Sedap!! Klik gambar di atas!

Hello PR, sudah-sudahlah janjikan bulan dan bintang

Melihat berita Malaysiakini semalam bertajuk "Pendapatan RM4,000 jika Pakatan kuasai Putrajaya", terus terang saya katakan bahawa saya menyampah sangat berita-berita macam tu. Hello Pakatan Rakyat (PR), aku menyampah la cerita-cerita nak bagi RM1,000 setahun la, pendapatan RM4,000 la, entah apa-apa lagi.

Tak payah la nak janjikan bulan dan bintang. Kalau ya pun, esok hampa perintah buat ja kalau sungguh ada kemampuan.

Kawan baik saya kata, yang dia nak dengar ialah PR janjikan perkara-perkara yang realistik dan boleh buat, contohnya:

1. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diletakkan di bawah Yang di-Pertuan Agong dan dikawal selia oleh Jawatankuasa Parlimen. Siapa pun perintah, SPR tidak lagi jadi kuda tunggangan parti yang memerintah hingga persempadanan semula kawasan pilihan raya pun dibuat mengikut kepentingan parti yang memerintah. Saya tak maaf sampai bila-bila Umno yang khianati Melayu dengan persempadanan kawasan pilihan raya 2003. Kurang ajaq sungguh!

Kalau PR perintah pun, jangan mimpi semua yang buruk terus jadi elok dan cantik. Bohonglah! Tapi kurang-kurang pun, dengan adanya SPR yang bebas, rakyat mempunyai lebih kuasa dan peluang untuk menghambat pemerintah yang jahat.

2. Kehakiman diletakkan di bawah Yang di-Pertuan Agong dan dikawal selia oleh Jawatankuasa Parlimen. Punyalah buruk imej sistem perundangan Malaysia di mata dunia hinggakan syarikat-syarikat luar dan syarikat-syarikat multinasional (MNC) takut nak buat arbitration di Malaysia apabila nak berniaga dalam negara ini.

3. Badan-badan penguatkuasa penting seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diletakkan di bawah Yang di-Pertuan Agong dan dikawal selia oleh Jawatankuasa Parlimen. Kita tak nak lagi lihat SPRM dan polis jadi alat perkakas parti yang berkuasa.

4. Bagi menjaga kepentingan Bumiputera, pegangan ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat tersenarai diletakkan di bawah badan-badan seperti MARA dan Tabung Haji. Letakkan badan-badan itu di bawah Yang di-Pertuan Agong dan dikawal selia oleh Jawatankuasa Parlimen.

Wujudkan semacam sovereign fund untuk Bumiputera melalui badan-badan itu. Dana itu digunakan untuk kepentingan Bumiputera. Boleh buat banyak-banyak institusi pelajaran dan kemahiran untuk Bumiputera. Selama ini pun, majoriti orang Melayu jadi kelas menengah kerana pelajaran serta kemahiran dan bukan kerana mak bapak depa banyak harta. Dana itu juga boleh digunakan untuk memajukan tempat-tempat warisan Melayu seperti Kampung Baru di Kuala Lumpur. Ni tergedik-gedik nak sumbat orang lain masuk ke tempat warisan Melayu seperti itu.

5. Duit Petronas jangan buat kenduri untuk anak beranak hampa. Buat sovereign fund dari hasil minyak untuk kepentingan rakyat seperti di Norway. Akta Kemajuan Petroleum pinda la macam yang dibuat kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

6. Tutup syarikat-syarikat yang nampaknya akan rugi sampai kiamat seperti Malaysia Airlines. Nak simpan buat apa kudis buruk macam tu.

7. Dan yang paling penting ialah rakyat tak nak lihat watak-watak mencurigakan dalam PR menjadi pemimpin negara, sama ada yang kelihatan jahat atau bodoh (malas la nak sebut nama-nama pemimpin PR yang aku meluat habis)

Ah, yang nombor 7 tu menyebabkan saya teringat pertanyaan saya kepada beberapa pemimpin PAS, adakah bila PR perintah, saya akan masuk lokap lagi sebab saya sikit pun tak dak cita-cita nak jadi Mat 'Asabiyyah serta tukang jilat mana-mana parti. Aku dah kata berkali-kali, saya akan tibai kerajaan PR kalau depa buat kurang ajaq.

Insya Allah, kalau Allah tolong, saya tak perlu apa-apa dari depa. Nak apa lagi, umur pun dah lebih setengah abad. Takat nak pi Makkah suami isteri, duit EPF saya pun dah cukup.

Saya juga tertanya-tanya, adakah kebencian habis-habisan saya kepada Umno akan bertukar kepada kebencian kepada PR pula kalau depa memerintah? Allah jua Yang Maha Mengetahui. Macam yang dah sebut tadi, sekarang pun ramai pemimpin PR yang aku meluat habis

Apa-apa pun, insya Allah, saya sentiasa bersedia untuk masuk lokap dan diYahudi serta dikafirkan (sekarang pun tukang-tukang komen dalam blog ini yang nampaknya macam ahli atau penyokong PAS dah jenuh Yahudi dan kafirkan aku) kerana menentang kurang ajaq mana-mana kerajaan pun.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Jangan Pak Bakaq berasa gundah kepada yang menyerang Pak Bakaq.. Ramai lagi yang menyokong Pak Bakaq..

    alba

  2. salam..pak bakaq,ala sebut la nama anwar,dia kan yang sebut pasai nak bagi rm 4000 tu..aii,xkan xbrannn kotttt..kecut teloqq kaaa..hahaha

  3. caya la bakaq........aku suka tang nie.........


    tokpengulu

  4. aku sokong pak bakaq...

  5. Pak Bakaq,

    Baguih la macam tu, tak buyers pada mana-mana parti. Baru kita boleh melihat dan bagi pandangan tanpa sebarang prejudis.

    Pada saya biarla PR nak menjanjikan bulan dan bintang sekali pun, kita tunggu dan lihat. Nak harapkan um-NGOK rasanya makin jahanam anak cucu kita nanti.

    -madir-

  6. InsyAllah PR akan buat perubahan.

  7. Ambo pun sokong Pak Bakaq dalam soal nih...

  8. janji belum mendapat memangnya indah...

  9. salam pak bakaq

    mana abuarif ??

  10. sokong 200%

  11. Pak Bakaq,

    Hisbah yang Pakatan janji sebagai dasar pun depa tak buat lagi di negeri yang depa perintah...

    Awat pemimpin kerajaan negeri Pakatan pun kelapaq curi duit rakyat jugak ka sampai tak buat lagi hisbah...Kedah, Penang dan Selangor dah dua tahun perintah, bila lagi nak buat hisbah...Kelantan lagi la lama perintah, Pas pulak tu yang perintah, tapi hisbah tak buat pun...

    Awat lagu tu?

    Jangan bagitau hisbah berlawanan dengan undang-undang persekutuan...Rakyat bukan bodoh!

  12. Betul Pak Bakaq..

    Jgn dok cakap, janji macam2 kat rakyat.
    Buat projek/program yg patut perlu dan mampu di negeri2 Pakatan Rakyat..

    Sebagai contoh:

    -Pemberian air percuma(Selangor dah bagi RM11)
    -Kemudahan wi-fi percuma(sebahagian Penang dah ada)
    -Skim agar setiap rumah ada komputer dan internet. Biar maklumat cepat dan tepat kpd rakyat.
    Bagi 15juta, tp kat rumah tak ada komputer dan internet. Nak tgk 'TVSelangor' tak dapat, maklumat tak sampai jugak.
    Naskah SelangorKini nak tgk pun susah. sewajarnya naskah ini dihantar ke rumah dan premis, mengikut daerah, kampung atau taman. Agar maklumat sampai pada sasaran..

    Projek TAWAS di Selangor, dah 8 bulan lebih didaftarkan tp apa2 surat pun belum dpt. Takkan nak tunggu ada pilihanraya kot..?!
    Jgn la dok ikut kelaku dan perangai UMNO/BN.

    'Buat baik dibalas baik'

  13. Apabila DSAI menjanjikan pendapatan isi rumah RM4k sebulan.....terus terang aku katakan ........aku tidak terkejut.

    Teringat masa lepas skola dulu....aku pun skola tahap spm jer.Merantau jauh kenagara org(negara maju).........kerja sebagai buruh kasar dgn pendapatan lebih dari RM4k sebulan.Waktu cuti aku ikut kawan sekerja rakyat sana bekerja di sawah padi milik org tua nye dgn upah sebanyak RM300 sehari..........terus terang aku katakan ..............janji DSAI bukan nye omong kosong.

    Tambahan pula dgn kekayaan semulajadi bumi Malaysia anugerah Illahi ini........di tambah dgn berbagai lagi perusahaan yg telah pun ada maka janji itu bukan nye umpama bulan dan bintang.

    Mungkin bagi mereka yg masih terperangkap minda nye dgn suasana dan amalan perburuhan di Malaysia sejak dulu kini dan entah sampai bila ....menganggap ia nye suatu yg terlalu jauh dan mustahil utk di capai.Aku hanye mampu mengungkapkan ucapan simpati.

    Kembali ke negara tumpah darah ini aku terlibat dgn berbagai jenis perniagaan dgn kebolehan ku sbg perunding bebas a.k.a kaki kelentong@loyar buruk@kaki sembang............aku menyaksikan bagaimana laporan kewangan sykt di Malaysia di ubah dan di olah dgn begitu dahsyat sekali.

    Keuntungan berjuta RM boleh menjadi hanye setakat di bawah RM500k shj........ bukan nye perkara pelik.

    Maka apa pelik nye sekira nye negara di tadbir dgn lebih telus dan bersih akan membolehkan kekayaan itu di kongsi dgn lebih adil dan berperikemanusiaan.

    Sekadar berkonsi pengalaman hidup.

    Wallahualam........

  14. janji yg menyuburkan budaya subsidi dan pemalas

  15. Aku setuju. Sepatutnya PR tak payah tumpu kepada usaha nak naikkan pendapatan rakyat. Yang penting pastikan sistem kehakiman adil, keselamatan, pilihanraya telus, bebas maklumat. Rakyat boleh makan ke tak, itu tak penting.

  16. kalau pembahagian kekayaan yang Allah kurniakan pada malaysia ni di urustadbir dengan amanah dan adil ,kebih pada tu pun boleh capai...BADWI PAS

  17. Penarik beca,

    Sebenarnya pendapatan RM4000.00 sebulan yang dijanjikan oleh pemimpin Pakatan Rakyat adalah salah satu pekara yang akan dibuktikan termasuk juga dengan apa yang anda senaraikan 1 hingga 6 itu.

    Geram anda itu memamg berbaloi kerana pemimpin Pakatan Rakyat tidak menyenaraikan apa yang terbuku dihati anda. Seolah-olah pemimpin Pakatan Rakyat ini nampak saja pandai tapi bangang....?

    Perlukan kita katakan bahawa segala urus tadbir zaman pemerintahan Tun Mahathir sebagai perdana menteri disiasat semula sehingga orang yang anti pada Tun akan berpuas hati...?

    Memang tugas orang yang ingin kan pembahruan seperti Penarik Beca, mesti memberi tahu pada orang yang diamanahkan supaya melakukan perubahan itu. Dan orang yang diingatkan itu jangan cepat melatah pulak kononnya orang lain tidak berhak memberi tahu kelemahan yang dimilikinya itu kerana cara itu kononnya menjatuhkan maruah pemimpin...?

    Semuga Pakatan Rakyat lebih elok pentadbirannya dari Barisan Nasional.

  18. Sudah beberapa hari Domain Portal Haramkah Daily tamat tempoh. Sehingga kini mereka masih belum mampu membaharuinya. Dah bangkarap agaknya.. nak bayar Domain pun tak mampu. Janji tetap janji, boleh pakai duit Kohilal dulu.

  19. Pelik nye.........kenapa kepoh2 portal harakah daily korang tak leh masuk.

    Aku tak de masalah pun nak masuk.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008