Saya orang Islam. Oleh kerana saya orang Islam, saya tak berani cakap apa-apa fasal agama Kristian. Terlalu sedikit maklumat saya mengenai agama itu.Tetapi, dah memang menjadi kelaku (atau buruk kelaku) pemimpin politik terutama pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) suka bercakap tentang benda yang depa tak tahu.
Siang tadi, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu (lihat Malaysiakini 6/8/10 "Guna agama raih sokongan - Umno, PAS dibidas" dan "Political Islam: MCA chief raps Umno, PAS" serta Malaysian Insider 6/8/10 "Soi Lek serang Umno, PAS dakwa guna agama raih sokongan" dan "Soi Lek fires broadside at Umno, PAS").
Wah! Nampaknya Dr Chua tidak mahu ketinggalan membantu agenda perpaduan Melayu mengikut acuan Umno. Sekurang-kurangnya di dalam liputan berita, beliau kelihatan berjaya (lihat Malaysian Insider 6/8/10 "Umno, PAS 'bersatu' bidas Soi Lek pertikai sandarkan agama").
Kalau Dr Chua jahil sangat, saya nak habaq kat dia bahawa bagi orang Melayu seperti saya, saya mahu perpaduan Melayu mengikut acuan Islam (sibghatuLlah). Pergi mampuslah perpaduan Melayu acuan Umno. Orang Putih cakap, go to hell.
Oleh kerana saya malas nak cari contoh lain, saya nak ambil Fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaan PAS sebagai contoh. Fasal 3 kata dasar PAS ialah Islam. Fasal 4 kata seruan PAS ialah Allahu Akbar. Manakala Fasal 5 pula kata tujuan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah dan mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Untuk kesekian kalinya saya mengaku, memang saya meluat sangat dengan ramai jugak pemimpin PAS dan juga meluat dengan buruk kelaku 'asabiyyah sebahagian ahli dan penyokong parti itu (kalau pemimpin depa tak betul, depa belit kata-kata untuk paksa kita terima jugak-jugak kononnya pemimpin depa tak salah - tak kisahlah walaupun mengkhianati janji kepada rakyat, berbohong dalam muktamar atau sidang akhbar atau mengamalkan kronisme termasuk dalam soal melantak balak - mereka bantu pemimpin mereka atas kezaliman seperti yang dinyatakan dalam riwayat Abu Daud, "('Asabiyyah ialah) kamu menolong kaummu atas kezaliman".)
Tetapi, sebagai orang Islam, berdosa kalau saya tak sokong Fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaan PAS itu. Itu kerja saya sebagai orang Islam.
Oleh kerana Dr Chua tak reti fasal Islam dan nak cakap juga fasal Islam, saya nak bagi tau dia bahawa semua perkara di dalam Fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaan PAS itu adalah kerja kami sebagai orang Islam. Kesemua itu tugas kami. Tanggungjawab kami jika kami beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, Muhammad s.'a.w.w.
Kalau Dr Chua tak reti-reti, saya nak bagi tau, kalau kami mahu diiktiraf oleh Allah s.w.t. sebagai Muslim, kami kena buat semua kerja tu.
Kalau Dr Chua mentakrifkan itu sebagai memperalatkan Islam, itu dia punya fasal.
Tu cerita orang MCA yang tak reti Islam tapi nak berlagak macam dia reti sangat.
Yang orang mengaku Islam pula selalu tanya, realistik ka Fasal 5 yang kata tujuan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah dan mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara?
Betulkah boleh diwujudkan di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah?
Saya selalu jawab kira lagu ni la senang; kita pun tak tau sama ada kita boleh mati syahid atau tidak. Umno tak mahu menampakkan dirinya macam kebulur nak darah orang Islam. Oleh sebab itu, susah nak cakap sama ada kita berpeluang mati syahid atau tidak.
Dulu memang Umno bunuh orang Islam di Lubok Merbau (kita tak lupa instigatornya, Datuk Seri Najib Tun Razak) dan kerajaan Umno BN bunuh orang Islam beramai-ramai di Memali (masa tu, tak ada pulak PAS berkerjasama dengan DAP - nampak sangat alasan marah kat PAS konon kerana berkerjasama dengan DAP adalah alasan munafiq).
Setakat hari ini, mungkin Umno rasa belum sampai lagi masanya dia nak bunuh kita, orang Islam, beramai-ramai. Sebab itulah kita pun tak tau sama ada kita berpeluang untuk syahid atau tidak.
Meskipun begitu, kita mesti mempunyai cita-cita untuk mati syahid.
Begitulah juga apa yang terkandung dalam Fasal 5 Perlembagaan PAS. Tak kisah sama ada orang kata boleh buat ka, tak boleh buat ka, kita wajib bercita-cita memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.
Itu kerja kita sebagai orang Islam termasuk aku yang meluat sungguh-sungguh dengan buruk kelaku sebahagian pemimpin PAS dan 'asabiyyah gila sebahagian ahli dan penyokong parti itu.










Cantik? Klik 






Bakaq. Boleh komen sikit kata2 TG Hadi hak istimewa melayu perlu dipertahan? Bukan ker tahun 1986 dulu TG Hadi kata hak istimewa melayu perlu dihapus kerana bercanggah dengan syariat Islam? Dalam perlembagaan baru parti ada lagi ker soal perjuangan melayu sebagai tujuan atau matlamat parti ni? Bukan dah tak de ker? Pening.
yaaahhh!!! betul!!! 2-2 parti islam..tapi terang2an jadikan agama sebagai 'topeng' di sebalik ke'gila'an mereka meraih sokongan. fiil mereka bukan sahaja menilaikan ke'rendahan'an harga agama disisi rakyat..tapi turut merosakkan perjuangan orang lain yang xlast berjuang kerana agama dan rakyat.
betul3!!!!
nasib baik dia tak cakap ayat2 Al Quran dan hadis..
Pernahkah kita sebagai orang islam malaysia terfikir dan berfikir, kelakuan dan perlakuan kita sebagai orang islam di kaji dan di perhatikan oleh puak-puak kafir ini. hendak tidak hendak kita terpaksa mengakui secara majoriti daripada kita sudah jauh dari agama. kita menjaga agama bukan pada luaran, tapi amalan. kalau kita mengamalkan apa yang agama hendak, dengan sendirinya luaran cantik, tapi kalau kita menjaga agama pada luaran, kebusukan dalamnya akan di hidu. puak-puak kafir ini berani bercakap kerana kita telah menunjukan kepada mereka bahawa kita juga lebihkurang dengan mereka. insafilah apa yang jadi kepada melayu sekarang, melayu telah jauh menyimpang dari islam, agama yang di anutinya. kita becakap pasal islam, tapi pada luaran dan sebahagian sahaja. kembalilah pada islam sebenarnya, jangan kita mengamalkan islam sekadar menjaga kepentingan kita.
Kenapa KAUM lain berani PERSOALKAL KESUCIAN ISLAM,,,,,,,,,,,,Kerana SESAMA ISLAM PAS dan UMNO saling bermusoh,,,,,,,CARI TITIK PERTEMUAN !!!!! IKLAS dan SAYANGKAN BANGSA,,INGAT ANAK CUCU,,,,,,,tengok hari ini,,,,bangsa mana yg susah, merempat,sosial,zina, buang bayi,,,,,,segala macam masaalah,,yg menimpa orang MELAYu,,,,,,,,,mesih cakap soal PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM TAK ISLAM,,,,,,HARI INI KITA NAK TENGOK KEBERANIAN dan KEBIJAKSANAAN PEMIMPIN MELAKSANAKAN TUGAS dan AMANAH yg diberikan ,,,,,,,,bercakap,,dan bersyarah semua ustaz2 dan tok guru pondok bertaskirah,,,,,,,MANA KESAN PEMERINTAHAN TOK GURU NIK AZIZ yg KITA orang MELAYU ISLAM BOLIH BANGGA dan MENAMBAH KEKUATAN MELAYU,,,,,,tolong bagi tau,,,,,,,,,MAKIN LAMA MELAYU makin Berpecah INILAH KEJAYAAN PAS terhadap umat MELAYU dan ISLAM d tanah air ini,,,,,,,,,,KITA NAK TINDAKAN bukan BERCERAMAH berpuloh2 tahun,,,,,,menampakan kebodohan MELAYU,,,,,,,,,BERCERAMAH MMEMBUROKAN SESAMA MELAYU,,,,,,kaum lain kaut segala kekayaan negara,,,,,,,,,,renungkan.salam
PENGUMUMAN RAKYAT SEMUA: KONTRAK IGP SUDAH PUN DISAMBUNG SEMULA.
Ikhlas dari hati Pak Bakaq...mantap!
Penarik beca,
"...Oleh kerana Dr Chua tak reti fasal Islam dan nak cakap juga fasal Islam…”
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membidas UMNO dan PAS kononnya menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Kenyataan itu perlu kita lihat pada sudut politik. Dan bukan pada fahaman atau kepercayaan beragama kerana Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebenarnya burung kakak tua, pandai cakap tapi tak faham.
Benarkah kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden MCA itu menghina islam atau melayu atau mereka cuba membantu UMNO dapat sokongan dari orang melayu..?
Bangsa Melayu, Orang Melayu dan Hak keistimewaan Melayu adalah slogan sensitif dari UMNO. Agama Islam, Penganut Islam dan Islam untuk semua adalah slogan sensitif dari PAS pula.
Tidak kah kita lihat hanya dengan kenyataan seperti itu telah merubah keadaan menjadikan PAS dan UMNO berganding bahu menempelak semula Presiden MCA ketika ini...? Persoalannya mengapa UMNO sanggup mengutuk MCA sedangkan UMNO dan MCA adalah kawan dalam selimut...? Jangan terperangkap…!
Sebenarnya kalau dilayan kenyataan itu akan terbitkan kebodohan pemimpin bersama orang yang menyokong parti atas Fasal 3, 4 dan 5 dalam Perlembagaan PAS. UMNO dan BN sedang cuba sedaya upaya untuk memecah belahkan perpaduan diantara ummah dalam Pakatan Rakyat.
PKR menjadi kuat kerana sokongan PAS. PKR dan PAS menjadi kukuh kerana sokongan DAP...? Tidak kah kita melihat bangsa melayu di Malaysia semakin bersatu disebabkan perpaduan Pakatan Rakyat…?
Perpaduan diantara UMNO dengan PAS jika dilayan akan mengujudkan perpecahan dikalangan ahli PAS dalam parti… Ada yang akan mengikut pemimpin yang pro pada UMNO, ada yang akan menjadi ahli PKR dan selebihnya akan menjadi rakyat yang tidak berparti…?
Sebenarnya disebalik niat perpaduan UMNO-PAS, UMNO yang mahukan bangsa melayu jadi keliru, berpecah dan lemah.
takut kena rejam kot kerana berzina......
Chua Soi Lek ni tak usahlah nak sentuh bab agama.Orang Islam tulin dipertanggung-jawabkan untuk menjadikan hukum Allah sebagai hukum bumi.Itu kewajipan(wajib).Sama ada berjaya atau tidak,bukan soalan,kewajipan wajib diteruskan.Chua Soi Lek langsung tak ada kredibiliti untuk menyentuh hal agama(walau apa agama sekali pun)sebab dia bukan manusia yang bersih.Dia bintang video lucah.Kalau dia ingat dan faham ni,tentu dia tak akan buka mulut dia yang kotor tu.
salam esp untuk abuarif
..u need to go back and study the Islamic teaching before comment ...
atau nak faham cepat tanyalah ustaz apa beza Islam dan Melayuu ??
"MANA KESAN PEMERINTAHAN TOK GURU NIK AZIZ yg KITA orang MELAYU ISLAM BOLIH BANGGA dan MENAMBAH KEKUATAN MELAYU,,,,,,tolong bagi tau,,,,"
Hang nii memang buta hatii kut !! Balik mengaji kitab dulu lah wahai abu arif
wassalam !!!
Anon 12:saya tanya soalan Apa kesan Pemerintahan Tok Guru Nik Aziz yg beri kesan dan bolih kita umat islam di MALAYSIA BANGAKAN??? Sepanjang jadi PEMIMPIN TERTINGGI PAS tolong jawablah itu aje,,mengapa melenting pula,,TUAN ILMU ISLAM LEBIH DARI ORANG LAIN,,,sepatutnya jawab dgn penuh HIKMAH,,,jangan ambil jalan MUDAH katakan orang lain tak islamik? buta hati,,,,tlg beri penjelasan,,,,,,,sebab tuan ilmu tersangat tinggi,,,,,
Jasa paling besar TGNA di Kelantan ialah hampir mampuskan Umno di Kelantan. Dia tak mampus, tapi hampir mampus. Itu jasa yang sangat besar tu sebab semakin ramai rasa macam yg bakaq kata - bila dia tengok Umno, dia rasa macam tengok syaitan. Kalau TGNA boleh hampir mampuskan Umno yang dilihat macam syaitan di Kelantan, itu dah jasa yg sngt besar tu. Hai, bunuh syaitan, takkan tak besar lagi jasa! Tidak ada yg lebih penting dari bunuh syaitan! Jasa lain tambah la kalau ada yg rasa nak tambah.
Kita2 ni, mari kita terus lawan syaitan sama ada yang muncul dgn nama Umno atau apa2 pun.
abu arif ...
buat lah home work sendiri ...mentelaah sendiri ,sekarang ni dunia dah moden ,info dalam internet banyak ...Pergi ke kelantan tengok sendiri .. aku tak melenting CUMA pelik u nampak ke i melenting !!!
"bangsa mana yg susah, merempat,sosial,zina, buang bayi",,
Wahai abu arif .. di Malaysia ni kalau berzina hukum nya bukan rejam bagi yg dah kahwin tapi denda rm 2-3k sahaja ,boleh bayar KREDIT CARD ..SIAPA NAK TAKUT..Kalau lah HUKUM ALLAH DI JALAN KAN AT LEAST ORANG ISLAM TAKUUT SIKIT ...INGAT TAK APA PEMIMPIN UMNO-BN KATA ..NANTI RAMAI YG KUDUNG TANGAN /ADA YG KATA LAGII ,SIAPA YG NAK MAKAN SUP TANGAN SILA PERGI KE KELANTAN .... INI MELAYUU MANA YG KATA ..SEBAB ITU AKU KATA JGN BUTA SEJARAH / JGN BUTA HATII BILA DAH BACA TUU...
Alhamdulillah ,Penjelasan Pelanggan Tetap ,,,munkin inilah cara ISLAMIK menjawab soalan yg ISLAMNYA LEBIH DARI ORANG LAIN,,,,,," TUDUH ORANG LAIN SYAITAN" ,,,Inilah selalu JAWAPAN yg diberikan olih "orang2 yg angkat diri sendiri lebih alim dari orang lain" INI BUKAN JAWAPAN,,,,,,,INI TUDUHAN,,,,,,KALAU UMNO SYAITAN,,,,,,,,"PAS apa pula"?????? MENGGUNAKAN hukum islam,,,,UNTUK KUASA POLITIK???? DULU UMNO DLM BARISAN DIKATAKAN KAFIR,,,,,Hari ini dah dlm pakatan BOLIH PULA,,,,,,,,TUAN2 hari rakyat dah berilmu,,,,,,,,,",KITA NAK JAWAPAN YG KONKRIT bukan TUDUHAN MEMBABI BUTA",,,,,"Syaitan selalu menutup diri sebenar,,dgn cepat2 menudoh orang lain SYAITAN"
kenapa melayu PAS UMNO perlu layan panggilan si Soi Lek ini? Soi Lek ini dah buat zina terang terang mengaku, dan bila dah berperangai sedemikian, tak layak jadi pemimpin melainkan pengikutnya juga se setan Soi Lek ini. tok sah di layan, kerja kuat siang malam cari rezeki halal bagi anak bini makan dan sedekah banyak adalah perkara baik yang perlu dicari; bukan si Soi Lek ini.
ini la org melayu....sama2 melayu asyik dok bergaduh...yg untung cina kapir...xkira la dap ke mca ke gerakan ke...diorg akan bersatu untuk memajukan kaum mereka...tapi kita org islam sanggup bunuh membunuh sesama sendri utk tunjuk sapa yg lebih hebat...akhirnya yg rugi anak cuci kita nanti...