Sedap!! Klik gambar di atas!

Adakah Menteri Pertahanan tidak derhaka?

Dalam berita bertajuk "Tak boleh selam: Zahid kata Nurul Izzah penderhaka", Malaysiakini 19/8/10 melaporkan:
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, sebagai penderhaka kepada negara kerana mengeluarkan kenyataan palsu mengenai aset pertahanan negara di luar negara.

“Kenyataan itu amat jijik, tidak bermaruah dan beretika yang bertujuan memburukkan imej negara di mata dunia,” katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa bersama penduduk di masjid jamek, Sungai Keli Hutan Melintang, dekat Bagan Datoh, malam semalam.

"Walaupun kita sering berbeza pendapat tetapi biar perkara (kenyataan) yang benar, jangan sampai menjejaskan imej negara terutama yang melibatkan aset pertahanan negara."

Ahmad Zahid berkata demikian semasa mengulas tuduhan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dalam temubual bersama akhbar Kompas di Indonesia pada 4 Ogos lalu kononnya kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh menyelam selain mendakwa aset canggih itu sebagai usang dan terpakai.
Berikut ialah jawapan Zahid di Dewan Rakyat pada 17/3/10:
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, masalah teknikal yang dihadapi oleh KD Tunku Abdul Rahman adalah masalah yang juga pernah dialami oleh mana-mana kapal selam lain di dunia. Secara khususnya kapal berkenaan tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami sedikit masalah yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan selaman. Ini adalah langkah keselamatan biasa pengendali mana-mana kapal selam yang mengamalkan prosedur keselamatan yang sangat ketat.
Apa yang saya rasa mungkin salah. Tetapi, saya dok terasa macam Zahid sengaja buat kenyataan yang begitu keras terhadap Nurul Izzah. Bila dah kena debik macam tu, tentulah Nurul Izzah akan jawab balik. Pi la baca sendiri jawapannya dalam Malaysian Insider semalam "Kenyataan balas terhadap Menteri Pertahanan Malaysia - Nurul Izzah Anwar".

Kalaulah benar apa yang saya rasa itu, adakah Zahid nak suruh kita pakat-pakat bubuh cukup-cukup Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dulunya Menteri Pertahanan?

Saya juga tertanya-tanya adakah Zahid tidak derhaka bila jawapannya di Parlimen jelas mengisyaratkan bahawa kapal selam itu tak boleh menyelam?
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Woi Zahid Hamidi, hang letak kat mana akal hang bila berdepan dengan Nurul? Hang letak di tempat yang Allah sediakan atau hang letak kat kepala lutut hang ataupun kat jamban hang? Hang menjatuhkan imej hang sebagai seorang menteri. Hang jenis menteri yang tak cerdik langsung. Melatah tak tentu pasal apabila dijolok oleh YB Nurul Izzah. Hang tau tak Nurul Izzah tu jauh lebih muda darei hang. Siapa penderhaka. Hang ke Nurul Izzah? Kabinet menteri-menteri hampas, dungu yang dikepalai Najib pendungu. Memang patutlah komen seorang blogger yang hang ibarat menteri gam tampal kebocoran2 yang berlaku di kementah.

  2. Nostalgia memanggil-manggil namamu Dato' Seri Dr. Zahid Hamidi.

    "Zahid Hamidi rakan sebilik dengan saya di Kolej Kelima. Dia asalnya mengaji sekolah agama. Kalau ikut masa itu, dia 'budak baik', saya nakal. Biasalah, muda-muda. Tetapi oleh sebab sebilik, maka dia banyak terpengaruh dengan aktivisme saya. Seingat saya, ketika saya cuba bersembunyi dari ditahan pihak berkuasa, dia banyak tolong saya. Dikira pada peristiwa besar, mengetuai kontra rampasan kuasa UM pada 1974. Saya yang mengetuai rampasan kuasa". Kamarazaman Yacob, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) sesi 1973/1974

    Zahid memang Wira Perang, bercakap di atas pentas memang nampak hebat tetapi jiwanya kecil dan lemah.

    Zahid memang Wira Perang, 10 tahun dulu ketika gelombang reformasi, Zahid merupakan penyokong kuat Anwar Ibrahim, beliau bersama anggota EXCO pemuda UMNO cukup lantang menentang Dr. Mahathir. Setelah Anwar ditahan, beliau turut ditahan dibawah ISA di Sabah.
    Zahid memang Wira Perang, Setelah Zahid dibebaskan, beliau telah membuat kenyataan di hadapan Dr. Mahathir kononnya Anwarlah yang merancang untuk menjatuhkan Dr. Mahathir. Zahid tahu dia diperangkap oleh Dr. Mahathir, tetapi dasar pengecut, dia tidak berani menyatakan tentangan terbukanya kepada Mahathir. Dia gagal melalui ujian ISA, orang lain setelah keluar ISA lebih bersemangat lawan kerajaan, tetapi Zahid bertambah pengecut, kata orang Jawa “kucur’.

    Zahid memang Wira Perang, Apabila Anwar jatuh, dia tidak rela jatuh bersama Anwar, walaupun dia turut jatuh ketika itu di mana jawatan Ketua Pemuda UMNO terpaksa dilepaskan kepada timbalannya. Tetapi Zahid terus bergayut dengan orang lain sehingga dia dapat semula kedudukan politik yang cukup selesa sekarang, tetapi sayang, dia tetap menjadi orang pengecut dan tidak berani berdebat dengan YB Dato’ Husam Musa di televisyen

    Wira Perang Zahid luarbiasa murkanya bertengkar dengan MP Nurul Izzah yang cun hingga dilabelkan 'Penderhaka'. Adalah satu 'bonus' bagi Nurul Izzah. Nurul Izzah tu sebaya dengan anak Wira Perang Zahid, Nurul Hidayah yang pernah berstatus janda. Alangkah manisnya Wira Perang Zahid menegur Nurul Izzah dengan kata-kata "Silap tu sayang" panggilan bapa kepada sang anak, bukan ditembak dengan gelaran 'penderhaka'.

    Sah & jelas... Menteri Pertahanan Malaysia ini hanya layak bertengkar dengan seorang ahli politik perempuan yang masih 'hijau'. Lagi panjang polemik ini diteruskan, makin terpamer 'kekucuran' Ahmad Zahid Hamidi dan lagi terserlah kepimpinan Nurul Izzah Anwar.
    Sosok hebat ini barangkali amat sesuai menjadi pemikir kepada dua orang perempuan. Pertama - Nurul Izzah Anwar puteri reformasi . Kedua - Nurul Hidayah puteri kesayangannya dalam kes Amir Bazli sedang mendapatkan keadilan melalui saman sivil terhadap Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi.

    Selamat Romadan.

  3. Salam pak bakaq ,
    aku nak tunggu abuarif jawap !!!

  4. Wa,ha,ha,ha.! Cuma UMNO saja yang bodoh gila nak beli kapal selam yang tak boleh selam.
    Wa,ha,ha,ha. bongok betul UMNO/BN dan penyokong mereka.
    Langsung tak layak jadi pemerintah.!
    Bagero punya gomen.!!!

  5. Zahid Hamidi,sebelum nak tuduh sesiapa "penderhaka" ada baiknya teliti,fahami dengan mendalam serta dengan ilmu,apa ertinya "penderhaka".Kalau diselidik,dihuraikan dan dikenal-pasti - Dalam UMNO begitu banyak penderhaka.Penderhaka bukan sekadar angkat senjata melawan pemerintah,bukan sekadar buat demo menentang pemerintah,bukan sekadar keengganan mengibarkan jalur gemilang,bukan sekadar membukakan rahsia kerajaan kepada musuh TAPI yang melingkupkan khazanah rakyat,melanun harta kerajaan dan rakyat,membeli perbekalan dan alat tentra tapi tak boleh digunakan,rasuah hingga simpanan rakyat dan orang ramai susut dan menurun,mengapi-apikan perkauman bertujuan melaga-lagakan antara kaum - INILAH kerja pengkhianat dan penderhaka.Kalau Zahid Hamidi tak faham lagi sila buka khamus dan teliti apa maksud pengkhianatan.Apa yang dilakukan oleh UMNO lebih dari 50 tahun,merupakan pengkhinatan yang serious sebab kerja buruk mereka dilakukan umpama anai-anai - tak nampak,senyap tapi sudak berlobang dan mereputkan.

  6. Wow mangkok Zahid Midi!!! apa yang jijik? Yang jijik ialah apabila membuat pembelian benda yang tak perlu dan tak bolih di gunakan dengan membazir wang rakyat!!!
    Kan ke benar kapal selam tu tak bolih selam! apa yang menggugat pertahanan negara?
    Kalau beli jet pejuang tanpa injin tu macam mana pula?
    Zahid Midi kamu kena kelentong dengan general askar yang rata rata bangang macam Panglima ATM yang duduk makan gaji tapi tak buat apa-dasar pertahanan pun tak ada. Beli EC 725 tu siapa yang buat untung, tanya lah Panglima ATM atau pun projek tim? poraaaah lah midi!!!

  7. menjatuhkan maruah dan kedaulatan negara..pergi negara org ckp benda x baik pasal negara sendiri....fikir la diluar kotak..beli kapal selam ada gunanya..nanti sampai masa nak guna...baru nk p bli ka?

  8. tahniah Nurul Izzah, sekurangkurangnya pr dah ada calun wanita untuk menteri pertahanan lepas pru13

  9. SAYA MINTA IZIN DAN RESTU DARI SEMUA UNTUK SAYA HAPUSKAN UMNO NI.

  10. Apanak hairan mereka ni anak beranak memang keturunan menipu, bapanya menipu, emaknya pembohong, anaknya dah jadi pembelit, siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama-lama makan diri.

  11. satu cadangan pak bakaq.
    sebagai bukti kapalselam tu boleh menyelam,
    dan zahid pun tak payahlah tuduh nurul atau sesiapa pengkhianat.
    apa kata kita suruh zahid yang patriotik tu bawa wartawan-wartawan utusan malaysia, berita harian, rtm, tv3, astro, sinar harian, the star, the sun, straits time dan lain-lain pergi menyelam dengan kapalselam tu.
    kemudian beritahu (pada pembaca dan penonton) pengalaman masing-masing semasa menyelam tu.
    tak payah jauh, dari kota kinabalu ke kuching pun cukuplah.

    - cucu hang jebat.

  12. Pak Bakaq,
    Yang beli kapal selam tapi tak boleh menyelam,
    Yang beli kapal terbang tapi injin dah hilang,
    Yang beli jet pejuang tapi tak boleh terbang,
    Yang beli kereta kebal tapi tak boleh jalan,
    Siapa dapat komisen RM500 juta,kapal selam?
    Siapa dapat komisen RM350 juta,jet pejuang?
    Siapa dapat komisen beli kereta kebal yang tak kebal?

    Beri tahu Zahid Hamidi - Semua ini PENGKHIANAT NEGARA.Tukang gam dan tukang tampal pun PENGKHIANAT sebab cuba menutup kerja-kerja khianat.

  13. 'KIAMAT DAN KEADAANNYA'

    http://www.scribd.com/doc/36025155/Surat-K...Dan-Mufti-Mufti

  14. jom ramai ramai pakat sokong PAS.PAS ja yg baguih,yg lain suma hampaih.hidop PAS.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008