Sedap!! Klik gambar di atas!

"Tali Allah" itu apa sebenarnya?

Walaupun Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kata dia tak bohong (lihat berita Malaysian Insider hari ini "Dialog Umno-PAS: Saya tak berbohong, kata Mufti Perak"), saya diberitahu oleh sumber dalaman PAS bahawa dua Naib Presiden PAS, Haji Salahuddin Ayub dan Haji Mahfuz Omar tetap bertegas menyifatkan Harussani berbohong dan membikin fitnah.

Harussani sebelum ini menyatakan bahawa ada pemimpin PAS dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Malaysiakini hari ini melalui berita bertajuk "Menteri: Ajak PAS bersama usaha berterusan" melaporkan:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata, usaha itu merupakan "usaha berterusan" dan pintu rundingan untuk perpaduan umat Islam kepada parti masih lagi terbuka.

"Kita bercakap perpaduan umah dan perpaduan umat Islam," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran berkaitan kewajipan bersatu padu pada "tali Allah".

"Saya nak ajak (PAS), mari duduk sama. Kita bukti ayat ini yang turun kepada kita. Kita dok letak syarat, sampai bila perpaduan tak akan selesai. Kita duduk bincang dulu," katanya dalam satu sidang media di Univerisiti Malaya.
Tun Dr Mahathir Mohamad pernah kata, "Parti Umno sudah jadi parti perasuah. Samada ahli atau pemimpin, semuanya utamakan kepentingan diri".

Adakah "tali Allah" bermakna bergelumang dengan "parti perasuah"? Begitu juga, tidakkah berpegang kepada "tali Allah" itu bermakna ia mesti bersih dari pelantak-pelantak balak di Kelantan?

Saya yakin, kalimah "tali Allah" itu perlu ditakrif dan diperjelaskan terlebih dahulu.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Orang umno dan yg sesuku dgnnya sebelum diaorg cakap pasal agama, suruh diaorg mengucap dulu utk betulkan akidah. Lepas tu pegi belajo agama islam balik semula macam budak darjah satu. Kalau tak fahaman agama yg diaorg cakap akan menyesatkan orang yg mendengar terutama sekali ahli2 parti umno dan penyokong mereka yg benak hati. Kepada PAS jangan buang masa dgn kerenah orang sesat umno ni, baik kasi ceramah lagi dapat pahala.

  2. Apa2 ler pak bakaq....klau ikutkan mufta perak tu pemimpin Pas...

    Pemimpin peringkat mana...???

    Cawangan .....kawasan...perhubungan...pusat...???

    Ketua penaja cawangan pun pemimpin jugak....

    Setakat sebut pemimpin shj tanpa menyebutkan nama nye hanye ler perbuatan al khannas...

    Kami dlm jemaah Pas tak terkejut pun....apa susah mai muktamar nanti kita ganti ler dgn org lain...

    Klau takut tu takut ni....tok sah ler nak ckp berdegar-degar.....huhuhuhu

  3. I have met him with a group of Banjar from Indonesia. The way he behaves and boast that he is officially selected and the Sultan of Perak likes him that is why he was moved to Perak. Can readers see why he is so keen to be part of the topple of Perak PR state government The main reason is he is a racist not a good Muslim. He is very good to make story like what we heard when we met him.

  4. mari kita memintal tali
    tali dibuat drp sabut
    jangan ikut stopa ali
    itu orang sudah serabut

  5. Pingan tak retak, nasi tak dingin. Tak mahu bincang hal perpaduan no hal. Maklumlah agama Islam tu milik kekal orang PISS sebab tak masuk syurga kalau bukan ahli PISS. Agaknya karpal singh tentu duduk syurga ketujuh bersama dengan n.ajis , dan kalipah Umar LGE.

    Tinggalalah si panarik beca dengan becanya sebab n.ajis lebih suka naik Merc!.

  6. Kalau Harussani kata dia tak berbohong,ada baiknya Dato Mahfuz Omar dan Sallahuddin pergi jumpa Harussani dan tanya: Siapa pemimpin PAS yang telah berbincang dengan Mufti tu.Munkin kalau sekadar 6 mata.Harussani boleh beri tau.

  7. Agenda KERAJAANG PERPADUANG TAK KAN BERHENTI MELAINKAN 2 NASARUDIN, HARUNG TAIB, STOPA ALI, BAKAQ CIK, HARUN DIN, HALIM RAMAN
    ,HASAN ALI DAN SEKUTU2 MEREKA DI NYAHKAN DALAM KEPIMPINAN MENJELANG PEMILIHAN AGUNG AKAN DATANG, YANG MERIMAS DAN MNGUSUTKAN IALAH ALL THE PRESIDENT MEN.....badwi pas

  8. Siapa yg bedal balak di Kelantan? Tauke2 Cina dgn menggunakan melayu2 PAS dan UMNO (dan melayu dlm Istana). Kalau melayu tu, sama jelah, bodoh tahap gaban!

  9. Apa kejadah mahfuz dan sallehuddin nak pii jumpa mufta pembihong tu...???

    Banyak keja lain lagi yg nak di buat.Harrussani yg reka citer ....dia ler yg kena buktikan citer tu benar.

    Jgn buang masa dgn puak2 munafiq ni.

    Kpd codenamesomalipirate ....koh tsu koon tu agama apa?
    mca, mic, ppp, supp, pbs dan lain2 party tu akan duk sama ker dgn umno akhirat nanti...........????

    Ngata org mmg sedap....cermin kan dulu muka sendiri...

    Ngata Rasul saw naik unta sebab tak de proton, tak de gillete, tak de air nak bercukur.....ngata ada bukti ker syurga dan neraka .....tu sume keja sapa klau bukan ucapan puak2 umno apco...

  10. Bakaq,
    Kalau hang perati pe'el mufti2 la ni, buleh bingung kita.
    Dulu masa ada krisis sultan dgn tok det, tok harussani ni bukan main berani lagi, sebab sultan backing dia. Kedudukan dia diletakkan sebagai eksekutif dibawah sultan, federal tidak buleh ganggu, tak macam negeri2 lain. Tapi sejak sultan dapat banyak projek mega dari Pak Jib, tok mufti sendiri sama2 terodong.

  11. kalau sebut pasal pelantak balak di kelantan, sama je la 'tali Allah' bagi pas dan umno.

    dulu kata umno baca ayat Allah sekerat2, ni apa jadi. selagi ada manusia yang yang tak iltizam dengan perjuangan dalam pas, selagi itulah ayat2 sekerat ni boleh meleleh air liur manusia tadi.

    heran sungguh, depa tak nampak langsung agenda umno justeru termakan dengan 'tali Allah'. sedangkan 'tali Allah' pas berbeza dengan 'tali Allah' umno. 'tali Allah' umno bergelumang tahi. pas sanggup pegang tali itu. mungkin 'tali allah' pas juga sudah terkena najis. pas sanggup bersama umno untuk meneruskan kuasa umno dengan sedikit ganjaran kepada segelintir pemimpin pas. itulah yang aku nampak. pru13 dah hampir, perpaduan pas-umno pula yang dibesar2kan. mana pas nak simpan kes2 yang berlambak yang menimpa umno, apa boleh terhapus dengan perpaduan, dengan kedudukan2? kes pembunuhan atlantuya di hutan shah alam tetapi tidak masuk ke malaysia, kes kugan, kes teoh beng hock, adik amirul, adik sharmine, pkfz, petronas, penan, tabung haji, lembaga tabung angkatan tentera, kwsp... pas boleh termakan dengan 'tali Allah' dari kumpulan ini? pas dikuasai oleh kumpulan yang gagal di terengganu. bayangkan mereka2 yang gagal cuba menerajui pas di peringkat pusat? mengikur sahabat aku dari penang yang mahir pasal marketing, katanya mana ada orang yang gagal dilantik jadi ceo syarikat? itu yang berlaku pada pas. jadi, terimalah akibatnya dan melihat dari jauh sambil berpeluk tubuh, berpuashati - hebat ceo aku nih!

    wallahu'alam.

  12. aww aww aww aww aww aww aww aww

  13. SALAM bAKAQ
    Cuba tulun minta mufti perak cadangkan agar UMNO bubar. Ahli UMNO yg muslim joint PAS, UMNO yg tak muslim joint kelab UMNO. Senang cerita melayu hanya ada PAS, dan oleh kerana tak semua ahli UMNO itu muslim maka ia dibolehkan berada dibawah PAS tapi berstatus kelab penyokong PAS. Mari kita tengok siapa yg ikhlas pada agamanya, bangsanya atau pada kunci peti besi harta karunnya. MAD Baling.

  14. apa salah nya kita bersatu? Ye ... Umno ramai perasuah, namun dalam satu buah yang busuk kadang kala ada satu bahagian yang boleh dimakan. Tidak semua busuk.Begitu jua dengan pas. Bukan semuanya elok, ada juga yang busuk. Tidak sempurna kedua dua parti ini. Namun apa salahnya bersatu se sama islam dan nasihat menasihati sesama sendiri. Boleh saya tanya. Andai dengan DAP apakah hasrat pas untuk menegakkan syiar Islam boleh tercapai? Jangan bohong diri sendiri. Kirim salam saya kepada Karpal Singh.

  15. ORANG PAS JGN MUDAH HUKUM ORANG UMNO X ISLAM..BACA FIRMAN ALLAH "JGNLAH KAMU MENGANGGAP KAMU SAJA YANG BERSIH ,ORGLAIN KOTOR SDGKAN ALLAH LEBIH TAU SAPE YANG PALING BERTAQWA.SEMUA ORG MELAYU ISLAM MCM PAS JUGA..JGN MUDAH TUDUH ORG .ISLAM BKN MCM BAJU YG BOLIH DIPAKAI DAN DIBUANG SESUKA HATI...DULU PAS KUTUK UMNO KWN NGAN KAFIR.LA NI BILA DIA ORANG BUAT BENDA SAMA TAK PE PULAK .HAI PELIK BIN AJAIB..HAK MASUK kelentung depa semua ok..kaki putar juga pas ni.mcm ni kah nak jadi PEMIMPIN

  16. umno jadik kafir sebab ade org bukan islam dalam parti (org pas kate), pas bergabung ngan parti bukan islam boleh la pulak, ni yg aku rasa masih lagi tak terjawab smpi skrg, knape boleh bergabung? apa pulak hukumnya tu?

  17. Kpd anony 14, 15 dan 16....

    Umno jadi "bermasalah" keislaman nye bukan kerana mereka berkawan dgn bukan islam.

    Umno "bermasalah" kerana mengangkat Lord Reid lebih tinggi dari Al Qur'an.

    Umno juga memperlekahkan serta menghina hukum hudud yg bersumber dari Al Qur'an.Pemimpin umno telah mencela Rasul saw kerana dakwaan mereka Rasul saw tak punya gillete utk bercukur....juga kerana Tanah Hijaz kekurangan air kata mereka.

    Umno juga membiarkan rakan komponen mereka iaitu samy vellu dari mic yg menghina Al Qur'an kerana Al Qur'an tak mampu buat jalanraya....masih kah ko semua ingat.....????

    Pimpinan umno juga semasa mesyuarat antara MB, KM serta MT DGN MAHATHIR PERNAH PERSOALKAN KEBENARAN WUJUD NYE AKHIRAT...

    Mahathir persoal kenapa tiada org yg dah mati kembali ke dunia mengesahkan wujud nye dosa dan pahala....syurga dan neraka....

    Masih ingat lagi rakaman mesyuarat itu........???

    Apakah umno masih islam......????

    Mungkin mufta harussani pandai bagaimana nak menjawab nye...

    Dan ada seribu satu masalah lagi yg melibatkan umno dlm perkara iman dan kufur......cari ler sendiri...

  18. Salam,

    Kerana ada sesetengah pemimpin UMNO yang AGAK jahil tentang Islam itu lah tanggungjawab pendakwah2 PAS memperbetulkan..ni sampai dia dah berenti jadi PM pun masih ada sifat kebencian dan dendam terhadap pemimpin tersebut..bersih2 kan lah hati kita dan sentiasa bersangka baik terhadap sesama seagama. Yang jahil tu mungkin dia dah bertaubat..kita tahu ke?..dia dah mohon keampunan dai Tuhan, kita tahu ke?..kang dia cakap pada rakyat dia dah bertaubat...nanti cakap dia nak menunjuk-nunjuk..baik dia senyap2..buat baik secara senyap.

    Masa aku kecik2 dulu, ada ustaz cakap.."kalau kita mengata tak baik pada sesama Islam, orang itu akan dapat pahala kita..."..Kenapa kita tak boleh nak doakan kebaikan kepada sesetangah orang yang kita tak suka..Jangan disebabkan berbeza pendirian kita tersangat gemar menunjukkan keburukan orang lain...lebih2 lagi cuba kita hitungkan jasa dan budi yang pernah kita buat pada negara berbanding dengan orang yang kita selalu kutuk bagai nak rak..

    TQ

  19. Salam all,

    kepada King 17,

    Bukan senang nak laksanakan perundangan Islam secara 100% di Malaysia ini atau di mana-mana di muka bumi ini..kecualilah semua atau 90-99% penduduk di Malaysia ni orang Islam..lain lah tak ada parti2 macam MCA,MIC,DAP etc..etc. Kita kalau nak bercakap memang senang..tapi kalau nak melaksanakan bukan semudah itu..Berapa ramai orang bukan Islam yang anda pernah tanya mereka ini sangat2 bersetuju dengan undang-undang Islam..mereka tidak kisah jika dilaksanakan Hudud di Malaysia..kalau sdr King boleh 100% yakin mereka-mereka ini suka dengan Islamic law, saya dengan rela hati akan menyokong saudara..Mungkin saudara bukan pemimpin dan saudara tak pernah pening kepala untuk memikirkan mcm mana nak puaskan hati semua orang (rakyat)...buat yang baikpun salah tak buat, lagi salah...
    TQ

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008