Sedap!! Klik gambar di atas!

PAS Terengganu jangan perasan

Benarkah apa yang dikatakan oleh bekas Ketua Umno Bahagian Marang, Datuk Abdul Rahman Bakar berkata, "PAS bermimpi dan cakap kosong untuk menawan Terengganu bagi menyeronokkan penyokongnya? (lihat FMT hari ini "Tawan Terengganu hanya mimpi PAS – Rahman Bakar" dan "Terengganu PAS aims to topple BN").

Saya tidak tahu. Tetapi, sejak dari dulu lagi, dari segi keberanian saya memang respect ahli-ahli di bawah PAS Terengganu (saya ulangi, ahli-ahli di bawah). Contohnya, kalau ada demonstrasi di Kuala Lumpur, kita akan jumpa begitu ramai ahli-ahli bawahan PAS Terengganu. Semua itu sukar dilupakan dan dinafikan. Memang respect habis.

Dalam pilihan raya umum lalu, PAS Terengganu tidaklah bernasib baik berbanding PAS di Kelantan, Kedah, Selangor dan Perak umpamanya.

Ada orang kata, rakyat mahu muka-muka baru dari PAS Terengganu. Muka lama tak mboh. Itu orang kata. Tak tahu betul atau tidak.

Ada pula orang kata, walaupun rakyat Terengganu memang meluat kat Umno Terengganu, tetapi mereka tak nak PAS. Itu pun orang kata. Tak tahu betul atau tidak.

Sebagai rakyat Malaysia, hanya satu yang saya harap pembangkang tak lupa: Kami undi hampa bukan sebab kami suka sangat kat hampa. Tetapi kerana kami benci sangat-sangat parti Umno dan Barisan Nasional (BN).

Kalau saya merestui PAS menang di Terengganu atau di mana-mana (ada calon-calon PAS di serata negara yang saya rasa tak payah keluar mengundilah kalau depa bertanding), jangan la perasan pulak. Restu itu semata-mata kerana saya benci sangat-sangat parti Umno dan BN.

PAS Terengganu pun jangan la perasan jugak. Bukan kerana saya suka sangat kat PAS Terengganu. Tetapi sebab saya benci sangat-sangat kat Umno dan BN.

Semakin hari semakin benci.

(Jangan lupa baca liputan FMT hari ini "Bad arithmetic in Umno’s politics of fear").
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Demi kepentingan PAS dan demi keagongan Islam,ada baiknya pemimpin-pemimpin PAS Trengganu yang sudah lama sangat berkecimpung dalam PAS Trengganu,melepaskan jawatan untuk memberi jalan kepada orang-orang muda.5-6 pemimpin PAS lama tu,sezaman dengan zaman Tun Razak, politik mereka sudah tak boleh pakai lagi,sudah dianggap tunggul lapok.Percayalah! apabila pengundi Trengganu(khususnya orang PAS)tahu dan yakin tunggul-tungul lapok ni,melepaskan tanggung-jawab,sudah tak pegang apa-apa jawatan diperingkat Negeri dan Kawasan - Insyallah PAS akan dapat menawan Trengganu kembali.Tidak wajar disebutkan nama-nama mereka disini,tapi mereka tahu dan faham.Ketepikanlah kepentingan diri,kamu semua sudah pun menikmati sedikit sebanyak habuan dunia.Berilah jalan dan peluang kepada pemimpin-pemimpin pelapis yang lebih muda,berilmu,berwibawa dan senang diterima oleh pengundi.

  2. Adakah PAS KEDAH yang di Pimpin Oleh Azizan Razak akan hadapi nasib yang sama seperti yang di alami oleh Terangganu.Dengar cerita dari mulut Pimpimnan PAS peringkat Kawasan dan juga Perhubongan.KEDAH di Perentah Oleh AZIZAN dan Pak Chop bukan PARTI Yang memerentah Kerajaan.Apa yang terjadi di KEDAH adalah Pemerentahan ALA AZIZAN tidak kena mengena dengan PAS.
    buktinya buku AZIZAN dalam DOSA sila masuk link ini
    http://kedahsenget.blogspot.com

  3. Betul tu p.beca..sy setuju sgt. Sepatutnya muka2 lm pas terengganu dh berundur..beri muka baru..biarkn dr syed azmn letkkn dirinya sbg mb terengganu..atau sekurg2nya jika tok guru mb, prnn dr syed azmn mcm husam musa kt klntn..

    Buat muka2 lm pas..berundurlh..mmg jelas org terengganu suka Idris Jusoh krn pmbaharuan...tp PAS??? Terus dgn muka lm yg sentiasa diserg oleh umno..lupakh kita yg ad banner besar tulis..abg mustapha ali masuk umno???

  4. SALAM MAT TERANG BULAN

    Aku setuju SEBAHAGIAN cadangan & komen yg hang kata tapi jgn lah kata TUNGGUUL LAPOK kat Pemimpin 2 PAS yg dah lama memegang Jawatan kat Trengganu tuu dan yg SEWAKTUU dgnnya di Negeri-negeri lain ...Mereka tuu banyak membantuu PAS sewaktu ketika dulu dan juga sekarang ....TAPI cuma KITA BERHARAP MEREKA BAGI lah PELUANG KEPADA SYAF PIMPINANNG MUDA YG LEBIH ENERGETIC DAN DINAMIK ..INGAT TAK SEMESTI NYA USTAZ KERANA YG LEBIH RELEVANT NYA ADALAH YG MEMPRAKTIKKAN ISLAM DENGAN SEBAIK MUNGKIN ...INGAT USTAZ /ULAMAK HANYALAH TITLE JER AMALAN MEREKA belum tentuuu ...YANG KITA NAK IALAH PEMIMPIN YANG adiil dan bijaksana bukan yg fasik dan hipokrit ....Depan cakap lain ,dalam gelap cakap lain....

    AHLI BAWAHAN PAS KEBANYAKAN NYA RETI DAN FAHAM ,MEREKA PENYOKONG TEGAR PAS ...CUMA ADA SESETENGAH AHLI PAS YG DUDuK BERSAMA PEMIMPIN DALAM DELAP INIILAH YG SELALU BAWA MASALAH , AHLI PAS BUKAN MAKSUM HANYA MANUSIA biasa tapi jangan perangai mcm umno dah lah .. aku benci unmo ,pergi jahane dengan umno ...

  5. Betul tu... semuanya sezaman dgn tun razak. Tun razak pun dah lama mati. Org pas yg tak mati2 lagi tu turunlah. Berdakwah di masjid je lah. Cara politik kau org dah tak boleh pakai lagi zaman ni.

  6. Agak-agak apa yang dibuat pemimpin PAS semasa memerintah terengganu 1 penggal dahulu? Itulah punca mengapa orang terengganu tak mahu mengundi PAS walaupun mereka benci UMNO.

  7. kebencian itulah yg membuatkan lu buta utk melihat kebenaran!!!

  8. Azizan Razak MB kedah tu pun Ahli BARU juga dia aktif dalam PAS bila dah pencen pensyarah baru berani aktif dalam PAS lepas tu terus bertanding di DUN yang paling selamat dalam KEDAH.DUN ini dulunya kubu UMNO tetapi telah berjaya di hancurkan oleh anak anak murid seorang ulamak PAS yang terkenal.HJ Yahya JUNID suatu ketika dulu.Semua kubu UMNO bejaya di tawan hasil gerak kerja Anak cucu serta keluarga PAK ya yang sangat aktif menyampaikan Islam melalui pengajian ceramah dan dakwah.Sejarah yang membuktikan.Tapi bila Azizan Razak ni masuk PAS ketika umor beliau telah putus haid.Menang dengan mudah dalam setiap PRU dan terus jadi PJ bila meninggalnya Ustaz Fadzil kemudian maka jadi lah MB KEDAH.
    Bila dah jadi MB tegok lah apa jadi kat Kedah sekarang ni Prinsip kemana Parti Kemana ,Walak pun Kemana.Kaut elaun merata cerok.Di canangnya kesana kemari beliau lah hebat.Kemenangan PAS KEDAH hasil kerja dialah konon nya .Bila dah dapat jawatan habis di pancongnya mana mana yang tak setuju dengan dia khususnya keluarga Pak Ya .Buat fitnah merata cerok untuk pancong orang serta lantik pegawai dalam kerajaan yang meyokong beliau dan lantik kroni dalam jawatan kerajaan bukan berdasarkan kepada kemahiran tetapi KRONI yang menjilat beliau.Pak Chop Hussain lulusan SRP saja tapi lantik jadi Sanetor dan juga setiausha perhubongan walaupun hampir seluruh penduduk MEMALI meluat dengan beliau.Maki orang sana sini seperti mana dalam Buku Azizan Dalam Dosa .Cerita ini dan dibuktikan oleh beberapa orang pimpinan yang masuk mensyurat dengan beliau.Akhlak pimpinan Islam entah ke mana.Maka yang jadi mangsa ialah pejuang pejuang PAS akar UMBI yang senentiasa bediri tegoh dengan PAS...hingga ke saat ini kekecewaan ahli PAS yang lama amat lah terserlah.Azizan mentabir KEDAH cara Azizan bukan cara Islam seperti mana yang dia sendiri laungkan sebelum menang.Azizan dalam Dosa saya dah baca dan kaji banyak kebenarannya.Oleh itu Terangganu ni lebih kurang macam KEDAH lah kalau Pimpinan yang tertentu tidak di cantas keluar bedasarkan kepada fikrah ,perjuangan dan pegorbananan kereteria sebegini perlu di utamakan.Soal orang baru ambil alih jawatan bukanlah issu sebenarnya tetapi soal,Ilmu dan Amal serta Aklak yang perlu di utamakan.Pimpinan seperti Hassan Ali,Mustapa Ali,Nassarudin Mad ISa,dan Azizan Razak mereka inilah yang membawa satu penyakit yang amat Membahaya dalam organisasi PAS.Pimpinan pusat buat buat tak nampak aje sebab dapat back up dari peringkat pusat yang sewatu denngannya.Ahli kat bawahni bawah ni dok menjerit bila pimpinan yang tertentu dah mula tunjuk belang peragai macam UMNO.Guna ayat Alkuran sana sini untuk mengiakan tindakan mereka.Kamai dah tak tahan lagi dah.Pancong saja mereka ini dalam Muktamar Pemilihan .PRU13 nanti kita tetap undi PR tapi kalau calon yang tersebut bertanding kita perlu pancong saja empat ekor tu supaya mereka jatuh dalam pilihanraya ini bukan nya nak suruh Ahli pAS belot tapi kuasa Rakyat untuk membersihkan PAS dari najis yang tak perlu di SAMAK Semata mata untuk dapatkan pimpinan yang terbaik.

  9. Kenyataan desperado umno Rahman Bakar sebenarnya tidak memberi apa2 kesan kepada pimpinan PAS Terengganu. Sebelum PRU-12 2008, tidak ada andaian yang kuat bahawa PAS akan merampas Terengganu dari umno selepas kekalahan pada PRU-11. Sama ada penganalisis bebas, politikus pencen, tukang ramal yang meneropong dari tingkap menara gading, sb, perisik tentera apalagi risikan dari Singapura. Terengganu akan masih kekal-selamat di tangan umno.

    Realitinya begini; Era 1999 -2004 PAS Trg berada dalam mood yang amat selesa & tidak merasa khawatir akan kehilangan kerajaan atas slogan 'BBERES/H' justeru melihat umno Trg semakin bermasaalah waktu itu. Apabila hilang kerajaan pada 2004, post mortemnya amat simple; kerana pengundi hantu. Diagnosis lain seperti soal kelemahan barisan kepimpinan & strategi ditutuprapi.
    Pejuang mustadafiin dari golongan bawahan disimen suara jangan menegur kelemahan kepimpinan atas dasar WALA'.
    PRU-12, 2008 adalah kepimpinan yang sama pada era 1999-2004 yang bertanggungjawab atas kekalahan PAS. Semak semula KEPIMIPINAN PAS kini dari No 1 hingga No 10. Kepimpinan dari era 1982 hingga kini yang sudah kehilangan karismatik, apa lagi pabila isu hebat Kerajaan Perpaduan @ KERA-JAANG PERPADUWANG DARI GENG GGANU KITE!

    Pejuang bawahan yang tegar/istiqamah & pimpinan muda yang berpotensi tidak diberi ruang untuk mengambil alih-ganti, apa lagi untuk menentang arus kerana takut difatwakan sebagai tidak WALA', tidak TANZIM, tidak HARAKI, tidak AMAL JAMA'I atau melawan kepimpinan ulama'. Maka berlakulah dikalangan pimpinan diseluruh peringkat hingga ke peringkat cawangan wujudnya imej/citra ulama' walaupun latar individu itu bukan dari disiplin pengajian ugama. Kalau dari pengajian pondok, sekolah agama apalagi yang berijazah pengajian Islam, mereka inilah NAQIB yang akan diketengahkan tanpa mengambilkira aspek kemahiran strategi-siasah dalam mwendepani ehwal sosio-politik yang semakin kompleks.

    Sebab itulah ceramah rutin PAS Trg semakin kehilangan 'feel/aura' kerana setiap penceramah adalah 'copy/paste' Tok Guru Presiden, dan khalayaknya tentunya 99% penyokong PAS.

    Masih ingat Muktamar PAS di Shah Alam. Cubalah amat-amati ucapan penangguhan Pesuruhjaya PAS Trenggn/Ketua Dewan Ulama. Bayangkan bagaimana AmirulMukminin PAS Tregn ini bila diberi ruang berbicara di media, di forum di luar Gganu Kite.
    Jangan tunggu dan harap sebarang 'ledakan'masalah umno Trgn menjelang PRU-13 nanti. Gerombolan umnoApco ini bagaimana laknat pun masalah dalaman mereka, tetapi mereka seperti gerombolan serigala gila akan bersatu seketika untuk menghadapi PAS. Tetapi inilah strategi nasibasi PAS Terngn mengharapkan kelemahan umno yang telah diguna-pakai, masih diguna-pakai dan akan diguna-pakai untuk PRU-13.

    Lihat PAS Kelantan dan negeri2 lain. Dalam era waktu 20 tahun barisan kepimpinan telah banyak berubah.

    Kenapa tidak mencontohi Kelantan? Dato' Husam, Dato' Nik Amar, Dato' Taqiyuddin, Dr Fadli dan ramai lagi tokoh muda bawah usia 55 tahun. Mereka bukan ulama' barangkali tetapi mereka ini telah menghayati MADRASAH yang murabbi, mudarris, muaddib adalah TOK GURU. Di Terengn ada tokoh muda yang berpotensi; YB Dr. Syed Azman, YB Wahid Endut dan ... oh silap barangkali sosok ini bukan dari tradisi ulama'

    Cukuplah pimpinan veteran PAS Tergn era 1980-an. Jadilah barisan penasihat/pakar rujuk kerana JASAMU TETAP DIKENANG sebagai mujahidin.
    Oleh itu PAS Tergn sebenarnya bertekad-yakin 'bukan perasan' untuk merampas Tergn dari umnoApco PRU-13. Introspeksi Kepimpinan, Strategi & Reform. Noktah

    Oghang Gganu,
    SHAH ALAM, SELANGOR

  10. orang yang dilihat muda dan ada bakat utk ambil alih belum tentu boleh buat kerja,dan dah teruji pun emmang tak buat kerja...tak nak sebut nama... Suara-suara nak cantas,nak buang mana-mana pemimpin lama ni untuk apa??? PAS bukan Parti politik,PAs sebuah gerakan Islam,semua tenaga diperlukan,sepanjang hayat,lihat TGNA,walaupun dah uzur,tak dapat tunai tanggungjawab seperti zaman muda,tapi PAS dan pimpinan lain tak buang dia... jadi berperangai macam UMNO,laung benci UMNO,tapi perangai mcm UMNO... politik suku,agama suku... PAS TRG kalah sebab pengundi hantu,PAS dah buat post mortem,sape kata pimpinan PAS Trg xleh dikritik??? hang hadir ke mesy Post mortem??? di Perak apa cerita??? memerintah xsampai 2 tahun dah tumbang??? hang nak bagi alasan apa????sebab kelemahan Nizar @ kerja jahat UMNO(sbb beli wakil rakyat)??? di TRG sbb Jahat UMNO (beli rakyat)@ sbb kelemahan pemimpin??? stopla bro,orang dah buat post mortem... berhentilah buat fitnah... orang berjuang Islam sampai mati,bukan mcm UMNO,pemimpin yg nak ,dicium dipuji,pemimpin yg xnak,dibuang,dicantas mcm paklah.... mana akhlak Islam kamu,macam jatidiri muslim kamu???? jangan cakap benci UMNO,tapi perangai UMNO,cara UMNO kamu pakai... semoga Allah bantu pejuang agama Allah dan hancurkan munafik serta penentang agamaNya.

  11. last2 yg kena kencing siapa? ahli2 biasa pas juga!!!

  12. hehehe... cakap senang laaa...
    kalau boleh... ramai nak bersara dari memegang tampuk pimpinan PAS terengganu..
    korang kat sini pun tau komplen je..
    kalu nak suruh turun jawatan..
    sediakan orang nyer dahulu...

    Kalau Undi sebab benci BN/UMNO.. itu hak korang..
    kalau macam tu.. takperlaa PAS tak menang lagi..
    kerana undi camni tak membantu ISLAM pun.. hehehe..

    Ini macam surah al-fath.. dan pembukaan kota mekah..
    dah tengok ISLAM menang.. baru berbondong2 nak masuk ISLAM..

    korang tau kutuk2 je.. berjuang dengan kutuk2.. wakaka..
    UMNO salah.. kutuk.. PAS salah kutuk.. kutukan dah jadi darah daging.. hehe..

    Salah nak diperbetulkan.. Salah bukan nak dikutuk semata-mata..

    kalau PAS terenganu istihar cam tu.. adalah taktik Politik tuu..
    tak semestinya istihar nak topple semua DUN.. dapat semua DUN..
    ape ke bodoh orang kutuk tak tentu arah ni..

    Yang nak dinaikkan semngat ialah pekerja PAS.. bukan pekerja2 UMNO..
    yang merayu untuk undi PAS ialah pekerja2 PAS..

    setakat tulis blog cakap itu dan ini.. hehehe.. kang timbul plak sikap ujub..
    ujub musuh ikhlas.. ujub adik beradik riak..

  13. ini bukan soal perasan tak perasan..
    ini soal taktikal... ape raa.. kutuk2.. tapi strategi pun tak tahu.. hahaha..
    kutukan dan kritikan dah jadi darah daging maaaaa... hehe

  14. Ulama Terengganu boleh faham ke bahasa-bahasa tinggi macam komen kat atas tu? Seperti kata presiden, dia baca blog pun tak nak. Barangkali kita kena guna bahasa arab baru mereka faham kot? Ana... ante... ante... ana... entah...

  15. Assalamualaikum dan salam sejahtera...,berbagai-bagai pandangan apabila Pas menuju ke puncak ataupun berada di "zon selesa drpd tsunami 2008"

    Alhamdulillah..bersyukur sangat kita masih mempunyai individu yg inginkan menyampaikan pandangan membina ini.

    apabila membaca artikel ini saya rase terpanggil dan ingin mengajak anda semua merenung dan berfikir sejenak..tahukah anda semua apabila setiap kali Pilihan raya umum ataupun pilihanraya kecil menjelma.,adekah seseorang calon atau pihak pimpinan tertinggi Pas akan 'terus' atau 'mandatori'..,sipulan bin sipulan ko jadi calon!

    seperti yang sedia maklum.,ia akan diperbincangkan dahulu..mcm mane 'akar umbi' setuju atau tdk..,dan utk pengetahuan tuan-tuan ade yg menarik diri tdk mahu jadi calon tetapi atas "permintaan" 'akar umbi' masih mahu kan khidmatnya..Tuan-tuan sekalian mcm mana plak dgn keterangan/kenyataan ini??
    kenapa tidak diselitkan skali dlm artikel ini bagi melahirkan pembaca yang kritis dan lebih meluas.

  16. Ya betoi. !
    Muka basi yang syorkan unity gomen dan suka masukkan kaki sendiri dalam mulut sendiri perlukan otak baru. Tapi transpalant otak belum ada yang berjaya. Jadi eloklah tukar muka (orang) baru, bukan transplant muka ya.

    Allah dah beri kemenagan dulu, tetapi otak tak pandai, maka kalah lah semuanya.
    Bila otak tak pandai mereka cadang cium buntut UMNO9Unity gomen pulak.
    Ini macam serupa letak kaki dalam sendiri punya mulutlah.!!!
    Pimpinan ada bodoh lah.!!!
    Tapi PAS punya orang suka bodoh punya pemimpin lah.

  17. ditanya mengenai politik di sana(slps pru-12),
    seorang teman dari Terengganu jawab secara ringkas..
    "TG Haji Hadi tak macam TG Nik Aziz.."

    mungkin pengalaman sepenggal PAS memerintah Terengganu.

  18. setuju amat dengan pandangan 'merahsilu99@gmail.com', mungkin dia ada pengalaman dengan PAS Trg pada era 1980-an.
    Pendokong PAS janganlah terlalu tegar sehingga tidak ada ruang untuk berubah & langsung tidak yakin dengan barisan pelapis.Akar umbi PAS telah diajar untuk 'Taat & Patuh' pada pimpinan yang telah menghampiri kehilangan tenaga batin. Salah ke pimpinan lama dihormati diletakkan di ssaf belakang sebagai majlis pengawal/penasihat & pimpinan muda di barisan depan untuk menggempur umno-taghut. Ramai saya temui orang Trgn profesional berakademik yang bermustautin di Lembah Klang menyokongpadu untuk kemenangan PAS. Tetapi bila sebut pasal gaya kepimpinan lama, mereka senyum kewek & diam, malas untuk beri komen. Silap komen bersemborlah Fatwa & cabaran hingga dilabelkan Khawarij kerana berani menongkah arus kepimpinan ulama'. Ulama' (lebai2 parti sebenarnya) & askar2nya akan jadi bengkeng luarbiasa marahnya. Saya pun tergelak kerana ada golongan 'kupiah/serbang besor' memandang golongan bukan aliran agama ini dalam PAS sebagai komando cabuk hanya saat2 yang diperlukan.

    Wahai golongan lebai2 PAS, sumbangan anda tidak dapat dinafikan. Amat besar. Tetapi janganlah soal kepimpinan sudah menjadi RUHBANIAH atau tradisi kepadrian Kristian di Eropah sebelum abad ke-18. Kepimpinan mesti tradisi ulama' secara TOTAL.? ULAMA' tetap memimpin. Tapi bukannya memminggir apa lagi menolak pimpinan dari aliran secular.

    Biar taqdir yang menentukan. PAS Trgn menang atau tidak. Jangan tegor lebai ortodoks kerana mereka punya nass aqli/naqli yang hebat. Dengar & Patuh. Kalau timbul nanti ada Kaum Tua/Kaum Muda, atau ada kasta2 dalam PAS Trg, redha lah.
    Saya tetap kerja kuat, beri sumbangan kepada PAS walau tak ada sebarang jawatan dan saya sentiasa bertaubat kerana barangkali tidak WALA' & THIQAH dengan kepimpinan PAS Treng.
    Kalau hati ini terasa sunyi-sepi; saya ulangi baca Ikhwanul Muslimin, revolusi Iran, Jamaat Islami, Muhamddiah dan mana2 gerakan Islam. Bila rindu kepada pimpinan saya dengar kata2 Tok Guru Nik Aziz, AlShahid Fadhil Nor, AlShahid Dr. Burhnuddin Al Helmy.
    Biarlah dengan cara-gaya pimpinan PAS Trgn. Mereka buka tingkap tapi rakyat dah buka pintu menunggu terpaan gelombang biru... Hidup GGANU

  19. lucu luar biasa bila baca komen SEARCHFORHEAVEN' yang penuh semangat berkobar2 kerana tersentuh dengan isu perubahan kepimpinan.
    Inilah brainwash kepimpinan lama yang gagal memahami KEPIMPINAN KEMUDAAN menurut WAQI'/reality semasa. Sahih &jelas barangkali kepimpinan PAS Gganu tidak yakin atau tidak mahu perubahan kepimpinan. Molek lah begitu.
    Perwatakan seperti searchforheaven bersepah-sepah kat Gganu. Orthodox/captive mind person ! Bertaburlah hukuman dengan kalimat 'tak tau strategi, sedia orangnyer dulu, kutuk PAS' dan menghina tulisan2 dalam blog. Jangan pandang rendah peranan blogers! Barangkali ada blog yang bercakap tanpa sempadan lalu sedikit menggigit PAS, lalu melenting2lah makhluq2 ini macam orang gila isem.
    Saya amati komen2 di atas adalah satu introspection in our self' - untuk kelangsungan PAS. Dalam PAS tak ada cantas/cah kenting, barangkali 'saudara baru' kita searchforheaven ini sudah terfana dengan politiking parti sesat umno-BN. Watak PAS seperti inilah yang memandulkan idealis PAS dari Change & reform. Mungkin inilah gaya /hasil tarbiyah PAS Trgn yang hanya layak melahirkan individu untuk tugas menjaga tempayan air basuh kaki di rumah tok lebai2 PAS.
    Dengan hormatnya sila lapangkan dada, dan buka minda anda

  20. ...orang yang dilihat muda dan ada bakat utk ambil alih belum tentu boleh buat kerja,dan dah teruji pun emmang tak buat kerja...tak nak sebut nama... Suara-suara nak cantas,nak buang mana-mana pemimpin lama ni untuk apa??? PAS bukan Parti politik,PAs sebuah gerakan Islam...

    Kah... kah... kah... ini statement yg paling bangang zaman millenium ni. Pas bkn parti politik? Jadi, ape ke jadahnye masuk pilihanraya? Agama dan politik tak leh campur ke? Orang muda belum tentu boleh buat kerja? Betullah tu... tapi orang tua DAH TENTU tak leh buat kerja. Dah terbukti... bnyk bagi statement mengarut. Unity Govt konon. Pii rahh mabok....

    Buat mcm Hamas, terus tolak israel & fatah. Tak de nak bincang2 dah. Nak ckp lagi skali... BANGANG PUNYA KEPALA OTAK

  21. Pas trengganu nak kena ubah cara..tapi macamana?pemimpin kena berubahlah dulu, kalo tak.. kena ubah orang la...hehehe..jangan berubah ngan idea kerajaan perpaduang je....

  22. stail penarik beca makin memualkan,

    "itu orang kata,entah betul entah tidak",dulu-dulu dia guna 'tidak diketahui samada .......... " ,ini gaya lontar batu sembunyi tangan biar timbul situasi salah menyalah.patutpun jadi syiah GAYA SAMA.

  23. Anymours 22 yang ni yang aku meluat bila jawap tak pakai hujah .Hujahlah dengan fakta atau dasar yang dok chop syiah pada seseorang tu pasai apa ..awat Sunni tu betoi sangat kah baik sangat kah..Negara umnat Islam yang di perentah oleh Umat islam Sunni tak ada rasuah ka.Tak begaduh sesama sendiri bila dah dapat kuasa macam di Afganistan sebelum Taliban ambik alih semua tu puak SuNNi lah.Tok guru Sunni tak metedarah rasuah kah.Tok Guru sunni maksom kah.Kerja hang tak ada lain kira nak lagakan Mazhab saja ni kerja Yahudi .Tu kat KEDAH tu Azizan RAZAK sunni lah tu...bila dah jadi MB dasar apa dia pakai Ala AZIZAN...sunni...awat hang buta.Bila kritik ruang ni kritik untuk kebaikan dia kata Syiah..aku mencarut sat lagi baru tau.

  24. bertenang-bertenang yg berhormat...

  25. SALaM KE ANOM 22 DAN YANG SEWAKTUU DGN NYA ....

    PADAM MUKA HANG !KOMEN LAGII MACAM BUDAK TADIKA !! PADAM MUKA HANG

  26. Aku bukan syiah tapi cuba tgk rata2 pemimpin sunni semua tak boleh pakai. Arab saudi, mesir, pakistan, malaysia, indonesia, kuwait, iraq, uae semua penakut tak de telo. Yang nampak agresif cuma iran. Iran tu apa? sunni ke? Patutnya sunni jadi contoh yg baik. Tapi langsung tak ada nak dijadikan contoh. Presideng pas yg sunni pun lembab nak mampos sb telo dah kena pegang dgn puak sunni jgk. Org biasa mcm aku konfius puak mana yg betul. Kata sunni betul tapi perangai mcm sial. Lagi teruk dari kapir laknat

  27. Ada sorang pemimpin sunni yang nampak boleh pakai iaitu Erdogan dari Turki. Itu je yang aku nampak. Yang lain memang betul... HAMPEH...

  28. Brother bakaq,
    Kat terengganu dan kedah ahli Pas menghadapi masalah dgn yang tua-tua, Kelantan lain cerita, UMNO tengah nazak nak mampus, PAS pula kena deman panas.
    Pemimpin muda selepas era tahun 1990, sungguhpun pakai kopiah PAS, tapi berhatikan UMNO. Nak berlagak sama seperti pemimpin UMNO, kereta besar, rumah besar, bini tiga empat. Politik juga duk tiru perangai hodoh yang dibawa UMNO, menunjul diri, cantas situ sini dan ....
    Yang paling menyakitkan hati, golongan ni dah mula kianat harta rakyat seperti UMNO samun harta negara.Jadi broker balak, projek situ sini, ada apa-apa berlindung dengan kemuliaan TOK GURU,sikit-sikit TGNA, perangai depa ni macam taik, tapi masih bersembunyi belakang TGNA.
    Siasatlah brother bakaq, baru tahu benar atau tidak.
    Hancurkan UMNO, hapuskan pemimpin berkopiah PAS, tapi berhatikan UMNO

  29. anom 28

    U kata "Nak berlagak sama seperti pemimpin UMNO, kereta besar, rumah besar, bini tiga empat"

    Saudara harus di ingat bini 3-4 tuu bukan perangai umno tapi itu SUNNAH ,jgn perlekeh kan SUNNAH !! saudara kena beristighfar banyak 2,,,KALU YA PUN NAK MARAH KE UMNO pun kita KENA HATI-HATI SIKIT ....

    pergi jahanam dgn umno ..
    wassalam

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008