Sedap!! Klik gambar di atas!

"Undilah BN untuk memufliskan Malaysia pada 2019"

Malaysia menghadapi risiko menjadi negara Greece kecuali rakyatnya menelan hakikat pahit bahawa pengurangan subsidi akan menyaksikan harga petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan tidak dapat dielakkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala (lihat Malaysiakini 27/5/10 "Subsidi berterusan: M'sia bankrap 9 tahun lagi").

Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga pakar ekonomi dari Sorbonne University, Datuk Dr Norraesah Mohamad kata: "Adalah lebih tidak masuk akal bahawa Malaysia akan menjadi satu lagi Greece" (lihat Bernama 31/5/10 "Norraesah: Ekonomi Malaysia terlalu kukuh untuk gagal").

Meskipun kenyataan Idris kelihatan hanya menyalahkan subsidi sahaja dan tidak menyebut tentang rasuah, ketirisan, penyelewengan dan yang sejenis dengannya sebagai punca yang akan menyebabkan negara ini bankrupt atau muflis, tetapi saya rasa Idris tidak bercakap sebagai ahli politik. Dia bercakap berdasarkan angka.

Semua orang tahu, antara hobi utama ahli-ahli politik, tak kira dari parti mana pun, ialah berbohong. Bila tak cakap sebagai ahli politik dan bercakap berdasarkan angka, angka tidak berbohong. Angka hanya boleh dimanipulasikan oleh tukang bubuh angka dalam percubaan nak menghantar aura "feel good" dalam jiwa pihak yang disasarkan.

Apa pun, hampa nampak dak pengajaran utama yang kita dapat dari kenyataan Idris? Dia sebenarnya beritahu kita bahawa selain dari memotong subsidi, kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) sudah hilang akal untuk menyelamatkan negara ini dari kemuflisan.

Selain itu, hampa nampak dak satu lagi ironi? Sebelum ini, kita diratib-ratibkan sejak bertahun-tahun lalu bahawa Malaysia akan jadi negara maju pada tahun 2020. Pada masa yang sama, Malaysia diramalkan akan bankrupt pada tahun 2019. Lagu mana tu?

Maju dalam kemuflisan?

Nanti sat, tak habis lagi. Hampa rasa Idris kena marah dak dengan Datuk Seri Najib Tun Razak bila dia buat statement lagu tu? Takkan Najib tak hangin satu badan bila kenyataan Idris itu dengan sendirinya bermakna "undilah BN untuk memufliskan Malaysia pada tahun 2019". Idris macam bubuh paku atas jalan yang Najib nak lalu.

Laa, bila sebut ja nama Najib, teringat Apco Worldwide dan Altantuya Shaariibuu.

(Saya tulis posting ni setelah baca komen-komen dalam Malaysiakini di bawah tajuk "Idris spot on about nation going bankrupt")
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Macam2 negara lalui insyallah dapat diatasi. Kalau nak bangkrup dah lama kantoi. Idris Jalal cakap tu satu peringatan je kalau tak ambil langkah berkesan mungkin terjadi. Rakyat kalau batal sabsidi menjerit melolong tapi selama ini tak tau pulak berterima kasih.

  2. bukan sebab subsidi negara bangkrup..sebab umno kuat rasuah,seleweng,salah guna kuasa, dan tak pandai urus duit, umno bodoh macam lembu..

  3. nak berterima kasih macamna kalau yang banyak menderita disebabkan kenaikan barang adalah yang golongan berpendapatan sederhana&kerja sendiri..bos/pengarah/profesionalis dalam jabatan tak kan terasa wahai yang tanpa nama...semua free bagi golongan yg sememangnya bagi golongan atasan...yang perit adalah golongan pertengahan&bawah...semua kena bayar...

  4. Memang la macam2 bang anon no.1 oi! Sampai batu putih pun serah kat orang, sampai telaga minyak pun bagi per kat org. ni hat terbaru, pi bagi tanah kat singapura. tu pun sokong terkentut-kentut. Bodo punya tunggui. Hang tu dah jenuh mentekedarah subsidi, hang boleh la cakap potong subsidi. Dah kenyang la katakan. Orang lain tak payah rasa subsidi? Amerika sama Britain hat kaya-raya tu pun dok bagi subsidi kat rakyat dia. Hang mesti malaih membaca ni. Tu namanya buta perut tadak akai. Tu.. hat rasuah sama bli brg tak leh pakai tu menatang apa? Tak rugi namanya? Balik2 nak cekik rakyat. Ka.. hang nak rakyat tong-tong duit kutip derma bagi kat gomen untuk run the the country?

  5. yang sorang cakap betul...
    sorang lagi tentu cakap yang tak betul...
    yang mana satu cakap benar?
    anon #1...
    kami sayang negara kami...
    hangpa nasionalis kapitalis...
    tak pa...
    demi 40 yang terkaya...
    kami makan pasir...
    p kerja merangkak pun tak pa...

  6. pasal malaysia bangkrap tahun 2019 tu bukan dari si Jala tapi hanya satu skrip ditulis oleh pak pak UMNO bagi si Jala tu baca aje. ini kes sendiri kentut sendiri bau, bila dikentut busok, orang akan alih perhatian pada hal utama yang benar lagi besar kesannya pada sikentut tu. mana boleh 2019 negara jadi bangkrap sebab menyokong tegar UMNO BN banyaknye dah jadi nyanyok dan laluk siang malam dah. si Felda pun dah takde ahli yang benggap sokong BN buta buta punye. 2019, duit 50,000 mungkin dah sama nilai dengan Rupiah 50,000 kot. tok sah risaule, sebab yang memnimpin sekarang ni pun mungkin dah 'goal' terjerit jerit world cup nanti; yang sembab tu mungkin dah berumur 80tahun baya mamak-kutty, si kutty pulak dah 100tahun - masuk malaysia world record books kot.

  7. Pak Bakaq,

    Ana amat tertarik dengan tulisan Terence Fernandez "Down 2 Earth"diakhbar Sun hari ini(1.6.10).Ada baiknya Idris Jala membaca tulisan ini agar mengetahui dengan mendalam mengapa negara ini akan bankrap dalam tempuh 9 tahun lagi.Memotong subsidi bukan caranya dan subsidi bukanklah masaalah utama dan besar.Walau pun subsidi bukanlah satu amalan yang baik namun sedikit sebanyak,pada tempat dan keadaan yang sesuai,subsidi tidak salah.Dimana salah dan silapnya? Bacalah tulisan Terence Fernandez tu.


    abc

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008