Sedap!! Klik gambar di atas!

It's Umno sensitivity, stupid!

Dalam suratnya kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bertarikh 9 November 2009, Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid menyatakan:
"Menurut sejarah, semasa RasuluLlah s.'a.w. di Madinah, RasuluLlah tidak menolak kunjungan golongan Yahudi dan Nasrani menemui baginda, walaupun baginda berada dalam Masjid Madinah. Mereka yang datang itu sama ada meminta penjelasan, mohon keadilan atau urusan pentadbiran dan lain-lain. Difahamkan dari peristiwa tersebut, tidaklah menjadi halangan dalam Islam membenarkan pertemuan dalam masjid dengan tujuan yang baik selain dari Masjid Al-Haram, di Makkah Almukorramah" (lihat Malaysiakini hari ini "Scholars: Islam doesn't bar non-Muslims from suraus, mosques").
Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi pula menyatakan orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki dalam masjid dan surau apatah lagi di ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid (lihat Utusan Malaysia 27/8/10 "Tindakan tegas jemput bukan Islam - Jais").

Perkataan dan perbuatan RasuluLlah s.'a.w.w., termasuk seperti yang dinyatakan oleh Mufti Selangor dalam suratnya itu, adalah ajaran Islam.

Tidak diketahui dari ajaran mana pula hukum yang dinyatakan oleh Mohammed Khusrin itu.

Saya sebelum ini menyebut supaya wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) jangan bodo sangat. Umno sentiasa dok cari pasal nak tibai (lihat "Umno akan terus berkuasa kerana PR bodoh melantun-lantun" dan "Kalaulah Umno ada di zaman Nabi").

Surat Mufti Selangor itu juga memberi cadangan untuk mengelakkan berlaku sebarang fitnah. Selepas memetik kisah di zaman RasuluLlah itu, beliau menyatakan:
"Untuk mengelakkan berlaku sebarang fitnah di kalangan ahli qaryah, saya berpandangan adalah wajar kiranya majlis yang dihadiri pemimpin bukan Islam dibuat di perkarangan masjid sahaja. Kiranya majlis diadakan dalam masjid, maka pemimpin bukan Islam bolehlah melantik wakilnya di kalangan orang Islam untuk menyampaikan ucapan dan sebagainya di dalam masjid".
Mufti Selangor tidak memfatwakan haram bagi orang bukan Islam masuk ke dalam masjid. Beliau memberikan pandangan "untuk mengelakkan berlaku sebarang fitnah di kalangan ahli qaryah, saya berpandangan adalah wajar kiranya majlis yang dihadiri pemimpin bukan Islam dibuat di perkarangan masjid sahaja".

Mufti Selangor dah bagi cadangan, wakil-wakil rakyat PR yang bukan Islam serta penyokong-penyokong PR, terutama yang beragama Islam, janganlah bodo sangat. Takkan sampai dah jadi wakil rakyat pun tak reti-reti lagi wujudnya ajaran yang menyatakan "orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki dalam masjid dan surau apatah lagi di ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid".

Mereka janganlah sampai tak ingat langsung bahawa orang-orang Umno ramai di negara ini. Janganlah dinafikan dengan mudah tanggungjawab orang-orang Umno untuk memelihara kekayaan melimpah-limpah yang terkumpul di tangan mereka yang mereka nikmati hasil dari kuasa yang ada pada mereka.

Ingat senang-senang mereka nak lepas kekayaan melimpah-limpah itu!!

Janganlah bodo sangat sampai tak tau apa sehingga tak reti-reti bahawa orang-orang Umno dengan jelas memperlihatkan bahawa mereka berpegang kepada ajaran yang menyatakan "orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki dalam masjid dan surau apatah lagi di ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid".

It's Umno sensitivity, stupid!

Berkaitan:
Siapa nak pergi buat repot ni? (Mimpi Senja 29/8/10)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Adab sopan di rumah Allah menutup aurat & suci dari hadas..kalau saya jadi ustaz tu saya mohon maaf krn lalai..dlm soal tersebut...mana ada manusia yg takda dosa selaui nabi ulul azmi..

    ini bukan soal PAS/UMNO..hanya krn jika sesiapa ke musolla atas tujuan apa pun perlu patuh etika pemakaian..kalu nak biarkan berlarutan silakan..panggil ramai2 bogel & anggaplah depa bersopan mengikut fatwa masing2..

    takkan kita nak tunduk kpd kapiaq..kalau depa mau masuk..sila ikut peraturan..tak perlu pertahankan kapiaq kona sana sini..bila lagi DAP nak ikut PAS..MCA nak Ikut PAS..

  2. Ada lagi dahulukan adab lebih daripada kesucian kebenaran Islam dalam hal bukan Islam masuk masjid. Dah bagi hujah pun - hadis Rasullulah s.a.w, ada jugak nampak ni drp politik, politik & politik saja. Benak hati ker apa, hah? Allah!

    Kalau nak jaga sangat adab masuk masjid, semua Islam kena jaga dulu akhlak depa. Kalau ada sapa sapa lelaki mahupun wanita Islam tak tutup aurat sepenuhnya kita buat kecoh 1Malaysia, repot kat polis, kat Sultan..yer? Ok fine...repot la pasal Rosmah bini DSAI Najib & ramai hadirinnya tak berpakain sopan, tak tutup aurat sebaiknya tu. Silakan.

  3. salam pak bakaq..

    bercakap benar walaupun pahit, nak tunggu Umno ikut memang tobat lahum...

    bagi jatuh dulu baru cerita...semangat badar al-kubra

  4. Ptuih,,aku PAS lor,juga tidak suka engkau.

  5. Alangkah baik nya kalu UMNO ni hightlight kan Isue orang melayu ramai Puasa tapi tak sembahyang atau Orang Pompuan Melayu ramai Puasa tapi dok telanjang..lagi bagus

  6. kecoh la sangat pasal nak kena ikut etika berpakaian semasa masuk masjid. kat orang bukan islam pulak tu. etika berpakaian untuk orang Islam lelaki dan wanita tak kisah pun. padahal kena tutup aurat bukan sahaja di dalam masjid tetapi di luar masjid pun. satu dunia ni kan masjid Allah. kita boleh solat di mana-mana pun selain di dalam masjid/surau asalkan tempat tu bersih. kat padang, kat bawah pokok, hatta dalam gereja pun boleh cuma tidak digalakkan. sebab tu kena sentiasa dalam keadaan aurat tertutup supaya senang nak solat. tak payah bertelekung penuh pun tak apa untuk yang perempuan.

    sekarang macam dah ada ajaran barukah? MESTI tutup aurat masa dalam masjid/surau tapi luar dari rumah ibadat boleh dedah-dedah? sebab semuanya dok kecoh pasal etika berpakaian dalam rumah ibadat tapi tak ambik pot langsung pasal etika berpakaian yang ditentukan Allah yang perlu kita ikut tanpa banyak soal. sangat2 hipokrit.

  7. UMNO dah keliru antara Hukum Allah dengan kehendak Raja yang mana yang patut ikut.Atau saja nak bagi keliru sebab nak jadi kan isu.Atau UMNO dah kelemasan maka terpaksa berpaut kepada Raja..yang mana satu

  8. Ulama-ulama PIS telah menjadikan amalan ia itu suka mengambil ayat-ayat Quran, Hadis atau hukum setengah-setengah sahaja, iaitu mengikut kepentingan politik mereka.
    Begitu juga dengan keputusan Majlis Fatwa, mereka hanya ambil bahagian yang menyatakan pelancong bukan Isalam boleh masuk Masjid.

  9. Bakar,
    Aku nak tukar tajuk kau tu....
    Bukannya "It's Umno sensitivity, stupid!"
    Tapi lagi cantik gamaknya disebut "It's Umno stupid sensitivity!"

  10. Bakaq,

    Dalam perjalanan hang, habih orang kiri kanan hang sigung. Apa yg betui dgn hang pun tak tau. Menulis mengenai orang yang buat kerja, mmg syok. Tapi apa kerja kita?

    Kalau zaman Khulafa' Ar-Rasyidin, hang kena potong kepala dah Bakaq oii..

  11. Peduli Apa Pak Bakaq oi apa orang nak kata kat hang.Kerja kita tibai siapa saja yang tak betoi.Yang kena tibai tu kena ingat lah ini bukan Hal peribadi ini soal maslahah UMUM yang harus di perbetuikan.Kalu hang anti UMNO aku suka,Kalau hang anti Pemimpin PAS yang Tertentu aku lagi suka sebab bukan Semua Pemimpin PAS tu betoi.Tapi kalu Hang tak Suka PAS itu aku tak suka.Kita mau negara ini membuat yang terbaik untuk Rakyat.PAS UMNO ni sama saja dari segi Politik dalaman yang bezanya Dasar dan Matlamat Parti saja sebab tu atas dasar ini kita umat islam wajib sokong PAS dan tak semistinya kita misti sokong pemimpin PAS yang meyeleweng dari dasar dan Matlamat..itu alasan aku.Misti orang PAS yang tertentu akan kata pandai sangat lah hang nak pebetoi orang...Dalam negara Demokrasi ini lah tujuannya bebas bercakap.Pas patut terima hakikat ini..Kalau tak mahu cara demokrasi cara apa lagi..Tibai bakaq tibai.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008