Sedap!! Klik gambar di atas!

Ulama, Umno dan bagi makan anak bini dengan duit rasuah

Utusan Malaysia sebentar tadi menyiarkan berita bertajuk "40 ulama serah borang keahlian Umno" (lihat juga berita Malaysian Insider "40 ulama muda sertai Umno tanpa Asri"). Apa yang depa nak? Nak jadi orang besar dalam Umno?

Kalau depa rasa depa boleh jadi orang besar dalam Umno, harap mereka kenang apa terjadi kepada kupang-kupang tembaga (maknanya syiling satu sen yang hampir tidak digunakan) seperti Datuk Dr Abdullah Md Zin, Brig Jen (B) Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin, Datuk Nakhaie Ahmad dan ramai lagi yang saya tak perlu sebut. Jangankan pemimpin utama di peringkat nasional, nak jadi pemimpin utama di peringkat bahagian pun tak merasa.

Atau, adakah depa fikir depa nak beri wajah dan ruh Islam kepada Umno? Kalau itu yang depa nak buat, elok depa kenangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketika dia masuk Umno pada Mac 1982, dengan penuh kurang ajar Anwar bangangkan orang ramai dengan dakwaan kononnya dia masuk Umno untuk Islamkan parti pengkhianat Islam dan Melayu itu. Akhirnya, Umno tak sedikit pun Islam, Anwar yang tenggelam. Tenggelam dalam budaya kafir Umno - siap luluskan judi di Sabah dan Sarawak.

Ada juga bekas imam yang menyertai Umno. Beliau dijadikan bidak di papan catur Umno untuk melawan seorang pemimpin pembangkang. Akhirnya bila dah tak dak kerja nak bagi anak bini dia makan, dia jadi pegawai khas kepada ketuanya di dalam Umno yang juga seorang menteri. Menteri itu khabarnya ada berpuluh pegawai khas. Orang di kementerian berkenaan memberitahu, tidak ada peruntukan untuk membayar gaji kesemua mereka. "Gaji dia orang pihak swasta bayar," kata pegawai itu.

Persoalannya, kenapa swasta bayar? Adakah pihak swasta nak bayar free-free? Tentulah ada habuan yang dijanjikan. Kalau tak, apa kerja dia nak bayar gaji depa termasuk bekas imam tu. Adakah amalam itu tak termasuk rasuah?

Cerita bekas imam yang mendapat gaji penuh misteri dari pihak swasta sedangkan beliau pegawai khas menteri boleh menerangkan nilai sebenar orang-orang agama yang masuk Umno. Bagaimana kalau gaji yang diterimanya itu dikategorikan sebagai rasuah kepada menteri berkenaan? Adakah bekas imam itu memberi makan anak bininya dengan duit rasuah yang diterimanya setiap bulan?
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Heh,heh, 40 orang ? Ya lah kalau tak 40 orang tak boleh lah jadi Ali Baba dan 40 perampok.!!!

    Sila baca "Pemerintahan Ali Baba dan 40 perampok" di warongpakyeh.

  2. Bhai PenarikBeca...

    Itu bukan rasuah la... itu tumbuk rusuk.... hahahaha....

    Budus la diorang nih.... alamat jadi ular dalam semak la jawabnyer... hahaha

  3. Bakaq, kita kena shukur sebab..PAS masih d selamatkan dari geng Bidaah ni..eloklah semua masuk umno..n cubalah islamkan umno ni dari segala gejala maksiat and yg haram..

    dari anak isteri ke menantu..semoga semua yg muda-muda ni akan berjaya berdakwah kat org umno..lepas ni tak perlulah minta tauliah dari mana pejabat agam negeri..cukup dari jakim aje...lepas ni..zamihan..hang jagalah..hang akan d kerjakan olih gerombolan bidaah nii..tukar jaga org asli d guamusang lah hang..balik kampong..

    Tapi gue kesian dekat pemimpin pas yg begitu taksud ke geng bidaah ni..asik jaja gambar asri dgn tgna aje....tulah cara geng bidaah ni hendak popolur kan diri..mcm zul lowyer ....

    oklah gue mau tengok bola brazil ngan portugal ni

  4. Kah kah kah!
    mujur ada tong taik, ada juga kerja untuk para al-Ustaz minta kerja, pencuci tong taik.
    kalau nak cuci tong taik tak usahlah belajar agama, buat malu kat india estet sahaja.
    Ulama muda, kah kah kah kelakar, yg tua pergi mana? dah jadi terompah kayu! memalukan agama sahaja geng ni, padanlah Allah panggil kalbun @ anjing (lihat surah al-' Araf).

  5. rasuahlah tu,apa lagi.ustaz yg hafiz bg anak bini makan duit haram....best dgrnya tu. ustaz 1m'sia...

  6. Maka hilanglah ayat-ayat dari kalam tuhan yang pernah dihafas.

  7. Apa nak kata bakaq..kalau semua media massa dah kata depa tu ulamak..rakyat akan telan bulat2.
    Orang tak perati pun menteri ugama kita jadi imam secara live bersama agung sebagai makmum, baca ayat, tajwid lintang pukang..tu lah standard ulama agung m'sia

  8. Peristiwa ini untuk membenarkan sabda nabi saw, `orang alim yg buat apa yg dia tahu tak boleh, akan masuk neraka 500 tahun lebih awal dari kafir musyrik'.

  9. Pas bagi makan anak bini bukan lagi duit rasuah tetapi makan hasil bumi balak secara haram.

  10. Bakaq, otak hang ni tak pernah bersih, sentiasa saja ada tohmahan dan hasad dengki. Otak hang lebih kurang macam anuar cuma bezanya hang tak meliwat..(tak tau la kalau hang pun buat kerja yang sama) bukakan minda sikit, bukan semua ulamak macam ulamak trompah. Kalau ulama masuk PAS semua betoi walaupun kaki rasuah, kaki bawa lari anak dara orang, kalau masuk UMNO semua kaki rasuah.. memang sah hang macam Anuar Ibrahim.

  11. bakaq...
    agaknyerlah, tu pasal la 40 org jer yg masuk...
    mula2 dulu sibuk kata 100...
    agaknya, kalu ikut headline utusan ari ni, x der lesen judi bola...
    tu pasal yang terpaksa di shortlisted tu kot...

  12. Parti Pakatan rakyat sangat bersih dan tiada rasuah.hehehee

  13. Ulama Bijak takkan kena tipu said...

    ulama kena tipu dengan UMNO

    Geng Ulama ni tak berpengalaman macam TGNA. UMNO janji tak kacau kerja dakwah, konon, terus setuju nak Islamkan UMNO. Ilmu mereka tak diterjemah memahami persekitaran dan otak UMNO

    TGNAA menolak sangat Perpaduang sebab ni lah - balik2 kena tipu.

  14. ASKUM. TAHNIAH ATS ULASAN YG SANGAT TAJAM DAN RELEVEN TERHADAP ISU KEMASUKAN GOLONGAN AGAMA DLM UMNO. TERLALU BANYAK JERANGKAP SAMAR DLM POLITIK. KEKHUATIRAN SAYA ADALAH MEREKA AKAN DI PERALAT OLEH ORANG POLITIK UTK TUJUAN POLITIK PERIBADI MEREKA. CONTOH2 YG SDR TIMBULKAN ADALAH MEMANG BETUL. AKHIRNYA MEREKA AKAN MENJADI MANGSA DI PERMAIN OLEH ORANG POLITIK. WAJAH2 MEREKA ADALAH ORANG MUDA YG MASIH MENTAH, MEMPUNYAI IDEALISMA TETAPI BELUM TAHU CERITA DALAMAN ORANG POLITIK, TIKAM MENIKAM, HASUT MENGHASUT, PERGAULAN BEBAS LELAKI PEREMPUAN, SEMBANG KOSONG SHINGGA PAGI DI COFFEE HOUSE, BOROS, BERLAGAK, RASUAH, LALAI DAN LUPA BERSOLAT, DLL. APAKAH MEREKA SANGGUP BERHADAPAN DGN BUDAYA NEGATIF INI.

  15. bola tanggung betul umno bagi kat hang bakaq!!! hehehehe

  16. Biaq pi luncai terjun dengan labu-labunya,

  17. Kok jadi ulama haid wal nifas....

  18. meroyan sungguh puak2 keris ni...
    hang pun satu bakaq...
    najib cuma melengkapkan kitarannyer sajer..
    madet dengan yusof noor, hamid osmannyer...
    pak lah dengan firdaus sepak tong, ummu mashithahnya...
    tak kan najib bawak 40 penyamun tak boleh?
    ******
    jangan marah anon 9:50
    kalu yusof noor hok jadi pengerusi felda tu ali baba...
    yang terbaru ni 'kasim-kasim baba'...

  19. Pak Bakaq,

    "Ketika dia masuk Umno pada Mac 1982, dengan penuh kurang ajar Anwar bangangkan orang ramai dengan dakwaan kononnya dia masuk Umno untuk Islamkan parti pengkhianat Islam dan Melayu itu."

    Awat hang tak suka sangat2 ka dengan DSAI ?

  20. kah kah kah!
    selepas kira, aku kira sekali lagi, tak puas hati aku kira sekali lagi, kata ada 40 penyamun, tak sampai pun 40. Kalau dimasukan sekali dengan tukang kebun dan tukang sabu, masih belum cukup, aku masukkan PM,TPM, bodyguard, juru gambar dan wartawan, kalau cukup pun secukup-cukupnya.
    Mungkin kerana bilangan tak cukup 40 org penyamun, maka Kasim Baba Asri al-Umno terpaksa meminta bossnya Shahidan Kasim Baba tangguh sekejap penyerahan borang. Mungkin dekat PRU13 nanti beliau akan serah borang kepada PM dengan 1000 penyamun tua dan muda.
    Para penyamun yg serah borang malam itu mengaku "ulama muda", nak terberak aku dengar pangilan gelamor mereka ulama muda. Aku pun naik hairan bagaimana dapat gelaran ulama muda. Mungkin gelaran tersebut bermaksud ulama yang masih belum mumaiyiz, masih belum kenal yang mana cemar dan yang mana cuci.
    Kasim Baba sekali lagi diberi peluang oleh bossnya, dia boleh menyamar, nak jadi hijau sekejap boleh, nak jadi biru sebentar boleh, nak jadi biru muda sedetik boleh, maka jadi macam batman atau spiderman, asyik pakai topeng, orang kelantan panggil "pak ka" sesumpah. Kasim Baba boleh kumpul ramai penyamun2 bersamanya apabila serah borang nanti.
    Kasim Baba pun akan keluarkan fatwa, tapi bukan macam si Penyamun bodoh, kononnya masuk kerana UMNO menyediakan medan dakwah yang luas. Kasim Baba akan keluarkan al-Fatwa "Untuk mengangkat martabat sunnah di kalangan orang Melayu dan menghapus saki baki Bidaah". Kah kah kah!
    Bodohnya org PAS yang masih belum sedar dan masih tersengeh dgn si Kasim Baba.

  21. KALAU NAK DIIKUTKAN AHLUL PAS LEBIH BANYAK MAKAN WANG HARAM DARIPADA AHLI UMNO INI DISEBABKAN MEREKA BEKERJA DENGAN KERAJAAN TETAPI DALAM DIAM MENIKAM DARI BELAKANG DAN TIDAK EFISYEN DALAM KERJA BANYAK CURI TULANG UNTUK DENGAR CERAMAH DAN IKUT DALAM DEMONSTRASI JALANAN INIKAH YANG DIKATAKAN AHLUL PAS BAIK JANGAN LUPA WANG HARAM KALAU DIBERI MAKAN PADA ANAK-ANAK MAKA IANYA MENGALIR DARAH HARAM DALAM TUBUH BADAN MEREKA.

    AGAKNYA INILAH APA YANGDIAJARKAN OLEH POK NIKK KEPADA AHLUL PAS SEMALAYSIA.

    AJARAN SESAT LAGI MENYESATKAN

    ANAK BINI ORANG PAS YANG BEKERJA KERAJAAN KEBANYAKKANYA MAKAN DUIT HARAM KERANA TIDAK IKHLAS DAN AMANAH DALAM MENJALANKAN TUGAS.

  22. Salam. Kumpulan ulama muda ni yg dapat di lihat dlm gambar UM adalah golongan salafi (depa marah kalau kata wahabi). Mungkin huraian Al Quran n hadith membenarkan utk join UMNO. Tapi ada diantaranya pernah ditahan oleh jabatan agama kerana mengajar tanpa tauliah. Rasulullah dulu berdakwah tanpa tauliah bila di halang terus berdakwah bukannya join sekali quraisy tu. Ini sembang ikut sunnah kena gempaq sikit dah join UMNO supaya senang dakwah konon. Umum kepada khalayak nak dakwah, nak tegur dari dalam, apa??? hampa ingat orang tak tau. Ulama muda tolong ingat sikit fikrah anda sukar di terima di negeri lain selain perlis. Dulu ada seorang ustaz fikrah macam anda kena gam dinegeri umno perintah, dia bkn orang n penyokong pas tapi baik dgn org yg sama yg menjemput anda ke UMNO

  23. Maap Melayu Muslim semua. Korang semua makan duit haram. Duit kertas itu adalah berasal dari duit Yahudi Penipu dan duit Cina Mampos .!!!
    Duit kertas mengandungi riba yang di haramkan oleh Allah.!!!

    Baca lagi rencana "Duit Cina Mampos = Duit Yahudi Penipu" di warongpakyeh.!!!

  24. WAHAI 40 orang ulama muda, kamu ni lebih teruk dari cina, hindu dan siam yang masuk PAS. Mereka lebih kenal cahaya dari kegelapan BADWI PAS

  25. kah kah kah... ulama mende ghope macam jemaah tabligh wal tebalik jer...

  26. ular mak ni semua bawah umno@umco kira ok la apa saja boleh ,lamaa daah (mcm mamak kutty la ) jadi biasa la yang haram jadi halal dan yang halal jadi haram ! 1mesia boleh ......lingkup !

  27. Lepas keluar isu JI 40 ulama muda masuk amno.Lain macam je ni, ke ada udang disebalik mee.

  28. JANGAN DENGKI, BIARKAN MEREKA CARI ARAH SENDIRI. KITA PUN BUKANNYA MAKSUM TAK ADA DOSA. KADANG KADANG TU ADA JUGA BUAT SILAP. KALAU MEREKA SALAH, KITA TEGUR DENGAN BAIK. NABI TAK AJAR KITA SUMPAH SERANAH. FIKIR FIKIR KAN.

  29. Kenapa komen saya tidak disiarkan oleh anda adakah kerana ianya mengenai ke batang hidung anda sehingga ianya di delet dari ruangan komen anda.

    Jika selama ini anda melaunglaungkan kebebasan bersuara kenapa luahan hati saya anda delet dari ruangan anda ianya bukan tomahan dan kata cacian mahupun berunsur lucah ianya adalah pandangan yang benar kerana banyat pengikut pas yang MEMBERI MAKAN WANG HARAM KEPADA ANAK BINI MEREKA ADAKAN ANDA TIDAK MAHU MEMBETULKAN KESALAHAN INI DAN MEMBIARKAN MEREKA SELAMANYA ROSAK SEBAGAIMANA KELANTAN YANG MEMBERI MAKAN KANAK-KANA DI PASTI DENGAN WANG HARAM/RASUAH BALAK KEPADA MEREKA.

    INIKAH YANG PAS KATAKAN MEREKA ADALAH ISLAM SEJATI IAITU DENGAN MEMBERI MAKAN WANG HARAM KEPADA KANAK-KANAK YANG MASIH PUTIH DAN MASIH BERSIH YANG TAK TAHU AKAN ASAL USUL MAKANAN YANG MEREKA MAKAN SAMADA HALAL ATAU HARAM. ADAKAH PEMIMPIN PAS AKAN MENANGGUNG SEGALA DOSA AKIBAT MEREKA MEMBERI MAKAN WANG HARAM KEPADA KANAK-KANAK PASTI INI.

    SILA JAWA KOMEN SAYA INI DAN JANGAN DIDELET SEKALI LAGI SAYA INGINKAN KEBENARAN KERANA RAMAI ANAK-ANAK ISLAM YANG PERLU DISELAMATKAN DARI DOSA YANG DIMULAKAN OLEH PAS INI.

  30. Ulama Pas ke Ulama Umno ke, tetap ulama. Jangan jadi ular dalam semak sudahlah oi.

  31. ingat mulia sangat ke yg kononnya ulama dalam PAS tu ... sampah

  32. woi cencaluk...
    kalau orang penggil kau munafik jangan marah...
    kat blog lain jadi neutral...
    kat sini jadi pencacai pulak...
    ************
    dah bangang jgn tunjuk kat orang kita bangang
    duit parti lain
    duit kerajaan lain
    parti lain
    kerajaan lain
    tu pun tak boleh beza?
    ************
    kalu makan gaji kerajaan tapi kritik kerajaan ko kata haram...
    musa kena muntah balik la apa yang disuap firaun kat mulutnya dari kecik...
    tak gitu?

  33. rupanya ulama yg msuk pas mmg semata2 mahu mngejar kuasa..lntas memprlekeh 'kawan2' yg tiada jawtn dlm umno..

  34. anon 4:01
    mulia x mulia bukan kata putus manusia...
    Allah tentukan atas taqwa...
    tapi Allah juga turunkan Rasul,Kitab...
    beri petunjuk dan hidayah...
    kalau orang bertakwa...
    dia tak menipu...
    dia x khianat amanah...
    dia tak zalim dan menidakkan hak orang lain...
    dia tak menindas orang tak berupaya...
    dia tak bercakap berdalih2...

    orang beri amanah jaga negara
    dia jual kat orang lain...
    tu pun x diberitahu kat rakyat...
    kena pihak lain dedahkan...

    orang yang perjuangkan agama...
    kena bunuh...
    tapi rakyat dibertahu depa ni komunis,pengganas

    rakyat bangun tentang munkar...
    depa beritahu ni pasal politik...
    konon ugama lain tak larang judi...

    heran jugak...
    si cencaluk ngan anon ni...
    bangang ker apa?
    dah jelas batil x nampak2 lagi?

  35. itulah akibatnya tak beriman dengan " sistem KHUMUS "

  36. Ni aku nak bagi contoh orang komen tak pakai kepala otak:

    "WAHAI 40 orang ulama muda, kamu ni lebih teruk dari cina, hindu dan siam yang masuk PAS. Mereka lebih kenal cahaya dari kegelapan BADWI PAS"

    Brader,

    Betul tu Cina, Hindu dan Siam tu nampak cahaya dalam PAS. Bukan apa, dorang masuk sebab nak jadi bos hang.

    Hang tu yang tengah gelap sebab tak nampak.

    -malaymind_

  37. ulamak wahabi?

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008