Sedap!! Klik gambar di atas!

Biarlah Utusan sahaja yang percaya kepada auta Perkasa

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mengingatkan Umno bahawa hanya tiga daripada 10 ahlinya akan mengundi parti itu dalam pilihan raya umum ke-13.

Menurut beliau, keahlian Umno yang dipercayai dalam lingkungan 3.4 juta orang sebenarnya tidak bermakna memandangkan hanya segelintir penyokong tegar yang akan mengundinya manakala yang lain akan dipengaruhi oleh isu-isu dan tindak tanduk parti-parti lain (lihat Malaysian Insider semalam "Amaran Perkasa: Hanya 30 peratus ahli Umno akan undi BN PRU-13").

Jika anda membenci Umno, tak payahlah nak seronok sangat, bergencok ronggeng dengan dakwaan Ibrahim itu. Saya dah sebut sebelum ini, sejak pilihan raya kecil Bukit Gantang, kita melihat sokongan orang-orang Melayu terhadap Umno makin bertambah. Sebab itulah, walaupun saya bersyukur kepada Allah s.w.t. jika benar apa yang dilaporkan, saya taklah rasa seronok sikit pun dengan berita-berita seperti berita Malaysian Insider bertajuk "57 peratus orang Melayu tak percaya media arus perdana".

Terimalah hakikat bahawa Umno kian mendapat sokongan. Umno tidak memerlukan Perkasa. Perkasa yang memerlukan Umno termasuk, sudah tentu, untuk mendapatkan projek-projek dan apa jua habuan yang selama ini diidamkan-idamkan. Ibrahim boleh mendakwa apa sahaja. Maklumlah, beliau nampak sangat tertekan dengan berita-berita seperti berita Malaysian Insider bertajuk "Pemimpin BN mula pamer suara ‘tentang’ pendirian Perkasa".

Jangan cepat lupa, Umno mempunyai kepakaran yang lebih baik dari segi propaganda. Di dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang umpamanya, propaganda Umno lebih berkesan dan tajam dengan menggunakan dua perkataan sahaja - "Boneka derhaka". Untuk menangkis propaganda itu, PAS dan Pakatan Rakyat (PR) pula terpaksa buat bill board yang besar dabak dengan tulisan kecik berjela-jela yang orang bawa kereta tak sempat nak baca pun.

Jika anda membenci Umno seperti saya, terimalah hakikat bahawa Umno lebih kuat di kalangan pengundi-pengundi Melayu. Jangan tertipu dengan luahan kemarahan Ibrahim. Fakta yang ada tidak membenarkan dakwaan ikut sedap mulutnya itu.

Biarlah Utusan Malaysia sahaja yang percaya kepada auta kare Ibrahim dan Perkasa (Gambar di atas ihsan Merdeka Review).

Bacaan penting:

Umno and the average Malay
(The Straits Times 1/6/10)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. bak bakaq sudah terima hakikat UMNO lebih power dan Perkasa daripada PR dan PErKASA!

  2. aww aww aww aww

  3. umno dan perkasa sekarang tengah bersandiwara kan? macam kisah tun teja dengan sultan parameswara kat melaka dulu kan? masa tu takde sekolah remaja mrengandung, sebab 7-elevan tak bukak lagi kan.

    macam macam....

  4. biar baakaq saja yang sesat...

  5. Engkau pun auta juga sama sam auta. Orang melayu yang dah lupa dia melayu.

  6. Dalam ramalan Nujum Pa' Blalang samada terima atau tolak Perkasa, UMNO/BN akan menggigit jari dalam PRU13 nanti.
    Sepatutnya UMNO teguhkan perpaduan dengan MCA dan MIC, bukannya bersama Ibrahim Ali yang boleh dianggap 'penderhaka' terhadap PAS. Bak kata Nik Aziz, "I know you".

  7. Anon Mon, Sep 13, 2010 at 1:25 AM, komen anda terpaksa diedit

    Melayu macam ****** ni buat malu bangsa saja.Semasa beliau dalam UMNO apa yang di berjuang untuk Melayu melainkan UNTUK poket sendiri yang penuh dengan saham judi.selain dari Projek projek yang di perolehi wang berjuta waktu malam sering ke kelab GRO melaksanakan ajenda maksiat.Oh ******* kami UMNO tahu siapa kamu.

  8. Sebelum pilihanraya 2008 UMNO/BN cukup kuat..dari Penang hingga ke Serawak...tetapi setelah rakyat mahukan perubahan dgn memilih DAP,PKR,PAS...secara tiba2..org melayu jd susah,org india ditindas..org cina xdpt untung berniaga..boleh percaya ker?..Adakah sebelum ni UMNO bantu org melayu sungguh2 sampai xda lgsg yg susah..?MIC tlg org india smpai xda yg tertindas..MCA/GERAKAN jaga org cina sampai semua jd kaya-raya..yg aku nampak MCA/GERAKAN jea betul2 bantu org cina..MIC jaga s. samy 1 org saja..UMNO plak tlg jgk..tp UMNOPUTRA jea la..xkn mrh kot..kita dh 53thn merdeka kan..

  9. Ramalan Brahim Katak - 3 dari 10 ahli UMNO saja yang akan menguundi UMNO dalam PRU ke13.Ini analisa dan kajian katak,tak boleh pakai.Kalau Brahim Katak begitu bijak buat analisa dan kajian,takkan dia jadi katak.Sebab "terlalu" bijaklah dia jadi katak puru.Ahli-ahli Pakatan Rakyat jangan sekali terpengaruh dengan ramalan dan analisa katak ni. Jangan terperangkap dengan analisa ini sehingga rasa puas hati dan mengurangkan usha untuk kemenangan dalam PRU ke13.Teruskan usha,kerja lebih kuat dan perkokohkan iltizam.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008