Malaysiakini semalam melaporkan berita bertajuk "Pakatan leadership still non-committal over hudud". Memang, siapa suruh Pakatan Rakyat (PR) bagi komitmen kepada perlaksanaan "nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah"? Bukan sahaja orang-orang bukan Islam di dalam PR dan Barisan Nasional (BN) tak nak, orang-orang yang beragama Islam di dalam PR dan BN pun lebih ramai yang tak nak dari yang nak.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Zaid Ibrahim pula berkata, hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud tidak akan tercapai kerana parti itu secara sendirian tidak mampu menguasai majoriti kerusi Parlimen untuk meminda Perlembagaan (lihat Malaysian Insider semalam "Hudud: Impian PAS perlu sokongan besar Parlimen, kata Zaid" - komen-komen di sini, di sini, di sini dan di sini). Memanglah. Dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, PAS bertanding dalam 60 kerusi ja. Kalau menang semua pun, PAS tak ada kemampuan nak pinda Perlembagaan bagi melaksanakan "nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya".
Yang tu semua saya sebagai orang Islam tahu. Walaupun saya nak sangat-sangat "nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya" dilaksanakan, tetapi ia hampir mustahil dalam keadaan sekarang.
Tetapi, walaupun menyeringai halangan-halangan itu semua, adakah itu bermakna orang-orang Islam dinafikan hak mereka untuk berkempen serta memberi penerangan dan penjelasan mengenai "nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya"?
Yang saya radang ialah apabila menerkam ayat-ayat seperti yang diucapkan oleh Karpal Singh:
Saya harap "itu binatang" (meminjam istilah yang selalu saya dengar digunakan oleh Karpal dalam Dewan Rakyat) tidak kurang ajar apabila menyentuh kepercayaan agama orang lain. Kita tak suruh dia terima atau percaya, tetapi jangan kurang ajar.
Sebelum ini saya dah petik Berita Bernama bertajuk "Hukum hudud dilihat jalan penyelesaian untuk jenayah, buang bayi" yang melaporkan:
Lihat kenyataan Tok Guru. Dia dilaporkan menyebut "berusaha". Dia belum dapat buat pun. Dia baru berusaha. Usaha macam-macam tahap. Kenapa dia tak boleh cakap tentang usahanya untuk melaksanakan "nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya"? Dia tak ada hak ka nak cakap tentang keinginannya?
Adakah Karpal hendak menguatkuasakan "gag order" terhadap apa-apa sahaja mengenai Islam yang dia tak suka sebagaimana beliau dan beberapa pemimpin DAP yang dilaporkan menguatkuasakan "gag order" kepada sesama mereka tentang isu Exco Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Selangor, Ronnie Liu?
Hello, dont try to police our right on our religion! Itu hak yang Allah s.w.t. kurniakan kepada kami. Jangan nak try samun! Saya ulangi, kami tak suruh kamu terima atau percaya, tetapi jangan kurang ajar. Bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami.
Zaid juga bercakap tentang Perlembagaan Persekutuan. Bagi saya, yang tersirat di sebalik kenyataan Zaid itu ialah hakikat bahawa Perlembagaan Persekutuan telah merompak hak orang-orang Islam untuk melaksanakan hukum-hukum Islam. Orang-orang Islam menjadi mustadh'afin atau orang-orang tertindas di bawah perlembagaan itu. Lantak pi lah ultra vires ka, unconstitutional ka, apa menatang ka. Pokoknya perlembagaan itu menindas hak orang-orang Islam sehingga tidak boleh melaksanakan hukum-hukum Islam.
Kenyataan Zaid juga memberi kefahaman bahawa kalau nak keluar dari penindasan itu, perlembagaan tersebut mestilah dipinda.
Persoalannya bila nak boleh pinda kalau hak untuk bercakap, memberi penjelasan dan penerangan tentang undang-undang Islam pun hendak dirompak by those who try to police our right on our religion? Siap guna perkataan seperti primitive, cruel and unjust. Kurang ajaq sungguh!
Saya pernah berkerja di Kementerian Dalam Negeri, masa tu di bahagian yang dipanggil Bahagian Penerbitan. Antara lain, kami diarahkan merampas apa sahaja bahan yang difikirkan cuba menyebarkan ajaran komunis dan Marxisme. Tidak ada ruang untuk bahan-bahan seperti itu.
Saya mula dok rasa apa sahaja percubaan untuk menerang dan menjelaskan hukum-hukum Islam seperti yang cuba dilakukan oleh Tok Guru itu kini menghadapi nasib yang sama seperti bahan yang difikirkan cuba menyebarkan ajaran komunis dan Marxisme itu.
Umno, DAP dan parti-parti lain dah lama dah buat kerja tu. La ni dalam PR pun makin ramai yang menjadi salinan fotostat buruk kelaku macam tu (saya tak boleh lupa apa yang saya bangkitkan dan istilahkan sebagai "Perjanjian Pangkor II" di Perak. DAP memang dah buat kerja jahat tu. Walaupun bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang mendakwa bahawa botched undertaking itu sudah terbatal, tetapi saya hilang kepercayaan sama sekali kepada Haji Mohamad Nizar Jamaluddin).
Selain dari Dr Dzulkefly Ahmad, Zaid juga membangkitkan perjanjian atau rangka kerja polisi umum (CPF) PR. Ada seorang tukang komen dalam blog ini yang membangkitkan bahawa bila kita berjanji, kita tak boleh cabul perjanjian.
Saya nak tanya lagi, CPF tu ada larang ka kempen, penerangan dan penjelasan atau sebarang kenyataan mengenai keinginan dan cita-cita untuk melaksanakan hukum-hukum Allah? Dalam CPF tu, PAS ada janji ka nak hentikan sama sekali sebarang kempen, penerangan dan penjelasan atau sebarang kenyataan mengenai keinginan dan tujuannya untuk "memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah"?
Kalau tak ada, membangkitkan soal perjanjian adalah tidak relevan.
Saya juga tertanya-tanya, kenapa sama ada Zaid atau Dr Dzulkefly langsung tidak tegur Karpal's heinous attempt to police our right on our religion?
Takat tu dulu bab Karpal tu. Dalam blog ini di bawah posting bertajuk "Adakah CPF Pakatan Rakyat tu kurang ajaq?", ada tukang komen yang bagi komen berikut:
Saya masih ingat dalam tahun lapan puluhan dulu. Sikit-sikit kawan-kawan dalam PAS cakap "Islamlah penyelesaiannya". Sampai naik lunyai perkataan-perkataan itu dikerjakan oleh mulut mereka. Man Kadir dan saya selalu grill kawan-kawan yang cakap macam tu. "Macam mana penyelesaiannya?" kami soal balik. Kebanyakannya terkulat-kulat nak jawab.
Sekarang pun sama. Sikit-sikit strategi, sikit-sikit awlawiyat. Apa menatang tu? Tak payah jawablah. Aku pun reti baca fasal Fiqh Awaliyyat atau Fiqh Prioriti.
Bila masanya timing yang tepat nak bagi penjelasan dan penerangan? Strategi lagu mana? Kalau asyik dok ratib perkataan strategi dan awlawiyat, akhirnya sampai bila pun tak jumpa ruang dan kesempatan untuk memberi penerangan, penjelasan atau berkempen tentang cita-cita "memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah".
Jenis-jenis old school macam aku lebih tertarik apa yang saya dengar dalam ceramah Haji Mohamad Sabu:
(Nota: Saya tulis ni atas sifat seorang Islam yang menyokong cita-cita "memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah". Setakat itu sahaja sebab saya bukan ahli PAS).

"Nik Aziz should realise we do not live in primitive times. In the present time and age, the punishment of stoning to death, which is a cruel and unjust punishment, does not, and cannot have a place" (lihat Malaysiakini 14/8/10 "Karpal locks horns with Nik Aziz over baby dumping").Itu kata-kata kurang ajar. Nak aku carut-carut. Walaupun banyak perkara dalam Sikhisme yang saya tak boleh terima (kalau Karpal ada agama la), saya tak pernah kata apa-apa. Itu soal kepercayaan orang. Ia sangat sensitif dan saya tak boleh dan, insya Allah, tak akan celupar tak tentu hala.
Saya harap "itu binatang" (meminjam istilah yang selalu saya dengar digunakan oleh Karpal dalam Dewan Rakyat) tidak kurang ajar apabila menyentuh kepercayaan agama orang lain. Kita tak suruh dia terima atau percaya, tetapi jangan kurang ajar.
Sebelum ini saya dah petik Berita Bernama bertajuk "Hukum hudud dilihat jalan penyelesaian untuk jenayah, buang bayi" yang melaporkan:
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerajaan negeri berusaha melaksanakan Undang-Undang Hudud dan Qisas di Kelantan bagi mendidik umat Islam membendung kejadian buang bayi dan jenayah.Saya tadi tulis fasal hak kami orang Islam untuk memberikan penerangan dan penjelasan tentang "nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya". Katakanlah kenyataan Tok Guru Nik Abdul Aziz itu tidak berbentuk penjelasan atau penerangan. Tetapi sekurang-kurangnya itu pernyataan tentang keinginan beliau sebagai orang Islam.
Lihat kenyataan Tok Guru. Dia dilaporkan menyebut "berusaha". Dia belum dapat buat pun. Dia baru berusaha. Usaha macam-macam tahap. Kenapa dia tak boleh cakap tentang usahanya untuk melaksanakan "nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya"? Dia tak ada hak ka nak cakap tentang keinginannya?
Adakah Karpal hendak menguatkuasakan "gag order" terhadap apa-apa sahaja mengenai Islam yang dia tak suka sebagaimana beliau dan beberapa pemimpin DAP yang dilaporkan menguatkuasakan "gag order" kepada sesama mereka tentang isu Exco Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Selangor, Ronnie Liu?
Hello, dont try to police our right on our religion! Itu hak yang Allah s.w.t. kurniakan kepada kami. Jangan nak try samun! Saya ulangi, kami tak suruh kamu terima atau percaya, tetapi jangan kurang ajar. Bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami.
Zaid juga bercakap tentang Perlembagaan Persekutuan. Bagi saya, yang tersirat di sebalik kenyataan Zaid itu ialah hakikat bahawa Perlembagaan Persekutuan telah merompak hak orang-orang Islam untuk melaksanakan hukum-hukum Islam. Orang-orang Islam menjadi mustadh'afin atau orang-orang tertindas di bawah perlembagaan itu. Lantak pi lah ultra vires ka, unconstitutional ka, apa menatang ka. Pokoknya perlembagaan itu menindas hak orang-orang Islam sehingga tidak boleh melaksanakan hukum-hukum Islam.
Kenyataan Zaid juga memberi kefahaman bahawa kalau nak keluar dari penindasan itu, perlembagaan tersebut mestilah dipinda.
Persoalannya bila nak boleh pinda kalau hak untuk bercakap, memberi penjelasan dan penerangan tentang undang-undang Islam pun hendak dirompak by those who try to police our right on our religion? Siap guna perkataan seperti primitive, cruel and unjust. Kurang ajaq sungguh!
Saya pernah berkerja di Kementerian Dalam Negeri, masa tu di bahagian yang dipanggil Bahagian Penerbitan. Antara lain, kami diarahkan merampas apa sahaja bahan yang difikirkan cuba menyebarkan ajaran komunis dan Marxisme. Tidak ada ruang untuk bahan-bahan seperti itu.
Saya mula dok rasa apa sahaja percubaan untuk menerang dan menjelaskan hukum-hukum Islam seperti yang cuba dilakukan oleh Tok Guru itu kini menghadapi nasib yang sama seperti bahan yang difikirkan cuba menyebarkan ajaran komunis dan Marxisme itu.
Umno, DAP dan parti-parti lain dah lama dah buat kerja tu. La ni dalam PR pun makin ramai yang menjadi salinan fotostat buruk kelaku macam tu (saya tak boleh lupa apa yang saya bangkitkan dan istilahkan sebagai "Perjanjian Pangkor II" di Perak. DAP memang dah buat kerja jahat tu. Walaupun bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang mendakwa bahawa botched undertaking itu sudah terbatal, tetapi saya hilang kepercayaan sama sekali kepada Haji Mohamad Nizar Jamaluddin).
Selain dari Dr Dzulkefly Ahmad, Zaid juga membangkitkan perjanjian atau rangka kerja polisi umum (CPF) PR. Ada seorang tukang komen dalam blog ini yang membangkitkan bahawa bila kita berjanji, kita tak boleh cabul perjanjian.
Saya nak tanya lagi, CPF tu ada larang ka kempen, penerangan dan penjelasan atau sebarang kenyataan mengenai keinginan dan cita-cita untuk melaksanakan hukum-hukum Allah? Dalam CPF tu, PAS ada janji ka nak hentikan sama sekali sebarang kempen, penerangan dan penjelasan atau sebarang kenyataan mengenai keinginan dan tujuannya untuk "memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah"?
Kalau tak ada, membangkitkan soal perjanjian adalah tidak relevan.
Saya juga tertanya-tanya, kenapa sama ada Zaid atau Dr Dzulkefly langsung tidak tegur Karpal's heinous attempt to police our right on our religion?
Takat tu dulu bab Karpal tu. Dalam blog ini di bawah posting bertajuk "Adakah CPF Pakatan Rakyat tu kurang ajaq?", ada tukang komen yang bagi komen berikut:
Pak Bakaq, walaupun dalam CPF takdak halangan untuk kempen, tapi ini soal strategi dan awlawiyat. Timing tu kena tengok....kita tau niat TGNA betul, konteks dia cakap pun betul tapi dalam keadaan jebon2 media yang kebuloq nak manipulate kita hati2.....Semenjak dua menjak ni, saya dah menyampah sangat dengan perkataan strategi dan awlawiyat. Bagi saya, those words have been severely abused.
Saya masih ingat dalam tahun lapan puluhan dulu. Sikit-sikit kawan-kawan dalam PAS cakap "Islamlah penyelesaiannya". Sampai naik lunyai perkataan-perkataan itu dikerjakan oleh mulut mereka. Man Kadir dan saya selalu grill kawan-kawan yang cakap macam tu. "Macam mana penyelesaiannya?" kami soal balik. Kebanyakannya terkulat-kulat nak jawab.
Sekarang pun sama. Sikit-sikit strategi, sikit-sikit awlawiyat. Apa menatang tu? Tak payah jawablah. Aku pun reti baca fasal Fiqh Awaliyyat atau Fiqh Prioriti.
Bila masanya timing yang tepat nak bagi penjelasan dan penerangan? Strategi lagu mana? Kalau asyik dok ratib perkataan strategi dan awlawiyat, akhirnya sampai bila pun tak jumpa ruang dan kesempatan untuk memberi penerangan, penjelasan atau berkempen tentang cita-cita "memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah".
Jenis-jenis old school macam aku lebih tertarik apa yang saya dengar dalam ceramah Haji Mohamad Sabu:
Dulu, Umno takutkan orang bukan Islam kononnya kalau kasi itu PAS perintah nanti awak punya .... kena potong. Kita bagi penerangan, walaupun ceramah kita selalu kena ganggu. Kita suruh mereka pergi Kelantan, ada ka kena potong? Akhirnya kempen Umno itu tak laku lagi.Bagi saya, tu la strategi. Kena gunakan ruang dan peluang yang ada untuk kempen, memberi penerangan dan penjelasan. Tu pasai aku marah bila ada percubaan nak menyekat hak untuk berkempen, memberi penerangan dan penjelasan tentang cita-cita "memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah".
Lepas itu, Umno gunakan pula hudud untuk takutkan orang-orang bukan Islam. Kita ceramah, buat majlis penerangan untuk orang-orang bukan Islam. Ramai dah yang tak takut. Hudud tak ada kena-mengena dengan mereka.
(Nota: Saya tulis ni atas sifat seorang Islam yang menyokong cita-cita "memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah". Setakat itu sahaja sebab saya bukan ahli PAS).

Cantik? Klik 

TAKBIRR!!
Binatang ! perkataan yang amat sesuai ... panggilan untuk sekor tu.
Yezzzzaaaa..macam nie la baru betol , kena berpegang teguh dgn tali ALLAH, jgn takot nk surakan apa yg haq apa yang batil, tapi dalam banyak bloggers PR cuma penarik beca berani cakap benda yang haq, yang lain asyik spin jer..sampai benda yg batil pon nk di spin jadi yg haq, kalo la PAS nya pejuangan tak ternoda dgn mereka-mereka yg da mula hubud dunia alangkah suci nya perjuangan ini.
Sebenarnya pengikut PIS telah lama ditipu dengan retorik perjuangan negara Islam dan juga melaksanakan HUDUD oleh para munafiqun didalam PIS.
Realisme dan idealisme: Inilah dua persoalan besar dari dulu hingga kini.
Bukti jelas, sekiranya PR berjaya ke Putrajaya, PAS bakal mengikut jejak Ikhwanul Muslimin di Mesir yg diharamkan Presiden Jamal A Nasser selepas bersama-sama Jamal A Nasser menjatuhkan kerajaan sebelumnya.
Alamak apa punya bangang le korang ni. Nabi dulu tegakkan Islam bukan dengan bantuan orang kapir la!! Kalau nak tegakkan Islam kat bumi Malaysia ni pi la study sejarah dan sunnah nabi tu. Ingat tu SUNNAH bukan sunat, jangan salah paham pulak. SUNNAH tu adalah WAJIB.
-Mat Tapah-
Tambahan...
Kalau perhatikan...DAP tu ada ciri2 Yahudi zaman nabi dan UMNO/PKR tu ada ciri2 Musyrikin (orang yang syirik?) Mekah dulu!!!!
-mat tapah-
Hukum Islam, kah Syariat Islam Kah,Negara Islam Kah...Sebut mai Hujah yang belandaskan sejarah dunia sejak nabi Adam sejak di turunkan kedunia bukti sejarah yang mengatakan Islam boleh tegak dengan cara pungutan suara Orang ramai atau cara Demokrasi...siapa siapa kat sini tolong jawap hujah saya....Saya minta Fakta Sejarah
Semuanya hanya kerana pemimpin-pemimpin didalam PAS mahukan kuasa dan kedudukan didalam politik sahaja. Tidak terlintas pun sebenarnya didalam pemikiran ulamak-ularmak PAS untuk memartabatkan hukum Islam di Tanah Melayu ini.
Sejak dalam PR, PAS semakin kurang bercakap mengenai HUDUD. Ini kerana untuk menjaga hati DAP & PKR. Tetapi pemimpin DAP & PKR langsung tidak menghormati PAS banyak kenyataan mereka yang menghina ISLAM. Pemimpin PAS harus tegas dan jangan terlampau mabuk dengan cita-cita untuk menguasai PUTRAJAYA hingga membiarkan DAP menghina undang-undang ISLAM. Apa guna merampas PUTRAJAYA kalau tidak dapat melaksanakan hukum ISLAM. Wahai pemimpin PAS ingatlah sokongan yang diterima selama ini adalah kerana anda memperjuangkan hukum ISLAM. Tanpa ISLAM PAS SERUPA DENGAN UMNO.
mat tapah, a classic case sayiong other musrik/kafir from PAS, sejak amn dari dulu kala....bosan la, xdak cerita lain ka?
celaka DAP! kononnya nak negara sekular, tapi g wat tazkirah kat surau.. mmg pembohong besar!!!!
salam bakaq.......
aku cadangkan hang buat rakaman video berita sendiri...hang baca hang sunting hang shoot....berita2 pendek sahaja...hang buh keliling jangan kira apa...aku akan menyokong 500%...dan aku rasa ramai yg akan infak untuk tujuan ini...asyik baca ja boring jugak...amacam?? aku serius neh...hang buat lain dari yg lain bakaq......
tok pengulu
To anon No. 9 : ha tau pun yang Islam tak tertegak melalui sistem demokrasi!!!
To anon No 12: I didn't say other is musrik. what i said is mempunyai ciri2 orang musyrik!!!! please read my comment carefully. Furthermore there are nothing to do with PAS.
bersatulah wahai kaum muslimin,
dngan semangat dan roh kebenaran..
....bla...xxxxxxxxxxx..bla.....bla....
yang kapir tak nak hudud biasalah... yang islam tak nak hudud tu macamana pulak hukumnya?
salam...( kalau tak silap)di negara iran yg mengamalkan undang2 islam dan pencegahan,memberi sepenuhnya kuasa kpd ulama mereka untuk menjatuhkan hukuman,pesalah diberi 2 pilihan samaada memilih utk undang2 sekular atau undang2 islam (hudud),tidak menjadi masalah kepada karpal utk memilih undg2 primitif jika diamalkan di negara Malaysia tercinta,kita tak potong pun dia punya tangan.
Umno, DAP dan parti-parti lain dah lama dah buat kerja tu. La ni dalam PR pun makin ramai yang menjadi salinan fotostat buruk kelaku macam tu (saya tak boleh lupa apa yang saya bangkitkan dan istilahkan sebagai "Perjanjian Pangkor II" di Perak. DAP memang dah buat kerja jahat tu. Walaupun bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang mendakwa bahawa botched undertaking itu sudah terbatal, tetapi saya hilang kepercayaan sama sekali kepada Haji Mohamad Nizar Jamaluddin).
"...saya hilang kepercayaan sama sekali kepada Haji Mohamad Nizar Jamaluddin"
Attn: Kpd. Orang kat Bkt.Gantang, Tpg.
Sendiri mau Ingat...!!!
Wa respek sama lu Pak Bakaq dlm memperjuangkan Islam. Sebab tu inilah satu-satunya blog yg wa anggap pro PR tapi masih wa simpan dlm favourite list. Yang lain wa buang lama dah.
Walau Pun Islam tak boleh di tegakan dengan cara Pilihanraya..tapi aku tetap pangakaH PAS sebab Dasar dan Matlamat adalah islam itu tugas kita UMAT ISLAM.Sebab sebelum nabi dilantik jadi Rasul beliau mendakwah melalui Aklaknya sebagai seorang nabi dan sebagai seorang Islam terlebih dahulu kemudian baru setelah umnor 40 tahun bila lantik jadi rasul maka Islam di sampaikan hukum di turunkan berperingkat perinkat.Aklak nabi sebagai orang yang paling amanah dan budi pekerti yang sangat mulia membuatkan manusia mudah menerima Islam.Ini bermakna dakwah perlu dengan Aklak dahulu.Sebab itu bila pas dapat ruang untuk bernafas dalam arina demokrasi walaupun tak cukup kuasa untuk laksanakan Islam tetapi ruang yang ada hendaklah gi gunakan untuk menyampaikan islam dengan mengutamakan aklak pemimpin dahulu.Aklak pemimpin Pas perlu mengikut ciri ciri seorang nabi seperti Zuhud,Amanah,tidak mengkianati kawan dalam perjuangan,tidak rasuah,tidak amalkan kronism,sekurang kurang nya macam TGNA tu.Tidak kah kamu sedar bahawa Tingkah laku serta amalanya merupakan satu dakwah berbentuk aklak pada manusia.Sebab itu lah apa bila kita bertanya kepada mana mana pengundi bukan Islam mereka memberi insyarat positif pada kepimpinan Islam cara Nik Aziz/ lain lah dengan MB Kedah dia pimpin PAS untuk Menang dan dapat kuasa saja bukan untuk Dakwah Islam sebab tu aklaknya jauh sekali dengan Nik AZIZ baca lah buku AZIZAN DALAM DOSA
http://kedahsenget.blogspot.com