Sedap!! Klik gambar di atas!

Wow! Main paksa ka mengaku curi enjin F-5E?

Peguambela kepada bekas Sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), N Tharmendran yang dituduh mencuri enjin jet F-5E memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa seorang saksi akan memberi keterangan yang bakal membantu membuktikan dakwaan-dakwaan anak guamnya bahawa beliau diseksa untuk membuat pengakuan (lihat Malaysiakini hari ni, "Kes curi enjin jet: Saksi misteri 25 Ogos ini").

Tu dia. Awat dia diseksa supaya mengaku? Kalau sungguh ada bukti dia curi, perlu ka paksa dan seksa? Adakah dia tak curi tetapi diseksa supaya mengaku?

Kalau anda kenal dengan siapa-siapa yang sedang atau pernah berkhidmat dalam TUDM, ca tanya depa, mampu ka Tharmendran curi enjin jet tu?

Ish, mengapa saya teringat sangat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak!

Oleh kerana dah keluar berita bertajuk "TUDM cari tapak baru ganti pangkalan Sungai Besi", bagi saya, ada isu lain mengenai TUDM yang lebih membimbangkan. Taek Jho Low mungkin tahu banyak mengenai perkara itu.

Ca baca berita di bawah ni:
Gadai pangkalan TUDM bahayakan negara

(Harakahdaily) KUALA LUMPUR, 16 Jun: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, rancangan untuk menggadaikan pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi kononnya untuk tujuan pembangunan membahayakan negara kerana ia bertentangan dengan konsep pertahanan menyeluruh.

"Tindakan itu akan menyebabkan negara akan kehilangan sebuah pangkalan pertahanan di tengah bandar sedangkan ia merupakan satu elemen penting kepada pertahanan nasional yang menepati konsep dan perlaksanaan pertahanan menyeluruh (Hanruh).

"Amat tidak wajar pangkalan pertahanan yang begitu strategik digadaikan semata-mata untuk memenuhi kepentingan kroni pihak yang berkuasa sedangkan pangkalan pertahanan udara seperti di Sungai Besi masih dikekalkan di kebanyakan negara maju," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan, pangkalan TUDM di Sungai Besi bukannya sekadar ruang-ruang pejabat malah ia adalah pusat operasi tentera udara serta pusat integrasi maklumat radar pertahanan udara di bawah tanah dengan hubungan terus dari Butterworth di utara, Kuantan di timur dan maklumat radar mobile dari Bukit Ibam yang mana masa yang begitu lama terpaksa diambil untuk memastikan sistem tersebut betul-betul berfungsi dengan baik dan tepat.

"Pangkalan itu juga merupakan pusat sistem MADGE (Malaysia Air Defence Ground Environment) yang menggunakan sistem Hughes Air Defence Radar," katanya.

Mahfuz juga mempersoalkan apakah jaminan kerajaan tentang jurang masa pemindahan (transfer gap time) yang mana akan melibatkan beberapa tahun lagi untuk proofing dan commissioning.

"Itu belum lagi diambilkira kosnya sedangkan segala kos yang tersembunyi dalam proses pemindahan itu akhirnya terpaksa ditanggung oleh TUDM, angkatan tentera dan rakyat Malaysia," katanya.

Beliau juga mempersoalkan tentang risiko pemindahan Electronic Warfare Support Centre (EWSC) memandangkan fasiliti tersebut amat sensitif dan kritikal sehingga terpaksa membuka kasut untuk masuk ke dalamnya.

"Mengapa kerajaan buat-buat tidak sedar mengenai perkara itu sedangkan electronic warfare amat penting dan kritikal untuk pertahanan masakini.

"Tidakkah pemindahan demi kepentingan komersil beberapa kroni itu akhirnya akan menjejaskan keupayaan sistem tersebut dalam mengumpul, menafsir, menyebar data-data dan memprogramkan semula electronic warfare termasuk dalam tindak balas elektronik dan langkah-langkah sokongan," Mahfuz mempersoalkan.

Beliau juga yakin, oleh kerana pengkalan tersebut merupakan pusat operasi tentera udara (POTU), akan wujud tempoh tertentu yang mungkin panjang di mana negara kehilangan kawalan semasa proses pemindahan fasiliti penting itu.

Beliau juga mempersoalkan mengapa tiada sebarang maklumat ke mana pemindahan akan dibuat dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya mengumumkan pangkalan tersebut akan dipindahkan ke satu tempat yang telah dikenal pasti dan beliau akan umumkan apabila tiba masanya kelak.

"Bagaimana pula maklumat tentang kos perolehan , kos tidak langsung dan pampasan?" soal beliau.

Mahfuz juga mempersoalkan, adakah kerajaan akan mengulangi kesalahan yang dilakukan berkali-kali sebelum ini apabila ia menyisihkan komuniti tentera dari bandar seperti menjual Kem Majidee, Kem Transit Ampang, Markas 2 Div di Pulau Pinang, Kuarters Tentera di Batu Uban sehingga mengakibatkan negara ketiadaan fasiliti back up yang penting untuk keselamatan negara.

"Adakah tentera negara kita hanya layak tinggal di pedalaman dan dalam kuarters flat tanpa halaman?

"Mengapa hendak dimusnahkan keadaan pangkalan Sungai Besi yang kemas dan tersusun dengan binaan kuarters yang selesa dan dengan infrastruktur yang tersedia untuk memberi pulangan kepada beberapa kroni untuk membuat binaan konkrit yang bakal menjadi satu lagi projek gajah putih memandangkan ruang pejabat di Kuala Lumpur pun berlebihan tanpa mengambil kira ruang-ruang yang pejabat yang tidak digunakan di Bangsar South, Petaling Jaya, Cyberjaya dan lain-lain," Mahfuz mempersoalkan lagi.

Penggadaian pangkalan TUDM di Sungai Besi yang begitu established memusnahkan peninggalan sejarah yang penting dalam pertahanan negara sedangkan ia adalah pangkalan udara yang pertama di negara ini, kata beliau.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. wuih.. hebat jugak tok mahfuz nih.. mana dia dapat data2 pertahanan ni?..

    aukauk88.

  2. Askum sedara-sedara ku sekalian..

    Sesungguhnya inilah KERAjaan..mereka boleh mereka-reka apa sahaja untuk dijadikan berita palsu jadi benar..

    Sebenarnnya KERAjaan skrg sangatlah bijak, bijak dalam memperbodoh-bodohkan rakyat yang sememangnya sedia untuk diperbodohkan dan digula-gulakan oleh KERAjaan Freemason ini..

    Banyak kelaku dan pelaku UMNO ni terang lagi bersuluh..sememangnya mereka ini memang amal mungkar nahi makruf..Dibawah ini adalah perkara terang lagi bersuluh kelaku buruk pelaku UMNO yang diterima dengan tenang dan tabah oleh rakyat yang sedia diperb odoh-bodohkan oleh UMNO:

    1. Semua rakyat tahu bahawa Malaysia dipenuhi dengan kebanjiran pendatang-pendatang
    asing yang datang dari pelbagai negara..PADI (pendatang asing dengan izin)dan
    PATI bersepah-sepah..Apakah tindakan KERAjaan..KERAjaan buat buat buta sebelah
    mata je..Macam DAJJAL la buta sebelah mata..PADI dan PATI ini dah la x faham
    adat dan budaya kita malah mereka boleh buat apa sahaja di negara ini..Sebagai
    contoh Negro-negro ni memang pengotor dan berbau sangat busuk..mereka gemarkan
    air kencing syaitan yang menjadi air mineral bagi setengah-setangah puak puak
    pemimpin UMNO..Kenapa ini berlaku??? Sudah tentu lah kerana duit..SAYA
    CADANGKAN PEMIMPIN PEMIMPIN BANGSAT UMNO NI BAWA ORANG ORANG NEGRO NI TINGGAL
    BERSAMA SAMA ATAU BINA RUMAH ORG NEGRO NI BERHAMPIRAN RUMAH RUMAH PEMIMPIN
    PEMIMPIN BANGSAT BN..Kenapa RAKYAT YANG HARUS MENANGGUNG SEMUA PERANGAI JELIK
    PADI DAN PATI INI SETELAH PUAK PUAK BANGSAT UMNO MENDAPAT BERATUS RATUS RIBU
    RINGGIT BG KEMASUKAN PADI DAN PATI NI..

    2. Banyak kes-kes mahkamah yang melibatkan BN akan lenyap ditelan zaman, rakyat
    akan diperbodoh-bodohkan dengan berita sensasi salah guna kuasa pembangkang..
    Dan sekali lagi rakyat yang sedia untuk diperbodoh-bodohkan dan digula-gulakan
    dengan semangat asabiyah ke Melayuan akan menganggap UMNO adalah hero org
    Melayu..Wahai org Melayu yg semakin cetek pemikiran..Adakah Melayu penting
    atau Islam yang penting..Siapa dikalangan pencacai pencacai UMNO dan org
    kuat ke Melayuan tahu bahawa Nabi Muhammad S.A.W tidak akan mengaku
    sebagai umatnya sekiranya anda mati dalam semangat asabiyah bangsa..

    3. Sebenarnya banyak sangat yang terjadi didepan mata kita perkara perkara buruk si
    UMNO bangsat ni..Tetapi macam biasa la rakyat yang bodoh dan sedia untuk
    diperbodoh-bodohkan dan digula-gulakan akan menerima apa saja dari puak puak
    UMNO bangsat ni dengan rasa yang TENANG, KUSYUK, TAWADOK, TABAH DAN BERDEDIKASI
    demi pemimpin UMNO tersayang..


    Woi rakyat yang masih bengap dan banggang serta pencacai pencacai puak UMNO
    yang menganggap KERAjaan mendahulukan rakyat..Tolonglah bangkit pastikan UMNO dan
    sekutu sekutu dajjal nya jatuh ketahap kurap menanah pd pilihanraya ke 13 supaya
    kita dapat menyiasat salah laku mereka ketika mereka dan kroni kroni mereka
    bermaharajalela di Malaysia..Jangan biarkan perangai buruk UMNO ditanggung oleh
    anak-anak bangsa anda yang akan datang..Sedarlah..

  3. Rakyat Malaysia tidak bengap dan banggang yang bengap dan banggang ini orang-orang yang ada penyakit 'mental block'. Mamat perasaan.

  4. Mamfus berapa banyak kapal terbang TUDM yang mengunakan lapangan terbang Sungai Besi yang ada sikit sikit PDRM.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008