Sedap!! Klik gambar di atas!

Najib tak pernah bodoh, Singapork yang bodoh

Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyerah diri kepada Singapura dan antara lain melepaskan pegangan ke atas tanah KTMB di Tanjung Pagar, puak-puak 'asabiyyah* dalam Umno melambung-lambung memuji-muji (lihat Utusan Malaysia 25/5/10 "Malaysia-Singapura capai kesepakatan").

Berlagak sungguh depa cakap. "Nak buat apa tanah sekangkang kera? Nak boleh buat apa tanah yang hanya muat untuk landasan keretapi? Nak buat projek apa?"

Dengan bangga juga depa kata Malaysia dapat ganti rugi. Dapat tanah di Marina South dan Ophor Rochir. Tak rugi apa-apa.

22 Jun lalu, oleh kerana saya dah meluat dah, saya dah tak ambil pot tentang lawatan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong ke Malaysia. Saya tak baca la berita Utusan Malaysia pada 23 Jun "KL-Singapura setuju selesai".

Hari ni, bila saya baca, rupa-rupanya dalam berita tu ada dilaporkan gini:
Menjawab soalan pemberita, Perdana Menteri berkata, kedudukan Malaysia sekarang ialah untuk meneliti pertukaran tanah iaitu di Marina South dan Ophor Rochir dengan maklumat lanjut yang akan dipertimbangkan.

''Dari segi konsep pembangunan bersama masih dikekalkan," katanya.
Cakap-cakap macam tu, kira cakap orang kena tipu la.

Hari ni, saya nak tanya berapa banyak kos conversion tanah di Marina South dan Ophor Rochir yang kata Singapork nak bagi kat kita tu? S$1.5bil (RM3.6bil) ka? Suatu hari nanti, harap ada jawapannya.

Untuk sementara waktu, baca dulu blog Syed Akbar Ali "Khazanah Nasional selling us out to Singapore, literally" dan blog A Voice "Azman's dungu: Float Sukuk Bond in Singapore in Sing Dollar... " (nak tanya Azman sorang ja ka yang dungu, takut A Voice marah pulak).

* Bila disebut 'asabiyyah, dalam PAS pun bersepah. Asal pemimpin depa, mesti tak pernah salah. Bila ada cerita tentang pemimpin depa yang tak sesuai dengan kehendak depa ja, macam bagus sangat mula la baca atau tulis ayat Quran "...jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah..." (Al Hujuraat : 6). Saya pernah baca dalam blog Misai Merah ada komen yang kata: Ahli-ahli PAS yg walak, bila pemimpin dia buat salah, dia akan salahkan syaitan. Syaitan yang hasut pemimpin dia buat salah. Pemimpin dia tak salah jugak.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. "Ahli-ahli PAS yg walak, bila pemimpin dia buat salah, dia akan salahkan syaitan. Syaitan yang hasut pemimpin dia buat salah. Pemimpin dia tak salah jugak" sy trtarik ayat diatas.....mcm la taraf pemimpin PAS mcm nabi...keh3

  2. Wehh..pak bakaq mcm dah marah jer tu..

    Apsal bakaq..???Hang pun dah naik angin ker dgn komen2 kat blog hang ni...

    Base ler bakaq...kalau hyang boleh tulih ikut pandangan hang, org lain pun sama gak..

    Takkan nak paksa org komen ikut yg hang suka jer.Dunia ni ada mcm2 org, mcm2 feel...jadi kena terima ler.

    Hang boleh tibai sapa saje ikut suka hang.........jadi jgn ler nak emo sgt kalau org lain pun dok tibai hang ikut suka depa.Siap sebut kuar ayat plak....hehehe
    Itu aku ler....

    kalau hang tak leh nak terima komen aku ............hang block jer.Abih cerita.


    King

  3. King

    Selalu aku malas jwb. Ni terpaksa jwb.

    Hang pun ada guna ayat tu ka? Mohon maaf sngt2, aku tak perasan. Harap tak silap faham. Masa aku tulis, tak dak pulak aku teringat kat hang. Apa2 pun, mohon maaf sngt2 kalau hang terasa. Semoga persaudaraan kekal abadi.

  4. Salam pak bakaq...

    Maaf ckp ler kalau pak bakaq pun terasa....tapi aku skit pun tak terasa apa2 malah aku seronok plak bila hang hentam tu kena kat aku.....kira nye hang ada ingat gak kat apa yg aku tulih tu...

    Kalau ada sesapa yg terasa, maaf ckp ler....bukan kat sini tempat nye.

    Kat sini atau mana2 blog sapa yg telinga nipis baik jgn masuk.

    Blog2 ni dah mcm pekan koboi....sapa tak tahan sendiri mau ingat ler.



    king

  5. betui betui... ingat mengingati kan baik.. yang mana salah hentam je.. tak kira mana pon

  6. 4 OGOS 2010: Tren komuter ke Pel. Klang dari stesen KL jam 6.15pm. Tren rosak di stesen Angkasapuri jam 6.30pm. Tanpa air-cond penumpang penuh sesak hampir 40 minit menunggu tren berikutnya.

    Di Stesen Subang Jaya penumpang diturunkan lagi kerana komuter mengalami kerosakan . Tunggu lagi lebihkurang 30minit untuk tren berikutnya yang sudah sedia sendat dengan penumpang.
    Inilah rutin perkhidmatan tren komuter - lewat, pembatalan masa mengikut jadual, penumpang penuh sesak macam babi dalam kandang - kerana tidak mengikut waktu yang dijadualkan dan terkadang air-cond tidak berfungsi.
    Jawapan / alasan yang dikumandangkan oleh Keretapi Tanah M***** Berhad adalah : Kerosakan Teknikal & Kerosakan-kerosakan lain yang sewaktu dengannya.
    Tetapi siapakah yang menguruskan TEKNIKAL ?.. lembu, tunggul kayu atau OKU ?
    Fenomena bodoh ini telah berlarutan sejak bertahun-tahun, walaupun sudah dua PM turun padang cari belalang dan janji dalam beberapa bajet untuk mengatasi masalah pengangkutan awam tapi hampeh. Rakyat bukan lagi diutamakan tapi rakyat pengguna pengangkutan awam makin diperbodohkan.
    Cara gaya pengurusan 'Keretapi Tanah (Me) layu Berhad @ Bodoh (KTMB)' kini mungkin sesuai untuk 1910 bukan tahun 2010. Tetapi percayalah perkhidmatan tren KTMB adalah terbaik berbanding dengan Bangladesh, Zimbabwe atau mungkin di Monggolia.

    Tidak perlu saya mematuhi kesantunan bahasa yang beradab dalam tulisan ini, kerana tradisi KTMB adalah jenis makhluq pekak badak dan egois dengan masalah pengguna. Barangkali Lembaga (hantu) Pengurusan Tinggi, Sederhana & Rendah barangkali sinonym dengan sosok muka sembab, gemuk buncit seperti sang cukong yang hanya nyaman mengira untung. Dan bahasa yang tercatat di sini, adalah lebih baik dari kebahasaan ahli-ahli parlimen yang terdiri dari biawak-biawak dan juga katak-katak yang terlepas dan terlompat-lompat.
    Tahniah Keretapi Tanah (M) layu Bodoh/Berhad kerana masih meneruskan tradisi ' MEMPERBODOHKAN PENUMPANG '

  7. Masaalah KTM dah mcm satu penyakit keturunan yg seolah2 nye penyakit tu sudah di anggap 'biasa'.

    Waktu pagi dan waktu biasa perkhidmatan nye kira baik.Bila sampai waktu puncak iaitu selepas pukul 4:00 petang, waktu org ramai balik keja .....waktu itu ler penyakit keturunan nye datang.Sudah berlarutan sejak bertahun2 spt kat merahsilu99@gmail di atas.

    Kesimpulan nye tiada lansung kemajuan yg di perkenalkan.Dan lagi budaya makan gaji serta tidak mahu berubah masih menebal malah telah menjdi tradisi yg di pertahankan oleh ktmb serta pihak pengurusan nye.

    Kementerian pengangkutan juga bertanggung jawab dlm masalah ini.Tukar shj kerajaan yg memerintah utk menyelesaikan segala masalah termasuk masalah2 lain yg membelenggu seluruh negara.

  8. Askum geng-geng semua..

    Disini saya terpanggil utk menyebarkan ilmu yang sangat berguna pada kwn kwn sekalian..

    Ada diantara kita yang tidak tahu dan tidak ambik kisah pun atas perkara yang akan saya sampaikan..

    Pertama..
    Sapa yang tahu apa itu Dajjal, Freemason n Illuminati..Apa Kaitan antara Dajjal dan Freemason n Illuminati..

    Kedua..
    Sapa tahu bendera M'sia dan binaan KLCC dan namanya ada kaitan dengan Freemason..

    Ketiga..
    Sapa tahu Freemason dah bertapak di Malaysia dan salah satu branchnya ada di Penang..

    Keempat..
    Sapa tahu yang ada dikalangan raja dan pak menteri menjadi ahli Freemason..

    Kelima..
    Sapa tahu org yg cuba membongkar Freemason dan Illuminati di USA telah dibunuh..

    Secara ringkas..
    Saya minta kepada semua umat Islam yang benar benar beriman kepada Allah supaya membuka laman web dibawah dan cuba mengkaji demi untuk persediaan yang bakal mendatang..Jangan ingat parti UMNO wujud utk org Melayu..Tetapi parti ini ada agenda tersendiri..mereka para pemimpin atasan sebenarnya tidak mempedulikan Islam kerana mereka gagal melaksanakan hukum Hudud..Ingat hukum ini dari Allah, siapa kita manusia yang dijadikan nya mempertikai ssuatu dari Allah..Kenapa UMNO beriya-iya nak bgabung dgn PAS..Sebenarnya UMNO takut kehilangan kuasa dan yang paling ditakuti kehilangan HARTA PUSAKA TURUN TEMURUN..Beladihell punya UMNO..Anda nilai sendiri dimana UMNO..


    Kepada mereka yang dahagakan ilmu sila bukak laman web dibwh ini:

    http://mistisfiles.blogspot.com/2008/09/fail-no-00013664-freemasonry.html

  9. sambutan serta tambahan maklumat tambahan terhadap komen no 8,di tujukan kepada peminat serta pengagum mahupun pen taqlid Dr.Asri zainal Abidin yang terdiri dari mereka yang mengaku sangat2 berpegang kepada fahaman Ahlul sunnah wal jamaah, berpegang kepada al-quran, al-hadis, ijma' sahabah sedarlah, tuan guru anda sudah terpesong sekurang2nya dalam masalah politik islam, kerana pada minggu lalu dalam sesi soal jawap semasa kuliah mingguan beliau di dewan al-qayyim beliau menjawap satu soalan tentang perlaksanaan Hukum balas (qisas), beliau mempertahankan kerajaan Malaysia dan kebanyakkan kerajaan umat islam di dunia denghan mengatakan mereka semua telah melaksanakan undang2 qisas, kerana contohnya apabila pesalah membunuh akan digantung sampai mati, seperti yang berjalan di Malaysia!saya kira anda bole dapatkan vcdnya hari selasa depan bertempat di dewan al-qayyim kg mengkuang bukit mertajam. untuk koleksi kuliah yang lalu.-saya perolehi dari sumber yang sahih .

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008