Satu kelebihan orang-orang politik terutama orang-orang Umno ialah dia boleh cakap selamba ja macam dia bersih sangat. Bukan setakat tu saja, bersemangat sakan pulak tu. Contohnya, walaupun satu dunia memandang dia sebagai kaki rasuah, dia boleh bersyarah berdentum-dentam menentang rasuah macamlah dia tu bersih sangat.
Memang handal orang-orang politik ni, terutama orang-orang Umno.
Tanpa menuduh sesiapa, saya teringat tentang kelebihan orang-orang politik itu apabila membaca berita Malaysiakini hari ini bertajuk "Ramadan: PAS dicabar desak tutup pusat hiburan di Selangor".
Terasa pula hati nak tanya, kenapa tutup dalam bulan Ramadhan ja? Bulan lain tak payah tutup ka? Kenapa? Adakah pada bulan yang tak perlu tutup tu ada orang gian dan ketagih nak pergi?
Bila nak tulis bab ni, search sekejap berita-berita lama tadi. Terjumpa la pulak berita-berita ni:
Memang handal orang-orang politik ni, terutama orang-orang Umno.
Tanpa menuduh sesiapa, saya teringat tentang kelebihan orang-orang politik itu apabila membaca berita Malaysiakini hari ini bertajuk "Ramadan: PAS dicabar desak tutup pusat hiburan di Selangor".
Terasa pula hati nak tanya, kenapa tutup dalam bulan Ramadhan ja? Bulan lain tak payah tutup ka? Kenapa? Adakah pada bulan yang tak perlu tutup tu ada orang gian dan ketagih nak pergi?
Bila nak tulis bab ni, search sekejap berita-berita lama tadi. Terjumpa la pulak berita-berita ni:
Penafian semakin menimbulkan kecurigaanPolis nafi Noh Omar ditahan di hotel
Harakahdaily (17/1/06): Kali ini, polis diminta memberikan penjelasan mengapa pihak polis tiba-tiba menafikan Noh Omar ditahan kerana penafian itu sebenarnya bukannya membersihkan nama Noh malah menimbulkan kecurigaan dan persoalan demi persoalan.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar menuntut penjelasan tersebut dari pihak polis berikutan kenyataan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Fuad Talib bahawa semasa serbuan itu dibuat, Noh tiada di tempat kejadian.
Akhbar-akhbar tempatan melaporkan, ketika serbuan itu, seorang ahli politik bergelar Datuk turut ditahan dan selepas itu, selain penafian Muhamad Fuad, tidak ada akhbar yang membuat penafian atas laporan mereka atau memohon maaf kerana tersalah lapor, suatu tindakan yang disifatkan oleh Mahfuz sebagai usaha untuk secara pasif untuk mempertahankan kredibiliti dan profesionalisme mereka .
"Bukan amalan biasa polis dan amat pelik apabila polis tiba-tiba menafikan khabar-khabar angin yang disebut oleh Muhammad Fuad sebagai "tidak berasas langsung".
"Sedangkan, perkara itu boleh dikatakan tidak diketahui langsung oleh 99 peratus rakyat Malaysia malah, sebelum penafian itu dibuat, tidak terdapat pun khabar-khabar angin mengenai wujudnya dakwaan di dalam Internet bahawa Noh ditahan atau berada di tempat kejadian semasa serbuan itu.
"Apa yang lebih memeranjatkan ialah apabila Noh sendiri membuat kenyataan akhbar mengenai "berita tidak benar" dan "amat kecewa dan kesal dengan beberapa akhbar tempatan" serta menyeru pula supaya "media lebih profesional dan bertanggungjawab," kata beliau.
Mahfuz juga menyifatkan penjelasan Muhammad Fuad sebagai ganjil kerana dalam Buletin Utama TV3 pada 1 January 2006, Ketua Polis Daerah itu berkata, "Saya rasa ketika itu pihak Menteri tiada di Kuala Lumpur, tapi di Johor, pagi esok ada program".
"Persoalannya, serbuan itu dilaporkan dibuat kira-kira jam 10 malam dan pukul berapa pula Noh sampai di Johor pada malam berkenaan? Walaupun diukur dari masa yang diambil untuk perjalanan dengan memandu kereta ke tempat yang dikatakan Noh berada pada malam itu, walau dengan pacuan paling laju sekalipun, perkara itu perlu dijelaskan untuk membersihkan nama Noh yang menjadi timbalan kepada Menteri Dalam Negeri yang juga Perdana Menteri yang mempromosikan Islam Hadhari.
"Perkara itu perlu kerana jika, katakan, pada pukul 10.30 malam atau pukul 11 malam Noh sedah berada di Johor di mana beliau mempunyai program keesokan paginya, maka beliau bersih dari sebarang kecurigaan," katanya.
Beliau juga merasa amat ganjil dan hairan serta bertanya, sejak bila pula anggota kerajaan yang berpangkat menteri atau timbalan menteri terpaksa pergi awal-awal dengan menaiki kereta di waktu malam di mana-mana tempat di Semenanjung untuk menghadiri program keesokan paginya?
"Setahu saya, ada kemudahan untuk naik kapal terbang ke tempat yang paling hampir dengan tempat sesuatu program dan dari situ barulah naik kereta," katanya.
Muhammad Fuad juga, kata Mahfuz lagi, tidak sepatutnya menyebut perkataan "saya rasa" kerana setiap timbalan menteri mempunyai pengawal peribadi dari kalangan anggota polis sendiri dan mempunyai buku log perjalanan untuk tugasan rasmi.
Mahfuz juga bertanya mengapa pula Setiausaha Sulit Timbalan Menteri berkenaan secara kebetulan pula berada berhampiran lokasi?
Menurut Muhammad Fuad, beliau difahamkan, Setiausaha Sulit Timbalan Menteri berkenaan berada di sana untuk memantau kejadian sejurus mendapat tahu pihak polis membuat serbuan malam itu.
"Pada masa itu, dia kebetulan berada di hotel berdekatan dengan tempat kejadian," katanya.
Mahfuz mempersoalkan, adakah pemantauan kejadian itu termasuk dalam skop tugas Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri?
"Mengapa Buletin Utama TV3 yang aktif membongkar pelbagai isu sensasi, pada 31 Disember bersungguh-sungguh menyampaikan apa yang disebutnya sebagai suara hati Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang mahu polis telus?
"Malah TV3 menyatakan, suara itu juga mewakili suara orang ramai yang mahu melihat polis lebih terbuka dan sebuah akhbar berbahasa pula menyatakan polis merahsiakan identiti datuk yang juga ahli politik itu dan selepas itu akhbar berkenaan tidak pula menafikan laporannya," kata beliau.
Menurut Mahfuz, dengan imej polis yang semakin tercalar berikutan pendedahan Laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia, isu ketuk ketampi dan pelbagai pendedahan lain, polis tidak seharusnya berputar-putar dalam kenyataanya mengenai isu itu kerana ia melibatkan krebilitinya sendiri.
Dalam serbuan itu, sekumpulan wanita disyaki pelacur termasuk seorang ahli politik bergelar Dato' itu dilaporkan tergamam apabila sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman melakukan serbuan.
Sumber polis berkata, dalam serbuan bermula kira-kira jam 10 malam itu, 25 wanita warga China dan lima rakyat tempatan ditahan.
Ketika serbuan, terdapat 43 pelanggan pelbagai usia dan mereka ditahan untuk membantu siasatan.
Akhbar yang membuat laporan tersebut tidak pula membuat sebarang penafian selepas itu.
(Utusan Malaysia 2/1/06) SUBANG JAYA 1 Jan. - Polis hari ini menafikan khabar angin Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Noh Omar ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Fuad Talib berkata, semasa serbuan Noh tiada di tempat kejadian.
Bagaimanapun Setiausaha Sulit Timbalan Menteri berkenaan secara kebetulan berada berhampiran lokasi.
"Spekulasi yang wujud itu tidak berasas langsung,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, di sini hari ini.
Menurut Muhammad Fuad, beliau difahamkan, Setiausaha Sulit Timbalan Menteri berkenaan berada di sana untuk memantau kejadian sejurus mendapat tahu pihak polis membuat serbuan malam Khamis lalu.
"Pada masa itu, dia kebetulan berada di hotel berdekatan dengan tempat kejadian,'' katanya.
Mengulas mengenai serbuan berkenaan, katanya, 64 orang Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) warga asing ditahan dalam dua serbuan berasingan di dua pusat hiburan di Serdang Raya dan Puchong Jaya.
Dalam operasi yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat Dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, polis menahan 41 GRO warga asing berusia antara 20-an hingga 30-an di Puchong Jaya.
Dalam serbuan sama di Serdang Raya, 23 GRO warga asing ditahan.
Muhammad Fuad berkata, pihaknya melakukan serbuan itu berdasarkan maklumat daripada orang ramai dan hasil intipan polis selama seminggu di dua kawasan itu.
"Walaupun kedua-dua pusat hiburan itu berlesen, ia melakukan kesalahan menjual minuman keras tanpa lesen,'' katanya.
Menurut Muhammad Fuad, semua GRO itu ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja serta tinggal lebih masa di negara ini.
Dalam operasi berasingan oleh Bahagian Keselamatan Awam Dan Trafik Subang Jaya, 60 pemandu disaman atas pelbagai kesalahan di Jalan USJ 13, Kompleks Sunway, semalam.
Antara kesalahan yang paling banyak dilakukan ialah memandu tanpa lesen, cukai jalan tamat tempoh dan kesalahan lalu-lintas.










Cantik? Klik 






Umno cuma Islam bulan Ramadhan dan hari Jumaat je. Hari lain jadi setan. Aku pernah bawak ahli politik umno ni ke luar negeri. Tengok ppuan mcm tak pernah nampak orang. Mcm beruk... Aku rasa mat rempit lagi sopan
Inna-llillah-wa-innah-llillah-hirr-rrah-jioun... kalau dah berperangai setan, apa yang keluar dari tingkahlaku dan pertuturan pun agak tak lari dari gaya setan setan yang lain.
Alhamdullillah.
Islam bermusim..ada had dan ada hari...camtu ler ceritenya pemimpin UMNO...