Sedap!! Klik gambar di atas!

Ustaz Hassan: Hasrat yang tak kesampaian

Saya tak sangka sungguh begitu cepat Ustaz Hassan Shukri meninggalkan kita. Sebagai manusia biasa, saya dok rasa Ustaz Hassan panjang umur mengambilkira panjangnya umur ayah beliau dulu (lihat berita Harakahdaily hari ini "Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatuLlah").

Dalam dua tiga bulan dulu, ketika berbual di Restoran Thaqwa, saya menumpang beberapa kawan yang lain meminta Ustaz Hassan menulis sejarah PAS yang dapat diingatinya. Saya dok jangka perkara itu akan tercapai kerana saya dok rasa Ustaz Hassan juga akan panjang umur seperti ayahnya.

Saya cadangkan Ustaz Hassan ambil budak muda untuk buat dictation dari beliau. Dia cakap apa sahaja cerita dari sejarah yang nak dilakarkannya, budak tu tulis. Malangnya, Ustaz Hassan tetap menekankan "budak tua" yang buat dictation itu. "Budak tua" itu pula buruk kelaku dan sentiasa mengelak dengan alasan: "Dah tua-tua ni, malas dah nak buat dictation, Ustaz".

"Budak tua" itu malah berusaha cari sponsor untuk menggajikan budak-budak muda buat dictation dari Ustaz Hassan. Tetapi, Ustaz Hassan tak kelihatan berminat.

Saya tau, Sdr Fadli Abdul Ghani di Pejabat Agung PAS memang mengumpulkan bahan-bahan sejarah PAS. Tetapi saya rasa. lebih ramai buat lagi bagus. AlhamduliLlah, di Kelantan, Ustaz Hydzelan Haji Hashim memang sentiasa mendampingi bekas Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan yang juga adik ipar Allahyarham Tan Sri Asri Muda, Ustaz Salahahuddin Abdullah untuk mengumpulkan bahan-bahan sejarah PAS.

Sampai bila-bila pun saya akan terkilan dengan keengganan "budak tua" itu berkorban sikit ambik dictation dari Ustaz Hassan untuk menulis sejarah PAS.

Saya merayu sungguh-sungguh kepada Allah s.w.t. agar melimpahkan keampunan dan kasih sayang-Nya kepada Ustaz Hassan. Banyak kenangan dengan Almarhum. Saya pernah berkerja di bawahnya di Pejabat Agung PAS ketika beliau menjadi Setiausaha Agung PAS, iaitu dari 1985 hingga 1988.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. alfatehah
    semoga Allah menempatkan beliau bersama orang orang yang soleh, innalillahi wainnailaihirajiun dan Alhamdulillah kerana beliau meninggal ketika maseh berada dalam jamaah Islam.Susah senang dalam perjuangan menubuhkan Pas di waktu dulu menjadi pencetus buat kita hari ini menyambung perjuangan,Allahuakbar3x,Hancur umno/ug.

  2. Iman dan usia tidak dapat diwarisi. Begitu juga dengan dasar perjuangan. Segala tujuan,hasrat,aspirasi,niat dan cita-cita pejuang asal telah banyak berubah dan terus diubah oleh pejuang-pejuang Pas hari ini. Parti Islam Se Malaysia tidak lagi islamik seperti dahulu. Terpaksa mengorbankan kepentingan perjuangan kerana kelemahan dalaman.
    Apa yg dipertikaikan sebagai bersalahan dahulu kini sudah dibenarkan pula.

    Moga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya dan diampun segala dosa-dosa. Al Fatihah.

  3. Bravo Hj Lan ! gua caya lu

  4. Al-fatihah untuk Al-marhum ustaz Hassan Shukri,

    Susah nak jumpa dgn pemimpin yang sangat merendah diri, tawaduk & mesra alam macam beliau. Tak pernah sombong.., kalau jumpa di Melewar.. penyapu, cangkul sentiasa ditangan. Hingga kan pernah jadi parking attendant untuk orang yang meletak kereta dihadapan rumahnya... Kini KAMUS PAS ini (meminjam istilah daripada Tok Guru Nik Aziz) telah pergi mengadap tuanya.... Semoga tuan bahagia dibawah rahmat ALLAH wahai pejuang...

  5. Lein kali kalau nak minta buat dictation apa2 dari sesapa saya offer diri..saya suka buat dictation dan menulis kembali:)

  6. Cuba Pak Bakaq nyatakan dengan jelas...siapakah sebenarnya Budak Tua itu???

  7. cuba tengok website www.ibnuhasyim.com, beliau ada menulis mengenai sejarah PAS.

  8. pak bakaq, perginya ustaz hasan tak sempat lah beliau nak melihat umno bungkuihhh.Itu menjadi idaman no satu para pendokong pas untuk melihat para mustakbirin tersungkur, kalau hang nak ambil bahan dan cerita serta fakta ,hang boleh mai ke rumah PAK LONG SOLAHUDIN MANSOR DI ALOR STAR.Dia pun dah tak berapa larat dah...badwi pas

  9. pak bakaq - mai sebut sapa nama tok tok hang , berapa generasi hang tau ?
    mmg kita orang melayu layu serba serbi sehingga jadi generasi yang hilang ...
    dan paling hampeh hampa buang habih dato asri muda apa pun
    tak kira la dia ada salah apa pun mana ada manusia tak salah dan tak lemah
    haji hadi dan nik aziz ada gak kelemahan mereka tapi itu tak mengurangkan .....
    demikian juga dato asri - malah tanpa asri pas takkan membangun di msia
    bukan burhanudin helmy atau prof zulkifli muhammad
    malah amaludin darus yang kadang banyak merepek pun lebih korang banggakan
    asri lah yang bawa pas ke kelantan kemudian ada kerajaan maka dari situlah
    pas membangun ... asri juga yang rekrut dan bina nik aziz
    bukankah menantunya arwah jaiz anwar yang membawa fadhil noor ke pas ...
    memang ada salahnya dan masuk umno kita kesalkan .. tapi itulah manusia
    hulika insan dhoifa - tuhan kata - manusia itu dicipta lemah ....
    apapun tribute untuk hasan shukri
    kita yang ada sambungkan terus perjuangan
    perjuangan memang penuh berliku , dan syurga bukan murah harganya ....
    pak bakaq - hang pun kena buat catatan tentang pas - pelan-pelan
    hang banyak tau juga macam2 perkara - hang pun bertanggungjawab

  10. yusuf smart,kamu munkin org baru dlm pas,atau penyokong saja....orang-orang lama semuanya faham bila pak bakaq sebut budak tua tu..kepd pak bakaq,tak payahlah sebut noo.....

  11. pasai apa pak bakaq tak siar komen saya pasai dato asri

  12. Kenapa komen saya sebelum ini kena delete ??? Saya hanya bagitau yang salah seorang blogger PAS bernama Ibnu Hasyim juga ada menulis tentang sejarah PAS. Boleh tengok dalam blog beliau di www.ibnuhasyim.com . Kalau ini pun tuan bakaq haq nak delete, saya taktau nak kata apa dah.

  13. cuba tengok www.ibnuhasyim.com ada himpunan sejarah PAS

  14. pak bakaq mmg bodo

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008