Sedap!! Klik gambar di atas!

NU tak mau sembahyangkan mayat perasuah dan parti perasuah

Seronok juga membaca perbezaan pandangan orang-orang 'alim apabila NU tak mahu menyembahyangkan mayat perasuah. Saya tidaklah mahu masuk campur sebab saya tak reti. Tetapi, saya teringat sungguh kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad: "Parti Umno sudah jadi parti perasuah. Samada ahli atau pemimpin, semuanya utamakan kepentingan diri".

Berikut ialah berita mengenai keputusan NU itu:
Perasuah tak perlu disolat jenazah jadi isu

(Berita Harian 22/8/10) JAKARTA: Cadangan pertubuhan Islam terbesar Indonesia, Nahdlatul Ulama (NU) supaya pesalah rasuah tidak disembahyangkan apabila mereka meninggal dunia mendapat maklum balas negatif daripada kebanyakan cendekiawan Islam di negara itu.

Pengerusi pertubuhan Islam kedua terbesar di negara itu, Muhammadiyah, Din Syamsuddin, berkata beliau menghormati pendirian NU dalam menentang rasuah tetapi beliau tidak akan membuat saranan yang sama kepada pengikut pertubuhannya.

“Tidak kira apa kesalahan jenayah seseorang itu lakukan, jika beliau adalah seorang Islam, ia adalah tugas kita untuk menyembahyangkan dan mengebumikan mereka mengikut ajaran Islam,” katanya.

Said Aqil Siradj, ketua NU berkata, pertubuhan yang diwakilinya menyarankan bahawa mereka yang didapati bersalah melakukan rasuah sejak 2002 tidak sepatutnya disembahyangkan.

“Apabila kita berdoa pada satu-satu majlis pengebumian, kita mengharapkan terbaik untuk mereka, meminta Tuhan memaafkan dosa mereka dan mengharapkan mereka mendapat tempat di syurga,” katanya.

Katanya, Nabi Muhammad pernah menolak untuk menyembahyangkan seorang daripada rakan baiknya kerana rakan terbabit mencuri harta rampasan perang.

“Pendirian kami jelas, haram bagi ulama NU untuk menyembahyangkan sesiapa yang didapati tidak membayar hutang terutama wang rakyat,” katanya.

Guru agama terkenal dan juga bekas pengerusi Muhammadiyah, Syafi’i Maarif pula menjelaskan, idea tidak melakukan solat jenazah bagi pesalah rasuah disifatkan sebagai ijtihad atau keputusan yang dibuat berdasarkan pandangan peribadi.

“Ia mungkin dilihat sebagai pencegahan (kepada kesalahan seterusnya),” kata Syafi’i. “Tetapi, melihat kepada idea ini ia akan menyebabkan orang ramai menganggap si mati adalah pesalah rasuah dan kebanyakan mereka beragama Islam.” – Agensi

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. kalau tak mau sebut rasuah hampa pi masok jadi ahli umno kemdian hampa ambek duit apa pun takan jadi rasuah, sebab bila masok umno secara otometik jadi politik wang.

  2. bagus betoi idea ni!
    masalahnya utk indonesia ialah nanti tak ada orang nak sembahyangkan mayat ramai menteri, pegawai pemerintah, hakim, polis, tentera. kalau mampoi kita main tanam aja macam tanam kucing mati.
    nasib baik kat msia semua alim2. kalau mati kena sembahyangkan!

  3. Ha ah kat Malaysia ni semua alim
    Bidaah buat khutbah Jumaat doa untuk Cina
    Mengapa tak doa untuk Obama.
    Pelik betul Islam korang ni... perbezaan antara ISlam dgn kafir ikut selera korang aja.

  4. Satu pendirian yang wajar diikuti diMalaysia.Sudah sampai masanya,keputusan NU ini dilaksanakan diMalaysia sebab teruknya keadaan rasuah diMalaysia.Yang rasuah biarlah mufti-mufti dan imam-imam "mereka" sahaja yang sembahyangkan.Muslimin dan Muslimat yang bertaqwa jangan campur dengan urusan ini.Munkin dengan cara ini,penyangak,penyamun dan perompak harta rakyat dan negara, ni akan berubah atau mengembalikan semula wang yang telah mereka rasuah tu kepada rakyat.

  5. kalau kena kt umngok - rasuah, kalau kena kat pas - sedekah......hai dunia dunia....pikiaq pikiaq lah..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008