Sedap!! Klik gambar di atas!

Orang Melayu, bersatulah melawan Umno

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan liputan bertajuk "'Orang Melayu, kembalilah bersatu'". Saya setuju sangat-sangat orang-orang Melayu bersatu - bersatu lawan Umno.

Bagi saya, saya tak peduli dan tak rasa terusik sikit pun orang nak tibai PAS ka, PKR ka, DAP ka. Kalau tak betul, tibai. Kita rakyat. Depa pulak dok offer nak tadbir negara kita. Kalau tak betui, tibai. Ular kalau nak katuk, masa dia kecik. Bila dah jadi ular besar macam Umno, bukan senang nak debik dia (Ah, tiba-tiba teringat pulak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Bukan sengaja. Tapi dah teringat, nak buat lagu mana).

Sebab itulah, yang penting jangan sokong Umno. Yang lebih penting lagi, kita mesti bersatu lawan Umno.

Ada siapa-siapa boleh buat banner yang tertulis "Orang Melayu, bersatulah melawan Umno"? Kalau ada tolong bagi kat saya - hantarkan linknya dalam ruangan komen blog ini. Saya nak bubuh dalam blog ini.

Saya nak buat sendiri tak reti.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Kalau Orang Melayu Bersatu Menangkan UMNO belum tentu Islam boleh di tegakan sebab perlembagaannya tak pernah sebut nak laksanakan Islam lain lah kalau Orang Melayu Bersatu menjatuhkan UMNO dan menangkan PAS peluang untuk Tegakkan Islam amat cerah sebab perlembagaanya terbukti jelas pahala pun dapat.Soal pelaksanaan serah pada Pemimpin lah kalau peminpin PAS degil tak mahu laksanakan sedangkan ruang telah ada untuk Pindaan Perlembagaan bagi memberi laluan untuk laksanakan Islam.Maka ketika itu tugas kita Pancung Pimpinan PAS yang Belot pada Islam.Macam AZIZAN RAZAK MB KEDAH tu ahli PAS kena pancong cepat.Nak tutup Kedai Judi pun tak mahu asik alasan saja.Kita pancong pimpinan PAS yang tertentu bukan bermaksud kita hancurkan parti tapi memperkukuhkan Parti...Pendek cerita Orang Melayu juga misti bersatu melawan Pimpinanan PAS yang mengkianati PARTI pas sendiri...Puak UG tak terkecuali...Boleh tara tu kata orang Kedah!!!!!!

  2. Pasai apa depa malu malu nak cakap "orang melayu kembalilah bersatu menyokong umno" kan lebih mudah.Ni nak cakap suruh melayu bersatu.Bersatu untuk apa.
    Cakap lah terus terang kata orang melayu harus bersatu demi menyelamatkan pembesar pembesar umno dari kehilangan kuasa pada pru 13 nanti.Bila dah hilang kuasa mati beragan lah tukang kipas tukang bodek tukang ampu dah tak boleh cari makan...itu aja.

    ...mat melayu...

  3. aku tak confident dengan pas ni! ada cadangan lain tak?

  4. alkahfi. ini bukan soal confident ke ape tetapi ini soal ular besar yang susah nak katok ... pas kalau diberi peluang perintah jika perangainya ulang perangai umno seperti sekarang ini mudah lagi nak katok sebab masih kecil, lain kali janganla bagi ular tu sampai besar sangat, ini tidak walau pun dok telan mentekadarah harta rakyat sampai lima puluh tiga tahun pun masih dok pelihara lagi !

    adussssss melayu ...

  5. Macam mana nak percaya, ingat keluarkan dinar emas dan dirham perak untuk mengislamkan ekonomi dan perniagaan. Rupanya hanya sati gimik politk. Anak menantu ada kepentingan dalam dinar emas dan dirham perak ni. Kalau tak percaya tanya siapa ada share dalam Kelantan Gold Traders Centre Sdn. Bhd. Penin kepala lutut.

  6. alkahfi,
    Kalau PAS ikut perangai UMNO,bila dapat kuasa,tak susah nak jatuhkan.Contoh:PAS Trengganu berkuasa satu penggal aje selepas PRU ke10.Apa sebab? Sebab pemimpin PAS Trengganu sudah berlagak macam UMNO.Sila rujuk cerita dan kes "mata belalang".Kalau pengajaran ni orang PAS tak faham dan buat tak faham,tak usah mimpilah nak kePutrajaya.

  7. wei Anonymous,Tuesday, August 24, 2010 5:16:00 AM GMT+08:00 pala hotak hang..hang tak tau pasai Kedah dok diam!dok menyalak tak tentu hala pasai pa..kalau ikut hang habeh lingkup Kedah..pakai sekali ja Kedah buleh kat Pas,lepas ni jangan berangan la nak dapat balik..tengok masa Terengganu dulu macam mana? bg rakyat tindakan Hj Hadi terlalu drastik(me personally not terlalu drastik)..depa takdan nak adapt..tengok la tsunami politik berlaku di semua negeri kecuali Terengganu..pasai pa?hg jawab sendiri la..dia ada aulawiyat dia,step by step la bro..

    p/s:nak pancong orang..lehiaq hang patut kena pancong!

  8. Salam Pak Bakaq, banner yg dikehendaki "Orang Melayu, bersatulah melawan Umno" saya dah buatkan tapi tak tahulah sesuai atau tidak. Kalau tidak sesuai, x payah pamerkan. Ini Linknya www.megaupload.com/?d=H7DQKM7B . M.Heder......

  9. Korang ingat kalau Pakatan berkuasa, PAS ni jadi parti paling kuat ke? Sekarang ni pun dah nampak terkial2 nak laksana apa yg janji sebab nak jaga hati DAP ngan PKR.

    Kalau Pakatan menang esok2, Kit Siang ngan Anwar nak dengar cakap Hadi? Mintak mahap.

    Hassan Ali nak suruh arak tak dijual kat 7-11 pun kena bambu. Apa lagi kalau korang nak buat lebih2.

    Yang paling mengarut, Hassan Ali kena taji ngan orang PAS sendiri. Walhal aku ingat lagi pergi ceramah PAS dulu berdegar2 penceramah PAS kritik kilang Carlsberg kat Shah Alam. Bila dah dapat naik, nak berentikan arak kat 7-11 pun lembik.

    Pada aku PAS ngan UMNO sama aje. Cuma PAS belum pegang kuasa lama. Kalau lama, pun sama gampangnya dgn UMNO.

  10. ini bukan masalah pas jadi parti kuat ke aper, bukan masalah terkial-kial ke aper, bukan masalah hassan ali ke siape, ini masalah umno tu terlalu *****, dah jadi ular terlalu besar ikut terlintas terus telan tak kira ape, sedara sendiri pun telan, pas itu sendiri kira sedara kepada umno tetapi kena lenyek kat ular itu entah berpuluh tahun dah, untuk bagi kuruskan ular itu kena bagila pr menang dalam pilihanraya, cuba dahulu untuk satu penggal, haaa bersatulah melayu untuk melawan umno, seperti dalam tajuk posting pak bakaq kat atas tu !

  11. Bakaq,
    Zizan kan jenih ulaq jugak..ulaq kapak. Dia tak besaq-besaq..kecik saja..tapi lebih kurang jugak la dengan ulaq besaq Umno...Adik-beradik....Tarak pasai la dia nak pi katok...Dia belai manja lagi adala...Yang dia nak katok, kalau hgpa pi tegoq cuit dia ka..Dia jerkah sakan lagi ada la..
    Dia akan kata, "Hangpa mai buat apa?!!Hangpa sapa?!!! Semua ni fitnah!!!"

    Dia tak heran la...Depan hgpa memang la dia perleceh Umno..Modai dia dah macam tu..Bukannya payah nak entertain penyokong totok Pas..Kutuk Umno, bubuh sebijik dua comparison dengan menatang, beruk ka.., rhebau ka.., pakat tersengeh gelak mengekek la orang Pas...mentality dah macam tu...

    Tapi bila mai kat dalam pentadbiran, dia bela la menatang-menatang tadi...Hat yang duk mengekek gelak sakan dalam ceramah, tak terkata apa...nganga...melopong...Puak menatang tu buat tak ketahuan pun, Zizan tetap cool....bersama-sama Panglima Jihad dia, Chup Husin...

  12. Bakaq,
    Zizan kan jenih ulaq jugak..ulaq kapak. Dia tak besaq-besaq..kecik saja..tapi lebih kurang jugak la dengan ulaq besaq Umno...Adik-beradik....Tarak pasai la dia nak pi katok...Dia belai manja lagi adala...Yang dia nak katok, kalau hgpa pi tegoq cuit dia ka..Dia jerkah sakan lagi ada la..
    Dia akan kata, "Hangpa mai buat apa?!!Hangpa sapa?!!! Semua ni fitnah!!!"

    Dia tak heran la...Depan hgpa memang la dia perleceh Umno..Modai dia dah macam tu..Bukannya payah nak entertain penyokong totok Pas..Kutuk Umno, bubuh sebijik dua comparison dengan menatang, beruk ka.., rhebau ka.., pakat tersengeh gelak mengekek la orang Pas...mentality dah macam tu...

    Tapi bila mai kat dalam pentadbiran, dia bela la menatang-menatang tadi...Hat yang duk mengekek gelak sakan dalam ceramah, tak terkata apa...nganga...melopong...Puak menatang tu buat tak ketahuan pun, Zizan tetap cool....bersama-sama Panglima Jihad dia, Chup Husin...dia pun la ni dah tak marah sangat dah dgn orang Umno..Hangpa saja yang lebih-lebih..

  13. OOOi najmi hang bagi hujah mai yang boleh di terima...Yang aku tau Tsunami Politik semua orang bukan islam Pangkah PR sebab meluat kat UMNO/BN hang tak pikiak ka kalu orang Tolak PAS Kedah sebab MB kuat Menipu dan Belakon.Sebab itu Kedah dah macam ONE MAN SHOW. Kedah ala Azizan dan Azizan Ala UMNO malah lagi terok dari UMNO sebab Umno tak mengaku berjuang Islam tapi Azizan mengaku berjuang Islam.Kalu aku kata AZIZAN ni aklak dia yang paling terok sebagai seorang pemimpin yang mengaku berjuang Islam.Bagi aku Azizan is Rubish.Menufesto Pilahanraya entah kemana apa yang di tunai.sekalah agama Rakyat apa dah jadi...Hingga kini antara Azizan dan Kim Guan Eng maka tanyalah siap pun Lim Guan Eng Lebih baik dari Azizan dari segi menjaga kebajikan Islam dan Rakyat dan lebih Islamic dari Azizan walau pun dia bukan Islam...Ini fakta lah MB Penipu.Pas tak Menipu tapi AZIZAN RAZAK nak jaga kepentingan status quo dia bukan nak jaga dasar Parti atau Perjuangan.sebab tu dia yang mola ajak fahaman baru ia itu Parti Lain kerajaan lain.Bukan Parti perentah kerajaan.Ni ajaran apa dia cuba nak selewengkan pengikut PAS.Yang hang dok bagi hujah tu hanya alasan supaya tak mahu buat walau pun sedikt sepewrti meyeru rakyat kedah yang berkerja dalam Kerajaan berugama Islam tutup aurat itu pu dia tak mahu takut hilang sokongan...Jelaslah ASziz taku pada bayang bayang nya yang sedang bertimbun dengan Dosa.Awat perjuangan Islam macam tu kah.Takut hilang sokongan dan Pas akan jadi Macam Terangganu.Perlu di ingat walaupun terangganu jatuh tapi sifat dia sebagai parti islam dia dah tunai salah satu kewajiban apa bila membententangkan Enement syariah di DUN dan telah di luluskan.Kedah bentang apa Dasar apa yang dia bawa.Jangan dok jilat dia sangat AZIZAN tu bukan cerdik sangat dan mana ada pengalaman mentabir kerajaan .Yang dia dok kira poket dia misti penuh dengan Elau.Memamg betoi dia bersih dari segi rasuah tapi dia berdosa dari segi mengkianati perjuangan.Parti tak perlukan orang yang macam ni.Kalu aku kata di munafik pun aka rasa boleh dah sebab dia yang mendedahkan peragai yang sedemikian pada ahli dan penyokong.Aku baca buku AZIZAN dalam DOSA banyak kebenarannya buku ni di jawap dalam bentuk peribadi oleh orang suruhan Azizan ini menunjukan hujah dalam buku AZIZAN dalam DOSA itu Benar sebab tu KEDAH dibuatnya ikut suka dia.Orang cina sendiri minta tutup kedai arak dan pusat Hiburan...hang cerita apa.Kalau PAS kalah atau jatuh sebab orang tolak Islam itu lah dikatakan terbaik sebab yang salahnya PAS tak tunjuk aklak islam seperti Pemimpin Pas gila Kuasa dan suka menipu. dan gagal beri penerangan islam pada bukan Islam/Meletakan Pak chop sebagai Sanator sesuaikah ? atau sepertimana yang di ajar oleh tuan guru Meletakan sesuatu bukan di tempatnya adalah Zalim.Satu Kedah heboh rupa rupanya perjuangan panglima Memali berakhir dengan nak dapat Pencen .Che Had pun dah letak jawatan dalam CLC tak tahan dengan kerenah MB.GLC semua rugi melainkan dua tiga saja itu pun sebab harga getah naik.Jangan dok cakap besak lah.Sikap hipocrat Azizan ni terserlah sejak dia aktif dalam Pas bila dah besara dari Kerajaan masuk PAS di beri tempat yang paling selamat untuk bertanding DUN/SG LIMAU/SALa semua ni kubu PAS yang kebal.Bubuh tunggul Kelapa pun atas tiket PAS boleh Menang.Bila saja dia bertanding dan menang senang senang dia dok melalut kata kemenagan sebab Dia lah yang bijak dan usha dia.Semua Ahli PAS tahu pekara ini.Najmi hang dok kat Wisma tu dapat Jawatan apa azizan bagi kat hang.

  14. Koorangkonfirmarah awak silap PAS Kedah meluat Kat AZIZAN tapi tak semistinya kami sokong UMNO ..soal Hasan Ali..yang silap Dia....Bertindak tak kena Tempat..nak pi hancur botoi Arak buat apa sedangkan Lesen Besak Kilang Arak Kerajaan UMNO/BN yang keluarkan..itu gimik Politik Hasan Ali untuk dapatkan political Miladge...Orang PAS tahu..dia sepatututnya cadang dalam DUN terlebih dahulu supaya Lesen Kedai yang menjual arak di Kawal macam Kelantan itu baru kena...Kalau dok pi hancurkan botoi arak saja sedangkan lesen untuk jual tidak di kaji semula...sampai kiamat pun tak selesai.Kalau dia cadang supaya enement Ugama Islam di pinda supaya Umat Islam yang minum Arak di kenakan hukum sebat baru lah kena pada tempatnya.

  15. Jadi Hassan Ali salah cara? So, lepas kes tu orang2 PAS ada cari jalan betui dan buat ikut saluran betui? Atau pandai cakap, tak pandai buat?

    Orang Melayu ni senang kena tipu. Tu sebab ramai yg masuk skim cepat kaya. Senang percaya janji2 besar. Tapi tak fikir masuk akal ke tak janji2 marvelous tu.

    PAS punya janji mak datok punya la besar. Nak buat hudud. Nak laksana negara Islam. Tapi masuk akal ke janji tu? Sekutu2 dia kata over my dead body. Sekutu2 dia kata tak praktikal. Lagi satu, PAS pun bukan parti paling kuat dalam Pakatan.

    Itu la sebab PAS bila pegang kuasa dia jadi macam UMNO. Ada faham?

    Bila perintah tak boleh buat apa yg korang janji, korang tibai UMNO. Tibai la diri sendiri. Ni kalau underwear korang hilang kat penyidai pun korang maki Najib.

    Gila!

    p/s Aku menyampah kat Najib dgn Rosmah sama macam korang jugak. Tapi aku lagi menyampah kalau yg tipu aku pakcik pakai jubah dengan lebai yg berbuih2 mulut cakap pasal agama.

  16. Elok sangatla Che Had Dali letak jawatan dalam GLC. Ada jawatan pun, makan gaji buta saja. Gaji dia saja dah 20 ribu sebulan. Bukannya dia buat apa pun. Mula-mula dulu, sikit punya sakan nak banteras salah laku dalam anak syarikat. Suruhlah puak dia dalam PKNK listdown siasat nak cekup beruk yang makan duit company. Apa ke satu tak jadi. Beruk-beruk dalam GLC tu semua Azizan nak buat kawan. Memang Azizan cukup suka bela beruk-beruk ni. Dia seronok bila beruk suka kat dia. Kurang-kurang, undi dia makin bertambah. GLC makin tak perform dan bertambah kebal pasal Azizan buat tak kisah. Audit team dalam anak syarikat pun dah tak ada. PKNK pun tak ada kuasa nak audit anak syarikat lain. Semua pakat diam. Kecut-sekecutnya.

  17. Kauorang Kongform Marah
    Awak ni tak Faham politik lah agak agaknya awak masih budak budak......Lihat secara peribadi tidak ada kena mengenai dengan Najim..Yang kiat persoalakan ialan Dasar kerajaan yang selama yang di pimpim olej UMNO telah corupt telah membawa negara mundur kebelakang.Rakyat mempersoalakan RASUah,Kroni,Salah Guna Kuasa,Penyelewengan oleh Pemimpin UMNO yang membawa kepada kehancuran Negara dan ini tak akan menjamin masa dewpan generasi kita yang akan datang...kalu nak jawap lagi berjela jela lah

  18. wahai saudara seislam ku,
    selagi PAS berkongkol dgn parti Al juburi dan lahnatul Kapir DAP kau org jgn haraplah nak dapat semua undi melayu.
    cuba kau org listkan pemimpin pemimpin yg dirasakan layak dari kalangan pamimpin pas yg bole memimpin negara ni? Perisden Pas gagal di terenganu,Nik Aziz sekadar doa pecah perut je lah,azizan kau org yg kutuk,Hassan Ali kecut telur.siapa lagi ah?

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008