Sedap!! Klik gambar di atas!

Bila penganiaya Melayu menasihati penipu Melayu

Menusuk sungguh nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa tapi makin ramai yang memanggilnya Perkosa) Datuk Ibrahim Ali - lihat berita Malaysiakini hari ini "Koh: Jangan obses pada kuota 30 peratus".

"Daripada mengatakan itu dan ini kepada kaum lain, sepatutnya Datuk Ibrahim Ali beri tumpuan untuk perkasakan kemahiran dan daya saing secara lebih mendadak lagi kepada Bumiputera," kata Presiden Gerakan itu.

Tanpa mengaitkan berita itu, entah kenapa tiba-tiba saya teringat kata-kata "Bila penganiaya Melayu menasihati penipu Melayu".

Kot-kot mana pun, sedap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu cakap. Dia tak tau ka bahawa setiap kali kita tengok muka dia, kita teringat peminggiran sistematik orang-orang Melayu Pulau Pinang ketika Gerakan mencengkam negeri itu bersama-sama Umno.

Hampa rasa kenapa Dr Koh kata "tumpuan untuk perkasakan kemahiran dan daya saing secara lebih mendadak lagi kepada Bumiputera"? Dia tau, Umno dan Barisan Nasional (BN) tak minat semua tu. Sebab tu la dia cakap benda yang dah depa kerat-kerat dan tekan-tekan itu.

Ca baca bawah ni:
Untuk tahun 2010 ini, peruntukan kepada MARA yang ditubuhkan untuk membantu orang-orang Melayu, dicantas-cantas sampai betul-betul ciput sehingga berjumlah RM374,537 juta sahaja bagi tahun 2010 berbanding RM883,785 juta pada 2009.

Bagi IKM, peruntukan untuk 2010 hanya RM143 juta berbanding RM403 juta bagi tahun 2009. Giat MARA hanya mendapat RM16 juta bagi tahun 2010 berbanding RM28 juta bagi 2009. Bagi MRSM dan Koleh Sains MARA pula, peruntukan hanya tinggal RM115 juta untuk tahun 2010 berbanding RM254 juta pada tahun 2009 (sila lihat juga rajah di bawah mengenai jumlah pelajar dan pelatih yang dicantas-cantas jumlahnya oleh kerajaan Umno BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak jumlahnya supaya betul-betul kecil dan tak payahlah keluar duit banyak-banyak untuk meningkatkan mutu pendidikan orang-orang Melayu).
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Undilah Umno, Umno dulu, sekarang dan selama-lamanya.
    Perjuangan Belum Selesai Lagi...
    Hanya akan SELESAI, selepas habis hasil negara dan hak Rakyat kami ROMPAK...hingga LICIN.. Barulah Perjuangan SELESAI.....

    HIDUP UMNO, HIDUP MELAYU....

  2. Dah Kena Lebai Tsu Koon dan Pendekar Brahim K...
    Si Kufar bersendiwara degan Si Munafikun...
    Cantik sangat!!!

  3. Inilah ketuanan melayu yang sejati...rakyat di.HULUkan..Pencapaian Tak Payah Capai...bukan orang melayu peduli pun dengan angka2 dan statistik ni...depa tengok pun tak paham. kita buat cerita lagi bagus..contohnya khutbah doakan KM Penang..lagi depa percaya daripada apa bana statistik mistik ni...ada butul hoooo..

  4. 'KIAMAT DAN KEADAANNYA'

    http://www.scribd.com/doc/36025155/Surat-K...Dan-Mufti-Mufti

  5. yang depa tau..ada projek ke???

  6. abuarif mana ya ,hilang dah ke ?

    Pak bakaq , Lebih malang lagi kalau ada pemimpin PAS yg ingin bergabung dgn umno !!!

  7. Tapi Bab Kutbah sebut Nama LGE ni..dimana yang dikatakan salah dari segi hukum..Pemimpin yang bukan Islam cuba untuk mengamalkan ciri yang baik yang di ambil dari Pemerentahan Islam.Saya rasa dia dah buat sesuatu untuk islam yang tak mampu di buat oleh pemimpin yang mengaku Islam seperti UMNO tu.Kalau WTC tapak 911 pun nak di buat Masjid oleh pemerentah kafir tak ada pun Ulamak mana mana Mazhab yang bantah.Inikan pulak LGE yang ternyata ingin mempertingkatkan Martabat Islam sedang cuba untuk menjaga kebajikan Umat Islam sebut dalam Kutbah salahnya di mana???Apakah nak sebut nama Bekas YDPMUPP Sabuddin tu yang salah guna Wang Zakat tu lebih baik dari sebut LGE

  8. mainan umno

  9. Anonymous ni jahi tukelah.Tak tahu hukum-hakam.Ore Kelate kata benok sungguh.

  10. pak bakaq

    Pernah kan dalam sejarah ..RASULULLAH s.a.w pernah mendoakan agar ALLAH memberikan Hidayah kepada 2 umar iaitu umar alkhattab dan abu jahl (amru ) ..Semua orang ISLAM tahu cerita ni ,

    Kalau ya lah perkara ini berlaku ,Salah ke dari segi hukum ISLAM ? tapi yang aku pasti bagi orang umno memang mereka kata salah dari segi hukum mereka...Kalau lah umno ada di zaman rasulullah pasti dia kata tak boleh berdoa mcm tu ...

    Sebab itu lah aku kata Hanya orang -orang yg bodoh jer sokong umno /BN dan orang 2 yg berkepentingan...

  11. Kalau sebut Nama Najib atau Big Mama dalam Khubah tu dan tak sebut nama Agong agak agak bagaimana pula ya?????Nampak gaya UMNO ni tak habih habih main politik Perkauman yang beselindung di sebalik Ugama.Politik UMNO dah Basi..Tak jumpa lagi mana mana Nas Alkuran yang mengharamkan kita meyebut kebaikan manusia tak kiralah yang Kafir Zimi kah dalam khutbah Jumaat .Umno cuba nak kelirukan bangsa Melayu dengan gimik politik yang tiada suatupun munafaat bagi Ugama Islam.Jangan kelirukan Umat melayu Islam berdasarkan kepada kejahilan kamu Wahai UMNO rakyat dah nak temuntah dengan tingkah lakumu yang tiada kesudahan.

  12. Masyarakat Bumiputera tidak seharusnya obses dengan kuota 30 peratus dalam ekuiti Bumiputra tetapi seharusnya menumpukan kepada KUALITI PELAKSANAAN DASAR berkenaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Memteri Tan Sri Koh Tsu Koon. Dia cakap ada betui ma.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008