Sedap!! Klik gambar di atas!

Bila Umno jerit "Melayu! Melayu!", tu maknanya "Duit! Duit!"

Bagi saya, berita Malaysian Insider hari yang bertajuk "57 peratus orang Melayu tak percaya media arus perdana" tidaklah menyebabkan saya seronok sangat. Berita itu sepatutnya kita terjemahkan kepada realiti untuk memastikan peratusan yang sama dari kalangan orang-orang Melayu benar-benar membenci dan memusuhi Umno dan Barisan Nasional (BN) serta mahu membunuh parti-parti puaka itu.

Kerja itu bukanlah kerja yang senang dan mudah. Umno yang sedang bersedap-sedap menikmati kuasa sudah tentu akan melakukan apa sahaja untuk memastikan perkara itu tidak terjadi. Dengan kuasalah Umno kini senang-lenang dan kaya-raya tak terkira. Kata Orang Putih, "live in clover".

Ca baca ni apa kata Tengku Razaleigh Hamzah: "Kita mempunyai ahli-ahli politik yang tidak mahu atau tidak mempunyai kebolehan untuk menangani isu utama kini kerana mereka telah senang-lenang dan begitu selesa dengan sistem yang dibina di atas pembohongan dan pencurian" serta "hidup di kelilingi pengampu-pengampu" (baca selanjutnya di sini).

Andakah anda fikir Umno mahu melepaskan gitu-gitu sahaja kesenangan dan kekayaan yang mereka tibai puas-puas kini dan hidup susah? Haji Mohamad Sabu pernah kata, kalau Umno dah tak berkuasa, ketua-ketua Umno bahagian akhirnya terpaksa jual mee tepi jalan.

Anda ingat orang-orang Umno mahu perkara itu berlaku? Anda jangan lupa, manusia sanggup berbunuh kerana duit dan kesenangan. Abang adik pun sanggup berbunuh. Anda fikir orang-orang Umno tak sanggup bunuh orang yang nak kacau kesedapan kesenangan berkepuk-kepuk mereka hari ini?

Sebab itulah orang-orang Umno la ni dok jerit "Melayu! Melayu!" Anda faham ka apa makna sebenarnya perkataan itu? Lain kali, kalau anda dengar orang-orang Umno jerit "Melayu! Melayu!", ia sebenarnya bermakna "Duit! Duit!".

Ingat! Bila lain kali anda mendengar orang-orang Umno jerit "Melayu! Melayu!", telinga anda hendaklah mendengarnya sebagai "Duit! Duit!".

Orang-orang Umno bukan mempertahankan Melayu. Peduli apa depa Melayu-Melayu ni semua. Peduli apa depa Melayu ka, Islam ka. Depa sebenarnya sedang mempertahankan kesenangan dan kekayaan depa yang depa rembat melalui kuasa yang ada pada depa. Kalau kuasa dah tak ada di tangan depa, depa takut depa akhirnya akan jual babi tepi jalan.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Wow pak bakaq,,hebat hang bulan Puasa ini,,,Soal duit ni Pak bakaq ,,bukan umno saja,,,selagi nama manusia termasuk pak bakaq ni semua orang memerlukan duit,,,,,PAS di Kelantan pon apa kurang ,,,,,Hutan balak habis di tebang,,,bagi kat sapa,,,,,,Hari ini ahli UMNO sedang usha nak singkirkan PENYAMUN DLM UMNO, sebab tu Pak LAH di terajang keluar,,,,,,,,,KJ,ZAHID dan semua kuncu2 paklah dulu yg sah dan nyata KORAP,,tangkap AJEEEEEEE,,,,,,,RAKYAT SAYANG UMNO,,,,,,TAPI BENCI ,,,,,PENYAMUN2,,singkirkan MEREKA dan ambil PEJUANG2 MUDA YG BERANI ,JUJUR dan MEMPUNYAI SEMANGAT MEMPERTAHANKAN MELAYU yg TNGGI,,,,,,,,,,,,Rakyat Bosan dgn retorik PAS yg Tak BERANI PERTAHANKAN MELAYU dan sanggop mengikut TELUNJUK ANUAR IBRAHIM dan DAP,,,,,,,,,,,,,,,,,,

  2. Itu yg sebenarnya...?? Dlm pimpinan UMNO ada tak org yg ikhlas? atau sebanding(atau kurang sikit takpa) dgn TGNA. Ketua Bahagian UMNO pun hebat,TGNA tak den nok hambat tamboh pulok pakpak menterinyo. Agak2 boleh ke kalau puak umno yg dah senang lenang tu nak tukar cara hidup bersederhana mcm TGNA. Ko bayangkan NAJIB jd mcm TGNA...kahkahkahakahakahakahak rosmah camna? kaHAKAKAHAKAJAKLAKAHAHAKDCBSGGSGFDSFGSDGBVCUCGUTFFKENTUT..FUS

  3. Abuarif,

    Mana tak hutan balak habis ditebang dikelantan, kerajaan pusat dibawah pimpinan umno/bn menganiaya rakyat kelantan dengan menafikan hak mereka dalam isu royalti minyak
    Buta kah umno bahawa kelantan adalah hanya satu negeri yang di perintah oleh orang Melayu sejak dekad lagi? Mengapa harus tamak dan irihati,sepatutnya Umno lebih membantu, kenapa tak fokus di negeri2 lain yang mana bangsa melayu masih ditahap kemiskinan seperti di Pulau Pinang yg. dikuasai oleh Gerakan sejak berdekad2 dekad lagi. Sekarang PR memerintah di P.Pinang mcm2 lah isu timbul pasal hak2 melayu..Padahal semasa Gerakan memerintah sudah berpenggal-penggal apakah taraf kehidupan Melayu meningkat?

    Buat apa kalau nak membersihkan UMNO dari dalam dengan menyinkirkan TEAM B dimana TEAM A masih RAKUS merembat harta negara. Apa PM tak terlibat dengan rasuah ke?
    Cara yang terbaik, umno harus perlu di REHATkan, dan pemimpin2 yang ada sekarang yang terang2 terlibat dalam RASUAH harus dihantar ke Penjara Sg. Buloh.
    Hanya cara in sahaja dapat mengembalikan MARUAH umno yang telah lama berkubor.

    Iklas

  4. PaK Bakaq,Memang betul kebanyakan orang Melayu dah meluatkan UMNO ni kerana semuanya mereka ambil.Saya pasti abuarif yang ulas tu pun orang UMNO dan dapat imbohan dari mereka.Entah entah dia tu JKK dikawasannya.Itu sebab dia pertahankan UMNO mati matian.Banyak orang tak sedar diri ditindas di negerinya sendiri olih bangsanya sendiri.Orang Melayu bila dapat kemwahan, orang bangsa sendiripun dikuli dan diperhambakan serta dikeji konon pemalas.Kesenangan memihak kapada mereka yang begerombalan UMNO/BN sahaja dan yang lain terbiar.Kemwahan hanya untuk mereka yang berkusu kusu dengan UMNO/BN.Itu sebab kebanyakan orang Melayu dah bosan dengan UMNO/BN sebab diketepikan.

  5. PASIR PASIR tauke CINA CINA CINA Rakyat dah tau tak bole sorok sorok sork abis PKR

  6. abuarif ni skola ke tak hah.....hehehehe

  7. Lebih 50 tahun berkuasa UMNO tepuk dada tanya selera.Orang Melayu(termasuk pencacai UMNO)- bukalah mata sikit,bukalah minda sikit.Mana ada Ketua-ketua Bahagian UMNO dan Pak-Pak Menteri hidup sederhana,semua kaya-raya belaka.Anak-anak mereka pun pakai kereta hebat-hebat dan besar-besar,hidup mewah diklub-klub malam.Orang KL tahulah cerita ni tapi yang duduk dihulu-hulu tu masih percaya pada ketua-ketua mereka.Dulu ada cerita Rosmah,isteri Najib(waktu tu Najib Tim.PM) shopping diAmerika,perlukan 7 buah kereta nak bawa barang balik kehotel.Penyokong,tukang sorak dan pencacai UMNO ada apa? Hidup dengan ehsan,sampai bila.Inilah yang paling ditakuti oleh pemimpin UMNO ,hilang kuasa dan hilang sumber kekayaan.Mahathir Kutty terpaksa tarik royalty minyak Trengganu,semasa PAS memerintah Trengganu,jadikan wang ehsan untuk menampung sara hidup pemimpin-pemimpin UMNO diTrengganu dan juga untuk sara JKKK dan pencacai UMNO diTrengganu.Ada faham?

  8. Ahli UMNO hanya ada 3 juta,,itu saja,,,,,Yang bolihkan UMNO memerintah adalah rakyat atas pagar,,,,,PAS sekarang kena YAKINkan RAKYAT yg dia lebih baguz dari UMNO,,,,,,MEMAKI HAMUN UMNO bukan jln PENYELESAIAN,,,,,,,,MENGAPA CINA dan INDIA KAYA PAS TAK SUSAH HATI,,,,,,TLG BUAT HOMEWORK,,,,KEBANYAKAN YG KAYA TU DIA MEMANG DAH OTAK BISNES,,,,,,,Ramai melayu lain yg aktif umno,,biasa saja,,,,,,,Ramai KETUA BAHAGIAN YG MISKIN dan biasa saja,,,,,,,,,,,UMNO jadi ROSAK KERANA DOLAH BADAWI 'BERPURA ALIM dan ISLAM LEBIH dari orang LAIN,,sembahyang pun tunjuk dlm TV,surat khabar,,,,",,persamaannya karekter dan kelaku(perangai} mcm puak2 PARTI yg mengaku islam lebih dari orang lain,,,,,,,Mereka ini tak layak jadi PEMIMPIN,,,,,,,hanya layak jadi Penasihat dan Tok Guru Pondok saja,,,,,,,,,,,,,,

  9. PUAK UMNO @UMCO NI KAN MAKBAPAK DEPA MAKAN DARI HASIL RASUAH & PENYELEWENGAN KHAZANAH NEGARA & RAKYAT ,JADI MANA ADA YG FIKIR CARA HALAL & LOGIK ? BILA DAH CEKIK & MENTEKEDARAH YG HARAM2 SAJA MANA NAMPAK YG HALAL ? SAMPAI MAMPUS LA DEPA AKAN BER'HARAM' DALAM BERFIKIR,MAKAN/MINUM & BERPAKAIAN JUGA SEGALA2NYA MACAM PENASIHAT DEPA APCO (BACA ZIONIS@YAHUDI)BERAPA BANYAK RM DAH DIBELASAH ORANG2 UMNO ? TAK TERKIRA BEB TAPI MANA ADA UNDANG2 BOLEH ADILI PUAK SETAN BISU NI SEMUA ? SAMPAI ULARMAK PUN JADI LEMBU PAWAH DENGAN DEPA ! SEMUA DEPA LEMBU PAWAH KAN JADI TUNDUK BUAT BODO LA JAWAB NYA 1 MALAYSIA !

  10. Abu arif hujah hang langsung tak boleh pakai sebab semuanya di sasarkan pada benda khusus dan bukan soal dasar Cuba buka minda persoalkan bab dasar pemerentahan yang di bawa oleh UMNO selama 5o tahun apakah kesannya pada bangsa Melayu dan Ugama Islam secara keseluruhan Apakah melayu semakin selesa atau semakin terok secara keseluruhan dasar sudut,sosial,ekonomi,politik.Nampak macam awak terlalu yakin dengan menyinkirkan dua tiga kerat dalam UMNO boleh meyelamatkan keadaan.Baca lah politik dunia dan sejarah politik jatuhnya sebuah pemerentahan dan naik nya sebuah parti untuk memerentah bukan sekadar menunjung jari nak pancong pemimpin itu dan ini.Taubat lahom tak akan berjaya tiada bukti sejarah politik dunia yang boleh sokong hujah bodoh anda tu. berjaya kesilapan atau peyelewang beberapa orang pemimpin boleh meruntuhkan seluruh parti dan pemerentahan.Ini saya nak ajak awak politik sikit.Untuk pengetahuan Abu Arif untuk Membangunkan sebuah parti ia memerlukan sokongan dari keseluruhan Ahli parti dan Rakyat.Tapi untuk meruntuhkan sesebuah parti atau kerajaan ianya memerlukan seorang saja sudah mencukupi baca sejarah Hitler dan juga sejarah Islam Penyamnun dalam UMNO bukan sekadar yang di sebut tu tapi dari JKKK sampai ke perdana Menteri dan mereka dah terkeluar dari landasan perjuangan.dasar nak isi perut dengan merompak harta Rakyat.

  11. melayu!!..melayu!!..duit!!..duit!!..perfect 10!.nak kekalkan ketuanan melayu,melayu juga dihamba abdikan.nak mengkayakan segilintir melayu,melayu kebanyakan juga yang dikorbankan.demi melayu menghunuskan keris,keris itu juga yang menikam melayu dari belakang.demi bumi melayu kita pertahankan,suara itu juga yang mengadaikan bumi melayu.sial punya bn/umno/apco

  12. kalau melayu tak percaya kat media arus perdana lagi nanti siapa nak tengok RTM dan siapa nak beli akhbar utusan. rugilah kroni2 umno yg ada syer dalam utusan tu. felda rugi tak apa, jangan utusan yg rugi. "UMNO DIDAHULUKAN, ROSMAH MANSOR DIUTAMAKAN".

  13. aww aww aww aww

  14. hahaha abu arif kena tukak nama jadi abu tak arif, penyamun nak tangkap penyamun? penyamun yang kena singkir oleh umno tu lebih baik daripada yang sekarang ini termasuk abu yang tak arif tu la, hentam pas dengan modal rekaan perihal balak di kelantan? aduss betul-betul tak arif ... bimbang juga nanti terpaksa jual mee ditepi jalan.

  15. macam-macam....

  16. salam anom 6,3

    tak yah nak layan abuarif tuu , penulis upahan ,tanya dia, sebulan dia dapat berapa RM ???

  17. Aku sokong kau abu arif...pendekatan yang kau bawa tu boleh guna pakai untuk merapatkan bangsa melayu...cuma masaalah golongan ekstreem pas ni kepala hotak dia dah tepu...besok DAP bagi dia makan minyak babi baru padan muka dia..

  18. aikahfi awak ni sekolah ke tak???,Dalam Pas mana ada ekstrem yang ada cuma puak yang mahu kebaikan pada Parti dan juga Negara mahu meyelamatkan Parti dan negara dari di pimpin oleh puak puak oportunis yang akhirnya merosakan Rakyat dan negara.Kami sayang kan Parti sebab itu sebelum Pemimpin Pas di jangkiti penyakit yang di bawa UMNO maka kami ambil sikap Prevention better than Cure.Malang bagi UMNO penyakit dah tak boleh Cure lagi..sebab Damage Beyound Repair.Mustahil boleh rapatkan sesuatu bangsa buktikan pada saya Bangsa yang bekenan atas dunia ni yang pernah Bersatu atas semagat Kebangsaan.Kafir USA dan boleh menguasai Negara Arab sebab kebanyakan negara arab masih menganut kebangsaan arab itu pun tak boleh disatukan hingga kini.Sejak Nabi Adam hingga hari ini terdapat berbagai bangsa.Setiap bangsa tak pernah boleh di satukan sebab belainan minda dan Nafsu dan fahaman,Fikrah .Kebangsaan bukan matlamat hidup manusia sebab tu nak rapat macam man pun adalah mustahil bila fahaman yang belainan.Sebab itu Islam di turunkan .Islam di turunkan bukan sekadar rapat kan bangsa malah satukan Semua bangsa di atas muka bumi ini.Mana mana bangsa meletakkan Islam sebagai matlamat maka tak secara langsung mereka akan di satukan.Contohnya apabila Nabi hijrah ke Madinah yang terdiri berbagai kaum dan bangsa apabila tersebarnya Islam semua kaum dan bangsa bersatu dibawahnya.Ini Fakta sejarah .alkahfi pi masuk tadika la pulak.Tak payah sebut besok DAP bagi makan babi lah..mana lagi terok dan berdosa Makan Babi dan Makan Rasuah!!!!!!!Mana lebih berdosa makan babi ke makan harta rakyat..mana masuk neraka dulu makan babi ke makan rasuah..mana lebih jahat yang murtad lebih tiga hari dengan yang jahil menentang islam.Mana lebih bahaya yang kafir dengan yang munafik...jawap dari sudut hukum.

  19. Apa yang hendak dibanggakan sangat. Pergi Mekah pun gunakan duit rasuah (duit rakyat). Kahwin dua tiga anak dara cun, bintang filem/penyanyi pujaan pun pakai duit rasuah. Buat rumah bungalow, beli kereta mewah impor pun pakai duit rasuah. Itu je kebolehan orang - orang ini. Apa nak dikatakan semoga Allah swt memberi petunjuk kepada mereka ini. Amin.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008