Sedap!! Klik gambar di atas!

Kalau PAS kawan dengan Umno, PAS paling jantan dan menyedapkan!

Selepas berjaya memperbodohkan PAS supaya tolong dia selepas 1969 dulu, Umno kuat balik. Bila dia kuat, bukan main lagi dia berlagak. Bukan setakat berlagak, siap bunuh orang-orang PAS di Lubok Merbau dan Memali (di Lubok Merbau, orang tetap mendakwa penghasut besar kepada keganasan yang mengakibatkan Asy-Syahid Othman Talib terbunuh itu ialah Datuk Seri Najib Tun Razak).

Bila dia kuat, Umno bukan sahaja jahat malah dia jadi pengganas. Bunuh orang. Menipu, mengkhianati, mengganasi dan membunuh orang-orang Melayu Islam adalah jasa Umno kepada Islam.

Bukan orang PAS sahaja yang kata, aku pun selalu kata, Umno la ni dah tak larat nak bergerak sorang-sorang. Dia perlu orang lain tolong heret dia berjalan. Dia perlu orang tolong jaga dia. Orang yang biasa hidup disusukan rasuah mana boleh hidup kalau tak pijak kepada orang lain.

Umno menampakkan dirinya sangat memerlukan PAS kerana dia nak kenyangkan nafsu jahatnya nak terus berkuasa serta berak kencing atas kepala PAS. Bila sebahagian orang PAS tak nak (bukan semua, sebab ramai juga di dalam PAS yang tergedik-gedik nak sangat saling berjilat dengan Umno), dia marah macam syaitan. Memanglah, iblis kalau tak ikut jejak dia memang dia mengamuk sakan!

Di bawah ni marah gila ni! Nampak sangat-sangat dah dirasuk syaitan.
Apa jasa Pas?

Mingguan Malaysia (8/8/10): Awang hairan apabila Pas berterusan mendakwa UMNO tidak Islam atau kurang Islam setiap kali memperkatakan soal Islam. Padahal UMNOlah parti paling berjasa kepada perkembangan syiar Islam di negara ini.

UMNO jugalah yang paling ke hadapan dalam mempertahankan kesucian Islam. Terbaru dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh agama lain. UMNO turut menjadi parti Islam di negara ini membina paling banyak masjid, sekolah agama, universiti termasuk universiti Islam, memperkenalkan Tabung Haji dan pelbagai instrumen Islam dalam sistem perbankan dan insurans.

Peranan aktif Malaysia dalam dunia Islam yang diperakukan oleh masyarakat antarabangsa, juga adalah atas dasar UMNO. Kesederhanaan pendekatan UMNO membolehkan ramai bukan Islam di negara ini memeluk Islam terutama ketika era kepimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Rekod pencapaian itu belum mampu ditandingi Pas yang lebih banyak retorik. Bahkan UMNO terlebih dahulu merintis kerjasama dengan parti-parti kaum dan agama lain berdekad-dekad lebih awal berbanding Pas yang baru setahun jagung.

Ramai masih ingat betapa pemimpin Pas ghairah melabel bukan Islam sebagai kafir. UMNO yang berbaik-baik dengan parti bukan Islam ditentang serta dituduh kafir. Bukan setakat itu sahaja, UMNO konsisten memerangi ekstremisme agama dan menjadi pelindung terbaik kepada penganut agama lain.

Dasar UMNO juga membolehkan kaum minoriti di peringkat awal kemerdekaan berkongsi kuasa. Kaum minoriti juga boleh menguasai ekonomi, adalah atas kemurahan hati kepimpinan Melayu di bawah UMNO.

Selain itu, Malaysia dijadikan model negara Islam termasuk oleh negara rantau Arab adalah kerana pengurusan yang cemerlang. Sebab itu, Awang hairan apabila ramai pemimpin Pas menolak idea permuafakatan dengan UMNO kononnya kerana parti itu kurang Islam dan meletakkan banyak syarat.

Anehnya Pas tidak menetapkan sebarang batasan kepada DAP dalam kerjasama mereka, malah asyik tunduk kepada parti tersebut yang secara terbuka menentang gagasan negara Islam. Pada Awang, Pas menjadi parti paling dayus meskipun menggunakan nama Islam. Paling menjijikkan apabila ada pemimpin angkuh seperti Mahfuz Omar yang suka menghina orang Islam lain. Pedulikan golongan seperti itu, yang suatu hari akan menangis keinsafan kerana merekalah sebenarnya yang mengkhianati perjuangan Islam.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, mana-mana golongan yang menolak dan menyulitkan usaha ke arah perpaduan, akan menerima pembalasan. Rasulullah sendiri adalah pejuang perpaduan yang tidak meletakkan syarat dan batasan dalam usaha murninya. Meskipun baginda mendokong permuafakatan dengan penganut agama lain, namun teras kepimpinan baginda adalah mendahulukan perpaduan sesama umat Islam.
Ni antara punca marah
Bukan nak jaga Melayu, tapi jaga Umno

Harakahdaily (8/8/10): Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, dakwaan kononnya Umno sebagai parti pembela Melayu hanya retorik setelah merasai semakin terhimpit.

"Parti sekular jaga Malaysia ni hampir 60 tahun dah. Akhirnya bila dia tua sekarang ini dia minta tolong kita pula jaga dia. Dia baik sangat nak jaga perpaduan Melayu, bukan nak jaga Melayu, tapi nak jaga Umno.

"Jaga Melayu lain, jaga Umno lain. Kelantan diduduki oleh orang Melayu, tapi apa dia buat? Dia buat JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) di Kelantan sebagai tempat tadah duit daripada pusat.

"Kalu betul dia nak jaga Melayu dia salur terus ke kerajaan. Kerajaan PAS Kelantan ini pun orang Melayu, bukan orang lain, bukan Korea, bukan Yahudi atau sebagainya," katanya.

Mengulas lanjut, Menteri Besar itu mendakwa tuduhan kerajaan Islam tidak mampu membawa kemajuan sengaja dicetuskan oleh golongan sekular bagi mengancam kepada proses pengembangan Islam secara keseluruhan.

Beliau berkata, bahkan itulah juga antara punca menyebabkan orang bukan Islam terasa jauh dengan Islam.

“Apa tidaknya, apabila mereka cuba hendak rapat dengan Islam, dikatakan Islam mundur, Islam tidak dapat membawa kemajuan.

"Benda-benda begini telah menimbulkan masalah dalam masyarakat hasil daripada ajaran sesat golongan sekular terhadap Islam," ujarnya.

Beliau juga menjelaskan tidak berminat untuk melayan mana-mana individu mencabarnya untuk berdebat dalam sesuatu isu khususnya tentang Islam kecuali ia membabitkan pemimpin dari kalangan Umno.

“Saya lawan umno. Saya tak lawan individu tertentu. Bukan kerja saya lawan budak-budak kampung,” katanya semasa ditemui selepas menyempurnakan akad nikah anak Setiausaha PAS kawasan, Huzaimi Che Hussien, semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan pengasas pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah yang mencabar berdebat sekiranya apa yang didakwanya adalah tidak benar.

Abdullah kerap mengkritik Mursyidul Am PAS itu kerana berpendapat telah mengeluarkan kenyataan yang seringkali menyebabkan timbulnya kekeliruan di kalangan umat Islam.

Mengulas lanjut, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengibaratkan tindakan Abdullah tidak ubah seperti individu yang hanya “menumpang semangkuk” dan tidak perlu dilayan.

“Ikut dialah, saya nak debat dengan Umno. Umno lawan saya.

"Ibarat kalau kata Joe Frazier nak lawan Muhammad Ali, dia (Muhammad Ali) akan terima, tapi kalau Muhammad Ali nak lawan orang macam saya dia akan kata menang awaklah.

“Begitulah juga saya, ambil ke dialah (Abdullah). Dia hanya nak tumpang semangkuk,” katanya.

Tuan guru Mursyidul Am menyempurnakan akad nikah anak kedua Huzaimi di Masjid Muhammadi Bachok yang turut dihadiri Yang Dipertua PAS kawasan, Datuk Omar Mohamed.
Berkaitan:
Awang Selamat: Mahfuz paling menjijikkan, PAS paling dayus (Malaysiakini 8/8/10)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Syaitan menyamar sebagai orang UMNO untok. dan Syaitan pun boleh menyamar senagai orang PAS.Syaitan memang suka rekruit masusia secara tak sedar

    Siapakah "Devil in disguise" dalam PAS tu.???

  2. Saya masih mencari jawapan pada satu soalan ia itu apakah perjuangan PAS mengunakan POLITIK untuk keselamatan ISLAM atau menggunakan ISLAM untuk Keselamatan POLITIK PAS.
    Semenjak 6 tahun kebelakangan ini saya mula terasa curiga kepada Para Pemimpin PAS tidak seperti Pemimpin terdahulu.Saya dan rakan rakan sedang memerhati gelagat Pemimpin Tertinggi yang kini kami berpendapat sudah terkeluar dari landasan perjuangan PAS semenjak ia di tubuh.

    HJ Wan Mohammad Wan Zaini

  3. sabaq pak bakaq sabaq. kerasukan ka apa? dah dekat nak posa ni bawak bawak la betenang...hehe.

    tapi betui jugak pak bakaq habaq tu.. jangan kita buat kawan la dengan malaun macam UMNO...tau buat cempera saja...perpaduan apa namanya?

    lupakan la depa tu...depa boleh pi mampuih, pi melingkup & pi jahanam (kalah dalam arena politik)...same goes to holier-than-thou in PAS.

  4. PAK YEH,,orang melayu ni dari dulu sampai hari ini masih berusha 'mengejar dan mencari Hantu SYAITAN",,,,,,,,SYAITAN ini mudah saja nak dikenali,,,,,,,,"Syaitan akan sentiasa berusha memecah belahkan umat islam,,dan akan menghalang dgn apacara sekalipon UMAT ISLAM bersatu",,,,,,,"INILAH ciri2 SYAITAN' ,,,"SYAITAN akan menjelma dlm pelbagai rupa terutamanya yg orang islam sangat lemah dan taat contoh "ayah PIN" dan lain2 tu bolih cari kot!!!!!!,,,,,,kalau pakyeh JUMPA,,,,tangkap masuk dlm BOTOL kita tengok rupa dia macamana,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

  5. Hadi Awang dapat liputan meluas dalam akhbar-akhbar UMNO sebab sokong Perlembagaan bab kedudukan orang Melayu.Mahyuddin Yassin pun beri tahniah kad Hadi Awang.Nampaknya Hadi Awang sudah senada dengan Brahim Katak.Nak tanya ahli-ahli PAS,kemana Hadi Awang nak bawa anta semua?

  6. brother pak bakaq,
    you punya teman hj wan muhammad wan zaini (tanpa nama 2)adalah pelajar paling bodoh dalam kelas saya, adakah soalan yg paling mudah, dia terpaksa berfikir dan mencari jawapan dari umur muda sampai ke tua bangka.

    Lihat bertapa mudahnya soalan dan betapa payah dia nak jawab :
    "Saya masih mencari jawapan pada satu soalan ia itu apakah perjuangan PAS mengunakan POLITIK untuk keselamatan ISLAM atau menggunakan ISLAM untuk Keselamatan POLITIK PAS".

    Pasal apa dia palajar paling bodoh, kerana dia hantu raya UMNO, tengok apa dia kata :
    "Semenjak 6 tahun kebelakangan ini saya mula terasa curiga kepada Para Pemimpin PAS tidak seperti Pemimpin terdahulu".

    Tengok hantu ini mula nak jadi iblis, nak cucuk rusuk orang :
    "Saya dan rakan rakan sedang memerhati gelagat Pemimpin Tertinggi yang kini kami berpendapat sudah terkeluar dari landasan perjuangan PAS semenjak ia di tubuh".
    Apabila kami dengar UMNO ajak kepada perpaduaWang, bacalah segera doa ini :
    "A'uzubillah mina syaitan ni rajiiiim". tiga kali.

  7. syaitan akan sentiasa berusaha memecah belahkan umat islam dan akan menghalang dgn apa cara sekalipon umat islam bersatu..

    jd wahai abu arif,marilah kita umat islam bersatu supaya syaitan2 yg menghalang umat islam dr bersatu akan kecewa akhirnya dan yg akan lebih membuatkan syaitan2 kecewa lagi ialah bukan saja umat islam bersatu malah juga melaksanakan segala syariat-syariat yg terkandung dalam islam itu sendiri.Makanya marilah kita bersatu dgn mereka2 yg memilih islam sbg cara hidup dan bukannya mereka yg hanya gah memperjuangkan islam tp hakikatnya bersekongkol dgn syaitan itu sendiri dlm menghancurkan islam dan mereka yg berselindung atas nama bangsa semata-mata

  8. abu arif

    melayuu bersatu aku tak mau tapi yg aku mau adalah ISLAM bersatu ,,dan kita tegak kan syiar dan syariat ISLAM kat Malaysia ...Umno jgn cakap jer ,,,Langkah Pertama abu arif suruh bini-bini pembasar umno tutup aurat dulu ...

    Melayuu bersatuu kita tak akan kemana ...Kalau Islam bersatuu kita kuat ,cina /india/kadazan yg beragama ISLAM akan jadi strong.....Kalau cina islam jadi pegawai kastam dia akan jadi pegawai yg tak makan rasuah ...kalau india islam jadi HAKIM ia akan adili dgn penuh hikmah ,,tak payah susun tilam lagi , yg bunuh altantuya kena hukum balik ...apa macam abu arif ???

  9. sesungguhnya ALLAH SWT menjadikan setiap umat manusia itu dengan akal, dan Al Quran dan Sunnah Rasullullah SAW sebagai panduan hidup. Mereka mereka (umat manusia) yang bahalol benggap sembab dan lembab sahaja yang akan mendiami nereka jahanam yang bahan bakarnya adalah batu batu dan manusia.

    berassaskan kepada Al Quran dan Sunnah sahaja dapat diperhatikan setan setan di kalangan UMNO dan PAS, dengan mudahnya!

  10. sabar wahai para ISLAMIS ,meminjam pengakuan Khalid Samad,umno musti lingkup punya kali ni, tangan ALLAH sendiri yang akan rentap mereka,tok sah dok pusin belit kut mana la tetap jatuh insyaalah...BADWI PAS

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008