Sedap!! Klik gambar di atas!

Kita undi pembangkang sebab kita benci sangat Umno

Dalam berita bertajuk "Sec-gen: PAS sticking with Pakatan... at least until GE13", Malaysiakini 16 Julai melaporkan:
But Mustafa side-stepped questions on PAS' allegiance to Pakatan after the 13th general election, saying that it is not something they can predict.

"We don't know what will happen after the general election. We will say we stay but some other parties may go... At this point of time, we are with the Pakatan," he said.

When pressed for further comments on PAS' status post-general elections, he said "only Allah knows".
Saya dah berminggu-minggu tak tengok Internet. Baru tadi baca berita di atas. Memanglah, sebelum pilihan raya 8/3/08 lalu pun, hanya Allah dan beberapa orang sahaja yang tahu tentang perselingkuhan politik dalam gelap antara PAS dan Umno. Sebelum pilihan raya 8/3/08 tu, rakyat yakin PASlah yang paling boleh dipercayai sehinggalah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengakui beberapa kali bertemu secara sulit dengan para pemimpin PAS (bukan senang nak melupakan parti Islam buat kerja mungkar yang mengkhianati undi, mandat dan kepercayaan rakyat).

Kenyataan Datuk Mustapha Ali di atas menguatkan lagi semangat untuk bertindak sebagai rakyat. Kita buat sebagai rakyat. Kerja untuk kepentingan sendiri. Kerja untuk kepentingan anak cucu yang nak duduk di mana lagi kalau bukan di dalam negara ini.

Kalau kita belasah Umno yang menjadi musuh utama rakyat, kita buat kerana kerana kepentingan kita sendiri dan anak cucu kita. Kita lawan Umno yang jahat itu kerana hendak mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Bukan kerana kita sokong pemimpin mana-mana parti yang perangai depa lebih kurang ja dengan perangai pemimpin Umno - kalau tak sama dari satu segi, dari segi lain pula memang sama.

Saya belum tulis lagi, tetapi ke mana saja saya pergi, perbuatan merentap subsidi kepada rakyat kononnya kerana nak jaga ekonomi negara menjadi tajuk saya.

Depa yang lingkupkan ekonomi negara, subsidi kepada rakyat yang depa salahkan. Kurang ajaq sungguh Umno ni. Malangnya, kita masih terpaksa mengundi parti lain bukan kerana kita yakin parti tu baik dan berbeza dari Umno, tetapi semata-mata kerana kita terlampau benci kepada Umno - semata-mata kerana kita melihat para pemimpin Umno tak ubah seperti syaitan (saya tak tuduh, dah saya nampak macam tu, nak buat lagu mana).

Tu yang saya kata malang tu. Umno kita nampak macam syaitan, yang parti lain pula nampak sangat semakin hari semakin gian nak meniru perangai Umno.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Assalalmmualaikum,

    Jangan benci sangat.....UMNO tak salah..yang salah adalah pemimpin parti tersebut, sama seperti PAS....yang salah adalah pemimpin parti tersebut...parti PAS dah molek...Cuba fikirkan kalau PKR atau DAP yang memerintah..mereka pun akan bertukar jadi syaitan juga...cuma sekarang ni depa tak ada peluang...bukannya kerana mereka tak buat maka PKR dan DAP adalah maksum.....DAP adalah laknatuallah, PKR adalah parti Gila kuasa dan bekas org UMNO yang kecewa tak dapat projek maka masuk PKR...

    Patut benci kepada pemimpin yang salah bukan kepada parti UMNO....bukan senang nak perintah negara...nak cari salah orang senang lar...nak tuduh ini itu senang aja..macam tengok bola...kita maki dan komen tentang cara orang main...Bila suruh main...hampas aja...So cakap memang senang...sebab belum berkuasa.,..sebelum berkuasa kata nak tutup kilang arak tapi bila berkuasa..pusing pulak...arak untuk bukan islam...kalau macam tu buat apa dok kata nak tutup kilang arak....dulu sapa yang memerintah bersama org bukan islam adalah pemerintahan kasif...tapi kini...pusing pulak...negara kita majmuk....

    AGAMA,POLITIK mana dulu...atau pusing agama sebab nak gila kuasa....Tak kira UMNO atau PAS kalau asyik dok gila kuasa maka hampas lar akan dapat yang untung puak laknatuallah..macam DAP aka lim gua eng (Dajjal) mungkin orang lain nampak Lim Guan Eng macam kalifah Umar(laknatullah lah mereka yang menyamakan khilifah Umar dengan kafir harbi Lim Guan Eng yang tidak percaya Allah)...tapi saya nampak dia macam Dajjal aja.

    Tak kisah UMNO atau PAS yang memerintah...yang penting jangan DAjal DAP atau munafik PKR

  2. Mustafa Ali ni dah berapa kali sebut "stick to Pakatan Rakyat",tapi cakap dia ni tak boleh pakai.Hadi Awang pun dah 2-3 kali sebut "tutup pintu",juga tak boleh pakai.Mustafa Ali kata:"PAS tak pernah menikam kawan dari belakang".Benar apa dia cakap tu,tapi dia sendiri dah tikam beberapa kali.Itulah masaalahnya,kalau selalu buat kerja menipu,orang dah percaya dah.

  3. Ha ha ha..

    Aku Benci Umno, pasal ahli UMNO ngok...tak pandai pilih pemimpin..yang bongok-bongok juga dia orang pilih..dah tak ada orang lain lagi ke????

    Aku tak kisah kalau parti lain menang..jangan Parti yang pemimpinnya Ngok..bodh dan memperbodohkan rakyat yang memerintah...paling tidak kalau lepas PRU 13, dah sah pengikut-pengikut yang ngok dalam UMNO akan lari dari UMNO dan baru berlakunya pembersihan dalam UMNO..kalau sayang UMNO jangan undi UMNO pada PRU 13 ..sebab kalau UMNO menag PRU 13 nascaya pemimpin yang suka memperbodohkan ahlinya akan tetap memimpin UMNO..tak kita dari Pemimpin no 1, hinggalah ke ketua cawangan..semuanya penuh dengan korupsi.

    Sekali lagi ..jika kamu sayang UMNO..jangan pangkah UMNO dalam PRU 13..ha ha ha.

  4. SETUJU sangat dengan PAK BAKAQ. Tapi pemimpin PR banyak yang PERASAN dan rasa macam BAGUS je...

  5. Jangan kata ahli UMNO bodoh..kerana kita perlukan undi mereka untuk menang pilihanraya...jangan angkuh...Ahli PAS semua bijak pandai ke...kalau pandai Dajjal Lim Guan Eng tak boleh memperkudakan ahli PAS lar.....So bukan hak kita nak kata sapa pandai sapa bodoh, sapa beriman sapa tidak....yang penting samapaikan ideologi perjuangan dengan berhikmah dan tertib....biar rakyat lihat....tunjukkan contoh yang baik...Nabi saw berdakwah dan mendapat ramai pengikut dengan menjadi contoh tauladan yang terbaik....Nabi bukannya terteriak kamu bodoh, kamu sesat...tapi Nabi menunjukkan contoh yang terbaik dan membuka pintu silaturahim...Adakah Nabi saw memaki dan menutup pintu persaudaraan dengan puak penentang....???? Janganlah kita berangan bahawa penyokong PAS semua bijak pandai...sokong PAS masuk syurga(sokong DAP pun masuk syurga ke?)

  6. Pemimpin UMNO dipilih oleh ahli-ahlinya melalui cawangan , bahagian yang dihantar keperhimpunan Agongnya dan yang menang menjadilah ketuanya . Mereka ini kebanyakkan akan menjadi calun pilihan raya dan jika dilihat kepada keputusan pilihan raya 80% calun dari UMNO menang . Apakah ini bukan penilaian awam kepada pasukan UMNO.

  7. ahli-ahli umno cawangan kebanyakannya jenis yang mudah dicucuk hidung mereka, asal dapat duit semuanya takpa ... sebab itulah pemimpin-pemimpin mereka jenis yang dot dot dot ...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008