Sedap!! Klik gambar di atas!

Saya berhak memperjuangkan hukum-hukum Allah

Umno dan parti-parti komponen Barisan Nasional boleh kata apa saja yang depa suka fasal undang-undang Islam (lihat Malaysiakini hari ini "Gerakan anggap hudud 'impian peribadi' Nik Aziz").

Oleh kerana saya tak ada dokumen lain nak tumpang tui, saya tumpang Perlembagaan PAS. Pendaftar Pertubuhan dah luluskan Perlembagaan PAS. Ia sah di bawah undang-undang Malaysia (atas tanggungjawab saya sebagai orang Islam, saya sokong Fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaan PAS walaupun saya meluat dengan kelaku sebahagian pemimpin, ahli dan penyokong parti itu).

Bila Perlembagaan PAS sah di bawah undang-undang Malaysia, bagi saya (atau Orang Putih kata, as far as i am concern), saya berhak memperjuangkan apa yang terkandung dalam Fasal 5 Perlembagaan PAS yang menyatakan tujuan PAS ialah:
(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

(2) Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Period.

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Hang interprete ikut hang Bakaq. Always being optimistic. Tapi, bukan depa dah jawab kut lain dah kut. Yelah..sejak dua menjak dapat sokongan orang Cina..tambah lagi sejak berkawan dgn rakan kongsi kuasa nak menuju Putrajaya..

    YB Nizar dengan selamber kan dah jawab dalam sidang Dun Perak June 2008, bila masa dan dalam statement mana Pas nak buat undang-undang hudud kalau dapat perintah M'sia... Seronok sakan time tu Dap tepuk meja... Nizar pun tersenyum simpul tumpang seronok...
    Tu time tengah duk pegang kuasa la...

    MB Kedah pun sama la jugak... Bila orang tanya dia, mana pi module pemerintahan Kelantan yang dia nak bawa kat Kedah, terus dia jadi sawan... Kelantan, Kelantan la.. Kedah, Kedah... Nik aziz, Nik Aziz... Aku, aku....

    Last-last satu hapah tak buat... Aleh-aleh bagi reason, kita kena tarbiyah orang bagi paham dulu....Aik!!! Sejak bila hgpa jadi tabligh ni... Dulu sakan...

    Hg mungkin tak berapa tau apa yg duk jadi kat Kedah... Hakikatnya, aku pun dah naik meluat...sama kut meluat hang dgn meluat aku... Paling aku meluat puak munafik @ hipokrit... Bab dah rheti, tiba-tiba jadi dungu....Dah tu kira nak jerkah orang...haram jadah betoi...

  2. Mahu ke tak mahu ke berdasarkan kepada perlembagaan tersebut maka Umat islam tak kira apa bangsapun Wajib sokong Parti yang berpelembagaan demikian.Tak syak lagi ianya beza dengan UMNO dari segi pelembagaannya.Bezanya amat Jelas Perlembagaan UMNO hanya meletakan Islam sebagai Ugama Resmi saja jelas sekali Umno mengunakan Ugama sebagai kosmetik politik yang berpaksi kepada kebangsaan Melayu. Soal pemimpin akan laksanakan atau pun tidak itu soal pemimpin bukan lagi soal Penyokong atau pengundi yang memangkah sebab tugas sebagai umat islam selesai dari segi politik pilihanraya.Penyokong dan Ahli Parti pula mempuyai tangong jawap dalaman parti dalam memilih Pemimpin yang memimpin parti yang terlibat dengan melaksanakan mengikut perlembagaan ..Oleh itu sebagai umat Islam kita dah tunaikan kewajipan kita pabila menyokong parti Islam .

  3. Satu lagi Bakaq,
    Aku kalau jadi Umno, aku bagi saja puak PAS ni buat hudud... Aku nak tengok takat mana la pulak depa nak laksana undang-undang Islam ni...

    Mai nak kerat tangan orang sudah... kat mana depa nak kerat..Hang pi tanya tengok Nik Aziz..apa jawapan dia.. Bukan main-main ni...Kalau bab pegang anu pun depa boleh kata batai ayaq sembahyang..ni nak kerat tangan orang....Dia nak ikut sapa??

    Kalau depa betui-betui paham, aku sokong 100%. Tapi kalau setakat nak sembang deraih..cari popularity kunonnya pejuang Islam tulen baguih dari org lain...,tapi masih duk bengap...silap kerat, buat cari dosa saja la...

    Pi selesai satu-satu dulu...Islam mana yg nak ikut... Ni setakat sentuh bini pun dah kelam kabut ambik ayaq semayang lain...Tarak pasai aku nak pi ikut..

    Dan pasai tu lah..Pas dah jadi tak ketahuan...

  4. Aku memang setuju dengan anon 2, setuju sesetujunya... itulah yang sepatutnya.

  5. 'KIAMAT DAN KEADAANNYA'

    http://www.scribd.com/doc/36025155/Surat-Kepada-Yang-DiPertuan-Agong-Dan-Mufti-Mufti

  6. Anon 3 tu Islam ke benggali? Cakap macam orang tak ada agama je. Kalau benggali tak pe lah. Tapi kalau Islam memang malang sungguh. Tak nak aku ngaku sedara. Karpal singh pun tak seberani mamat ni.

  7. alahai... mungkin inilah yang di hadapi oleh Rasulullah SAW, ketika memerintah negara Islam Madinah dan dalam masa sama menghadapi ancaman dari dalam & luar..

    Mungkinkah Rasulullah SAW juga dipropagandakan oleh juak musyrikin mekkah sebagai BONEKA YAHUDI...? kenapa.. sebab ramainya juak yahudi yang masuk pact dalam PIAGAM MADINAH..

  8. NO HUDUD AGENDA. KIT SIANG SAYS PAKATAN RAKYAT POLICIES ARE CLEAR. LIM SAID IMPLEMENTING HUDUD MEANT A CHANGE IN POLICY AND ANY CHANGE WOULD NEED THE AGREEMENT OF ALL THREE COMPONENT PARTIES. SIAPA YANG BOHONG SIAPA.

  9. Kenapa orang Melayu suka berfikiran sempit sebut saja HUDUD potong tangan,
    rejam dgn batu... yang tu saja yang engkau orang tau... Faham dahulu apa itu
    hudud baru boleh sembang nanti terjejas akidah kita...

  10. dh sah anon 3 ni tak reti hukum tp nk bercakap pasai hukum.mmg la klu tersentuh bini tu batai ayaq sembahyang mangkuk oiii!pi blk mengaji blk,lepaih tu klu dh ceredik br mai blk tulih pendapat kat sini.lg satu yg hang tanya "islam mana yg nak ikut" tu aku nk tanya hang blk,ada berapa banyak islam kat dunia ni?aku nk nasihatkan kat hang supaya jgnlah jd orang yg sesat lagi menyesatkan

  11. Saya sokong pak Bakaq. Undang-undang Islam hukum Allah tak boleh nak permain... WAJIB diikuti, jangan dok pertikai. Bangsa-bangsa lain jangan dok pertikai hukum-hukum Islam, samada nak kerat tangan ka! nak rejam batu sampai mati ka! itu hukum Allah untuk orang Islam dan bukan untuk depa. Jadi jangan nak buat orang marah.

  12. Kirk/Anony 6,
    Sejak bila bini hgpa jadi tahap najis sampai boleh membatalkan ayaq semayang hgpa? Bila mai bab nak beromen, buat macam ladang..halal....
    Sejak bila pula awang dalam seluaq hgpa dah tak jadi salah satu anggota tubuh badan hgpa?
    Jenih spoon-fed punya keturunan, apa orang suap, hgpa telan...

    Kena cuit sikit saja, mula la nak sumpah seranah menyesatkan orang...

    Anon 3

  13. Tertulis dalam perlembagaan satu hal. Dapat laksanakan apa yg tertulis satu hal.

    Ada ke sebab kawan dgn orang kafir boleh laksanakan benda tu semua?

  14. Hudud,Qisas dan sebagainya adalah Hukum Allah sebagaimana tercatat dalam AlQuran.Siapa kita yang nak memperkatakan Hukum Allah.Lupakah kita bahawa kita tu Allah yang buat,rezeki kita Allah yang beri.Adalah kewajipan setiap Muslim(khususnya AlMuqminin dan Mokminat) berusha untuk menegakkan Hukum Allah dimuka bumi ini.Itu kewajipan dan tanggung-jawab,sama ada berjaya atau tidak ,itu lain cerita - laksanakan kewajipan dulu.

  15. Mereka adalah penceramah dan pensyarah dikalangan umat tuan. Mereka menasihati orang lain tetapi mereka tidak beramal.

  16. Anon 3, selamat berbuka puasa (kalau puasa). Mana tau puasa ikut macam hindu dan benggali boleh minum air tapi tak boleh makan... Bodoh punya melayu...

  17. Otak ada tapi taruk kat mana.........???

    Kalau karpal singh dan DAP tak de agenda negara yg melaksanakan hukum Islam .........apa nak hairankan?
    Patut hairan apabila puak2 umngok yg kata bela bangsa dan agama yg halang hukum huddud di kelantan dulu tu.

    Perlembagaan memberi ruang yg luas utk hukum Islam di laksanakan.Maka terpulang lah kpd umat Islam mengambil peluang.Yg kepoh2 dgn DAP tu apa hal.........???

    Perlembagaan memberi KEBEBASAN mengamalkan ajaran semua agama...........maka terpulang lah kpd ahli parlimen utk menggubal dan meminda agar umat Islam di berikan HAK dan KEBEBASAN utk mengamalkan hukum Islam dlm semua perkara tanpa menyentuh hak2 dan kebebasan agama yg lain.

    Hendak seribu daya .............tak hendak seribu dalih.

    Undang2 jenayah telah tersedia ada utk bukan Islam....maka hanye perlu di pinda beberapa perkara utk membolehkan umat Islam di dakwa, di bicarakan dan di hukum mengikut undang2 dan hukum Islam.

    Apa yg jadi masalah kpd org bukan Islam..........???Sebagaimana org Islam menghormati hak2 dan agama mereka maka mereka juga mesti mengambil tindakan yg serupa terhadap umat Islam.

    Apa yg menjadi masalah besar ialah apabila umngok yg mengaku KUNUN NYE mereka juga Islam tetapi bersama dgn bukan Islam menghalang umat islam mengamalkan ajaran Islam khususu nye dlm bab hukum jenayah.

    Sendiri mau ingat lah........

  18. aku ni jenih berkawan tak pilih bulu,ada satu hari tu ada sorang kwn aku(orang UMNO)mai dtg merungut kat aku pasai ada sorang ustaz ni mengajar murid2nya mengambil wuduk,dia kata ustaz tu mengajar tak betul,aku tanya pasai apa?dia kata ada ka ustaz tu ajar muridnya membasuh anggota wuduk tu sekali aje,sepatutnya 3 kali,aku pun gelak dalam hati je la,ni la padahnya klu tak tau hukum,tak heran la aku kalau depa tak mau hudud,sebenaqnya depa ni tak reti tp nak jugak bercakap mcm org reti.

    kepada anon 3,klu hang org islam,hg pi la blk mengaji fekah,kenali sapa yg muhrim dan bkn muhrim dgn kita,tp klu hang orang hindu atau benggali,mai la masuk islam,sebab hang akan dapati banyak keindahan dalam islam ni.

  19. Kalau mahu laksanakankan Hudud kenapa tukar slogan Negara Islam kepada negara berkebajikan. Sambil menyelam minum air.

  20. Anon 19, itu namanya strategi atau muslihat. Dalam perang mesti ada strategi dan muslihat. Kalau lurus mcm bendul maka kita akan mudah dimakan oleh puak2 yahudi. Itu pun tak tau nak fikir. Bodoh mcm LEMBU...

  21. Kenapa Hudud PAS Kelantan dan Hudud PAS Terengganu berbeza? Bukankah Hudud itu dari ALLAH dan sepatutnya sama tidak kira dimana saja.

  22. Ingat setan DAP je yang tolak hudud. Dr. Dzulkefly dan Nik Nazmi pun sama. Pas kata UMNO kapir sebab tolak hudud. Wajarlah tindakan dikenakan kepada Dr. Dzul. Solat hajatlah 7 hari 7 malam dan buat sekali doa pecah perut.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008