Dalam posting bertajuk "Umno, sila tengok gambar bukan Islam memeriahkan masjid di luar negara (Warta 365)" diceritakan perkara-perkara berikut:
Kalaulah ada Umno masa tu, sukar ditolak kemungkinan mereka akan menghentam Nabi habis-habisan kerana tindakannya itu. Jika Umno ada waktu itu, sukar ditolak kemungkinan mereka menuduh Nabi sesat dan membawa ajaran sesat kerana tindakannya itu.
Kalaulah Umno ada masa tu, sukar dinafikan mereka akan menyifatkan perbuatan Nabi itu sebagai manifestasi kebiadabannya.
Tindakan Nabi Muhammad yang suci itu bertentangan dengan ajaran Umno yang menyatakan "orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki dalam masjid dan surau apatah lagi di ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid (lihat Utusan Malaysia 27/8/10 "Tindakan tegas jemput bukan Islam - Jais").
Tentulah Sultan yang dilaporkan murka. Tu dia! Dan jabatan agama milik Umno pula tentulah menghantar surat amaran yang sangat keras kepada Nabi.
Imam Syafie pula tentu didebik, dibelasah habis-habisan apabila berkata tidak ada masalah orang bukan Islam duduk (menetap) di masjid. Bukan setakat masuk ja, siap duduk lagi.
Sheikh Ahmad Deedat pula dilaporkan berkata rombongan Kristian dari Najran datang bertemu dengan RasuluLlah untuk berhujjah mengenai Nabi Isa, dan rombongan Kristian tersebut telah berkampung dalam masjid Nabi selama tiga hari.
Tu dia, bukan setakat berucap dalam masjid, siap nak berdebat lagi.
Ah, nasib Ahmad Deedat baik sungguh. Nasib baik Umno tak dengar ucapannya itu. Kalau tidak tentulah teruk Almarhum kena hentam dengan Umno dan Sultan pula tentulah murka apabila dia mengajak pelajar-pelajar bukan Islam masuk ke dalam Masjid UKM mendengar ceramahnya (lihat posting Justice For All "Ular dalam semak UMNgOk lebih hebat dari Ahmad Deedat")
Tu pasal ajaran Umno.
Ahli dan penyokong parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) pula janganlah bodo sangat pi buat benda-benda yang mendatangkan fitnah Umno. Tindakan mengelakkan fitnah itu sangat penting, Syeikh! (Main syeikh-syeikh pulak aku ni bercakap dengan hampa ni).
Saya kata jangan bodo sangat sebab masa yang sepatutnya digunakan buat kerja lain terpaksa dihabiskan untuk melayan ajaran dan api perkauman Umno. Sekali lagi nak mintak boleh dak? Orang PR jangan la bodo sangat!
Saya tak nampak Umno akan hilang kuasa dalam waktu terdekat. Tapi janganlah orang PR lupa pula, parti itu ibarat orang jatuh sungai yang berarus deras dan dia takut dia mati lemas. Kalau dia nampak ketul taik pun dia sambar nak berpaut!
Berkaitan:
Party maksiat DAP dalam surau (Aduka Taruna 29/8/10)
...penduduk Taif dibenarkan oleh Nabi s.'a.w untuk menetap dan tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam.Imam mazhab kebanyakan orang Melayu di negara ini, Imam Syafie pula berkata:
Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi s.'a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid. Nabi menyebut kepada sahabat: "Biarkan mereka (untuk menyelesaikan sembahyang mereka)"
Saya teringat satu ja, jika benarlah apa yang diriwayatkan mengenai RasuluLlah s.'a.w.w. yang suci itu, bayangkan kalau Umno ada masa tu.ولا بأس أن يبيت المشرك في كل مسجد إلا المسجد الحرامErtinya : Tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram. ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)
Kalaulah ada Umno masa tu, sukar ditolak kemungkinan mereka akan menghentam Nabi habis-habisan kerana tindakannya itu. Jika Umno ada waktu itu, sukar ditolak kemungkinan mereka menuduh Nabi sesat dan membawa ajaran sesat kerana tindakannya itu.
Kalaulah Umno ada masa tu, sukar dinafikan mereka akan menyifatkan perbuatan Nabi itu sebagai manifestasi kebiadabannya.
Tindakan Nabi Muhammad yang suci itu bertentangan dengan ajaran Umno yang menyatakan "orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki dalam masjid dan surau apatah lagi di ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid (lihat Utusan Malaysia 27/8/10 "Tindakan tegas jemput bukan Islam - Jais").
Tentulah Sultan yang dilaporkan murka. Tu dia! Dan jabatan agama milik Umno pula tentulah menghantar surat amaran yang sangat keras kepada Nabi.
Imam Syafie pula tentu didebik, dibelasah habis-habisan apabila berkata tidak ada masalah orang bukan Islam duduk (menetap) di masjid. Bukan setakat masuk ja, siap duduk lagi.
Tu dia, bukan setakat berucap dalam masjid, siap nak berdebat lagi.
Ah, nasib Ahmad Deedat baik sungguh. Nasib baik Umno tak dengar ucapannya itu. Kalau tidak tentulah teruk Almarhum kena hentam dengan Umno dan Sultan pula tentulah murka apabila dia mengajak pelajar-pelajar bukan Islam masuk ke dalam Masjid UKM mendengar ceramahnya (lihat posting Justice For All "Ular dalam semak UMNgOk lebih hebat dari Ahmad Deedat")
Tu pasal ajaran Umno.
Ahli dan penyokong parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) pula janganlah bodo sangat pi buat benda-benda yang mendatangkan fitnah Umno. Tindakan mengelakkan fitnah itu sangat penting, Syeikh! (Main syeikh-syeikh pulak aku ni bercakap dengan hampa ni).
Saya kata jangan bodo sangat sebab masa yang sepatutnya digunakan buat kerja lain terpaksa dihabiskan untuk melayan ajaran dan api perkauman Umno. Sekali lagi nak mintak boleh dak? Orang PR jangan la bodo sangat!
Saya tak nampak Umno akan hilang kuasa dalam waktu terdekat. Tapi janganlah orang PR lupa pula, parti itu ibarat orang jatuh sungai yang berarus deras dan dia takut dia mati lemas. Kalau dia nampak ketul taik pun dia sambar nak berpaut!
Berkaitan:
Party maksiat DAP dalam surau (Aduka Taruna 29/8/10)










Cantik? Klik 






Bagaimana pula dengan hujah ulama-ulama muktabar yang tidak membenarkan kaum kafir memasuki masjid? Mengapa ambil sebahagian dan buang sebahagian?
Apa kata Imam Malik dalam hal ini?
Aku kadang kesian dgn UMNO, tak kira isu apa pun seperti doa utk LGE dan bagi sumbangan di surau olih AP Serdang. Mula -mula UMNO nampak gah dgn berita yg begitu sensasi olih media, sampai kita pun kata apalah PR ni terutama PAS dah kemaruk undi cina sampai macam tu skali.
Tapi setelah 3, 4 hari isu di permainkan dan dengar penjelasan dari pihak satu lagi dan ulasan member- member yg ada di tempat kejadian, baru lah jelas apa yg terjadi. Rupa nya UMNO ni jahil murakab sungguh pasai agama mereka sendiri, semua nya di lihat dari perpektif adat bukan hukum Islam yg sahih.
Jadi kalau timbul isu lagi lepas ni kita tengok reaksi 3, 4 hari lepas tu pasti UMNO terkulai layu walaupun pada awal nya nampak begitu gah sekali.
Anon 1
Saya hanya menceritakan apa yang Nabi kita yang suci buat.
Saya akui, saya petik kata-kata Imam Shafie mengambilkira dia adalah imam mazhab majoriti orang Melayu Islam di Malaysia ni. Contextual.
Saya sudah menjangka soalan seperti yg Tuan tanya. Terima kasih dan selamat mengimarahkan bulan Ramadhan.
Apa pula ambil sebahgian buang sebahgian, Majlis fatwa Kebangsaan dah pun fatwakan perkara ini harus.
Salam Pak Bakaq, lama tak singgah sini, Salam Ramadhan ya?
Saja nak menyampuk,ini satu contoh orang yang akan sungguh2 kata Nabi sesat gamaknya? - http://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/08/29/apakah-nik-aziz-ada-had-untuk-perkudakan-islam-semata-mata-politik/
Zaman Nabi takda pemimpin kafir masuk masjid ceramah pada orang Islam.. itu bezanya.. nak masuk tengok, ziarah, bincang takder masalah. Ada penah zaman Nabi ada pemimpin kafir Quraish berdiri depan sekali dengan Nabi dan para sahabat duduk dengar syarahan pemimpin kafir itu? Nabi nak doakan pakcik baginda yang amat disayangi pun dilarang Allah, ini kita pulak nak doakan orang kafir supaya sejahtera dan terus memimpin orang Islam (kemudian tukar cerita kata sebenarnya doa agar kafir dapat hidayah).
Jangan memekak nak defend diri sendiri compare dgn UMNO.. berpuluh tahun maki hamun UMNO buat itu ini semua salah, bila PAS sendiri buat salah nak bagi alasan UMNO pun buat jugak.. munafik haram jadah.
p/s: pada zaman Nabi, golongan Kristian dan Nasrani adalah ahli kitab yang benar, bukan dianggap orang kafir. Orang Kristian zaman sekarang ni yg tidak lagi dianggap ahli kitab. Nak kutip point sana sini pun tgkla dulu, jangan main kaut ja.
kalau nak masuk pun biar bersopan..jangan la berkebaya ketat..alquran mengajar kita tauhid fekah dan ahklak..takkan kerana politik nak campak semua tu kut..
Bakaq
Cuba kita bandingkan antara Rosmah dan Puteri UMNO pun tak tutup aurat dan jangan lupa puteri UMNO kalau dari Sabah ada bumi bukan Islam tapi boleh duduk dengar pemimpin depa ceramah dalam masjid atau surau. Tengok link ni http://loveperak.blogspot.com/2010/08/antara-teo-nie-ching-rosmah-mansor-dan.html
salam pak bakaq...
kalau umno dah ada di zaman nabi, deme sendiri yg akan nabi gila, nabi sesat, nabi tulis al quran, nabi ahli sihir...deme akan jadi sepuak dgn quraisy...
nasib deme baik sebab baka deme islam...
Bhai Pak Bakaq...
Gua rasa UMNO nih kalu ader masa zaman Nabi dulu... for sure diorang akan berpihak (geng) dengan Abu Jahal dan Abu Lahab.... malah mungkin UMNO nih lebih hina dari Abu Lahab ... dan mungkin Allah Taala akan turunkan satu ayat (surah) khas untuk hina UMNO....
Wallahu'aklam Bissawab...
Aku rasa kalau perkara tu tak bercanggah dgn syara' atau pun selari dgn syara' maka apap nak takutkan.Sebab kita sedia maklum bahawa puak2 umno akan terus menfitnah dan mentohmahkan gerakan Islam.
Kalau PR tak buat apa2 pun maka akan di fitnah dan di tohmah juga oleh umno.Jadi dari berdiam diri baik lah teruskan berusaha dgn sangkaan baik kpd Allah swt kerana kerja yg baik dan benar itu akan mendpt pertolongan dari Allah swt.
Lihat saja dua kes yg terbaru.Doa utk LGE dan isu YB sapa ntah dari DAP yg masuk surau.Kerana umno memainkan isu ini ramai rakyat Malaysia termasuk aku yg jahil ni telah mendpt ilmu pengetahuan berkenaan Islam yg tak pernah kami dgr sebelum ini.
Ini suatu rahmat dari Allah swt.Makin lama makin terserlah betapa Islam itu amat sesuai dgn masyarakat majmuk di Malaysia.Kalau imbas balik sekitar tahun 80an dan sebelum nya, Islam di lihat tidak begitu sesuai di Malaysia yg mempunyai masyarakt yg berbilang kaum dan agama.
Tetapi apabila timbulnya berbagai isu agama maka berbagai pihak telah tampil menerangkan nya dgn bersandarkan Nas dari Al Qur'an dan Hadis, juga dari fatwa dan pendapat para ulama' muktabar.Semua ini telah sedia ujud lebih seribu tahun dulu.Alhamdulillah .........hari ini kami org awam di dedahkan dgn semua perkara ini dan makin bertambah yakin akan Islam.
Jadi berdasarkan pandangan aku sorang ni, PR khususnya Pas kena teruskan segala aktiviti yg selari dgn syara' walau apa sekali pun tindakan balas dari umno.Makin banyak mereka menfitnah, makin banyak kesyumulam Islam terdedah dan makin faham rakyat Malaysia terhadap Islam yg syumul yg di perjuangkan oleh Pas.
Insyaallah.......
Anon 6 kata, pada zaman Nabi, golongan Kristian dan Nasrani adalah ahli kitab yang benar, bukan dianggap orang kafir. Orang Kristian zaman sekarang ni yg tidak lagi dianggap ahli kitab. (???) Ah, apa anak heran, Umno...
Dah ubah tiang gol kepada zaman Nabi kafir masuk masjid tak ceramah pulak. Ubah tiang gol pulak. Sblm ni kata kafir masuk masjid tak boleh.
Memang la tak ceramah. Berdebat ja. Dlm berdebat utk kata agama dia benar, apa yg kafir tak cakap dlm masjid Nabi?
Takpe, janji Umno, janji masyuuk.... Kafir masuk masjid tak boleh, walaupun Nabi bagi dan kata boleh. Tapi duit masyuuk dlm poket boleh. Masyuuukkk... Aku suka bila Bakaq selalu quote Mahathir kata Umno parti perasuah. Masyuuukkkk..
Kalaulah sultan melaka ada di zaman nabi pasti akan diarahkan hang tuah untuk bunuh nabi. Kalaulah sultan ******** ada di zaman nabi pasti nabi akan diharamkan berceramah dengan alasan tak de tauliah. Kalaulah umno ada di zaman nabi... opppss... sebenarnya umno memang dah ada di zaman nabi iaitu United Musyrikin National Organisation yang dipimpin oleh abulahab dan abujahal. Nasib baik **** tak ada lagi zaman nabi. Kalau ada sure jadi penghasut dan pencuci bontot yg setia kpd abujahal & abulahab.
Apabila 10,000 tentera Islam menghampiri kota Makkah, pemimpin jahiliyyah Quraisy Abu Suffian telah menemui Rasul saw utk berunding.
Di pendekkan cerita Rasul saw menegaskan tentera Islam akan tetap memasuki kota Makkah.Walaubagaimana pun Baginda saw telah mengisytiharkan barang siapa(kafir Makkah) yg berlindung di dlm Masjidil Haram akan selamat.....barangsiapa berlindung di rumah ini dan itu akan selamat.....dan .....
Apa hal Rasul saw menggalakkan org kafir yg dlm ketakutan akan serangan tentera Islam supaya berlindung di dlm Masjidil Haram.....???
Apa plak kata para pencacai umngok apco....???Apakah mereka masih mau menyesatkan Rasul saw lagi....????
Bagi kamu agama kamu....bagi kami agama kami.
Wallahualam...
Aku rasa la umno ni bab ugama depa kureng ambil berat
Depa lebih ambik berat bab macam mana nak masyuuukkk
Masyuukk cara halal ka cara haram ka depa tak peduli
Janji masyyuukk itu lebih penting
halal haram depa tolak tepi!
...mat dok perati....
Anon 6,
Kalau ahli kitab yang disebutkan oleh Alquran hanya sahih pada zaman rasul saja, maka ayat2 dalam Quran yang mengenai ahli kitab seperti dalam surah Al baqarah semuanya dah terbatal ke?
Majlis berbuka puasa kat hotel orang kafir (MCA) sponsor boleh ke umno?
Anon 7
Berkebaya ketat? Suruh pakai jubah n jilbab? Orang bukan Islam?
Baik suruh solat skali
Kalau isteri pemimpin no.1 sudah tentu Islam tak tutup aurat tak kecoh pulak. Laga pipi dengan Shah Rukh Khan.
PAS akan berusha mencari dalil dan apa saja untuk menghalalkan cara,,,,,rakyat dah faham kerja buat PAS,,,,,"MENGGUNAKAN HUKUM AGAMA UTK KEKAL KUASA",,,,,,,,,,,Kenapa dulu UMNO dalam BARISAN SEMUANYA KAFIR,,,,,,,sila semak FATWA2 PAS,,PAK BAKAQ tolong keluarkan .,,,,,jgn MALU PULA,,,,,,,"MUSUH ISLAM SANGAT SAYANG PAS KERANA ,,,PAS ADALAH EJEN PEMUSNAH KEKUATAN MELAYU.....di negara ini,,,,,,,,
dan satu lagi, umno akan pastikan jais dan mais ambil alih masjid nabi sebab ada yang murka. heh heh heh.....
Wahai abu arif... blog ni saya rasa bukan blog pas. Kalau nak kutuk pas directly kamu boleh masuk blog pas seperti blog dewan pemuda dan blog hadi awang. Blog ni kadang-kadang kutuk pas juga. Blog ni blog bebas yang tak memihak kepada mana-mana parti. Kalau umno tu baik dah tentu umno akan dipuji melambung-lambung dalam blog ni. Saya orang pertama akan memuji umno. Tapi masalahnya tak ada apa yang baiknya umno ni jika dipandang dari suduk kewarasan manusia yang berakal. Pas nak cari dalil ke apa ke, itu dia orang punya pasal. Yang penting kami sebagai rakyat untung, hidup aman damai di bumi tercinta tanpa rasuah dan penyelewengan, tanpa scandal serta hidup aman tanpa jenayah. Pas kalau berkuasa pun belum tentu baik sebab pemimpin pas kebanyakannya meLAYU. Baru dapat kuasa sikit pun dah mula melalak pasal meLAYU. Tapi kalau nak dibandingkan antara pas dan umno dari sudut kewarasannya umno memang dah teruk sangat dah sampai tahap pariah. Pas, pkr dan umno lebih kurang je berebut projek. Dah nama meLAYU nak buat macam mana? Cuba senaraikan 3 (tiga) kebaikan yang umno buat agar hati saya terbuka untuk memuji umno. Berilah dalil-dalilnya sekali supaya saya boleh bersetuju dengan umno...
Memang mudah memahami penyakit orang2 UMNO. bila mereka berhujah mereka pakai persepsi dan prejudis. Seperti kata Dr Asri islam itu agama berteraskan dalil dan hujah quran dan hadis. bagaimanakah mereka boleh menolak apa yang pernah nabi buat? kalau kamu rasa salah, nah, keluarkan hujah kamu berdasarkan nas dan hadis juga!Tetapi tidak! Seperti Abu Arif di atas, hujah mereka sangat cetek dan dangkal..memang tipikal penyokong UMNONGOK!
Alif Mim Nun Wau
Sarkis.....
Umno.. busuk sebusuknya.......
Penarik beca,
Kalaulah Umno ada di zaman Nabi....
Takkan PAS dapat bercakap banyak tentang islam. Sudah pasti pemimpin UMNO ketika itu adalah ulamak yang berilmu tinggi, panglima tentera yang berani, taat pada perintah Allah dan akan sentiasa berdakwah. Akan menggunakan hukum hudud apabila menegakkan keadilan dikalangan rakyat.
Tapi malangnya UMNO tiada ketika itu cuma wujud selepas perang dengan Jepun. Disebabkan dalam perang itu keturunan mereka banyak makan ubi kayu maka otak menjadi layu. Itulah sebabnya keturunan ahli dan pemimpin UMNO kebanyaknya bebal dalam peraturan dan undang-undang islam.
Mengapa UMNO melarang orang bukan islam masuk kedalam surau atau masjid..? Alasannya orang tidak islam itu memakai pakaian tidak sopan, tapi apabila dilihat pada gambar orang itu lengkap pula berpakaian dan tidak berbogel.
Bila hasutan tidak berhasil dialih lagi tuduhannya, konon orang itu tidak memakai tudung. Kalau tidak memakai tudung, orang bukan islam tidak boleh masuk surau maka orang islam dikalangan putri UMNO yang memasuki surau perlu dihalau juga kerana tidak memakai tudung.
Setelah hasutan itu gagal, ditukar pula tuduhan kononnya orang bukan islam tidak boleh memberi takzirah dalam surau yang menyebabkan sultan dalam negeri marah. Tapi bila ditanya apakah perkataan yang dikeluarkan oleh orang bukan islam itu, tidak pula diceritakannya menunjukkan tiada bukti menunjukkan orang bukan islam itu bertakzirah.
Dan benarkah sultan dalam negeri marah pada wakil rakyat bagi bantuan pada rakyat bertempat dalam surau..?
Apa motif UMNO menjadikan isu orang bukan islam masuk surau sedangkan fatwa membenarkan...? Tujuan utamanya ialah untuk mengajak melayu bodoh menyokong mereka kononnya tempat sembayang orang islam sudah tercemar. Oleh kerana itu orang melayu mesti mengamuk, membantah, memprotes dan menyerang mereka yang mencemarkan tempat suci orang islam. Bila rusuhan terjadi mudahlah diistiharkan dharurat, jika tidak pun akta ISA boleh digunakan.
Hasrat UMNO untuk menghuru-harakan keadaan tidak berhasil kerana melayu yang ada semuanya tergolong melayu bijak. Lagi kuat tohmahan UMNO kepada orang bukan islam itu, lagi kuat melayu bijak ketawa kerana ahli UMNO majoritinya memang bangang agama.
Kepada ahli dan pemimpin UMNO, cari isu lain kerana isu masuk surau dah jadi lawak bodoh dan tak akan dapat pikat melayu bijak menyokong anda....!!
Hari ini tidak buat lapuran polis...? Hanya itu saja kepandaian yang ada sementara polis ikut kata.
aku tunggu jugak kot ada saper2 nak komen pasai tulisan bakaq diulas oleh kolumnis new sunday times, shamsul akmar, muka 25 nst hari ni, tapi tak de orang komen pun, hangpa semua tak baca ker? hebat hang bakaq, boleh masuk mainstream media, jeles aku, hihi.
Macam mana pengikut-pengikut UMNO boleh faham Islam.Dinegeri-negeri dikuasai UMNO,tak boleh adakan tazkirah,ceramah agama pun asyik bab haid,nifas,solah,puasa aje.Tak ada majlis ilmu yang boleh mendatangkan "ilmu".Ada sebuah mesjid diWP,ceramah agama bab Tayamun,hampir 3 bulan.Dalam suasana begini,tak heiranlah,depa punya pengetahuan agama yang cetek.Lihat cara mereka berhujah dalam blog ni,macam pelajar sekolah rendah.
Soal tutup aurat - dalam mesjid sahaja kah? Semua PM UMNO punya isteri sejak dari Tengku Abdul Rahman hingga kehari ni,Najib - tak tutup aurat pun.Kalau isteri Boss besar tak tutup aurat,apa lagi yang dibawah. Kalau pakai tudung pun jambul keluar,hingga pergi mesjid dan tanah perkuburan - jambul terkeluar.Mereka konon orang Islam bukan tak Islam.Yang heboh ni kisah wanita bukan Islam.Tentu ada bezanya.
Abuarif, apa ada pada melayu lau ISLAM yer xde..apa berjuang pada bangsa, jika ISLAM dibuang.. Jika islam dibuang jadilah zina berleluasa, buang anak, dll.. Tegak melayu kesultanan Melaka kerana perjuangan ISLAM..
Abu arif ni sekolah kat mana//otak letak kat kepala lutut kah?? Hujah lah dengan bijak kot kot aku boleh percayakan UMNO..ni tidak Hampehh
Jika PAS ada hujjah Ilmiyahnya... nah sekarang UMNO bagilah Hujjah Imiyahnya... amacam... silakanlah .. jangan bagi hujjah akal dan adat... Islam datang dengan Syarak untuk membetulkan akal dan adat...
jangan layan la orang mcm abu arif tu, otak dangkal berhati lembu. mmg dah dasar orang UMNO, diorang tidak tahu bahawa mereka tidak tahu (tidak ada) ilmu agama, tetapi mereka menganggap mereka tahu. Ini la golongan "dhollu wa a dhollu", sesat lagi menyesatkan. ini lah tahap jahil yang paling teruk. wahai abu arif, tuntulah ilmu agama betul2, buang prejudis kamu dan bias kamu pada mana2 parti politik, dan dari situ baru kamu tau yang mana betul, yang mana salah.
Lembu lg bijak drp abu arif. Bodoh mcm... tak tau nak ckp mcm apa lg kalau dah lg teruk dr lembu
Ai, tak habis-habis lagi isu ni. Tak cukup dengan tu, asyik kena tembak saja si abuarif.
Inilah jadinya kalau sokong parti bukannya kebenaran.
Benang basah pun nak nak ditegakkan, termasuklah guna hujah AQ dan As-Sunnah. Tak cukup dengan itu, pendapat ulama luar negara yang tak tahu keadaan tempatan pun digunapakai.
Bukan Islam meriahkan masjid di luar negara?
Cuba tengok fahami betul-betul ayat aku tulis ni : "Masuk masjid, duduk dalam masjid, dengar ceramah dalam masjid untuk orang bukan Islam AMATLAH dialu-alukan KALAU mereka datang untuk cari kebenaran" Majlis fatwa pun benarkan bersyarat, iaitu dengan "niat yang baik". Gambar dalam Warta 365 tu pun tunjuk mereka 'tengok orang solat', 'dengar ceramah dari pegawai masjid' dan sebagainya.
Tapi masalahnya dengan DAP ialah mereka 'masuk masjid untuk cerita, untuk terangkan, untuk bagi kariah faham dan untuk promosi kebaikan mereka'. Kesnya nampak sama tapi tak serupa.
Satu datang masjid sebagai hamba, satu datang bukan sebagai hamba.
Kalau mereka datang nak berdebat pun tak apa lagi. Bukan apa, sebab kita sama level. Mereka cakap, kita cakap. Mereka tuduh, kita jawab.
Ini, mereka cakap. Kita iyakan.
Jawab soalan aku ni: " Yang iyakan tu kena dakwah ke yang cakap tu kena dakwah?"
Kalau lembu lebih bijak dari abuarif, aku sanggup jadi lembu dari jadi keldai macam korang ni.
Dah la benda tu terang-terang pun nak putar alam lagi.
p/s: Sekarang nak eksploitasi Nabi pulak walhal baginda dah wafat dan tak perlu dibabitkan. Kalau baginda ada, aku sanggup pergi explain macam aku explain kat korang ni. Paling tidak, aku cadang kat Nabi supaya baginda sendiri masuk ke gereja, sorang-sorang dan bagi 'kariah' gereja/tokong tu faham apa itu Islam.
PAS ada berani buat? Mereka berani iyakan je orang DAP cakap dalam masjid. Yes bos.. yes bos.. kami faham.. kami akur.. kami ikut.. kami undi..
Ini nak harap perjuang agama Islam?
-Malaymind-
tanya abuuarif ,bulan ni berapa banyak dapat upah ?
Abu massyuuuuk !!!
Ai, tak habis-habis lagi isu ni. Tak cukup dengan tu, asyik kena tembak saja si abuarif.
Inilah jadinya kalau sokong parti bukannya kebenaran.
Benang basah pun nak nak ditegakkan, termasuklah guna hujah AQ dan As-Sunnah. Tak cukup dengan itu, pendapat ulama luar negara yang tak tahu keadaan tempatan pun digunapakai.
Bukan Islam boleh meriahkan masjid di luar negara?
Cuba tengok fahami betul-betul ayat aku tulis ni : "Masuk masjid, duduk dalam masjid, dengar ceramah dalam masjid untuk orang bukan Islam AMATLAH dialu-alukan KALAU mereka datang untuk cari kebenaran" Majlis fatwa pun benarkan bersyarat, iaitu dengan "niat yang baik". Gambar dalam Warta 365 tu pun tunjuk mereka 'tengok orang solat', 'dengar ceramah dari pegawai masjid' dan sebagainya.
Tapi masalahnya dengan DAP ialah mereka 'masuk masjid untuk cerita, untuk terangkan, untuk bagi kariah faham dan untuk promosi kebaikan mereka'. Kesnya nampak sama tapi tak serupa.
Satu datang masjid sebagai hamba, satu datang bukan sebagai hamba.
Kalau mereka datang nak berdebat pun tak apa lagi. Bukan apa, sebab kita sama level. Mereka cakap, kita cakap. Mereka tuduh, kita jawab.
Ini, mereka cakap. Kita iyakan.
Jawab soalan aku ni: " Yang iyakan tu kena dakwah ke yang cakap tu kena dakwah?"
Kalau lembu lebih bijak dari abuarif, aku sanggup jadi lembu dari jadi keldai macam korang ni.
Dah la benda tu terang-terang pun nak putar alam lagi.
p/s: Sekarang nak eksploitasi Nabi pulak walhal baginda dah wafat dan tak perlu dibabitkan. Kalau baginda ada, aku sanggup pergi explain macam aku explain kat korang ni. Paling tidak, aku cadang kat Nabi supaya baginda sendiri masuk ke gereja, sorang-sorang dan bagi 'kariah' gereja/tokong tu faham apa itu Islam.
PAS ada berani buat? Mereka berani iyakan je orang DAP cakap dalam masjid. Yes bos.. yes bos.. kami faham.. kami akur.. kami ikut.. kami undi..
Ini nak harap perjuang agama Islam?
-Malaymind-
untuk malaymind, cuba baca ni. PAS pun ada jugak pegi kuil sorang2 citer pasal Islam. UMNO je takde buat
http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28420:adun-pas-ziarah-kuil-hindu&catid=1:utama&Itemid=50
malaymind mengigau ker.........???
Tak lama lagi ada Parti Kristien Semalaysia, Parti Buddha Semalaysia, Parti Hindu Semalaysia semua join Barisan alternative. Lepas tu PAS nak cakap apa kat UMNO??????
c++,
jaga kata2 tu. "dan mungkin Allah Taala akan turunkan satu ayat (surah) khas untuk hina UMNO"
al-quran Allah dah lengkap. x pyh nk tambah2 ngn surah bru.