Malaysian Insider hari ini melaporkan berita bertajuk "Awang: Newsweek ranking proves BN not corrupt". Saya tak nak la gelak. Biaq la dia nak berseronok-seronok nak cakap apa dia suka. Tak payah la nak ajak Datuk Dr Awang Adek Hussin bersumpah bahawa Umno Barisan Nasional (BN) tidak sarat dengan jenayah rasuah. Orang kampung semua dah tahu. Seperti yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, "Umno busuk hingga ke ususnya".
Saya tabik kepada Dr Awang Adek kerana mempunyai kehebatan untuk bercakap gitu dengan selambanya ketika kita sedang menonton gabungan bangsawan Melayu dan opera Cina yang bertajuk Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ).
Kolaborasi bangsawan dan opera dikatakan diilhamkan oleh nasihat-nasihat firma Yahudi Zionis Apco Worldwide bagi menayangkan kepada dunia bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak begitu bersungguh-sungguh memerangi rasuah.
Kolaborasi bangsawan dan opera itu juga mengingatkan ramai pihak kepada apa yang didedahkan oleh Dr Mahathir di dalam blognya. Bekas Presiden Umno dan Pengerusi BN itu kata, di dalam kabinet Najib masih terdapat peribadi-peribadi yang keji (unsavoury characters) yang dituduh terlibat dengan rasuah dalam kerajaan sebelum ini.
Dr Mahathir juga kata, "Parti Umno sudah jadi parti perasuah. Samada ahli atau pemimpin, semuanya utamakan kepentingan diri".
Adakah malam tadi, selepas Dr Awang Adek berbuka puasa dengan kakitangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Umno tiba-tiba putih bersih dari rasuah dan tidak ada lagi unsavoury charactersdi dalam kabinet Najib?
Siapa boleh lupa kisah pembelian Sukhoi dan Scorpene? Pihak yang membuat tuduhan tentang Sukhoi dan Scorpene terjerit-jerit menyatakan beliau sanggup diambil tindakan undang-undang. Di dalam Dewan Rakyat (bukan di kedai kopi), Najib ditanya mengapa beliau tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menuduh berlakunya rasuah dan penyelewengan dalam urus niaga tersebut?
Apa jawapan Najib? "Itu mainan politik," itu saja jawapan dia. Laa.. kalau dah tuduhan tu tak betul, dari nama terus busuk sangat-sangat, samanlah!
Malah Najib juga menolak penubuhan suatu suruhanjaya siasatan untuk menyiasat perkara itu. "Tak payahlah setiap perkara hendak Royal Commission," katanya kepada Dewan Rakyat.
Sebab itulah, bila Dr Awang Adek buat kenyataan seperti di atas, tak elok la kalau saya kata he must be out of his mind.
Oleh kerana saya dah sentuh fasal PKFZ, saya rasa Dr Awang Adek perlu mengambil tindakan terhadap rakannya, Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker yang menulis seperti di bawah dalam postingnya yang bertajuk "Ong Tee Keat vs Tiong King Sing...":

Many personalities in Umno and MCA were said to be under his payroll. In other words, he is well connected and have many strings to pull as well as muscles to flex...

Cantik? Klik 

Inilah kualiti seorang timbalan menteri yang ada dalam kabinet Najib
Cakap mengikut sedap mulut tanpa menggunakan akai
Temberang kat pakcik makcik felda boleh la depa percaya
Macam mana la umno tak lingkup
cakap seperti berjalan diatas bulan tak berpijak dibumi yang nyata
sungguh menyakit kan hati!!!!
....mat melake...
Cakap seperti berjalan diatas bulan terawang awang
tak berpijak dibumi yang nyata
ha ini baru betui
...mat melake..
Heh,heh. Ranking 37th best country tu kerana banyak pelacur/prostitute di Malaysia. Orang kafir memang suka "Negara Malatsia Islam Hadari maksiat".
Podah Dr Bawang Bodek.!!! Kamu syok sendiri sahaja.!!!
Rakyat sudah celek dan nampak semua scandal / korupsi yang telah berlaku.!!!
Awang adik ni sama ada di buta sejarah atau teliga pekak atau cacat Angota pancaindra.Orang Umno ahlli UMNO sendiri tahu Budaya mereka telah berubah sejak Zaman Tun Hussain kepada Budaya Mengisi dan Membuncitkan Perut Pemimin UMNO.Mana ada pemimpin UMNO sekarang ni yang tak bercita cita nak dapat projek untuk mengumpul kekayaan peribadi.Siapkah pemimpin UMNO yang berjuang sekarang ini bila dengar ada peluang untuk dapat komisyen mata dah naik Merah????Hatta Awang Adik sekali pun.Kalu Tak percaya buat lah suatu Proposal yang Baik untuk mendapatkan peluang Perniagaan pergilah jumpa Pemimpin UMNO yang KNOW WHO dari peringkat Ketua Bahagian hingga ke Peringkat Menteri...jawapannya..boleh tolong..tapi berapa untuk saya yang awak mampu bagi atau ini proksi saya yang awak kena sebagai persetujuan sekiranya berjaya.Budaya UMNO you KNOW WHO bukan you KNOW HOW...Awang adik terima lah hakikat