Sedap!! Klik gambar di atas!

Kenapa PDC bodo sangat berurusan dengan KMA?

Betul kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, halang Melayu berniaga di bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) adalah tindakan tidak adil.

Yang adil adalah tibai siap-siap duit 27 peniaga yang Muhyiddin kata mencari makan 'kais pagi, makan pagi' sedangkan 17 dari mereka belum tentu boleh dapat gerai kerana tiada persetujuan.

Tidak pula dilaporkan oleh akhbar Umno peniup api perkauman adakah wang yang ditibai dari peniaga-peniaga 'kais pagi, makan pagi' itu telah diserahkan kepada pihak yang menyewakan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) .

Tapi tak apa. Mungkin mengikut piawaian Umno, adalah sangat adil kalau ditibai siap-siap duit 27 peniaga yang Muhyiddin kata mencari makan 'kais pagi, makan pagi' sedangkan 17 dari mereka belum tentu boleh dapat gerai kerana tiada persetujuan.

Dah tibai awal-awal lagi duit dari 27 peniaga sedangkan hanya 10 yang dipersetujui boleh dapat tapak, lepas tu cry foul dan jerit "anti-Melayu" bila 17 orang tu tak dapat berniaga.

Jangan ditanya berapa jumlah duit yang ditibai dan berapa pula yang diserahkan kepada PDC. Jangan tanya fasal untung atas angin. Itu semua tak adil.

Yang adil ialah mesti jerit dalam Utusan Malaysia, TV3 atau mana-mana media peniup api perkauman bahawa "Melayu ditindas".

Bagi saya, yang paling adil ialah kita semua kena tanya PDC awat bodo terlajak sangat sehingga pergi berurusan dengan entah mana punya mamu dalam Persatuan Perniagaan Komtar (KMA) dan tak mahu berurusan terus dengan peniaga-peniaga?

Assalamu'alaikum, persatuan mana lagi nak anjur tunjuk perasaan kerana peniaga tak dapat gerai selepas kutip siap-siap duit depa?

Macam mana pulak kalau kita, pengguna, tunjuk perasaan awat barang mahal sangat bulan Ramadhan ni? Sah-sah menyerbu belantan FRU!

Berkaitan:
Persatuan peniaga Komtar berbohong (Amizudin Ahmat 10/8/10)
Muhyiddin stoking racial sentiments, says Guan Eng (Malaysian Insider 10/8/10)
1,000 peniaga protes hari ini (Utusan Malaysia 9/8/10)
Penganjur tidak bayar sewa punca masalah di Komtar (Harakahdaily 9/8/10)
Bazar Ramadan: PDC nafi halang peniaga Melayu berniaga di Komtar (Malaysian Insider 9/8/10)
Ramadan: Peniaga Melayu Komtar protes dilarang berniaga (Malaysiakini 9/8/10)
Muhyiddin: Halang Melayu berniaga di bazar Ramadan tindakan tidak adil (Malaysian Insider 9/8/10)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Kena kat mak pak hang baru hang tau macamana rasa... PDC sapa punya mangkaq oi?

  2. kenapa najid tak dipandang bersih krn hati otak hang kotor semua yang hang pandang kotor sendiri yang kena tahi bau busuk tapi dok cari tempat lain orang dah naik kereta hang duduk tarik beca bila orang tak naik salahkan orang lain itu je yang hang tahu berapa dapat upah hamba duitan

  3. Tapi kalau kena kat mak Pak aku dok pecaya kat KMA lantak pi lah.Dalam Issu ni Melayu tutuh Melayu tunjuk jari kat cina.haram Jadah punya UMNO.Tak habih habih buat fitnah.Pusing Fakta pulak tu nak salah kan Guan Eng konon konon DAP ni tidas Melayu.It will never work you stupid UMNO.Rakyat dah tahu putar belit.Utusan pun tak jemu jemu dok putar belit bertaubat lah.Depa nak perentah Negeri bagi bagi elok dan adil yang UMNO dengki sangat pasai apa.Asik MElayu melayu melayu kena tindas bila PR perentah PP.Yang selama ni 50 yahun yang lalu dari 80% Melayu di PP dah tinggal 20% saja Kerja siapa???????????

  4. Itu semua agenda DAPlah oi... PDC bincang dgn KMA, kemudian ada masalah gerai, kemudian melayu takdapat niaga. Eh, takkan lah melayu ni bodoh sangat, itu baru sikit je DAP koner, banyak lagi akan datang kat melayu Penang yg kurang cerdik nih. Sampai bila melayu nak sedar ntah.

  5. mula mula depa sokong orang kaya beli banglo dengan harga diskaun , tak sokong jumlah wang diskaun disalurkan utk orang miskin.
    Lepas tuu ,depa sokong cukong tak bayar sewa..
    kalu macam tuu , aku pun tak mau bayar sewa rumah pastu mintak tolong depa bila tuan rumah nak halau keluar rumah

  6. toksah le melenting dalam paper je...buatlah sesuatu..dah berzaman dah org melayu penang tertindas dari dulu, kini dan kalo gayanya camni selamanya la....

  7. PDC tu apa kebenda? post dated cheque ke....

  8. Tiap - tiap tahun berniaga tak pula kena tibai tahun ni pulak tiba-tiba kena tibai pelik bin ajaib.

  9. Nanti yang berniaga disitu adalah Cina-Cina DAP jual baju raya, kuih raya, juadah berbuka, korma dan lain-lain.

  10. Pada pukul 1515 tadi seorang lelaki Cina bernama Teoh Bak seng telah menyimbah minyak tanah(untuk membakar diri) dan berdiri dihadapan Maybank Komtar. Beliau tidak puas hati kerana pintu masuk ke Komtar di aras 2 ditutup atas sebab-sebab keselematan Ketua Menteri yang baru-baru ini ditampar Pak Ali.

  11. Nasib la orang melayu oi. Tak kira la BN pegang ka PR pegang ka... dua dua membawa bencana. Selagi bekerjasama dengan Cina ini lah yang kita dapat. Tak reti nak bersatu lagi ka? Buang la ego hangpa tu jauh jauh....

  12. hang memang bodoh,

  13. Ahli mujik nampak sangat hang tak faham Pentabiran.Sebab hang tak belajak bab pengurusan mungkin hang Political Overdose kot.Issu yang di eksplotasi oleh Media UMNO dan ber kaitan dengan Melayu Pulau Pinang adalah semata mata untuk Menyeru semagat perkauman yang amat Merbahaya.Nak bagi orang melayu berontak dan seterusnya sokong UMNO Padahal yang sebenarnya adalah issu pentabiran melaksanakan tugas mengikut undang undang.Perkara ini belaku dimana saja dan mana negeri sekali pun.Buktikan apa saja dasar yang dibuat oleh Kerajaan Lim Guang Eng yang menindas Melayu.Aku belum nampak satu pun lagi sejak dia memerentah tapi meningkat kan peruntukan untuk Islam tu sudah terserlah satu dasar yang menguntungkan Islam dan Melayu.Apa yang sedang belaku di PP semuanya melibatkan pengurusan dan pelaksanaan undang undang.Macam kerajaan kedah tu umunkan Kuota Perumahan 50% melayu dan 50% bukan Melayu itu lah yang dikatakan dasar.Sehingga hari ni akau nampak walau pun DAP perentah tapi Islam Melayu semakin beruntung.Tolong jangan berperasangaka buruk apa bila beliau telah membuktikan satu kebaikan...sebab apa saja yang di lakukan oleh UMNO/BN di PP sejak 50 tahu yang lalu segala Dasar yang di buat hasilnya kita dapat lihat merugikan Islam Melayu PP.Buktinya Melayu lari ke seberang termasuk Mamak Tong Kang.Yang tinggal hanyak Mamak Kapitalis di pulau itu...itu pun dah tinggal sikit...ramai anak mereka dan jadi penagih dadah.

  14. Ini semua kerja umno@apco dajal ! Dari dulu lebih 50 tahun perintah habis depa pulun untuk tembolok depa & sanak sedara serta kroni tapi keriau nak tolong melayu konon,dalam senyap depa perabih semua kontrak/tender untuk kroni umno @ umco,bila melayu & bangsa lain dah meluat tendang umco-bn maka keriau la khinzir2 haram muka tebal x malu pasal semua lobang dah tertutup ! tapi heran masih ada melayu mangkuk yg percaya media kaki klentong & ampu dok canang berita perkauman & pembohong, kesian melayu macam ni masih ngok tak nampak sapa yg penyamun sebenar ! Tak nampak ka pemimpin mana yg penyamun & pencuri sampai tanah wakaf pun nyaris depa nak seleweng !

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008