Penolong pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin menafikan tuduhan bahawa beliau mengaitkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan mufti negeri itu Dr Juanda Jaya dengan 'lingkaran' keganasan (lihat berita Malaysiakini hari ini "Zamihan: Bukan saya kaitkan Hadi, Shahidan, Juanda").
Mengenai bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula, beliau hanya menyebut "Dr Asri sepemikiran dengan Wahabi".
Tetapi yang lebih menarik, beliau tidak pula menafikan ada usaha mengaitkan mereka dalam taklimat tersebut. Lihat laporan berikut dalam berita tersebut:
Bila dikaitkan dengan pengganas, sukar dinafikan bahawa ancaman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan digunakan. Politik pun lalu disodokkan ke dalam isu keselamatan itu. Maknanya, kalau tak nak ditangkap dan dikurung di bawah akta kafir itu, pilihan lain bagi orang ternama yang diancam akta itu ialah menyertai Umno. Maklumlah, ulama dan ternama.
Saya juga membangkitkan bahawa itu adalah pilihan bagi ulama yang tidak memimpin mana-mana parti. Bagaimana pula ulama yang memimpin parti politik yang menjadi seteru Umno? Sukar dinafikan bahawa Umno mahu menggunakan taktik yang sama. Taruhannya bukan lagi batang tubuh ulama itu sendiri, tetapi parti yang dipimpinnya.
Saya membangkitkan tentang niat jahat Umno itu. Tidak ada sebarang percubaan dalam posting saya bertajuk "Habuan kepada yang mesra Umno" itu untuk menuduh ulama yang memimpin parti itu mempunyai sebarang niat buruk terhadap partinya. Allah menjadi Saksi, saya sama sekali tidak fikir dia gila untuk mensabotaj parti pimpinannya sendiri walaupun dia pernah tertipu dengan Umno selepas pilihan raya umum 8/3/08 lalu. Tetapi yang penting untuk diingatkan dan yang saya bangkitkan ialah, niat jahat Umno itu sukar untuk dinafikan kemungkinannya.
Saya menulis lagi tentang perkara tersebut memandangkan kenyataan Zamihan itu mengesahkan ada pembentangan yang mengaitkan mereka. Tidak cukup PAS buat kenyataan seperti di bawah sahaja. Saya tidak minta PAS mengamuk. Kalau orang PAS mengamuk tak tentu hala, itulah yang Umno nak sangat. Tetapi, setakat kenyataan-kenyataan ja tak cukup.
Takkan kita nak bagi tahu lagi, PAS kena menguasai dan mengawal isu.
Berkaitan:
Pengganas: PAS tuntut kerajaan, PDRM, Zamihan mohon maaf (Harakah Daily 24/6/10)

Ditanya sama ada terdapat pihak lain yang mengaitkan Abdul Hadi, Shahidan dan Dr Juanda dalam taklimat itu, Zamihan berkata beliau "tidak mahu campur" pembentangan orang lain.Saya ingin mengajak anda melihat berita spekulasi di sebalik peristiwa ini - lihat berita Malaysiakini semalam "Ulama sertai Umno demi perlindungan politik?"
Bila dikaitkan dengan pengganas, sukar dinafikan bahawa ancaman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan digunakan. Politik pun lalu disodokkan ke dalam isu keselamatan itu. Maknanya, kalau tak nak ditangkap dan dikurung di bawah akta kafir itu, pilihan lain bagi orang ternama yang diancam akta itu ialah menyertai Umno. Maklumlah, ulama dan ternama.
Saya juga membangkitkan bahawa itu adalah pilihan bagi ulama yang tidak memimpin mana-mana parti. Bagaimana pula ulama yang memimpin parti politik yang menjadi seteru Umno? Sukar dinafikan bahawa Umno mahu menggunakan taktik yang sama. Taruhannya bukan lagi batang tubuh ulama itu sendiri, tetapi parti yang dipimpinnya.
Saya membangkitkan tentang niat jahat Umno itu. Tidak ada sebarang percubaan dalam posting saya bertajuk "Habuan kepada yang mesra Umno" itu untuk menuduh ulama yang memimpin parti itu mempunyai sebarang niat buruk terhadap partinya. Allah menjadi Saksi, saya sama sekali tidak fikir dia gila untuk mensabotaj parti pimpinannya sendiri walaupun dia pernah tertipu dengan Umno selepas pilihan raya umum 8/3/08 lalu. Tetapi yang penting untuk diingatkan dan yang saya bangkitkan ialah, niat jahat Umno itu sukar untuk dinafikan kemungkinannya.
Saya menulis lagi tentang perkara tersebut memandangkan kenyataan Zamihan itu mengesahkan ada pembentangan yang mengaitkan mereka. Tidak cukup PAS buat kenyataan seperti di bawah sahaja. Saya tidak minta PAS mengamuk. Kalau orang PAS mengamuk tak tentu hala, itulah yang Umno nak sangat. Tetapi, setakat kenyataan-kenyataan ja tak cukup.
Takkan kita nak bagi tahu lagi, PAS kena menguasai dan mengawal isu.
Berkaitan:
Pengganas: PAS tuntut kerajaan, PDRM, Zamihan mohon maaf (Harakah Daily 24/6/10)

Cantik? Klik 

Kalau pas mengamok, dah hampir sama dengan perkasa. Beri tempoh 48 jam kalau tidak aku mengamok... Atau tanggalkan serban, tukar dengan songkok tinggi. heheh... (Mesti kena tuduh agen umno saya ni). Lantak pi lah...
tak tau mcm mana nak bagi paham pada pas nih. crisis management parti pas pada tahap gred E-! hancus! punya la banyak isu yang ada depan mata, usahkan action. buat statement pun kadang2 masa isu dah sejuk! pas tu statement pulak menjerat batang leher sendiri.
Saya juga menulis benda yg sama dlm blog. Tuduhan UMNO sebenarnya ada kaitan untuk menggunakan ISA bagi menangkap pengamal agama atas tujuan 'memerangi keganasan'.
Slogan 'memerangi pengganas' adalah agenda Barat, US dan Yahudi.
Maka bertepatan bagi KDN dan polis untuk menggunakan ISA atas nasihat yang murni barangkali datang dari APCO Worldwide.
Agenda jahat ini sentiasa meliputi citarasa Yahudi bagi memerangi umat Islam. Tidak terkecuali di Malaysia.
ISA adalah talian hayat UMNO untuk memusnahkan musuh politiknya.
Salam Bakaq, sebelum apa..al Fatihah utk guru gue UST HASAN Shukri ..udah lama banget gue tak, bagi comment..berkenaan issue yg sedang hangat ni..gue ingat eloklak puak yg asri ni masuk umno..gue ingat mamat ni suka cari publisity aje..macam zul nordin.....dlm hal ni gue sokong uts zamihan..sebab..asri and the geng ni selalu aje..bidaah kan apa aje yg org lain buat....tapi gue hairan dgn puak pemuda pas ni...begitu punya taat dia dgn geng asri ni...apa tu..ketua DUP pun begitu mau asri ni masuk pas...lepas ni...semua ust kampong and pengajian pondok...kena tubuh parti baru...looooo..sebab gen bidaah udah masuk pas...oppp geng ni udah masuk umno and pas...ok...gue d south africa bro..tengok bola..VUVUZELA..sapa pandai tiup..pasti berbunyi..tak pandai tiup..dpt bausir...
Fuhh... Zamihan tu kena hati² skit.. lidah bercabang... http://hafizilyas.blogspot.com/2010/04/pmium-memang-beliau-ada-menyebut-nama.html ....
mampukah dan berjayakah 'batang tubuh' tersebut utk mengheret partinya..?!
Sebal, ko bw blk stok 'vuvuzela' tu, jual kat sini.
Farid, gue klo bawa Vuvuzela tu gue mau bagi ke asri and zamihan aje..lawan sapa tiup bagi bunyi..and sapa kena buasir dulu..eeee
Tapi klo asri and geng masuk umno..gue rasa syukur juga..bertambahlah masalah dlm umno...sebab semuanye bidaah..tapi silap org pas juga cepat sangat bagi publisity..
bertambahlah zul nordin dlm umno..
moga lepas ni semua anak pimpinan umno kena p ngaji dgn asri..tak bolih sambut birthdays oooo...sama dgn kristin..
PAS kena lantik satu Public Relations (PR) company macam UMNO. Tapi bukan APCO.
Memang nak harap skill PR ustat2 PAS ,memang zero lah. Sekarang memang takda langsung PR. PAS memang tak professional langsung di mata masyarakat. Yang kerajaan Kelantan lantik bawah Husam pun kena kutuk dek orang2 PAS yang tak bodoh sombong.
PAS masih approach isu cara kampung!
Dah tu macammana........? Masa Muktamar yang patut bincang pelan rancangan memimpin Malaysia digunakan untuk menaruh blogger dan setakat cakap isu judi dan anti-zionis. Isu dua ti sekarang pun nak sepi.
PAS takda strategic plan....
(Sedihlah aku aktivis PAS Hulu Selangor rasa macam ni)