Sedap!! Klik gambar di atas!

Dia tak tau orang tak bodoh

Untuk berlaku adil, saya siarkan sepenuhnya kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang saya copy and paste dari liputan TV Selangor hari ini bertajuk "Dr Hassan Ali nafi bertemu Mufti Perak bincang perpaduan Umno-Pas":
Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah menyekat malah sentiasa menggalakkan ahli-ahli Exconya mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik mereka.

Pertemuan seperti ini diatur bagi meningkatkan keupayaan, kemampuan, prestasi serta profesionalisme ahli-ahli Exco berkenaan. Dengan cara ini sistem pengurusan dan pembangunan negeri terus dapat dipertingkatkan.

Pertemuan saya dengan Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada kira-kira dua bulan yang lepas merupakan salah satu daripada “engagement” sedemikian yang dilakukan atas sifat saya sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab secara langsung antara lainnya portfolio Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu.

Pertemuan tersebut diatur bagi membolehkan saya meninjau ilmu dan pengalaman beliau secara amali mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu.

Saya dimaklumkan beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai Mufti dan sebelum itu menjawat jawatan sebagai Kadhi Besar Negeri Perak Darul Ridzuan. Ilmu dan pengalaman yang begitu luas yang beliau miliki sudah tentu dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama dan umat Islam seluruhnya.

Saya ingin menegaskan bahawa:

1. Pertemuan tersebut adalah pertemuan di antara saya selaku ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor dengan beliau selaku Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan;

2. Pertemuan diatur bagi meraih kebaikan bersama demi untuk kemajuan Islam dan kesejahteraan umat;

3. Pertemuan tersebut bukan pertemuan sulit, malah diadakan secara terbuka ditempat yang terbuka.

4. Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu;

5. Pertemuan tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu;

6. Pertemuan itu diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.

Saya telah diminta mewakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tersebut. Saya menjadikan pertemuan itu sebagai sebahagian daripada persediaan saya menghadiri mesyuarat tersebut.

Kepada sesiapa yang mempunyai prasangka dan agenda jahat terhadap saya dalam hal ini, saya menyeru supaya mereka dapat merenung semula dan bermuhasabah diri agar tidak menghabiskan masa dengan kerja-kerja yang tidak memberi manfaat kepada kemajuan agama, parti yang sama-sama kita cintai dan umat seluruhnya.

Marilah kita bersama-sama menumpukan tenaga dan pemikiran bagi menghadapi cabaran Pilihanraya Umum Ke 13 yang dijangka akan berlaku tidak berapa lama lagi.
Sebelum itu, dalam berita bertajuk "Saya mufti, takkan saya berbohong - Harussani", Utusan Malaysia 21/7/10 melaporkan:
Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebagai mufti yang menyeru umat Islam supaya sentiasa ke jalan Allah, takkan beliau sanggup berbohong bahawa dirinya pernah didatangi pemimpin Pas dan UMNO untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.

Menurut Mufti Perak itu, semasa kunjungan kedua-dua pihak yang disertai pemimpin berjawatan tinggi kedua-dua parti yang berlaku 'dalam sebulan dua ini' itu, beliau telah diminta untuk menjadi wakil supaya usaha penyatuan itu dapat dijayakan.

''Saya seorang mufti, takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu, jadi saya tidak berbohong.

''Orang Islam ni kalau terjadi dua puak yang bertentangan, maka hendaklah didamaikan.

''Depa nak tuduh saya berbohong, itu depa punya pasal, saya tak nak masuk neraka (jika tidak mengusahakan soal penyatuan dan perpaduan umat Islam ini)," katanya.
Sekarang timbul tanda tanya besar. Dr Hassan kata, pertemuan beliau dengan Harussani diatur bagi membolehkan beliau meninjau ilmu dan pengalaman mufti itu secara amali mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu.

Harussani pula berkata, beliau pernah didatangi pemimpin PAS dan Umno untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.

Siapa cakap benar? Harussani atau Dr Hassan? Siapa cakap bohong? Dr Hassan atau Harussani?

Adakah kenyataan Dr Hassan di atas secara tersirat menyatakan Harussani berbohong?

Sekarang zaman IT. Semua komunikasi dapat dilakukan dengan begitu pantas. Mengapa terlalu lambat penjelasan Dr Hassan? Adakah kenyataan itu merupakan idea terbaik beliau dan penyokong-penyokongnya setelah lama berfikir dan "retak kepala" atau memerah otak?

Dr Hassan kata pertemuan tersebut adalah untuk meninjau ilmu dan pengalaman Harussani secara amali mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu. Katakan kita percaya kepada dakwaan pakar motivasi itu yang menghakis kepercayaan saya kepada puak-puak motivasi sejak beliau menyertai PAS dan mengetahui lebih banyak tentang dirinya.

Katakan Dr Hassan cakap betul. Persoalannya, mengapa Harussani? Apa lebihnya Harussani berbanding Mufti Selangor? Adakah terlalu miskin ilmu dan pengalaman amali Mufti Selangor dalam soal mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu?

Jika Dr Hassan benar-benar mahu meninjau ilmu dan pengalaman secara amali mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu, adakah beliau juga membuat tinjauan yang sama dari mufti-mufti lain? Tidak kiralah sama ada sebelum atau selepas beliau berjumpa Harussani.

Jika Dr Hassan tidak membuat tinjauan yang sama dari mufti-mufti lain, mengapa tinjauan dari Harussani sahaja?

Jika beliau meninjau dari Harussani sahaja, sebagai pemimpin PAS, mengapa Dr Hassan memilih Harussani? Adakah beliau terlalu jahil politik dan tidak tahu bahawa Harussani adalah orang yang tidak dialu-alukan oleh sebahagian besar pemimpin, ahli dan penyokong PAS kerana perbuatannya yang menjadi pak yet terlampau Umno selepas pilihan raya 8/3/08 yang lalu?

Banyak lagi yang boleh ditanya. Cukup la yang tu dulu.

Cop, cop. Satu ja lagi. Soalan terakhir. Prasangka dan agenda jahat? Orang ja yang berprasangka jahat dan ada agenda jahat? Diri sendiri baik semuanya?

Tanpa kaitan dengan cerita Dr Hassan di atas, saya teringat kisah seorang pemimpin yang tak henti-henti berbohong kepada pengikutnya kerana beliau sentiasa yakin bahawa orang ramai dan para pengikutnya juga bodoh dan bangang sepertinya.

Dia tak tau orang tak bodoh.


Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. pak bakar, salahkah jumpa mufti perak itu?

    TGNA ada didatangi mufti perak. kenapa tidak berburuk sangka?

    Sudah-sudahlah tu ....

  2. Memang begitu ler jadi nye.Apabila semua nak berpolitik kepartian, urusan kerajaan pun dikaitkan dgn parti.

    Apa pun kena lihat plak apa jawapan balas harussani.Apakah dia akan kata org tu bukan hassan ali...???

    Mcm2 boleh di zahirkan oleh lidah yg tak bertulang.Hanya niat shj yg membezakan.

    Dan akhir nye hanya Allah swt yg maha mengetahui.Perang nampak nye baru bermula.ari kita sama2 lihat siapa yg terkena.

    Sesapa yg nak jadi monyet utk turut sama menari, melompat atau menggelejat ikut paluan gendang mana2 pihak..........ada ler aras pilihan sendiri.

    Aku hanya jadi pemerhati dan membatu api shekali shekala.....lol.

  3. Hassan Ali cuba nak cari alasan bukan jawapan.Tak siapa percaya,manusia yang pernah kata:Seorang yang milik PHD(Doktor)ilmu dianggap sudah sampai tahap bumbung,mau pulak belajar dengan Harussani,yang sekadar punya diploma.Dia tak tau,orang dah tau.Kenyataan Harussani bercanggah dengan kenyataan Hassan Ali.Dia tak tau,orang dah tau.Dia lupa selaku Exco Negeri Selangor,dia juga adalah PJ PAS Selangor dan ahli PAS Pusat - tak timbul soal peribadi.Sesiapa pemimpin PAS apabila keluarkan kenyataan,tak boleh kata itu pandangan peribadi sebab peribadi itu menyandang jawatan yang diamanahkan.Nabi Muhammad SAW tak pernah kata itu pandangan peribadi bukan pandangan seorang Rasullulah.Kalau Hadi Awang buat kenyataan itu adalah kenyataan Presiden PAS.Dia Presiden PAS bukan sahaja diJalan Raja Laut,diMarang pun dia tetap Presiden PAS.

  4. Hasang Ali, Hati Bawang, Mustabak Ali & Nahhhhhhhhhh sarudin, sila gentlleman sikit, bawa kuncu-kuncu kau orang, pergi jauh-jauh, berambus keluar dari PAS, pergilah bermadu dengan AMNO, kalau engkau orang jadi calon dalam PRU ke 13 nanti, nescaya PAS akan kalah teruk, percayalah, kekalahan itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

    Atau kau orang sengaja nak tidur dan berak dalam PAS agar PAS KALAH ???????????????????????

    pergi,,,,,,,,,, pergi,,,,,,,,,,,pergi !!!!!!!!!!!

  5. adakah PR nanti akan sama macam BN ? PAS = UMNO ? oh tidak harap jangan begitu...
    tapi bahayanya apabila di atas sudah startkannya jadi ikutan orang bawahan bro ...

  6. Kedua-dua personaliti ini memberi kenyataan yang becanggah. Siapa tak kenal Harunsani, dalang UMNO. Kalau Hasan Ali mau dapatkan ilmu daripada Harunsani, itu satu pembohongan juga. Lebih baik jumpa TGNA. Harunsani tau apa. Judi Bola pun dia ta komen, aleh-aleh, jersi Menchester United haram seolah-olah pemakai jersi itu pemuja pada image yang ada pada jersi itu. Mr. Hasan Ali, hentikan lah pembohongan kerana rakyat Malaysia pandai menilai dan mengkaji kenyataan kedua-dua orang ini dan terus terang di katakan kedua-dua nya tidak bercakap benar. Mr. Hasan Ali, kalau nak sangat 'join' UMNO awak gi ler seseorang join parti itu. Nampak sangat nak berkawan ngan orang-orang umno. Agak nya mimipi siang malam nak jadi menteri kabinet Najib. kah kah kah

  7. Baqaq! ko nak kata hasanali tu bohong, harunsani tu cakap benar la. sebenaqnya ko ni sokong pas ka sokong umno. teruk beto suq zan ko.. ko la yg sebenaq bawa bala pecahbelah dlm parti ko.. aku xtaw la kalo orng mcm ko yg akan pimpin parti ko.. aku yg hnya minat perati ni pun bimbang puak2 ko naik pimpin parti ko.. sudah2 lah baqa'...

  8. Belum masuk umno lagi, dah tiru perangai umno....suruh dia masuk je..

  9. Banyak lah alasan dan putar Belit DHA macam2 alasan yang tak logik di berikan.TGNA kan ada pada masa itu kenapa tak boleh rujok atau nak timba pengalaman dari orang tua tu .Tinggi sangatkah PHD DHA ni bodoh sangatkah pimpinan PAS yang lain.Ini semua wayang kulit yang cuba di mainkan oleh seorang yang ada PHD yang merasakan dia lah paling bijak tanpa memikirkan risiko yang harus ditanggong oleh jemaah.Saya nak tanya DHA pernah kah tidak pada suatu ketika dulu ada pihak Pemuda PAS mengajak DHA turun sama BerDemo di jalan Raya ..Isu apa saya dah Lupa.Jawapan Hasan Ali begini "Kalau Saya Turun sama dan Sekiranya Kena tangkap dan di dakwa atau Kena ISA dan kebetulan Ketika Itu Pas menang di Selangor Siapa nak Jadi MB" nya ????...maka terpinga pingalah orang yang mengajak DHA ketika itu.Saya bukan menuduh cuma ingin bertanya pada DHA??? Pernah kah Tidak pekara ini belaku????.Mungkin ayat itu lebih kurang begitulah jawapannya tapi motif yang sebenarnya sudah di fahami fikrah DHA untuk masuk memimpin PAS dengan cara Payong Terjun macam DSAI masuk UMNO akan memudaratkan PAS itu ramalan politik saya ketika itu,Rupa rupanya ramalan saya tepat Maka tak terkejut lah kalau DHA pergi jumpa Mufti Perak tu pasa UG .Kalau DHA benar benar sayangkan perjuangan PAS maka seharusnya mengelakkan pra sangka dan memecahbelahkan Parti di sebabkan tindakan yang sangat kontravesiol.Elok DHA letak Jawatan dan muhasabah diri dan kemudian kembali aktif dalam Parti seperti Chua So Lek tu.Dont creat damage beyound repair in the parti.Buzz of before it too late.Begitu juga TPP NASHA sedia ada letak jawatan saja sebab kamu telah bawa pepecahan dalam parti dan PR.Saya percaya DHA masih berdegil sebab beberapa orang Pimpinan PAS pusat adalah kroni yang sewaktu dengannya satu fikrah dgn DHA.Kuncu dan kroni DHA sudah di branstorm mengikut kepakaran PHD yang ada tetapi telah membawa perpecahan dalam PAS selangor.Jangan telalu Gah dengan PHD anda kononnya orang yang ada PHD pengetahuannya sudah sampai ke celling...saya masih terpinga pinga dalam ingatan ucapan riak yang sedemikian begitu juga dalam ceramah ceramah DHA yang lain berbentuk motivasi saikologi yang tidak selari dengan intipati perjuangan yang sebenar.Perlu di ingat Riak membawa rebah.Untuk pengetahuan DHA saya merupakan salah seorang yang mengumpul banyak ceramah ceramah DHA dan peminat yang setia satu ketika dulu tetapi bila mempuyai fikrah yang belainan dengan Dasar dan Matlamat perjuangan maka terpaksalah saya tentang bukan atas dasar peribadi tetapi atas dasar Ukuwah Perjuangan.DHA boleh memperbodohkan kan rakyat yang baru berjinak dengan dengan PAS khususnya yang masuk PAS di zaman DHA tetapi anda tidak mampu memperbodohkan Ahli PAS yang telah menjadi gras root selama 35 tahun yang telah banyak metelaah kitab kitab dari Ulamak yang tiada PHD dan juga telah melalui segala liku liku perjuangan dugaan dan cabaran dari UMCO.Selepas kewafatan Rasullahah ada sahabat yang tidak mahu keluarkan zakat ini kan pula dizaman ini bila perginya Al Marhom Utz Fadzil Nor.Pejuang Islam yang berada di bukit Uhud telah di perentahkan oleh Nabi supaya jangan turun tetapi ada sahabat yang degil ..ini kan pulak ADUN Gombak.Yang jadi pencacai DHA dalam pAS saya ingin berpesan sayangilah perjuangan sebab Dasar dan Matlamat Parti bukan kerana ketokohan pemimpin atau Pangkat atau yang memberi habuan.

  10. woi bakaq...tak payah la dok buat ulasan pautu jumpa sapa dan apa..kalau hang jadi exco pun kdg2 atas kapasitinya nak kena jumpa mufti dan aku rasa tak salah.lagipun hassan menjelaskan atas permintaan kerajaan selangor..nak jumpa mufti atau org alim ni ada salah ker...mcm kita nak jumpak tok guru pondok salah ker?? aku nampak hang ni bakaq sebagai ajen pengadu domba dan batu api..hujah hang ni letak kat kepala lutut saja...sudah la bakaq...

  11. "Jika beliau meninjau dari Harussani sahaja, sebagai pemimpin PAS, mengapa Dr Hassan memilih Harussani? Adakah beliau terlalu jahil politik dan tidak tahu bahawa Harussani adalah orang yang tidak dialu-alukan oleh sebahagian besar pemimpin, ahli dan penyokong PAS kerana perbuatannya yang menjadi pak yet terlampau Umno selepas pilihan raya 8/3/08 yang lalu?"

    Ayat ko ni dah melampau bakar oiiiii
    Tinggi sangat ke ilmu agama ko nak dibanding dengan Harussani ni?
    Politik ko terlalu ekstrem sampai kan ulama bertaraf mufti ko kutuk hanya kerana tak sealiran ngan kau.

    Hilang hormat aku pada ko.ptuih!

  12. aku nak nyanyi jee leh x..ya ali ali baba ya ali aliii..ya ali ali baba yaa aliii aliiii ya ali baba ya ali iii baba.....

  13. Pak Bakaq,

    Dua-dua konglikong! Kalau dikatakan serpihan UMNO itulah perangai depa. Dalam PKR pun begitu.Tu tak cerita lagi manusia gila ibrahim ali. Harussani juga boleh dikatakan manusia hipokrit. Maaf lah kutuk ulama. Isu lebih besar diam seribu bahasa. Kalau PAS dan UMNO bersatu, nama sapa naik. Tak lama lagi dapat Tun lah. Cakap sahaja tak berkepartian tapi tindak tanduk? Hassan Ali tu lebih kurang Ibrahim Ali. Gila talak nak masuk balik UMNO. Macam-macam cara putar alam.

    Bakaq! Walau pun hang macam 'batu api' dilihat sesetengah orang tetapi aku 'tabik spring'. Biar lepa nak kata apa, hang bongkar orang-orang PAS dalam 'semak' yang 'bunyi' nak bersongkongkol dengan UMNO haprak. Biar habis modal putar alam orang-orang PAS yang haprak timbul...lepas tu baru 'bersih' sikit PAS.Baru senang orang menilaikannya. Selagi ada manusia-manusia PAS yang suka bermesyuarat dalam 'selimut' tanpa pengetahuan pucuk pimpinan selagi itulah UMNO haprak dapat modal 'bonos' hentam puak-puak PAS dan menggunakan media fitnah rakyat. UMNO dah ubah strategi 'menyerang' dari 'bertahan'. Semacam menjadi nampaknya peranan penasihat APCO tu. Hebat sungguh! Seronok sungguh guna duit rakyat guna untuk parti (rebranding)perjatuh pembangkang dan perbodo rakyat dalam talian hayat media-media pengampu.

    UMNO dah kalut
    Pilihanraya dah nak sebut
    Harussani jadi kongkelibut?
    Hassan Ali jadi tali barut?

    PM kata rakyat didahulukan
    Gula minyak naik sakan!
    Rakyat jelata tersedu tersedan
    Mengenang poket dan ketirisan.

    Tak lama lagi isu GST
    Apa pun rakyat diberi warranty
    Kerajaan perihatin tetap berhati-hati
    Rakyat kena dulu baru menteri-menteri.

    Walau apa yang terjadi
    Aku percaya yang satu satu ini
    Bila UMNO dah tenat nanti
    PAS juga yang disondoi menanti
    Akan ada orang gigit jari
    Hassan Ali yang bijak bistari?
    Tambahan pula Ibrahim Ali
    Berkubur PERKASA tidak berparti
    Perjuangan bangsa syok sendiri!
    Dituduh pula Raja tak peduli?
    Kesian Ibrahim Ali membawa diri
    Last sekali umur kata pergi!
    Kubur kata, panggil mari
    Begitu jugalah Hassan Ali
    Juga tuan mufti Harussani!

    Seloka ini sekadar hiburan
    Tiada kena mengena yang hidup atau yang mati
    Apa yang dikata hanya gurauan
    Sekadar ingat mengingati
    Kalau ada yang terperasan
    Maaf dipinta sepuluh jemari
    Ambil yang baik jadikan sempadan
    Yang tak elok jangan dekati.


    Sekian.

  14. aww aww aww aww

  15. Bakaq,

    Saya boleh terima kenyataan Hassan Ali tentang pertemuannya dgn Harussani,malangnya bila dia pula yg cuba mengingati org yang mungkin berprasangka buruk dan mempunyai agenda jahat, tiba2 ianya menjadi "anti-climax". Ini apa cerita? Hang telah memberi penjelasan sudahlah tetapi cuba mengugut pula, kenapa?!!

    Memang meragukan dan boleh dipertikaikan keihlasannya utk menjawab secara jujur?

    Tentunya hal ini memberi tafsiran lain pulak, siapa di sana yang bercakap bohong? Ini kes lagilah berat!

  16. PR , lebih-lebih lagi PAS, jika dahagakan atau pun sungguh ingin merasai apakah perasaan KEKALAHAN TERUK, maka silalah kekalkan geng-geng Kerajaang Perpaduang.

    tidakkah terfikir langsung, tak kan lah geng tu dunggu sangat ? selama ini PAS asyik dihentam, diasak, dimaki-hamun, dicaci, dikutuk, dibelasah kiri kanan, depan belakang.

    tiba2 je, gerombolan nak bersatupadu pula ?

    Ini mesti berkaitan dengan $$$$$$$ dan STATUS, hoi, HAli, jadi menteri besak ini syok sangat ker ? atau pun HA tu nak jadi TPM ? syok kan ? atau pun N nak jadi menteri dalam negeri ker ?

    apa pun, jadilah dalam NERAKA nanti !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  17. Ini kenyataan YB Idham Lim dalam blognya ..

    "3. Selain itu bila ditanya mengenai kenyataan saya bahawa tujuan sebenar pertemuan dia dengan individu terbabit adalah membincangkan soal perniagaan dan bukannya penyatuan Melayu beliau mengatakan " kalau Khalil kata saya bohong tentang tujuan sebenar perjumpaan itu, beritahu saya siapa pemimpin PAS yang Khalil maksudkan, Ramai orang berjumpa saya".

    Dengan jelas sekali lagi Harussani melepaskan tanggung jawabnya dengan berdolak dalih. Saya cuma berhasrat untuk menegaskan sekali lagi bahawa tujuan pertemuan individu terbabit adalah untuk tujuan perniagaan dan tidak sama sekali untuk penyatuan Melayu. Bukan hasrat saya untuk mendedahkan nama terbabit."





    antara kenyataan Pak Bakaq dan YB Idham Lim ini, mana satu yang kita nak pakai?

  18. mengapa lambat respon? hm. ni satu penyakit yang tebal dalam pas. bila tak perlu bercakap, sibuk nak bercakap. dan bercakap pulak tak berapa cerdik fikirannya (menulis dalam blog adalah sama tarafnya dengan bercakaplah tu). bila perlu bercakap, tergagap2. lewat. atau terlalu lewat.

    macam mana crisis management dalam pas nih.....!

  19. seorang islam yg iklas dgn ALLAH dlm perjuangan tak akan berperangai mcm yg komen2 diatas. INILAH kelemahan umat islam,,,,,,,,,,,Apabila sesama ISLAM nak bersatu ,,datang lah IBLIS yg bertopengkan ISLAM,,,malahan dia lebih alim dan lebih iman dari orang lain,,,,orang lain semuanya jahat,,banyak dosa,,,,,,,inilah mainan YAHUDI yg MEMPERDAYAKAN umat islam dgn menggunakan perkataan islam itu sendiri,,,,,,,,tuan2 yg memberi komen disini,,,,,apakah niat sebenar dan seiklas hati kerana ALLAH untuk kita nak menyelamatkan UMAT MELAYU DAN ISLAM DI NEGARA INI,,,,,,,,asyik menunding jari dan menyalahkan orang lain sangat mudah,,,,,,JANGATLAH KERANA DEMDAM KESUMAT DAN BUSUK HATI masa DEPAN ANAK CUCU ANDA TERGADAI,,,,,,,,,,,,,PAK BAKAQ cari "solution" menunding JARI adalah BUDAYA MELAYU dari zaman MELAKA LAGI,,,,,,,,,,tolng siarkan pak bakaq,,,,,,,,TIDAK ADA SAPA YG RUGI KALAU NAK BINCANG HAL PERPADUAN MELAYU,,,,,,HANYA PEMIMPIN YG DAYUS saja MENOLAK kerana dah MENJADI TALIBARUT YAHUDI<<<<<<<<<,,,,,,,,,

  20. bakaq, hang tak tau orang tak bodoh nak dengaq cakap hang macam pak yet yahudi tu.

  21. sudaH LAH PENARIK BECA,DOK KAKI SEBOK,BUAT APA, TARIK LA BECA TU SAMPAI TUA...

  22. salam,bakaq batu api,haramkah jumpa mufti?najiskah beliau?adakah mufti itu syiah?hang dengan MP shah alam itu memang ada dendam kot?

  23. Dengan sedikit ilmu yang diturunkan oleh Dr Hasan Ali sendiri di mana saya pernah beberapa kali mengikuti kursus beliau suatu ketika dulu maka pada saya,

    DUA DUA PEMBOHONG... Hadi Awang, Mustafa Ali & Ketua Pemuda kamu bolehlah tipu tapi bukan rakyat...

  24. Salam para pengunjung dan yang menyokong PR sahaja...
    Nak bgtau ni dah jadi cerita lawak dah...he.he.he DrHasan pi jumpa perancang yang menjatuhkan kerajaan PR perak sekadar nak belajar ilmu ???? Ilmu apa tu ? Dah tentu cara cara method menjahanamkan kerajaan PR Selangor tp sedarlah wahai DRHasan, hang x mungkin jd MB Selangor pasai BN tu cerdik tau...sudah sudah lah DrHasan oiii...bawa bertaubat la...ni cerita mengarut ni..

  25. salam ,

    Anom 9 ...Ulasan saudara sangat -sangat bernas .....Gue sangat tertarik dengan kata-kata saudara " Pada suatu ketika dulu ada pihak Pemuda PAS mengajak DHA turun sama BerDemo di jalan Raya ..Isu apa saya dah Lupa.Jawapan Hasan Ali begini "Kalau Saya Turun sama dan Sekiranya Kena tangkap dan di dakwa atau Kena ISA dan kebetulan Ketika Itu Pas menang di Selangor Siapa nak Jadi MB" nya ????....
    Gua rasa ramai lagi yang pernah alami nya !!Gua sangat-sangat pasti ramai yg pernah kena !!

    Anom 7,10 & 11 .....berdiskusilah dengan menggunakan ilmu kerana apa yg kita mahu adalah diskusi secara ilmiah dan bukan nya macam budak tadika berdiskusi ! Bawa lah fakta sebagai hujjah barulah seronok orang lain nak baca !Wallahuadlam


    Beringin rendang Gombak

  26. oi bakar..
    kat FB MSO ada ckp 2 org blogger yg berpura2 jd penyokong PAS.aku teka sorang tu tulang besi,die kata betul...satu lg sape?bakarrrrr kaaaaa?

  27. Salam...

    TGNA kata dulu pas kena tipu tak apa sebab pertama kali. Tapi sekarang tak kan nak kena tipu lagi untuk kali yang seterusnya... Begitulah lebih kurang katanya.

    Berbalik kepada geng perpaduWANG yang pernah menipu kita dulu. Tak apa... mungkin sebab pertama kali. Tapi sekarang masih cuba nak menipu lagi. Cukup-cukuplah tu... melayu dah lebih 50 tahun dibodohkan oleh umno. Tak kan pas nak sambung agenda umno untuk terus memperbodohkan melayu?

    Saya harap TGHH dan team perpaduWANG letak jawatan dengan kadar segera sebelum pas hancur dan hilang sokongan. Kamu semua memang dipilih oleh perwakilan muktamar yang entah berapa kerat tu dengan mudah kamu bodohkan mereka. Pekik saja TAKBIR!!! Maka semua akan ikut terpekik TAKBIR serupa perwakilan umno pekik hidup melayu... Entah apa yang kamu semua pekikkan pun kamu sendiri tak faham.

    Janganhina ulama? Benar... ulama adalah pewaris Nabi. Tapi adakah kamu semua ulama? Siapa yang beri iktiraf? Adakah kamu semua mengiktiraf sendiri diri kamu semua ulama? Adakah ulama boleh berbohong pada ahli mereka tiada pertemuan dalam gelap tapi pak lah kata ada?

    Ketika kamu semua masih bertaraf ustaz sebelum bergelar YB & YAB, dalam kuliah kamu semua sering ada mengatakan "Ciri-ciri orang MUNAFIK ialah apabila bercakap ia DUSTA. Orang MUNAFIK tidak terpakai kesaksiannya". Bila kamu semua berdusta tentang pertemuan selepas 8 Mac adakah kamu semua tidak termasuk dalam golongan yang kamu sendiri sebut dalam kuliah kamu?

    Jika ciri-ciri tersebut di atas ada pada kami semua, tidaklah menghairankan bagi umum. Tapi ia ada pula pada golongan yang menggelarkan diri mereka ulama yang tidah boleh dihina. Tolonglah jangan tipu kami semua. Kami dari golongan sekular yang lahir sejak umno memerintah inginkan perubahan ke arah Islam yang lebih baik. Jangan sampai nanti ada orang kata presiden pas sama atau lagi teruk dari presiden umno.

    Cukup-cukuplah tu. Letak saja jawatan jika tiada upaya memimpin ummah terutama orang macam kami yang hardcore yang baru nak kenal apa itu Islam yang sebenar...

  28. Salam, Pak Bakaq,

    Hassan Ali.....apa nak jadi..jawab camnapun..kami di bawah ni bukan bendul..meluat..meluat. Kan dah kantoi dengan mufti HARUS sani. UG masih berjalan nampaknya. Pi join jelah kem mufti HARUS sani tu....menyusah jemaah je...mana tau kok boleh jadi MB.

  29. BODOH PUNYA BAKAQ...

  30. Yang keluar komen:"BODOH PUNYA BAKAQ" - 10 KALI LEBIH BODOH.

  31. Saya menyerang siapa saja yang menyokong UG tak kira apa tarafnya dalam PAS serta menyokong tindakan TGNA belandaskan kepada Fakta sejarah dan Sirah.Saya rengkaskan di sini supaya semua yang membaca forum ini dapat muhasabah diri dan kembali pada Sunnah khususnya dari sudut POlitik ISLAM.

    Dalam perjuangan Islam tiada Istilah BERGABONG dengan Musuh Tetapi BERDAMAI memang ada itu pun setelah musuh telah lemah atau kalah dan insaf mereka minta perdamaian wajib kita berikan.Apa yang cuba di lakukan oleh UMNO/BN dewasa ini ialah BERGABONG walaupun pekataan tersebut tak kedengaran tetapi hakikat yang sebenarnya yang tersurat dan tersirat UMNO/BN dari sudut politik ialah mereka sedang ushakan untuk BERGABONG dengan PAS,

    Sejarah telah membuktikannya ini fakta dan cuba di ulangi oleh UMNO untuk cari kekuatan dan mengubati luka yang semakin parah dan bukannya BERDAMAI untuk kedamaian dan keadilan yang mutlak yang hakiki.Sekiranya mahu berdamai Royalti Minyak Kelantan dah selesai begitu juga dengan isu lain tiada pertunjuk kearah mahu kedaimaian melainkan BERGABONG bertopengkan UG demi untuk kepentingan nafsu pemimpin yang tertentu serta menyelamatkan status Ko mereka .Disamping itu juga habuan Keduniaan pemimpin PAS yang tertentu sebagai ganjaran buat sementara waktu .

    Sedarlah wahai ahli PAS semua peringkat meraka UMNO /BN sekarang hanya luka luka dalam petempuran tetapi tidak kalah secara mutlak .Mereka musuh politik yang senentiasa menyerang kita dari berbagai sudut dengan segala macam muslihat dan penipuan .Kita perlu sedar dan bangun dari tidur ketika ini kita masih dalam kemuncak petempuran perang belum tamat maka apa saja alasan yang diberikan oleh pihak musuh untuk BERGABONG adalah Haram dari segi politik Islam untuk kita layan.

    Bergabong dan BERDAMAI adalah dua pekara yang bebeza.Justru Perang UHUD pertama Nabi(SAW) tidak benarkan pejuang Islam turun dari bukit UHUD sebab kemenangan masih belum mutlak tapi masih ada yang langgar perentahnya.Tidak pernah saya jumpa dalam sirah dimana tentera Islam bergabong dengan Musuh yang sedang di perangi untuk menghadapi satu pihak yang lain.
    Sebab itu saya setuju sangat dgn TGNA beliau amat matang dgn politik Islam .lainlah Ketua pemuda PAS Pusat atau PJ Selagor dan beberapa orang lagi pimpinan PAS sedia apakah tersalah faham atau mengaji sirah atau cuba membetulkan sirah .Kenapa tidak boleh bersabar menanti kemenangan PR dan kalahkan dahulu pihak musuh secara mutlak kelakuan , penindasan dan kekejaman,kezaliman boleh di hentikan terlebih dalulu

    Ahli serta pimpinan PAS yang di hormati sekelian .Pemimpin yang memegang jawatan parti hendaklah mengenali perjuangan meneliti SIRAH dan mengkaji apa yang sedang kita hadapi sekarang.Rujuk lah kembali pada orang lama dalam PAS yang masih ada dan ilmunya dan pengalaman politiknya lebih matang Hakikat yang sebenarnya musuh yang cedera parah menuju ke peringkat lemah tetapi masih tidak kalah dan mampu menyerang balas bila bila masa sama seperti perang UHUD.

    Untuk matikan ULAR yang bisa kita perlu pukol kepalanya bukan sekadar mencederakan dibadanya saja.Ular sedang mencari penawar dan akan bangun untuk mematuk kita,
    Kita Pas sebenarnya tidak berpecah cuma beberapa orang pemimpin yang tersahor telah tersalah langkah dalam mengaturcatur politik islam atas dasar keegoaan maklumlah memiliki Kelulusan tinggi akadamik dan ugama.Yakinkah kamu wahai pemimpin PAS yang tertentu apakah kamu bebas dari termakan hasutan syatan atau sudah terlanjur mengikut hawa nafsumu serta penyokong mu yang juga turut tejurumus kerana terpesonan dengan titlemu sebagai ustaz dan PHD.

  32. waka waka... simple je soklan-soklan pak bakaq. tapi takdak sorang pun tukang bela yang nak tolong jawab. aku up balik soklan2 dia.

    1. mengapa Harussani? apa lebih dia dengan mufti selangor? adakah mufti selangor cokia sangat pasal urus tadbir agama dan adat?

    2. Kalau dia jumpa harussani, adakah dia jumpa jugak mufti lain untuk ambik pandangan pasal isu yang sama?

    3. kalau tak tanya pandangan mufti lain, kenapa pilih pandangan harussani saja?

    4. Kalau pilih Harussani, sebagai pemimpin PAS, mengapa Dr Hassan memilih Harussani sedangkan dah banyak isu pemimpin pas lain tolak mufti perak ni?

    yang tu dulu kot. sapa2 yang boleh jawab yang ni, kira setel la isu ni. tapi, kalau takleh jawab, kita tau la sapa yang berkenan sangat nak jadi MB selagor.

    waka waka...

  33. salam

    WAHAI PENGUNDI DUN GOMBAK SETIA .....JANGAN TIDUUR ,KUM FAANZIIR ,,,MENIDURI ISTERI TAK PER BOLEH PAHALA .....INGAT TAK DULU DALAM CERAMAH PEMIMPIN 2 PAS ,KALAU SAYA SALAH TEGUUR LAH SAYA ,BUAT MACAM SAYYIDINA UMAR ALKHATTAB DAN UMAR ABD AZIZ ...SEKARANG INI LAH MASA NYA ...WALLAHUADLAM

    beringin rendang gombak

  34. mari kita tengok sapa yang kena...

  35. Kpd abuarif.......

    Minta kemukakan nas ada nye melayu islam atau islam melayu.........

    Tak de perpaduan melayu dan islam.........maaf ckp ler

    Jgn di tokok tambah islam tu dgn budaya jahiliyyah.........mcm islam hadhari tu

    Yg ada hanya perpaduan islam tanpa mengenal bangsa dan keturunan.....

    Islam itu rahmat bagi sekelian alam............perpaduan islam meliputi setiap yg bernama muslim...........bukan setakat pas dan umno shj...............dan bukan setakat melayu islam shj........

  36. http://anaksengat.blogspot.com/2010/07/saya-tidak-berbohong-anda-hakim.html

    berbelit2. dua2 tak leh pakai, baik harussani atau hassan. isu 'kerjasama pas-umno' hidup kembali gara2 'kebijaksanaan' pj pas selangor. alasan yang diberi hassan kenapa berjumpa harussani dapat diterjemahkan bahawa selangor, di mana hassan di dalam kerajaannya, tidak mempunyai mufti untuk dirujuk sehingga memerlukan beliau berjumpa harussani. hassan patut meletakkan jawatan politiknya kerana ternyata beliau bukan sahaja kurang arif dalam selok belok ilmu politik tetapi sanggup mengkhianati perjuangan partinya sendiri. hassan boleh bagi seribu satu alasan tetapi yang jelas beliau telah mendekati harussani yang sudah banyak menyusahkan pas. hassan bukan tidak tahu implikasi dari pertemuannya itu tetapi beliau lakukan juga, kenapa agaknya? hujah beliau tidak mendapat mandat dari sesiapa hanyalah alasan untuk tidak memalitkan peribadi2 lain kecualilah beliau seorang sahaja yang terlibat. tidak ada siapa pun yang bertanyakannya.


    http://batu8bendangsiamonline.blogspot.com/2010/07/jangan-ikut-rentak-media.html

    nasha,

    siapakah kalangan pemimpin pas yang memulakan pertemuan dengan umno? who started the whole mess? tak mengaku pada mulanya. lepas tu bohong kata dipersetujui majlis syura ulama, kemudian menjaja wala' apabila pembohongan ditolak. siapa mengingkari keputusan muktamar pas ke 54 dan 55 - "memperkasakan pakatan rakyat"? seronokkah makan di restoran al-maghrib?

    tolong beritahu 'pengikut' u supaya 'shut up' kerana dok menyambung dan syok bercakap pasal 'kerjasama' dengan umno.

    tengok apa kata boss u, stopa ali - g 2 g?

    tengok apa kata pengikut u, tantawi - pas dan umno perlu ada pelan damai.

    tengok apa kata penyokong u, haron din - jika umat Islam khususnya bangsa Melayu disatukan, kita yakin akan menjadi satu kelompok yang paling kukuh untuk perpaduan umat.

    apa cerita?

  37. apa yg dibimbangkan ialah umno menggunakan umpan ygbesar untok menjerat pas dan pakatan rakyat,begitu juga musuh dalam selimut lebeh bahaya dari musuh diluar selimut,kalau zaman Rasullah bapak segala musuh dalam selimut ialah abdullah ubay bin salun dan musuh dalam selimut ini akan beranak bercucu sehingga ahir zaman.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008