Sedap!! Klik gambar di atas!

Aku menjerit dalam blog sebab tak dak duit nak berambus

Untuk menyokong orang yang gambarnya di sebelah, sekumpulan penyokong hari ini mengadakan sidang akhbar. Mintak maaflah, saya tergelak sakan tengok video sidang akhbar tu (lihat di sini dan juga berita Malaysiakini hari ini "Ahli parlimen, senator PKR ikrar sokong Azmin"). Yang jadi jurucakap utama tu, bajet macam bagus sangat. Nampak fake dan tak natural sungguh penampilan dan body language dia.

Maklumlah nak bajet macam bagus jer..

Siapa dia nak sokong itu hak demokratik dia. Saya tak nak kacau hak demokratik orang. Memanglah, siapa dia orang nak sokong itu hak demokratik dia orang. Sokonglah dan gunakanlah hak demokratik masing-masing.

Saya tak sokong siapa-siapa pun.

Tetapi, oleh kerana langkah ahli politik biasanya memercikkan kesannya ke atas rakyat biasa macam saya ni, nak tak nak terpaksa kita dengar apa alasan mana-mana orang menyokong orang yang depa sokong sekaligus menilai sejauh mana sangat harga sebenar seseorang ahli politik yang dipromosikan itu. Malangnya, apabila saya mendengar apa yang dicakapkan oleh Mamat yang nampak sangat dok bajet macam bagus sangat tu, saya pula yang terasa nak gunakan hak demokratik saya supaya people dont talk shit to me, as a rakyat.

Sebagai rakyat, saya mempunyai hak demokratik untuk menuntut mana-mana pihak yang mempromosikan mana-mana pemimpin kepada kami sebagai rakyat supaya dont talk shit to us!

Mungkin ada yang akan tanya, hang sibuk-sibuk sangat ni hang ahli PKR ka, bakaq? Hello, memang la depa promote pemimpin depa dalam PKR dulu. Tapi lepas tu depa akan promote kepada kita, rakyat, pulak.

Itu satu. Yang lebih penting lagi, kita pun tak la bodoh sangat sehingga tak boleh nampak roh dan kelaku Umno walaupun di dalam bekas dan penampilan yang lain.

Allah Maha Menyaksikan kebencian saya yang teramat sangat kepada parti Umno. Tetapi pada masa yang sama, saya juga terasa amat malang sungguh apabila roh-roh dan kelaku-kelaku Umno banyak sungguh berkeliaran dalam parti-parti yang menawarkan pilihan lain kepada kita.

Memanglah, selalu juga terfikir tak nak dah tulis fasal politik Malaysia. Tetapi, saya bukan orang kaya nak bawa anak-anak saya migrate ke tempat lain. Anak cucu saya nampaknya terpaksa duduk di Malaysia ni jugak.

Oleh kerana tak ada duit nak bawa anak isteri berhijrah meninggalkan semua itu, nak tak nak terpaksalah terus berperang dengan Umno termasuk roh-roh dan kelaku-kelaku parti puaka itu yang bersepah-sepah dalam parti lain. Mudah-mudahan dengan usaha yang tak ada apa benda pun ini, Allah menolong menyelamatkan anak cucu saya dari kecelakaan Umno dan puaka-puaka lain yang sepertinya.

And, that's the reason why i'm blogging. And, if I sound so selfish, i really hope others will also benefit, if only what i hope does not sound far-fetched.

(Sila baca juga apa kata Mat Saman Kati dalam tulisannya yang bertajuk "Ahli Parlimen PKR ditipu geng Azmin" dan "Kelas Sejarah Untuk Zuraida")
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Kadang-kadang konfius, nak sokong parti mana pun tak tau. Harapkan kelainan dari PR, tapi masih nampak akan-akan sama. Agaknya melayu memang begitu kot. Parti Islam pun macam dah jadi parti melayu. Entahlah... apa nak jadi dengan melayu ni. Susah-susah tak payah sokong sape-sape. Pergi mampos dengan kamu semua.

  2. aku ingat aku sorang je pikir mcm tu..... tp pikir balik biar la aku mati kat sini jer, takut nanti org kata aku selfish

    iam_khufu

  3. bakaq , umno akan terus ada mencengkam msia
    dalam pas umno boleh muncul
    apalagi pkr serpihan umno
    kami umno akan buat hidup orang mcm kau susah bakaq
    hahahahahahahahaha
    apa kata zaid ibrahim terus lawan anwar ibrahim sendiri
    buat apa zaid buang masa layan azmin

  4. aku sokong kau 100%. Apa aku nak cakap kau dah cakap dulu....Aku menyampah dengan orang yang bermuka muka macam ni... Sebabnya kalau ditakdir satu hari nanti PR menang orang2 ini lah yang akan jadi pemimpin. So sama lah macam sekarang ini. Mereka tu semua duplicate dari UMNO. Apa pun lu fikir le sendiri...........

  5. Pak BAKAQ,,,,Terimalah hakikat inilah "Nilai POLITIK" yg wujud di MALAYSIA hari ini,,,,,APA NILAI YG ADA pada PKR yg "PAS sangat SANJUNG" dan Bersekongkol kononya utk PERJUANGAN RAKYAT dan ISLAM,,,,,,,ANUAR IBRAHIM,WAN AZIZAH,NURUL IZZAH,,(parti 3 beranak),,,,,,,Apakah sumbangan besar mereka kepada MELAYU dan ISLAM,,,,,,"DIREJECT UMNO",,,,AZMIN dan rakan2 tu orang tak ambil kisah sangat ,,semuanya "syiok SENDIRI",,,,semuanya direject UMNO,,,,,,,,"Saya nak tergelak juga dengar rintihan Pak bakaq,,yg katakan nak bawa anak Bini migrate tak berupaya,,,,kena tunggu jugalah,,,,,,Hai ada hati juga PAK BAKAQ nak lari,,dari bumi MALAYSIA,,,,,,KATA HEBAT SANGAT NAK MENENTANG UMNO,JAHAT ,SYAITAN dan segala macam kekotoran,,,,,,,,,,DENGAR PENGIKUT PAS NI HEBAT SANGAT,,,,belum apa2 dah set nak "migrate",,,,,,,,,,"SEBAB TU PAK BAKAQ,,, KITA ORANG2 MELAYU NI ,,DLM NAK PERJUANGKAN POLITIK, JGN DOK TERPERANGKAP DGN SENTIMEN,,,,RASIONAL,,,,DGN KEADAAN POLITIK MELAYU SEKARANG YGn LEMAH,,,apa PERLU kita BUAT,,,,,,"UMNO MEMANG BUSUK" dan "PAS MERAPU TAK TENTU HALA",,,,,,APA PENDEKATAN KITA,,,,"PAK BAKAQ MAI KITA RESET semula kekuatan melayu",,,,,,INSYAALLAH BOLIH,,,,,,,,

  6. Sdr Abu Arif

    Saya tulis sebab teringat ayat di bawah:

    إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلآئِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ قَالُواْ فِيمَ كُنتُمْ قَالُواْ كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الأَرْضِ قَالْوَاْ أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُواْ فِيهَا فَأُوْلَـئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَسَاءتْ مَصِيراً

    Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (QS. An Nisaa: 97)

    Selamat mengimarahkan bulan Ramadhan yang tinggal tak berapa hari sahaja lagi.

  7. Salam pak bakaq....nak kongsi info berkenaan ayat tersebut.

    Ayat tersebut turun menceritakan apa yg berlaku di alam ghaib(soal jawab malaikat dgn org2 yg berkenaan) sejurus berakhir nye Perang Badar.Ketika itu terdapat beberapa org muslim yg bersama-sama dlm pasukan Abu Jahal berperang menentang pasukan pimpinan Rasul saw.

    Mereka yg tersebut itu adalah mereka yg tidak turut berhijrah ke Madinah, terdiri dari para pekebun kurma.Mereka terhutang budi dgn Abu Jahal yg telah membantu atau memberi subsidi kpd mereka dlm perusahaan pertanian(kurma)...........termasuk memasarkan hasil tanaman mereka.

    Demekian lah akhir kisah mereka yg bekerja atau makan gaji atau mendapat bantuan/subsidi atau apa shj bentuk bantuan dari golongan yg menentang Rasul saw.
    Mereka kerana terhutang budi sanggup bersama dann bersekongkol dgn golongan yg menentang Rasul saw.

    Wajib kita mengingati ketika Perang Badar hampir berlaku iaitu pada malam sebelum perang itu..........Rasul saw telah bangun malam meminta pertolongan dari Allah swt.
    Abu Jahal juga turut bangun malam dan memohon bantuan dari Allah swt.

    Cari lah dlm Al Qur'an dimana Allah swt telah mendedahkan peristiwa tersebut.Subhanallah...........apa yg tercatit di dlm Al Qur'an itu benar2 berlaku dan berlanjutan sehingga kini.

    Setiap kali umno akan berdepan dgn Pas dlm p/raya mereka juga melakukan perkara yg sama.Baca yassin, solat hajat dan seumpama nye memohon bantuan Allah swt utk mengalahkan Islam.

    PRK Hulu Selangor membuktikan mereka sanggup menganjurkan bacaan yassin dan SOLAT HAJAT demi utk memastikan calon mic menang.Bahkan setiap kali pru di Sg Sipot pengikut umno turut membaca yassin dan solat hajat demi Samy Vello.

    Perkara yg sama turut berlaku di seluruh negara ....umno tetap menganjurkan majlis2 seumpama nye di dlm masjid/surau demi kemenangan calon BN tak kira siapa mereka.

    Terpulang lah kpd setiap manusia utk memilih antara Islam dan keadilan Islam atau Toghut.

  8. Teringat aku tulisan blogger Dollah Yankee "Langkah paling selamat ialah guna sistem cabut lidi, siapa dapat lidi panjang dia yang dapat jawatan!" Payah sangat!

  9. Asik asik kekuatan Melayu,kekuatan bangsa.Kekuatan Melayu tu belandaskan kepada apa ?,Idiologi Nosionalis,Sosialis,atau Kapitalis atau misti bertitik tolak dari Wahyu dan sunnah ia itu Islamist.Kekuatan Melayu sudah pun Ujud sejak merdeka belandaskan kepada dasar Prakmatisma yang dilaksanakan mengikut achuan Kapitalis dan peraturan serta Pelembagaan yang di drafkan mengikut British(Nasrani)Akibatnya apa jadi? kita bersengketa antara kita walaupun mengaku Islam.Terbukti dengan jelas kebangsaan membawa kehancuran pada umat manusia ianya hancur sebab tiada ikatan suatu fahaman atau idologi yang kukuh sebagai panduan hidup yang sepatutnya.Kehidupan wajib berpandukan kepada fitrah manusia itu sendiri ia itu Islam.Sebab itu Islam is a way of Life.Kebangsaan bukan idologi fahaman kebangsaan hanya satu semagat yang mengikut nafsu sesuatu kaum sahaja didi corakan mengikut budaya yang menjadi amalan dari masa kesemasa ianya berubah mengikut alam sekitar.Bangsa Rusia kuat satu ketika dulu bukan sebab atas dasar kebangsaan tetapi atas idologi kominis. Amerika Kuat dari segi ketenteraan dan ekonomi bukan atas dasar Nasionalis bangsa Hispanik tetapi atas dasar liberal,dan Demokrat pelaksanaan mengukut acuan kapitalis yang di cipta yahudi sebab itu Obama dari seorang Negro boleh jadi President tiada dalam perlembagaan amerika bahawa bangsa Hispanik atau Peribumi amerika menjadi presiden .Di eropah demikian rupa.Jepun kuat dari segi ekonomi adakah negara tersebut di perentah atas dasar semagat kebangsaan Bangsa Jepun.Malah Negeri Cina yang sedang membangun darisegi ekonomi dan ketenteraan mereka tidak pernah menyeru semagat kebangsaan Cina tetapi People Repablic of cina.People itu Rakyat dari semua kaum dan Cina pula bermaksud Nama Negara
    Tegoklah Parti yang memerentah Jepun tiada satu pun parti nasionalis atau parti bangsa Jepun mereka maju dari segi material jauh kedepan.Kenapa jepun Kalah dalam Perang dunia kedua tidak kah kamu sedar ketika itu bangsa jepun di seru dengan semagat kebangsan Jepun hingga membuat kan mereka melaksanakan Perang terhada bangsa lain mengikut nafsu.Namun demikian Pemerentahan atas kuasa sesuatu Kaum yang belandaskan semagat dan dilaksanakan mengikut apa saja fahaman ciptaan manusia tetap di tolak oleh maha pencipta alam ini (Allah)melalui janjinya dalam surah AlKuran.Mengakui suatu bangsa itu empunya suatu ugama adalah satu selogan yang amat meyesatkan khususnya menyebut Melayu islam dan Islam Melayu ini dalah satu seruan yang bertentangan dengan fitrah alam maupun adat dunia.mana mana negara di dunia ini yang berpegang kepada Kekuatan bangsa melalui semagat nasionalis atau kaum terbukti hancur akhirnya.Kegagalan semagat nasionalis sebab tidak terdapat perseimbangan antara Rohani dan jasmani dan satu ikanan hubungan antara manusia dengan Tuhan dan manusia dengan manusia Setiap negara yang sebelum ini mengamalkan pemerentahan yang berpaut pada kekuatan bangsa akan menjerumus kepada matlamat materialistik justru akan terjebak dengan rasuah dan Pengseketaan .Rom dan Parsi dalam sejarah islam telah di buktikan kegagalannya.Bangsa Rom dan Parsi di sebut dengan jelas dalam Alkuran.Mereka bersengketa dan ber perang atas dasar Semagat kebangsaan Rom dan Parsi .

  10. Akhirnya sebesar dan sekuat mana sesuatu bangsa yang tidak meletakkan Islam sebagai sebagai matlamat sudah pastinya akan hancur dan akan menjadikan kaum itu semakin lemah.bagi mana pula bangsa arab menjadi kuat ketika Zaman Rasullah dulu adakah nabi menyeru semagat Kebangsaan arab untuk sampaikan Islam.Pernahkah nab meyebut Arab itu Islam dan Islam Itu Arab.Ini Fakta.Sekarang mari kita lihat kenapa Iran semakin hari semakin kuat baik dari segi ekonomi dan politik hingga mampu bertahan walaupun apa saja sekatan ekomomi terhadapnya hinggalah kepada ketenteraan hingga mampu mencabar kuasa kuasa besar Kufar USA Eropah khususnya kuasa yahudi...adakah Iran melaungkan atau memerentah atas dasar Kebangsaan Bangsa Parsi.Fakta membuktikan dewasa ini Bangsa Parsi bangun atas dasar Islam bukan kebagsaan PARSI.Sebab itu Islam mengharamkan Asobiah Semagat Kebagsan).

  11. Adakah saudara Abu arib mahu bangsa Melayu menjadi lemah sedemikian seperti mana yang terbukti dalam sejarah.Kamu boleh keji dan maki hamun PAS dari sudut perlaksanaan saya setuju sebahagiannya sebab itu melibat kan pemimpin atau ahli yang tertentu yang gagal dalam melaksanakan Islam dari dirinya tetapi tidak sedikit pun menjejaskan Dasar dan Matlamat Parti yang jelas Islam.Dizaman nabi ada sahabat yang murtad dan yang munafik adayang kaki minum arak adakah boleh kita katakan Islam itu tidak Betul. Akan tetapi saya tentang habis habisan sekiranya saudara menentang dari sudut Dasar yang di perjuangakan.Sebab amat jelas PAS dan dalam pelembagaan PAS adalah Islam.Perlaksananya nanti mengikut kemampuan pemimpin dan ruang yang di benarkan oleh demokrasi.Abu arib harus mengaji politik dengan lebih mendalam lagi.tak usah persoalkan Parti PAS persoalkan Perlembagaan UMNO itu sendiri apakah Dasar dan Matlamatnya....Semagat melayu akan berakhir sepertimana semagat kebangsaan arab yang semakin hari semakin tunduk kepada yahudi disamping di cemari dengan rusuah dan salah guna kuasa oleh pemimpin Arab sama seperti UMNO juga manakala semagat islam lah yang menjamin kekutan sesuatu bangsa untuk terus maju.Iran membuktikan segala galanya Dewasa ini...walau pun di tuduh Syiah tetapi telah menjadi super power dalam semua segi...Islam lah yang paling berkesan.

  12. pak bakaq,,,,Hijrah TERBAIK adalah "hijrah Pemikiran",,"dari PEMIKIRAN yg JUMUD" dan "SEMPIT" kepada "PEMIKIRAN YG TERBUKA RASIONAL",,,,,,,turun jumpa orang ramai,,tengok sendiri keadaan umat islam,remaja islam,ekonomi islam,,,,,,dan masyarakat islam,,,,,bermacam2 masaalah yg memerlukan "PERLAKSANAAN dan TINDAKAN",,,,,"SETERUSNYA KEJASAMA YG KUAT SESAMA ISLAM",,,,,,,,,,,,,,'BUKAN HANYA BERKATA2,,BERDALIL2,BERHUJAH,,,,DI MALAYSIA INI BERIBU2 SARJANA ISLAM dan PENDIDIKAN ISLAM,,,,Bekerja kuat,berdakwah dan berusha Menggerakan ekonomi islam,,,,,,,,"MEREKA INI TAK PERNAH PON MENGHUKUM ORANG LAIN..TAK ISLAM.,,,,,"Siapakah sebenarnya yg MENGZALIM ISLAM ,,DI NEGARA INI",,,,,,,,,,,"sentimen menzalimi islam" ini adalah "senjata MUSOH islam" yg di gunakan sebagai salah satu kaedah "pecah belah sesama islam",,,,,,,,,,,,,,,"sebab tu apa yg berlaku hari ini MEMERLUKAN KETAJAMAN PEMIKIRAN untuk MENILAI dan JANGAN TERKONGKONG DGN PEMIKIRAN JUMUD PUAK YG MENGAKU LEBIH ISLAM DARI YG LAIN,,,,,,,,,,,TANPA BERBUAT APA2 dan HANYA PANDAI BERKATA2,,,,,,,,,,,,,,,

  13. salam syeikh....mat sok malaikat tanya ka kita ni bangsa apa?duk dlm pas bukan brjuang utk huruf pas tu ,tap dasar pas.. dan bukan jugak brjuang utk tuk guru tapi utk islam... paham ke tak ni?

  14. PKR is an irrelevant party. Thought to be important but in the end, a typical politikal party. All aim for power. Why?. To reap all the taxpayers' money.

  15. Hijrah yg sebenar2 hijrah ialah dgn kembali kpd Al Qur'an dan Hadis.Dua perkara yg di JAMIN oleh Rasul saw tidak akan sesat.Tinggalkan fahaman assobiyyah kerana telah di jelaskan dan di buktikan oleh sejarah assobiyyah membawa kehancuran.

    Menuduh pihak lain hanye pandai berkata2 tanpa berbuat apa2 spt dakwaan abuarif sebenarnye merujuk kpd dirinye sendiri.Apa yg mampu di buat oleh abuarif........???

    Setiap hari mengajak kpd assobiyyah, mempertahankan assobiyyah, mencela dan mencerca Islam dan ulama'.............hanye umno yg terang dan jelas sesat itu yg di pertahankan.

    Sikap yg terang jelas hipokrit atau dlm base arab nye munafiq.Dulu hiruk pikuk bercakap berkenaan melayu.........sekarang ni nak bela Islam pula.Islam hanye terbela dgn jalan meletakkan nye sebagai yg tertinggi dan yg paling tinggi.Kalau masih meletakkan melayu itu lebih tinggi dari islam........atau umno itu lebih tinggi dari islam....atau lord reid lebih tinggi dari Islam....lupakanlah angan2 abuarif itu.

    Perlembagaan umno bukan nye Al Qur'an dan Hadis.Umno terang2 telah menentang Al Qur'an dan Hadis.Ini fakta dan kenyataan yg terang jelas.Kalau masih ada yg buat2 lupa atau cuba menafikan nye....tak usah ler nak berlakon kunun nakkan Islam.Tu ayat munafiq tu.

    Seterus nye siapa yg menghukum itu dan ini...???
    Hukum telah tersedia dlm Al Qur'an dan Hadis.Apabila Al Qur'an telah menjelaskan sesuatu hukum itu maka wajib umat Islam menerima nye serta menyampaikan nye.Menyampaikan itu suatu kewajipan, namun abuarif mencela org2 yg menyampaikan apa2 yg bersumber dari Allah swt dan RasulNye.

    Di tuduh org2 yg menyampaikan itu dgn tuduhan suka menghukum org lain dan juga suka berhujjah dan berdalil.Menyampaikan ajaran dan hukum Islam tak boleh.........berdalil dan berhujjah dgn bersandarkan Al Qur'an dan Hadis juga di cela oleh abuarif serta yg sewaktu dgn nye.

    Inilah matlamat yahudi zionis agar umat Islam membiarkan kemungkaran dlm masyarakat.Juga supaya umat Islam menolak segala nas dan dalil dari Al Qur'an dan Hadis.Taktik ini sudah lama di ajar oleh yahudi zionis ke atas umat Islam supaya islam bergaduh sesama sendiri.Maka sebahagian umat Islkam yg menolak Al Q!ur'an dan Hadis telah menjadi anjing2 talibarut yahudi utk memusuhi Islam sendiri.

    Ingatlah akan pesanan Rasul saw apabila menceritakan perpecahan umatnye selepas kewafatan beliau.Rasul saw berpesan bermula nye perpecahan di kalangan umat Islam ialah apabila hukum di pinda.Di ulang sekali lagi faktor awal dan yg paling utama yg membawa perpecahan ialah apabila hukum dipinda.

    Hari ini hukum Islam sudah lama dipinda.Dipinda dan di ubah di parlimen oleh para wakil rakyat.Apabila Pas mau agar perlembagaan di pinda utk membolehkan umat Islam kembali kpd hukum Islam yg sebenar, maka umno lah juara yg menentang nye di ikuti oleh party komponen lain.Tidak cukup dgn itu umno berkempen seluruh negara memburuk-burukkan hukum Islam dgn berbagai tohmahan, cercaan, penghinaan, fitnah dan sebagai nye agar umat Islam serta bukan Islam turut sama menentang hukum Islam.

    Alhamdulillah .........dgn pertolongan Allah swt Pas telah berjaya meyakinkan bukan shj umat Islam bahkan beberapa org dari bukan Islam akan kebaikan hukum Islam.Walaupun masih terdapat ramai yg menentang Islam samada dari umno serta non muslim yg lain, perkembangan terbaru amat menggalakkan.Pas dan gerakan Islam yg lain akan terus menerus melipatgandakan usaha ke arah kebaikan itu.Bila Islam akan dpt di tegakkan di malaysia adalah dlm ketentuan Allah.Tugas hamba2 Allah hanye lah berusaha dan terus berusaha.

  16. Abu Arif...

    Engko nak betulkan UMNO..BOLEHKE????..

    Kalau kat UMENO pun tak boleh..jangan nak memadai-mandai nak Komplen PAS..

    Selesaikan Bangkai yag busuk kat depan mata sebelum sebok dok jaja pasal bangkai seberang laut ....Memang PKR ada masalah..masalah klon-klon UMENO...tu yang nak kena pangkas supaya sel-sel kanker dalam PKR didormankan, baru boleh PKR menapak jauh...Macam gak dalam PAS, Kamu ahli-ahli parti wajib menentang/menolak perilaku yang semacam UMeno...dan jangan kasi mereka menjadi pemimpin...

  17. Abuarif,
    Aku setuju dengan pendapat kau..pak bakaq kena muhasabah diri..tingkatkan cara dan daya berfikir,sentiasa berfikiran cara yang rasional..jauhi cara pemikiran yang sempit yang di amalkan oleh para pengikut parti PAS..insyaalah melayu islam akan berjaya dari segala aspek..satu lagi pak bakaq negara ni masih lagi di terajui oleh orang islam..bukan orang kafir,ayat pak bakaq tu tak boleh pakai,tak tepat...kalau DAP perintah baru lah pak bakaq cabut lari bungkus tikar bantal.Ini lah mentaliti perjuangan PAS...kalah sebelum berjuang..menyorok belakang bini je lah korang penyokong pas...he he

  18. Sah bahawa PAS kini telah berubah 100% menjadi barua kepada kafir harbi DAP apabila puak berserban PAS sanggup mengenepikan HUDUD hanya semata-mata takut kepada Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang jelas menolak hukum Islam dilaksanakan di Malaysi.

  19. Sah puak melayu zionis dudah terdesak gilerr.Membuat fitnah dan tuduhan membuta tuli berkenaan Huddud.Apakah mereka LUPA atau sengaja buat2 lupa atau mereka telah beriman dan beramal dgn wirid mahafiraun "MELAYU MUDAH LUPA"........

  20. Anouny 18 UMNO/BN jadi barua siapa pulak????? setelah 50 tahun berkuasa tapi terus menerus nenentang perlaksanaan syariat Islam ssetiapa kali di cadangakan di DUN kelantan dan Terangganu.Tidak kah kanu sedar UMNO.BN mewakili yahudi dan Nasrani dalam melaksanakan Ayat"Orang yahudi dan Nasrani tidak akan Redzo pada kamu hingga kamu mengikuti ugama Mereka"Pokok dan faktanya nya UMNO telah pun Berkuasa sekian lama.PAS dalam PR belum lagi berkuasa dalam Parliment sehingga kini.Mana hujah kamu bagi mengiakan tuduhan demikian

  21. Apa yang boleh diharapkan dengan PAS ni, melainkan menjadi anjing kepada tuannya bernama DAP. Demi menjaga hubungan akrab mereka tidak mustahil pada suatu hari nanti ia akan menghalalkan benda-benda haram kepada umat Islam beraliran mazhab PAS.

  22. Sedara-sedara sekalian,

    Pak Bakar kadang-kadang kutuk PAS sebab 'perlaksanaan PAS' bukannya 'dasar PAS'. Tak bolehla orang PAS nak salahkan dia sebab dia memang nak tengok 'hasil kerja' bukannya 'mulut berbuih saja'.

    Kepada yang duk kata UMNO tolak hudud / UMNO berkuasa terlalu lama / yahudi zionis tu, aku dah berbuih dah terangkan. Aku anggap saja korang ni bodoh je lah senang.

    Kenapa bodoh?

    1) Sebab takkan orang cerdik nak percaya PAS mampu ubah perlembagaan Malaysia, sedangkan nak ubah perlembagaan / manifesto PR pun dia tak mampu?

    2) Sebab nak percaya PAS mampu buat Hudud lebih cepat sedangkan 20 tahun perintah Kelantan pun tak ada progress pasal Hudud ni? UMNO pun mampu buat lebih dari itu la brader (Ni aku dah berbuih dah cerita)

    3) Sebab mereka nak percaya PAS yang 'mulutnya lebih laju dari otaknya'. Ye lah, setelah 60 tahun duk perjuang nak hudud pastu duk label berpuluh ribu org lain kafir, dia sendiri baru nak buat draf hudud 5 tahun lepas?

    4) Sebab mereka ingat senang nak buat Hudud sedangkan berlambak lagi halangan selain perlembagaan - Peguam Syarie tak cukup lagi, kuasa mahkamah syariah pun terhad lagi dsb.

    Apa kau kata, UMNO tak ada buat apa2?

    Woi, sebab tu lah UMNO hantar kau pegi belajar di Timur Tengah ambik Syariah. Nak 'ternak' peguam syarie bukan semudah nak ternak ayam brader. Peningkatan jumlah peguam Syariah di Malaysia sejak 1957 tu lah hasil dari kerajaan UMNO. Banyak lagi akan datang kalau hang tak sokong DAP yang tolak hudud tu.

    -malaymind-

  23. Kepada Pak Bakaq.
    Jangan bersedih sangat. Sepatutnya biarkan mereka dengan kroni-kroni mereka. Jangan ganggu sangat.

    Azmi Ali bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR adalah kerana restu Mursidul Am PKR berkehendakkan begitu. Kempen Manager Yb Azmi Ali juga adalah orang utama dalam PKR. Anuar Ibrahim sebenarnya lebih selesa bersama Azmi berbanding Zaid Ibrahim.

    Harap engkau orang yang politik lebih terbuka dan matang, kerana menginap di Kuala Lumpur lebih tahu asam garam politik rakan-rakan kita yang sewaktu dengan nya

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008