Sedap!! Klik gambar di atas!

Lebih sesat dari babi (2)

Dalam berita bertajuk "Melayu hilang kuasa pada PRU-13?" Mingguan Malaysia hari ini melaporkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, orang Melayu akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika UMNO dan Pas terus berdegil untuk tidak bersatu.

''Kalau kita terus berpecah-belah, kita akan terima kekalahan (pada PRU-13), itu sahaja. Dan akan berlaku satu bentuk penjajahan baru," katanya.

Ok la. Mari kita bersatupadu menuntut supaya disiasat dengan telus, without fear and favour, kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kecurian enjin jet F-5E, misteri di sebalik pembelian Sukhoi dan Scorpene, pembantaian wang rakyat dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), pembantaian balak di dalam semua negeri di Malaysia, kecurian pasir di negeri-negeri sejak berpuluh-puluh tahun lalu, pelaburan yang menghabiskan wang rakyat oleh kerajaan pusat dan negeri-negeri, pengambilan harta rakyat seperti tanah dan sebagainya untuk kepentingan parti-parti politik (dengan qias kononnya bagi kepada parti politik pun untuk orang ramai juga - qias ma'al-fariq kerana mana boleh harta awam atau harta rakyat seluruhnya diberikan untuk kepentingan sejumlah kecil rakyat yang menganggotai parti tertentu), berkawan serta terpengaruh dengan Yahudi dan pelbagai isu lagi yang berlambak-lambak (hampa tambah la, aku pun tak larat nak ingat dah).

Boleh ka kita bersatu menuntut penyiasatan telus terhadap isu-isu tersebut?

Saya tak fikir ia boleh jadi kenyataan. Ramai yang tak nak isu-isu tersebut disiasat dengan telus. Penyokong pembunuhan Altantuya tentu tak nak pembunuhan itu disiasat, penyokong pembantai duit rakyat dalam pembelian Scorpene umpamanya tentu tak nak isu itu disiasat, penyokong pelantak balak dan penciluk harta rakyat untuk kepentingan parti politik juga tentu tak mahu isu itu disiasat. Semua mahu melindungi kepentingan pemimpin yang didewakan atau dima'sumkan.

Saya rasa, ajak bersatu supaya perkara-perkara tersebut disiasat without fear and favour sama seperti ajak bakaq a.k.a. ~penarik beca menyokong thiqah dan wala' kepada mufti-mufti atau ahli-ahli politik yang tidak suci dari pembohongan, nepotisme, kronisme atau berdiam diri terhadap pembantaian harta rakyat yang dilakukan oleh gang depa sendiri. Saya menentang habis-habisan candu masyarakat yang bernama thiqah dan wala' itu.

Ajak saya bersatu untuk menyokong candu masyarakat itu tentulah kerja gila. Samalah jugak kalau ajak penyokong pembunuh Altantuya menuntut supaya isu itu disiasat dengan telus.

Bila tak nak disiasat dengan telus, maknanya yang kotor akan tetap kotor. Yang zalim tetap zalim. Kalau gitu, Harussani nak lempaq ke mana peringatan Allah di dalam ayat 113 Surah Hud, "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"?

Harussani kononnya takut kehilangan kuasa Melayu? Di mana segala mulut munafiq bila kepentingan dan kuasa politik orang-orang Melayu dicincang-cincang oleh Umno dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 lalu?

Teringat posting saya 5 Mac lalu, "Lebih sesat dari babi".

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Minyak dan air takkan bercampor....dosa dan pahala dua unsur yg berlainan

    Ma'ruf dan mungkar juga umpama langit dan bumi.........manakan bersatu.

    Lama tak menulis Pak bakaq....mana hang pii......Assalamualaikum

  2. Salam Pak Bakaq,
    Babi sesat dalam sekawan kambing, la ni sampai tak kenai dah yang mana satu...

  3. Pak Bakaq..

    Lama tak menulis?
    Prosa yang disebut oleh Tan Sri Harunsani bahawa 'kita akan kalah' adalah ucapan mirip PERKASA dan lain-lain pertubuhan Melayu. Yang mana, kekalahan UMNO akan sentiasa dikenang sebagai kekalahan Melayu. Kuat UMNO kuat Melayu, rosak undi UMNO maka merosotlah kekuatan Melayu.

    Persamaan ini dimomokkan ke serata negara terutama Melayu di luar bandar dan Felda.

    Inilah permalahan politik di Malaysia. Kita sentiasa dikaitkan dengan kekuatan kaum. Sedangkan, UMNO lah punca kita kehilangan biasiswa JPA dan MARA. Bahkan Bahasa Melayu dirosakkan oleh dasar PPSMI. Kedaulatan negara seperti terlepasnya 2 blok minyak kepada Brunei, Tanjung Pagar dan Pulau Batu Putih kepada Singapura.

    Isu-isu nasional sebegini agak kurang difahami terutama Melayu luar bandar dan Felda.

    Maka perlunya kempen penerangan yang berkesan bagi mematikan hujah, Melayu milik UMNO.

    Sebaliknya, UMNO lah pengkhianat kepada bangsa.

    Cuba kita lihat hujah Lokman Adam dalam Wacana:Bolehkah Melayu Bersatu?. Ia sama sekali mirip hujah Ibrahim Ali, Harusani dan sekutunya.

    Apakah pada mereka Melayu lebih penting dari agama?

  4. Bhai Pak Bakaq,

    Huh... lama tak online... hehehe...

    Gua rasa la... itu HarusSanaSini ader mimpi jugak... yer la semenjak-dua menjak nih orang dah tak respek kat dier... jadi dier terpaksa la guna sentimen untu bagi muka dier kuar TV dan paper... hahaha..

    Ini bukan ulamak... tapi alamak... ini bukan mufti... tapi kutty... hahaha

  5. seorang mufti memperjuangkan nasib bangsa?? hehehe bangsat sungguh mufti tu!! hehehe nasib hangpa laa orang perak oii!!!.. bak kata pakcik tu... macam-macam ada!

  6. tu dia aihhh....dah lame x menulis, sekali tulis mmg pedas...SAYA SOKONG PENARIK BECA

  7. ni mukti ugama umno melayu....bukan agama ialam. mukti haramsana. dengar nama pun dah geli. nak dengar petua dia? hueeek.

  8. awat ngok sgt harussani ni? tak abis2 merapu pasal perpaduan. masa beend tgh power rangers awat harussani ngok ni tak mau ajak pas bersatu dgn amno? patutnya harussani ngok ni ajak bukan melayu bersatu dlm beend baru la amno akan power rangers mcm dulu2. ngok la harussani ni. pak bakaq kalau2 pakcik balik kg cuba2 singgah pi jumpa harussani ngok ni bagitau apa yg saya habaq kat dia.

  9. dah tau pun..kalau setakat belajar agama kat kolej islam klang ape sangat yang hendak diharapkan. Jadi ustaz ngajar fardu ain kat budak-budak darjah 6 lagi baik.

    Semata-mata habuan dunia punya pasal..

  10. segala-galanya kerana fulus!!!

    kalau tak de fulus tokpeti nak basuh berak pun tak boleh...
    apalagi kalau nak rumah besar, keta besar, bini besar...
    lugai-lugai-lugai betollah tokpeti zambrei nih!!!

  11. Pak Bakaq.. aku bukan gay boi.. kawe rindu ko demo.. lamo tok nullih weh.. sumbbak kawe tok leh baco demo blabber...

  12. mengapa mufti ajak Umat MELAYU bersatu di sanggah??Cuba lapang dada dan berserah pada ALLAH,,,adakah mengajak kebaikan bersatu salah,,,,,,,,inilah masaalah MELAYU hari ini,,PENUH DENDAM KESUMAT,DENGKI,,,,,Banyak penyelesaian MELAYU dapat di SELESAIKAN jika UMNO dan PAS bersatu,,,,,,NAK SINGKIRKAN PENGKIANAT dalam UMNO,,,dari dalam dgn cara PAS bersatu dgn UMNO,,,Cuba tanya Nik AZIZ dan HADI ,,apa hukum besatu dgn DAP,,,,,,dulu UMNO KAFIR kerana dlm BARISAN,,,,,,,,,SIAPA YG PERMAIN HUKUM ALLAH untuk diri sendiri,,,,,,,banyak negara ISLAM d DUNIA berpecah belah dan bergaduh angkara PEMIMPIN YG BERTOPENGKAN ISLAM SEPERTI NIK AZIZ dan HJ HADI,,,,,,,renungkan.

  13. Salam bakaq
    Mana lama tak dengaq berita. Moga takdak apa2 yg sakit.
    Maklumat yg aku perolehi dari seorang VVIP dari parti kaler biru tua yg terlepas cakap atau memang sengaja nak cakap gamaknya, masa tengah borak hal2 business dan projek yg beliau nak start di East Malaysia. Beliau ada sebut duit felda telah dipakai kerabat rapat PM 1Malaysia buka kilang darah tiruan di Vancuver, Kanada yg menelan kos hampir US1.2 billion. MAD Baling

  14. apa susah .ulamak ke guru agama ke manusia biasa .tak lepas dari dosa.tak usahlah mengaku dan mendabik dada ilmu dah tinggi.neraka dan syurga melihat hati yang ikhlas dan suci.hanya allah saja yang mengetahuinya.bukan kita.tak hairanlah ulamak ke guru agama ke jugak akan masuk neraka jahanam kalau hati busuk,pendendam dan pendengki.tak kiralah dia umno ke pas ke pkr ke...

  15. Ada fulus ada lulus dan ada lulus ada fulus. Permainan orang politik.

  16. Salam buat semua muslimin dan muslimat
    Saranan mufti perak tu sangat ditunggu-tunggu oleh beberapa kerat pembesar PAS, maklumlah dah lama berjuang dalam parti tak dapat-dapat jadi menteri ke, ketua menteri ke, Masa Pas gagah sikit nilah boleh demand PM Umno dan konco-konco untuk satu-satu post. Memang umno perlukan sokongan melayu untuk next PRU supaya boleh terus buat harta dunia.
    Bagaimanapun jangan dok kutuk mufti peghak tu sangat, kesian tuan mufti tu..

  17. Haeusani moopti merapu kata:
    ''Kalau kita terus berpecah-belah, kita akan terima kekalahan (pada PRU-13), itu sahaja. Dan akan berlaku satu bentuk penjajahan baru," katanya.

    Kita belum merdeka lagi.UMNO/BN adalah penjajah baru menganti British.

    Baca rencana Siapa Hero Merdeka? dan Merdekahahaha di warongpakyeh.

    Jom kita atur Merdeka cara Revolusi Islam.!!!

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008