Sedap!! Klik gambar di atas!

Adakah CPF Pakatan Rakyat tu kurang ajaq?

Bila nak buat posting blog ini, saya asyik dok lupa nak bersembang sikit fasal kenyataan Dr Dzulkefly Ahmad mengenai hudud (lihat Malaysiakini 24/8/10 "Dzulkefly: Elakkan sejarah 2001 berulang"). Ni kira teringat la ni.

Dr Dzulkefly kata, hudud dan penubuhan negara Islam bukan sebahagian dari rangka kerja polisi umum (CPF) Pakatan Rakyat (PR) yang digubal pada Disember lalu. Tetapi yang saya nak tanya, ada dak mana-mana persetujuan dalam CPF itu yang melarang PAS berkempen dan menerangkan kepada rakyat Malaysia tentang Fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaannya? Ada dak mana-mana persetujuan dalam CPF itu yang melarang PAS berkempen dan menerangkan kepada rakyat Malaysia tentang Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993?

Berita Bernama bertajuk "Hukum hudud dilihat jalan penyelesaian untuk jenayah, buang bayi" melaporkan:
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerajaan negeri berusaha melaksanakan Undang-Undang Hudud dan Qisas di Kelantan bagi mendidik umat Islam membendung kejadian buang bayi dan jenayah.
Menteri Besar Kelantan kata kerajaan negeri pimpinannya berusaha melaksanakan Undang-Undang Hudud dan Qisas. Berjaya tak berjaya tak tau lagi, tetapi pihaknya sedang berusaha.

Bukan senang. Pertama, berita itu sendiri melaporkan:
Kelantan dan Terengganu merupakan dua negeri yang sudah mempunyai Undang-Undang Hudud dan Qisas untuk orang Islam ketika di bawah pentadbiran PAS tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Kedua, kerajaan pusat akan bertindak jika Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 itu dilaksanakan. Dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan pada 14 Ogos 1994, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran:
Kita (kerajaan pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.
Dr Mahathir memberi amaran sedemikian atas sifatnya sebagai Perdana Menteri. Setakat ini, kerajaan pusat belum pernah dilaporkan menarik balik amaran itu.

Pada 20 April 1992, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri memberitahu para wartawan bahawa:
Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.
Ketiga, baru kempen ja, jenis-jenis seperti Karpal Singh dah histeria sakan. Lihatlah kenyataan kurang ajarnya:
"Nik Aziz should realise we do not live in primitive times. In the present time and age, the punishment of stoning to death, which is a cruel and unjust punishment, does not, and cannot have a place" (lihat Malaysiakini 14/8/10 "Karpal locks horns with Nik Aziz over baby dumping").
Bagi saya, kenyataan Tok Guru Nik Abdul Aziz seperti yang saya petik di atas tu baru peringkat berkempen dan menerangkan kepada rakyat Malaysia tentang apa yang yang diyakininya - tak kira la hudud ka, apa menatang pun. Biasa la orang berkempen dan cuba meyakinkan orang lain tentang apa yang dia yakini. Wah! Nak kempen pun tak boleh. Dah menggelejat sakan dengan kata-kata yang sangat kurang ajar.

Sebab itulah saya nak tanya lagi, ada dak mana-mana persetujuan dalam CPF itu yang melarang PAS berkempen dan menerangkan kepada rakyat Malaysia tentang Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993?

Ada dak mana-mana persetujuan dalam CPF itu yang melarang PAS berkempen dan menerangkan kepada rakyat Malaysia tentang Fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaannya?

Fasal 5 Perlembagaan PAS menyatakan tujuan parti ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah dan mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

CPF tu ada larang ka penerangan dan penjelasan tentang perkara-perkara itu?

Kalau ada, saya teringin nak pijak, ludah, kencin dan berak atas CPF itu. Dah habis pijak, ludah, kencin dan berak atas CPF itu, baru sambung balik lawan Umno.

Kalau ada, kurang ajaq sangat CPF tu merompak hak demokratik orang untuk menerang dan menjelaskan apa yang mereka yakini.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Hang kira tak setuju dengan Dr Zul lah ni ya, Bakaq?

  2. Ya CPF tu memang kurang ajar, hari konvensyen aku dah SMS kat Mahfuz kata awat tulis macam tu?

    Dia SMS balik, aku tak puas hati. Tapi aku rasa aku sorang je yang tak puas hati...., ni dah keputusan jamaah, aku telan leeee.

    Rupanya hang pun sama.

  3. hahahaa nampaknya lord reid ada kawan di neraka

  4. Pak Bakaq, walaupun dalam CPF takdak halangan untuk kempen, tapi ini soal strategi dan awlawiyat. Timing tu kena tengok....kita tau niat TGNA betul, konteks dia cakap pun betul tapi dalam keadaan jebon2 media yang kebuloq nak manipulate kita hati2.....

  5. Walupun kita ni dalam satu pakatan. Pakatan ni amatlah longgar. Bila betul2 tersepit barulah kita boleh bersatu cam kes penubuhan kerajaan PR di Perak dahulu.
    Nak buat camna. Xde pengalaman jadi kerajaan.
    Kerjasama kita hanyalah dalam isu2 yg dipersetujui. Itu je

  6. Pak Bakaq..

    Dah PAS berjanji ikut CPF, kena tunai janji..macam Nabi Buat Janji dengan musyrikin Makah dalam penjanjian Hudaibiah..cuma masalahnya Media UMNO yang sengaja memperbesarkan Isu ini ... Media UMNO cuba mengubah persepsi Rakyat terhadap Pakatan rakyat ..itu yang Dr. Zul Ingatkan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat supaya berhati-hati supaya tak terkena jerat UMNO.

  7. ALA PAK BAKAQ , TENGKAR BENDA NI TAK HABIS TAMBAH DENGAN ORANG TAK PAHAM ,
    BIAK DLU , LEPAS DAPAT PUTRAJAYA , KITA GASAK LE , MASA TU GADUH PUN OK ,
    TAK PUN LEH BUAT CAM NI , NAK JADI WARAK BERTOBAT PI DUK KELANTAN ,
    NAK MELANTAK ENJOY MAKSIAT PI PENANG , KAH KAH KAH

  8. betul lah kata Tun Mahathir..parti pas ni parti opportunist..mempergunakan agama untuk kepentingan diri dan politik...perosak agama pemecah bangsa..ptuiiii!!!!!!!!

  9. Anon 4

    Bilakah agaknya masa yang selari dengan "strategi dan awlawiyat"? Nampak macam tak pernah ada pun dah...

  10. Ada dak program2 utk menjelaskan dan menerangkan mengenai Undang2/Hukum Islam kpd Muslim dan non-muslim di Malaysia..?

    Kalau yg mengaku muslim pun tak tahu/tak paham, non-muslim lagi la tak tahu..

  11. Kalau Pas ingat mereka cerdik nak tipu DAP apabila dpt kuasa ke Putrajaya nanti, DAP lagi cerdik. Sebab apa..sekarang ni dalam PR, apa yang di korbankan oleh DAP? Nothing...ZERO. Apa yang di korbankan PAS:-
    a) Negara Islam
    b) hudud
    c) kesucian masjid
    d) fatwa yang di permainkan
    e) Ayat Al Quran yang di lacurkan
    d) Fatwa mengatakan berkerajaan dgn kafir HARAM
    e) dan sebagainya

    Itu belum dapat kerajjan Pusat, PAS dah kena main dgn DAP. Kalau dah dpt kerajaan Pusat ....Nauzubillah Minzalik...tak berani nak pikiaq...

  12. agak menyedihkan ahli pas sendiri malu untuk memperjuangkan negara islam.x berguna menang tapi islam terkebelakang

  13. Adusss.........lawak nye hangpa semua.

    Karpal ker...Kit siang ker...TGNA ker...depa tu semua nye bercakap berdasarkan fahaman dan pandangan mengikut pegangan agama dan perjuangan party masing2.

    Ada sesapa yg dah mati ker....kena bunuh ker...kena usir ker....???

    Depa tu org politik perjuangan.....masing2 ada pegangan sendiri dan juga matlamat party.Biark pii la depa tu nak berbeza pendapat atau nak berdebat ke.

    Itu lah politik nama nye.Aku pun naik pelik kekadang tu dgn hangpa ni semua.Kepoh satu negara nakkan kebebasan bersuara dan menyuarakan pendapat.La ni nampak mcm dah terbalik kut.

    Biark depa tu lawan hujjah.Sesapa yg nak tunjuk pandai sila mai dgn hujjah hangpa.Bawak mai la ayat mana ka..hadis ka...perlembagaan ka...tapi berhujjah dan berdebat secara matang dan bertanggung jawab.

    Malang nye yg banyak aku lihat ialah org yg dok syok dgn pandangan sendiri tanpa asas2 yg kukuh .......main ikut sedap sendiri dan nak org lain pun ikut sama mcm dia.

    Selagi mereka2 yg berbeza pendapat tu berhujjah dgn fakta spt perlembagaan negara....biarlah hujjah di lawan dgn hujjah bukan dgn sentimen.

    Sapa nak terus melangkah ke depan dgn matlamat mardhatillah silakan......sesapa yg nak undur ke belakang dgn berselindung di sebalik sentimen pun silakan.

  14. kalau ikut lojik kepala hotak kau wahai anon 3;56;oopm, cuma umno ajer la juara islam yer? MMG BODOH BANGANH LA KAU NIH!!!

  15. Anon 3:56

    Allah adalah Perancang yang terbaik. Tak perlu risau apa yang dirancang oleh DAP, kalau nawaitu PAS betul, Insyallah ia akan menuju kejayaan.

    Alkhafi,
    Anggap lah Tun Mahathir sebagai ulama kamu. Ulama yang mempunyai anak pemegang saham terbesar "San Miguel Breweries" moga-moga selamat hidup kamu dunia akhirat.

  16. kah kah kah!'
    Pecah dan perintah,
    kamu semua bila nak insaf,
    UMNO nak perbodohkan kamu,
    nak merintah lama lagi,
    senang sahaja,
    lagakan! lagakan! lagakan!,

    kah kah kah!
    nak main politik biarlah cerdik,
    yang tersembunyi, sembunyikan,
    yang terdedah, dedahkan,

    kah kah kah!
    bila UMNO nak kalah,
    jika kuman kita besarkan,
    jika gajah kita kuman-kumankan,
    kitakan nak kalahkan UMNO,
    kalahkan UMNO,

  17. Tak perlu kita marahkan Karpal, kerana [1] beliau tidak faham, dan [2] beliau hanya melaksanakan tanggungjawab beliau untuk mempertahankan hak kumpulannya (golongan yang tidak faham).

    Isunya adalah kefahaman. Kefahamanlah yang akan membolehkan kita membuat keputusan secara objektif. Dan kefahaman ini perlu kepada 2 pihak.

    Di pihak kita sebagai orang Islam, kita mesti faham yang Malaysia ini juga dimiliki oleh orang lain. 45% dari rakyat adalah bukan Islam. Jadi apa pun keputusan yang kita hendak laksanakan; mestilah dengan persetujuan dan penerimaan mereka. Ini bukan soal politik, ini soal sahsiah kita.

    Soalnya bagaimana kita hendak memberi kefahaman kepada mereka yang bukan Islam, sehingga untuk meminta persetujuan dan penerimaan mereka. Saya cadangkan kita adakan sebuah think tank khusus untuk engage dan berdialog dengan semua pihak untuk mendefinasikan dari peringkat polisi, perundangan ke peringkat operasi apakah perkara2 yang termasuk di dalam konteks perundangan islam ini. Di dalam bahasa mudah, segala kerisauan dan keraguan dan ketidak fahaman orang ditanggani secara ilmiah, lemah lembut dan tepat.

  18. nama pun DAP bukan islam. mana la dia faham. kita kena laksanakan apa yang kita janji. masa 2008, kita promote negara berkebajikan. itulah yang harus kita cakapkan. tengok AKP turki, itulah namanya strategi. PKS pun macam tu.

  19. Anon 12:01,
    San Miguel Breweries mungkin boleh jadi supplier untuk minuman dalam syurga kau di akhirat esok.Maklum lah arak tu minuman syurga...

  20. San Miguel Breweries mungkin boleh jadi supplier untuk minuman dalam syurga kau di akhirat esok.Maklum lah arak tu minuman syurga...

    alkahfi jahil tahap 2K...

  21. Alkahfi hang ni sekolah ka tak?

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008