
Sampai hari ni pun, masih hangat lagi diperbincangkan mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala bahawa Malaysia akan bankrap atau muflis sembilan tahun lagi jika subsidi berterusan (lihat posting 1/6/10 "Undilah BN untuk memufliskan Malaysia pada 2019"). Dalam Malaysia Today hari ini, artikel-artikel "Malaysia: A ‘bankrupt’ nation? Very likely", "10th Malaysia Plan – Najib, the Sheriff of Nottingham" dan "Factbox- Key political risks to watch in Malaysia" menyentuh perkara tersebut.
Daripada semua yang sempat saya baca mengenai perkara itu, yang saya tak lupa ialah ulasan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kenyataan Idris itu. Dr Mahathir dipetik sebagai berkata:
Saya bagi satu contoh. Walaupun dia dalam keadaan bankrap, Tan Koon Swan boleh buat majlis yang memakan belanja yang sampai bila pun saya tak akan merasa duit banyak tu bagi meraikan perkahwinannya dengan Penny Chang (lihat imej di bawah). Tu cerita orang bankrap tu.
Tapi kalau miskin macam saya, hampa ingat aku mampu buat majlis lagu tu?! Takat belanja teh tarik di restoran Mamak, yang tu insya Allah!
Oleh kerana apa yang saya rasa ni belum tentu betui, takat tu ja la yang saya boleh tulis.
Daripada semua yang sempat saya baca mengenai perkara itu, yang saya tak lupa ialah ulasan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kenyataan Idris itu. Dr Mahathir dipetik sebagai berkata:
"Perhaps Idris was exaggerating. We are not going to be bankrupt but we are going to be poor" (lihat posting 2/6/10 "Undilah pecacai Yahudi Zionis untuk memiskinkan Malaysia").Saya bukan sahaja tak mengaji ekonomi, malah memang tak mengaji pun. Tercicir pada peringkat sekolah menengah, nak dan mengaji apa sangat. Tetapi saya dok rasa sorang-sorang, miskin lagi teruk dari bankrap. Saya bagi tau apa yang saya rasa itu kepada beberapa kawan yang mengaji tinggi. Walaupun depa tak kata saya betui, depa juga tak kata saya salah.
Saya bagi satu contoh. Walaupun dia dalam keadaan bankrap, Tan Koon Swan boleh buat majlis yang memakan belanja yang sampai bila pun saya tak akan merasa duit banyak tu bagi meraikan perkahwinannya dengan Penny Chang (lihat imej di bawah). Tu cerita orang bankrap tu.
Tapi kalau miskin macam saya, hampa ingat aku mampu buat majlis lagu tu?! Takat belanja teh tarik di restoran Mamak, yang tu insya Allah!
Oleh kerana apa yang saya rasa ni belum tentu betui, takat tu ja la yang saya boleh tulis.











Cantik? Klik 






Post a Comment