Seorang tokoh korporat menghantar SMS berikut kepada saya:
Berkaitan:
Umno, PAS perlu pelan damai (Utusan Malaysia 21/7/10)
Nasrudin ajak Umno sertai Pakatan Rakyat (Harakahdaily 21/7/10)
Pelan damai untuk Umno dan PAS (Nasrudin Hassan 15/7/10)
Ketua Pemuda PAS needs a brain transplant.Saya tiada komen. Hanya melaporkan.
Berkaitan:
Umno, PAS perlu pelan damai (Utusan Malaysia 21/7/10)
Nasrudin ajak Umno sertai Pakatan Rakyat (Harakahdaily 21/7/10)
Pelan damai untuk Umno dan PAS (Nasrudin Hassan 15/7/10)











Cantik? Klik 






KUALA LUMPUR, 21 Julai: Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan mengajak Umno menyertai Pakatan Rakyat jika benar ingin memperjuangkan perpaduan di negara ini dan bukannya PAS bersama-sama Umno dalam Barisan Nasional.
Ia berbeza sama sekali dengan nada laporan yang dibuat Utusan di muka depan akhbar Umno itu hari ini yang membayangkan seolah-olah Ketua Pemuida PAS itu setuju bersatu dengan Umno dalam BN.
Dalam laporannya hari ini, Utusan telah memetik tulisan Nasrudin itu dan melaporkannya dengan tajuk "Umno, PAS perlu pelan damai".
Namun akhbar itu sangat tidak beretika apabila memetik tulisan Nasrudin tetapi menukar istilah yang digunakan Nasrudin.
Dalam laporannya, Utusan menggunakan istilah Nasrudin mengajak Umno menyertai Pakatan Pembangkangtetapi yang digunakan Nasrudin adalah Pakatan Rakyat.
"Maka, apalah salahnya jika kini UMNO pula mengambil giliran dan langkah serupa seperti dulunya PAS pernah menyertai Perikatan demi penyatuan melayu Islam di era Tun Abdul Razak [ Lagi pun pemimpin UMNO kini yang beria - ia benar mahukan penyatuan ] .
"Kini di era YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pulalah menghulur tangan, sanggup dan sedia bersama PAS menyertai Pakatan Rakyat memperjuangkan Islam dan bangsa melayu Islam agar kita dapat membina sebuah negara yang aman, makmur, sejahtera, adil, telus, saksama tanpa sebarang pertelagahan atau persengketaan yang merugikan ummat Islam dan bangsa Melayu itu sendiri.
"Kerana saya melihat masa depan negara adalah bersama dengan Pakatan Rakyat dan seluruh parti yang ikhlas serta jujur membangunkan negara berasaskan nilai keadilan dan kesejahteraan yang diajar oleh Islam," tulis Nasrudin dalam blognya namun diputar belit oleh Utusan.
Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub juga bersetuju, jika benar Umno mahukan perpaduan, Umno perlu menyertai Pakatan Rakyat bersama PAS, PKR dan DAP.
Ini kerana, PAS pernah berpengalaman menyertai BN dan ditendang keluar oleh parti assobiyah Melayu itu.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin menyifatkan laporan Utusan hari ini sebagai lambang Umno terlalu 'desparate' (terlalu terdesak).
"Saya rasa cukuplah dengan usaha & artikel perpaduan UMNO-PAS. Cerita pg1 Utusan hari ini nampak macam kita desperate sangat," kata Khairy dalam laman komuniti Twitternya.
Pandangan Khairy disokong oleh AJK PAS Pusat, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin ketika membalas twitter Khairy itu.
"mbnizar @Khairykj : Dear YB, u are definitely right. It looks too bad for UMNO. Y PAS? Y not other malays in PKR,sab/sar,ngo etc.spt hidung tak..."
(YB, awak sangat tepat. Ia dilihat terlalu buruk untuk Umno. Kenapa PAS? Kenapa tidak Melayu dalam PKR, Sabah/Sarawak, NGO dll. Seperti hidung tak...")
Sementara itu, pelbagai pihak melihat, apa yang dibuat oleh Umno dan medianya sekarang dalam isu perpaduan ini adalah strategi serampang dua mata.
Jika PAS menolak kerjasama dengan Umno bermakna PAS jahat di mata orang Malayu yang tidak memahami isu ini kerana menolak usaha ke arah perpaduan.
Namun begitu, jika PAS menerima atau positif dengan ajakan Umno bermakna PAS sudah khianati rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat dan akan menyebabkan orang bukan Melayu khasnya akan menolak PAS.
Atas dasar itu, alasan yang terbaik kini adalah menerima perpaduan yang diminta Umno tetapi bersama-sama dalam Pakatan Rakyat yang dilihat lebih adil kerana tidak ada lebih besar dalam Pakatan Rakyat. Ia berbeza dengan susunan Barisan Nasional (BN) yang meletakkan Umno adalah abang besar dan yang lain-lain adalah pengikut sahaja.
Posted by baginda® at 6:35 PM | |
tak yah brain transplant. mintak dia kurangkan bercakap, cukupla. banyakkan berfikir. antaranya, macam mana nak jadi politikus yang cerdas. jgn berlindung di sebalik serban yang tebal dan kemas.
Masalahnya dia tu BODOH sangat dok layan wartawan. Orang macam nilah wartawan utusan & tv3 suka. Mudah diputar belit. Dulu presiden macam tu. Sekarang presiden dah senyap, anak buah dia pulak BANGANG. Dari sudut agama mungkin apa yang dihujahkannya mungkin betul (Aku tak tau sebab aku bukan ustaz). Tapi dari sudut politik dia ni BANGANG. Tak terfikir langsung si BANGANG ni tentang muslihat pihak musuh. Lurus bendul tak tentu hala. Berhenti je jadi ahli politik, jadi ulama 100%. Setidak-tidaknya tak adalah kena maki dengan rakyat. Tak pun join ulama muda yang baru jadi ahli umno tu. Bersihkan umno dari dalam (kalau boleh). Lepas tu boleh peluk mufti haram jadah tu erat-erat. Jangan duduk dalam parti Islam kemudian rosakkan strategi perjuangan.
agree
Jom mula belajar percaya dgn laporan Utusan Malaysia atau Berita Harian.
Anon 8.00(No.1)
Kalau Utusan Meloya dah selewengkan kenyataan Tantawi,suruh Tantawi heret Utusan kemahkamah.Tunggu apa lagi.Komen ABU lebih boleh diterima.Manusia macam Tantawi ni memang senang dibawa UMNO untuk bermain atas papan catur UMNO sebab tak matang berpolitik.Ini bukan kali pertama Tantawi buka mulut,dapat cacian dari ahli-ahli PAS.Ada baiknya,mulai hari ini dia duduk diam saja agar "kebodohannya" tidak tersiar dan media UMNO sukar untuk memutarbelitkan kenyataannya.If you have nothing to say,shut-up.
aku ni ahli PAS karat hijau sejak 15 tahun yg lepas, dan tidak serik2 dengan pas,berjuang dan terkena impact dr pelbagai pihak kerana berjuang bersama PAS demi islam dan demokrasi.
walaupun agak keras and aku tidak mungkin dapat berkata atau menulis kata2 seperti itu TAPI entah kenapa aku SETUJU dengan ABU(aku benci umno) di atas.
brain tranplant ada ke pak bakaq ?
DRB Gombak
dia bercakap banyak kerana dia ingat dia tahu semua. he dont need a transplant. he need not shut up either. he must resign from his ketua pemudaship. he talks too much coz of his position. nothing else. he is trying very hard to promote himself to ensure a place for calonship in the next pru. he never have the slightest idea of the damage he is doing not only to himself but to the party. that is his greatest problem. shall i say, he is a pain in the arse?
selaku ketua pemuda, tak fahamkah dia dengan keputusan muktamar pas ke 54, 55 dan 56 - memperkasakan pakatan rakyat? tak bolehkah sambut ajakan umno dengan 'pas akan terus bersama pakatan rakyat', perbincangan dengan tutup!', susahkah? bukan susah, masalahnya dia berdiri dengan sebelah kaki dengan pakatan rakyat dan sebelah kaki ;lagi dengan umno (melayu)! kalau benda yang sekecil ini pun dia tak boleh faham, bayangkanlah dengan perkara2 politik yang besar. keadaan ini membuat otaknya bercelaru. itulah minda ketua pemuda pas ini. dia berblog, dalam blognya dia kata hanya pandangan dia, bukan pandangan parti. sedangkan dia ketua pemuda pas pusat. orang boleh percaya ke?
Banyaklagi isu negara yg patut ketua pemuda ni tulis dlm blog dia..tapi nak cepat popular dia tulis isu remeh temeh ni..
Kepada karat hijau, bahasa yang aku guna memang agak keras tapi aku menulis dari sudut pandang seorang rakyat biasa bukan sebagai ahli pas. Tidak perlu jadi ahli mana-mana parti politik. Biarlah orang politik saja yang sibuk-sibuk sebagai ahli. Jika aku ahli kepada mana-mana parti politik di malaysia ni, aku akan terikat dengan hukum walak yang telah ditetapkan oleh mana-mana parti baik pas, umno atau pkr. Biar pun buat masa ni aku pangkah PR (sebab Aku Benci Umno) tapi tak mustahil aku boleh pusing untuk pangkah umno kalau umno dipimpin oleh orang baik dan bijak. Anggaplah aku ni orang felda yang celik sedikit dari majoriti orang felda yang sedia ada sekarang. Pemimpin pas hanya menganggap ahli pas akan sokong apa saja kenyataan pemimpinnya walaupun BANGANG. Serupa umno jugak...
Betoi !! Nasarudin Hasan perlu brain transplant kerana bodoh sekali mengajak parti peropak berpakat dengan parti bukan perompak.!!!
Harakah Daily yang telah luluskan berita ini pun kena brain transplant.!!!
Mereka yang telah mencadangkan Unity Gomen pun perlu brain transpalnt.!!!
Jika Presiden dan Naib presiden pun perlu brain transpalant maka ahli2 pun kena brain transplant juga.!!!
Aduh ! Kenapa boleh jadi begini.??? Mana Islamnya PAS.???
PAS akan menjadi tidak popular jika maseh ada pemimpin2 yang tidak guna otak.!!!