untuk jadi pakar usul-fiqh (Saya tulis di atas tu: Saya memang memilih hari ini... - Silap la! Masa saya tulis tadi, dok ingat hari ni Isnin - 6.20 pagi).
Bacaan menarik:
PKR polls: Illegals in Sabah, late drama in Pahang (FMT 18/9/10)

awat la hg bodoh sangat pak bakaq. Bukankah ada kaedah fekah, ambil kemudharatan kecil tolak kemudharatan yg besar!Adoi! Kesian kaedah fekah "akhafud-dharuraian" tu. Dipergunakan, diperalatkan sampai dekat nak lunyai. Masalahnya, hanya tinggal itu sahajakah pilihan yang ada?
Umno dan Barisan Nasional (BN) tak payah cakap la. Memang langsung tidak kelihatan bersih. Tak payah la nak pusing-pusing kata-kata atau menegakkan benang basah untuk mendakwa Umno dan BN tu macam bagus sangat. Bukan sahaja tak mampu nak membersihkan yang memang dah jijik, lagi nampak jijik ada la.
Masalahnya, tak bolehkah parti-parti yang nak menawarkan pilihan lain selain Umno mengemukakan calon-calon yang bersih dan kelihatan bersih?
Kalau Mamat tu tebiang sangat nak jadi calon dan nak jadi calon jugak-jugak (gian nak jadi calon sangat-sangat tu sebenarnya perangai macam setan!), tak ada mulut ka para pemimpin dia untuk menasihatkannya supaya ubah kelaku? Bagi peluang kepada kami, rakyat, untuk rasa dalam hati kami bahawa dia memang dah bersih dan nampak bersih.
Banyak lagi pilihan yang lain. Jangan la terus menawarkan calon yang tidak bersih atau tidak kelihatan bersih dan selepas itu paksa rakyat merogol dan meliwat kaedah "akhafud-dharuraian" itu. Kami, rakyat, nak mencari pemimpin yang baik dan kelihatan baik serta bersih dan kelihatan bersih. Kami tak masuk ke tempat mengundi untuk jadi pakar usul-fiqh (Saya tulis di atas tu: Saya memang memilih hari ini... - Silap la! Masa saya tulis tadi, dok ingat hari ni Isnin - 6.20 pagi).
Bacaan menarik:
PKR polls: Illegals in Sabah, late drama in Pahang (FMT 18/9/10)

Cantik? Klik 

aiks jangan marah-marah pak bakaq, nanti kurang hensome.
oklah, kerana kamu tak mahu undi azmin, hasan ali atau umno-bn, saya suruh pakatan letak wakil dap di sana.
rilek bro.
nak cari wakil yg 100peratus bersih memang payah - sebab orang politik ni perangainya memang gitu.
kenapa tak jadi pengundi strategik? bukan memilih ikut parti, tetapi utk orang yang dirasakan akan tolong rakyat apabila dilantik kelak.
di sesuatu kawasanundi tu, jika A lawan B, pilih politikus yg dirasakan jika masuk parlimen atau dun akan bekerja utk rakyat (walaupun reputasinya kurang cantik ikut asas-asas yg kita mahu).
sekarang ni kebanyakan orang di negara mana pun mengundi ikut parti.
pada saya lebih baik jika kita mengundi mengikut personaliti yg diletak di situ.
jika diletak azmin, misalnya, dan lawannya seorang umno yg lebih baik, undi mamat umno ni.
jika diletak azmin tapi lawan umno yg dirasakan jijik, undi azmin.
pak bakaq,
anta tertinggal seorang lagi ibnu Ali. tajuk sepatutnya "Bila Azmin Ali, Dr Hassan Ali dan Brahim Ali dilihat macam Umno.
salam,
pemilihan pkr sudah menjadi berita harian. tapi untuk pengetahuan bersama, apa isu azmin ali dan hasan ali di gombak / gombak setia, sebab mungkin ramai pengundi gombak / pengundi PR nak tahu juga. terima kasih.
Reme
Mustahil kita nak ambik butter yang dah jatuh ke dalam tong taik. Harap faham...
Tak berapa betul tajuk tu - sepatutnya apabila Azmin Ali, Hasan Ali, Brahim Ali, Mustapha Ali, dan sebagainya. Awat anak Pa' Ali semuanya semacam saja Pa Bakaq?
Pak bakaq... Bukan suatu yg mustahil...adakalanya buah yg terkena taik itu masih boleh dibersihkan dan halal dimakan selagi tak bercampur dgn zatnya... harap mengerti. Dalam menegakkan sebuah negara yg berkebajikan, tidak ada sikap berkecuali! Berkecuali bermakna mendedahkan diri kepada kezaliman. Selagimana UMNO/BN duk memerintah kat Msia ni...selagi itulah kezaliman akan terus bermaharajalela... Sebaik2 PAK LAH... maka lebih baik lagilah AZMIN dan Hassan Ali... (cuma bg aku... Khalid Samad tu lebih baiklah dari Hassan Ali...hehehe) dan tentunya Pak Bakaq lebih baik dari Azmin ... agak2nyalah... Apapun kedua-duanya adalah anak Ali, bukannya anak Syaidina Ali... ahlul baits mesti suka...
Pak Bakaq, sekarang ramai pemimpin PAS perangai macam orang UMNO. Bukan Dr. Hassan Ali. Perangai bermaksud peribadi bukan perjuangan parti.
Butter atau buah dah jatuh dlm tong taik, ambik la yg lain yg lebik baik jika ada.
Takkan tak ada yg lain kot.
kenapa nak tebiang ambik yg jatuh dan tercalit dgn taik..?!
'Menjana Perubahan, Demi Masa Hadapan'
Dulu mat Sabu ungkit juga nuar masuk tong taik dan jangan dok sokong,tapi dulu tong taik melayu la ni nampaknya nuar masuk tong taik cina dan india dan hangpa pi peluk tak ingat dunia la pulak.
memangla lebih baik ambik butter atau buah yg tak jatuh dalam tong taik, itu kalau ada.... kalau tak ada takkan nak biag musang(UMNO/BN) mengketedarah semuanya. Bukan setakat buah dia makan, dengan ayam2 dlm reban pun dia sambag..... lepas tu musang tu berak taik pulak kat atas kepala kita pula... Kemudian marah kat musang.... alahai... dah hg biag musang tu bermaharaja lela....nasiblaaa... mentaliti mcm UMGOK juga
Salam bapaq...
Kadang-kadang kita menulis tu biarlah ikhlas..janagan emosi sangat...bila emosi..saitan mempengaruhi...tima kasih