Sedap!! Klik gambar di atas!

Kita tak terlibat, kenapa nak bersubahat!!

Hari ini, berita muka depan Sinar Harian menyiarkan berita mengenai bonus luar biasa yang di terima ahli lembaga pengarah dan kakitangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) - lihat juga berita Malaysiakini semalam "Selcat persoal bonus kakitangan KSSB", berita TV Selangor semalam "Selcat: Exco Yaakob Sapari Ditegur Lewat Proses Permohonan Tanah Persendirian", berita Malaysian Insider semalam "Selangor sand miners got fat bonuses, inquiry told" dan "Selcat: Kumpulan Semesta bayar bonus 'lumayan'" manakala gambar di bawah sekali ialah muka pengarah eksekutif syarikat yang terima habuan luar biasa lumayan tu (saya copy and paste dari Malaysian Insider dengan memohon maaf kepada portal berita itu).

Sekali lagi, saya ingin mengajak rakyat berfikir sebagai rakyat. Rakyat tolonglah jangan berfikir sebagai kepala mana-mana parti, negeri atau negara.

Tidakkah rakyat rasa hampir tak ada pentadbiran yang boleh dilihat bersih dalam negara ini? Pentadbiran Umno Barisan Nasional (BN) yang memohon petunjuk kepada Yahudi Zionis dalam Apco Worldwide dah tak larat nak dengar cerita penyelewengannya. Seolah-olah Umno BN dan penyelewengan berpisah tiada.

Di Kelantan, tak henti-henti kita dengar kisah orang politik atau barua orang politik melantak balak. Kedah pula masyhur dengan cerita pelaburan bangang ke Papua New Guinea. Itu belum lagi cerita konon nak berniaga lembu dengan Nahdatul Ulama di Indonesia. Siap buka pejabat. Tau-tau senyap. Terbaru, heboh pula dakwaan kononnya premium tanah di Langkawi diberi dengan harga yang jauh lebih murah dari harga lelong kepada orang istana. Yang lawaknya, kepala negeri itu berlagak macam bagus sangat.

Cerita pasir di Selangor mengingatkan saya kepada seseorang. Dia bagi tau saya, la ni dia melombong pasir di Selangor. Dia lalu menceritakan fasal pembesar itu, pembesar ini. Yang syoknya, saya tak pernah dengar dia menjadi aktivis kepada parti-parti yang berkongsi kuasa di Selangor. Kesimpulan yang saya dapat dari cerita dia ialah, know who dan bukan know how.

Dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor baru-baru ini, hati saya sebak apabila melihat seorang Muslimat PAS merayu-rayu kepada saya, "Jangan lupa Encik, undi kerana Allah Ta'ala, Encik..." Dia ingat saya pengundi di situ. Pada masa itu juga, saya teringat cerita peniaga pasir tersebut. Saya juga yakin anak Muslimat PAS itu tidak ada peluang untuk memakai dua tiga biji kereta mewah siap dengan nombor pendaftaran yang customised hasil dari kedudukan orang tuanya dalam politik.

Sehari dua lalu, seorang penceramah PAS memberitahu saya, ketika beliau menanti gilirannya untuk berceramah, beliau merenung kepada mereka yang hadir untuk mendengar ceramah. Beliau memberitahu, melihat "muka-muka yang ikhlas itu", tak sedar air matanya menitik. Saya tanya kepaa penceramah itu, "Awat? Yang di bawah nampak ikhlas-ikhlas, yang di atas banyak penyangak?" Saya tak tau dia dengar tak dengar, tapi dia tak jawab.

Saya semakin yakin, dalam mana-mana parti pun, yang di bawah ikhlas-ikhlas, yang di atas banyak penyangak. Malangnya, yang di bawah itu tidak berfikir sebagai rakyat. Mereka garang menuntut pentadbiran yang bersih dari parti yang ditentang oleh parti yang mereka sokong. Tetapi, bila pemimpin parti yang mereka sokong buat kurang ajar, bukan sahaja mereka tak lawan, siap bela pula. Menolong gang sendiri melakukan kezaliman - 'asabiyyah.

Mereka bersikap 'asabiyyah kepada parti yang mereka sokong. Mereka bersikap 'asabiyyah kepada pemimpin yang mereka sokong. Mereka menjadi lawyer tanpa yuran guaman kepada para pemimpin kurang ajar itu. Mereka tidak berfikir sebagai rakyat. Malah, mereka rasa mereka juga berada pada kedudukan yang sama dengan si musibat yang mereka angkat.

Hello, kita rakyat. Kita tak terlibat. Kenapa nak bersubahat!!

Berita Sinar Harian hari ini:
Selcat pertikai bonus KSSB

SHAH ALAM – Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) mempertikaikan tindakan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang memberikan enam bulan bonus kepada kakitangannya dalam tempoh sepuluh bulan pertama beroperasi.

Pengerusinya, Teng Chang Khim (TCK) mempertikaikan enam bulan bonus dalam tempoh September 2008 hingga Jun 2009 itu memandangkan KSSB yang bermula pada Julai 2008 itu hanya mempunyai dua lombong yang beroperasi.

Pengerusi KSSB, Abdul Shukor Nagor (ASN) berkata, kewajaran pemberian bonus kepada kakitangan KSSB dibuat sebagai penghargaan kerana bekerja keras sehingga syarikat memperoleh keuntungan RM7.1 juta pada Jun 2009.

Pertikaian itu tercetus apabila saksi ketiga, pada hari pertama sesi pendengaran awam Selcat berhubung siasatan ke atas urus niaga perlombongan pasir iaitu Abdul Shukor menjawab pertanyaan Chang Khim berhubung pemberian bonus itu.

TCK : Adakah benar bahawa kakitangan KSSB telahpun dibayar bonus enam bulan bagi tahun 2008 dan 2009?

ASN : Sebenarnya bayaran bonus antara September 2008 sehingga bulan Jun 2009, jumlah puratanya 3.49 bulan. Tahun kewangan kita berakhir bulan Jun, sebab itulah bonus dikeluarkan tetapi selepas itu, kita mendapat arahan dari Menteri Besar Incoporated (MBI) supaya tahun kewangan kita ditukarkan kepada Disember.

Menurut Abdul Shukor, ahli lembaga pengarah juga mendapat bonus seperti kakitangan lain.

TCK : Bagaimana dengan ahli lebih pengarah dalam KSSB? Adakah diberi sebarang ganjaran?

ASN : Ya, kami juga mendapat bonus. Yang asal interim dua bulan (Disember 2008) kemudian empat bulan.

TCK : Syarikat mula beroperasi September 2008, Disember sudah dapat bonus interim dua bulan. Kemudian daripada Januari hingga Jun 2009 dapat empat bulan bonud. Adakah wajar untuk tiga atau empat bulan pada 2008, syarikat mula operasi September 2008 hingga Disember 2008, dalam tempat empat bulan sahaja sudah diberikan bonus interim sebanyak dua bulan. Adakah itu wajar dari segi operasi perniagaan?

ASN : Dari segi operasi, saya rasa wajar sebab syarikat sudah mendapat keuntungan.

TCK : Jadi kalau empat bulan bekerja dan beroperasi sudah dapat dua bulan bonus. Setahun darab dengan tiga, bererti mengikut kadar itu boleh dapat enam bulan?

ASN : Mungkin tetapi sebenarnya sebagaimana yang saya sebutkan tadi.

TCK : Mana boleh mungkin, itu kadarnya. Kalau kerja empat bulan sudah dapat dua bulan bonus. Setahun 12 bulan darab tiga jadi enam bulan.

ASN : Saya dengan lembaga pengarah telah meneliti keuntu- ngan dan prestasi syarikat, jadi kita memikirkan adalah wajar, our industry is a very difficult, our staff work very hard. Kita selalu menghadapi ancaman dan 40 laporan polis telah dibuat sehingga hari ini.

Bagaimanapun Chang Khim tetap mempersoalkan tindakan KSSB malah berkata beberapa syarikat gergasi dan ternama di negara ini juga tidak memberi bonus sebegitu kepada kakitangannya.

Pendengaran akan bersambung esok (hari ini) bersama Abdul Shukor dan beberapa saksi seterusnya.

Sesi pendengaran semalam turut menyaksikan, Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari sebagai saksi pertama dan diikuti saksi kedua Pengarah, Jabatan Tanah dan Galian Selangor, Abdul Nasir Hassan.

Selain Chang Khim, enam panel Selcat juga hadir pada pendengaran tersebut yang terdiri dari Haniza Mohamed Talha (ADUN Taman Medan) selaku Timbalan Pengerusi Selcat, Azmin Ali (ADUN Bukit Antarabangsa), Ismail Sani (ADUN Dusun Tua) , Sulaiman Abdul Razak dari (ADUN Permatang), Saari Sungib (ADUN Hulu Kelang) dan Edward Lee Poh Lin (ADUN Bukit Gasing).

Bagaimanapun Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam tidak kelihatan pada pendengaran awam semalam.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Bhai Pak Bakaq..

    Gua setuju ngan artikel lu nih... dan itulah yang selalu gua tuliskan dalam blog gua gak.... kita rakyat... kita tak tengok sapa pimpinan... tapi kita tengok kelaku diorang tue... kalu hampas... kita cakap hampas... takdak nak defend bodo tak berakai la... sori maniam la...

  2. Sebagai rakyat biasa saya setuju dengan pak bakaq. Bak satu-satunya kata najib malaon yang boleh kita pakai "BERUBAH ATAU DIUBAH". PRU 13 nanti tak tau nak pilih parti mana. Semua lebih kurang serupa je...

  3. Dey Nyare !
    1.How many times must I tell U ? What this country need is INSTITUTIONAL REFORMS ! Reforms that will ensure justice prevail and all matter of corruptions can be identified and dealt with.

    2.As rakyat we don't care who is the government - BN or PR.As long as the institutions ,like, Parliament,Judiciary,SPRM,PDRM,SPR are reformed to ensure justice prevails, then we rakyat are safe.InsyaALLAH.

    3.Now can you please ask PAS - Can they do the INSTITUTIONAL REFORMS ? By the way, does PAS understand this ?

    Thank you

  4. salam,

    huhuhu...nak menitis airmata tgk hadirin kat bawah.....
    tu pasal ambo x gi ceramah dah...w/pon depan tanggo....
    undi lah utk akhirat....

    sedekah jariah kepada pusat tahfiz, pondok, fakir miskin, anak yatim dan armalah lagi berbaloi....

  5. Apa sangat susahnya mengeluarkan pasir sehingga membayar bonus besar kpd kakitangan dan pengarah2 sampai 6 bulan gaji. KSSB kata untung RM.7.1juta.Untung bersih ke? Kerajaan negeri kata RM.4juta. Boleh sesiapa bantu saya keuntungan sebenar. Bab mathematic lemah sikit.

  6. BN perintah Negara,depa perintah Negeri.cerita timbul sana sini.yang kuat UMNO,yang rapat dengan UMNO,yang jadi pencacai umno.Mula berkira-kira,mula congak,nak mengintai plan tanah rizab kerajaan nak mohon.jelajah seluruh sungai nak buat CP plan nak pohon keluarkan permit pasir,Turun naik pejabat hutan menilik kawasan hutan simpan mana yang banyak kayu,hutan simpan mana yang belum dipohon.Tanah dalam kawasan rancangan Felda,Risda,tanah milik anak syarikat yang masih ada rimba nak buat lesin balak nak keluarkan kayu.

    Yang dok ligan segala tender yang baru dan bakal di keluarkan,Tgk kalau ada-ada ngo projek yang tak payah tender.projek buat sekolah dan sebagainya.Semua nak cari balasan setelah bekerja kuat memenangkan Parti.Yang dok himpit pula dengan GLC milik kerajaan.makan minum bersama untuk mendapatkan projek.semuanya kerana duit.Tapi tak semua macam tu,yang dok kampong terus dengan tugas harian di kawasan masing-masing.Tak ambil pusing pasal hal-hal sebegini.Kerana depa dah fikir susah nak dapat.jika ada kawasan balak atau pasir di pejabat mana nak mohon pun tak tau.Bukan itu saja nak plan kawasan yang nak mohon pun tak berduit,lebih baik simpan duit buat belanja ikan kat pasar.

    Manusia hidup nak duit,dapat duit nak buat belanja anak bini seharian.jadi jika dimana sekalipun ,Negeri yang di perintah BN atau PKR.Konsep tu tetap sama.Kalau orang UMNO perintah kelantan pun samna juga.tentu anak jua Umno yang turun naik pejabat kerajaan,pejabat hutan dan pejabat daerah nak minta kawasan.Aku ingat lagi cepat habis anak juask Umno yang sapu.La ni PAS yang perintah.Maka anak juak PAS lah yang ganyang dulu.

    Klalu manusia sebahagiannya jadi malaikat saya rasa pun aman lah sikit.Nak salah sapa,UMNO dan PAS tu sama je dah..tak payah nak cerita lah...

  7. bakar siapa kah Ahli Lembaga Pengarah dalam KSSB yg tergamak meluluskan permohonan memberi bonus yg begitu tinggi???

  8. Bakaq nak kata kat Kelantan biaq adil .. hang ingat balak saja ka ..

    Yang kes kambing jadi jagung apahal ? tu projek sapa ? Projek pertanian macam2 tapi last bungkus . Nasib baik tanah tu pun tak dibungkus .

  9. bakaq ! yang atas mana yg penyangak??? cuba buktikan ... xpayahla duk perli2 lagu tu,nanti org fikir bukan2 kat sape2.... klu hang betul2 muslim sejati,buktikan...lampirkan bukti kat blog ni...blog ni kan free,klu hang ada bukti,terjun xbertangga SPRM,cepatla buktikan,jangan duk melalok je . . . tu pun klu betul la hang ni muslim sejati... tp dari banyak2 tulisan yang hang tulis sebelum2 ni,banyak khabar angin @ berita yg x betul je... ingatla baka,nikmat tangan yg hang duk menaip tu,tuhan bagi,guna la elok2,nanti jadi saksi utk hang... hang tulis benda betul ka benda bohong,hang tulis kebenaran ka tulis fitnah... fikir2 kan wahai bakaq.

  10. Bawah Khir Toyo (UMNO) yg dihebohkan sebagai korup, hasil pasir Selangor RM22 juta.
    Bawah Khalid (PKR) yg dihebohkan sebagai telus, hasil pasir Selangor RM 4 juta.

    Aku cuma boleh gelak je.

    Rakyat sebenarnya takde pilihan. Terutamanya rakyat yg agamanya Islam, bangsanya Melayu.

    Parti2 politik yg ada wangi, manis dimulut -- tapi busuk, kotor dihati.
    Patut sekor2 kita pakat baling kerusi bila depa bukak mulut. Bila depa cakap pasal korupsi mari pakat ramai2 boo. Ni bukan sebab depa pun 2 kali 5. Sebab depa lagi teruk -- depa buat 2 kali 0.

    PAS yg bodoh ni pulak asyik mengikut ja apa kata malaikat bernama Anwar tu.

  11. Ni la ni, PR perlu ada penasihat ekonomi yang paham ekonomi. Buka penasihat ekonomi yang bagi uncommitted seminar sana sini. Penceramah seminar ni cuma bull shit saja, hanya shok sendiri.
    Resources negara mesti di urus oleh kerajaan bukan dgn syarikat kerajaan. Idiot mana pun kalau dapat korek tanah jual misti untung punnyalah, kecuali memang betul bongok. Modal korek saja. Sama macam korek minyak Petronas. Pernah dengar kompani minyak dunia lingkup???? Shell yang hanya korek minyak orang pun boleh untung besar. Wallahuaam

  12. melayu nih hidupnya pak dengki aje. bila ada melayu loaded sikit, tak sabar nak di runtuhnya jadi macam pendatang burma. yang si setan bagi lesen judi kat mamat kafir buat banyak duit kaya raya, tak nak pulak dibuat ribut biar si setan dan kawannya hidup macam pendatang burma. kepala otak betul.... biarlah secoit melayu melayu nih loaded sikit, dosa dibuat biarlah ditanggung. dah lah ambik cukai babi judi riba nak bayar gaji melayu melayu dalam gomen yang 400,000 lebih korup, ini betul kerja bodoh.

    sifat melayu sebegini tak akan buat melayu lebih maju dia india... india ada bilionaire mittal, melayu hanya ada scorpeno itu pun dengan subsidi peranchis.

    malas nak kerja rajin kuat buat duit, tapi dengki tak habis habis. sedekah duit kat orang susah dah lah sikit, mengutuk aje. tanyalah diri, berapa kali tolong orang buta jemberang jalan, tolak kerusi roda orang tua cacat sakit, bagi duit pada orang susah... beli rokok tak jadi masalah, nak bagi anak makan McDonald pun kedekot kata banyak kolesterol... bahalol betul, beli rokok berkotak kotak boleh. tak nak pulak ikut najib tak merokok!

    sedih tengok perangai melayu kebanyakan nih...

  13. tak buleh kata kita tak peduli sapa duk kat atas sebabny a..kita YA pi undi dan letak depa kat atas..kalu depa buat kelaku tak senonoh , kita jgn diam..kita cakap ..tak mau dengaq kita undi pi letak orang lain pulak..susah sangat kita masuk gelanggang..

  14. Pak Bakar,
    Tertarikh dengan renungan penceramah, bila menengok keikhlasan yang duduk dibawah. Untuk makluman, kami duduk dibawah bukan bermaana kami tidak menilai apa yang dicakap oleh penceramah diatas. Walaupun yang berceramah itu, Exco, Yb, Presiden, Ajk namun kadang kadang bercakap macam orang tak sekolah. Cerita sama dijaja, kekadang fakta yang diucapkan kurang tepat. Namun disebabkan telah berceramah, hentam saja lah labu..........Tapi ingat, kami dibawah ini, kekulusan dan pengalaman kami lebih dari yang diatas. Betul tak YB Zul, Kulim Bandar Baru. Hati hati..............

  15. demokrasi = babi

  16. Saya pun setuju. Kita rakyat yang tak berhutang apa2 pun dengan depa. Peduli apa kita, sapa depa nak pilih jadi PM.

    Apa yang pasti kena pastikan kerajaan yakni rumahtangga kita tu dah elok ka belum...baru beralih tengok pemimpin masyarakat kita tu macam mana.

    Kerja tak macam mana pakat hingarg seropa nak serve public. Yang pasti anggota kerajaan laa ni dah imune dgn rasuah. Dulu2 ada gak tapi adalah juga rasa malu,laa ni dari bilis sampai ke jerung rasuah dah kira serupa gaji tetap.

    Contoh penguatkuasa JPJ yang kanyarg2 tu dah tek heran dah kat orang melayu disekeliling...menjamu selera di pelita dgn tokey lori...rokok pakat sorang sekotak...roti canai makan dgn kambing...bila jege bijik mata kat depa tau pun malu!

    Yang kerja di stor2 pejabat kerajaan pun dengan bangga dok kepit LO...bersekongkol dengan bos...alih2 tak berapa hari kerja dah tukar kereta.

    Yang di AG pulak bukan main lambat bak buat gaji budak baru...dalam dunia komputer laa ni masih ada kakitangan baru kerja dah tiga bulan gaji tak dapat2...baik tak payah guna komputer...guna ja kerja2 manual...tapi bab nak bayag kat supplier...macam ada tender la pulak...sapa bagi banyak, dia cepat dapat..

    Ada sapa kesah tentang ni semua sebab bos pun sama apatah lagi pak2 menteri.

    Tu pun pakat ada ati nak lanjut sampai 60...budak2 dirumah pakat tak dak kerja ada sapa2 kesah.

    PPD pun rasuah kuat...nak bagi masuk anak kita pun tak dapat padahai anak kita punya kategori betoi untuk ke sekolah ibrahim...naik turun hari2 langsung depa tak pandang...dah tak tahan seperti dihina...akhirnya terpaksa pakai cable...tak dan sampai rumah dapat call kata ada kosong...apa cerita!!!

    Banyak lagi kepincangan dalam kerajaan kalau nak didedahkan setahun pun tak habis.

    Melainkan kena tolak teruslah kepala gerabak dengan gerabak2 semua. KSN tu kena tamatkan dulu sebab cakap tak seropa bikin...baca sejarah dia susah dulu seropa dia nak perbetulkan keadaan...alih2 dia pun jadi kuda kayu jugak...sampai tak berani bantah, baik tak payah keja...dok rumah main ngan cucu.

    Zaman dulu orang tak kenai sapa KSN sangat...Laa ni ka!! Mana ada PM disitu dia ada. Fail meja dia jaga pungkog PM saja ka!

    Berapa banyak pekerja sambilan dan kontrak sampai dok merayu...bila gaji nak siap...
    bila gaji kami nak dapat! Tak kesian ka kat depa...sampai bila kakitangan kerajaan nak balog macam ni??

  17. Qaseh Bonda...
    Cek bukan nak membela gomen walaopun cek org gomen. Apa yg hang kata ada yg betul dan ada yang tak betoi. Tapi pada dasarnya memang gomen kita cakap x serupa bikin. Nak tambah contoh, org kampung pi mohon tanah yg telah diteroka sejak 60an di pejabat tanah, dalam fail meja depa standard utk proses sampai org tu dapat geran dalam 12 bulan tp pakcik tu tunggu buah tak gugur.baru 2 tiga hari lepas ada komplen, dah 17 tahun mohon tanah tp x da ape2 respon lg..apa citer? sebab pakcik tu tak kenai sape2..tp kalo ada kabel, 1 bulan dah siap...cek cuma mampu mendoakan semoga Allah merahmati mereka yang buat kerja di semua jabatan kerajaan.awat susah sangat?

  18. jika kita nak tengok ahli neraka sekarang ni bakaq anjing ni la contoh terdekat., kerjanya memfitnah dan mengadu domba. semua cakapnya takda bukti hanya hentam dan berspekulasi sahaja. untuk pengetahuan semua bakaq anjing ni(selepas ini disebut bakaqnjing) adalah contoh sosialis tulin yang bertopengkan Islam.dia jadi sosialis pun sebab tak berpuas hati hajatnya tak kesampaian. kesiaaaan bakaqjing. bertaubatlah.....

  19. Salam semua,
    Nampaknya semua tak betol.... apa yg betol? tepuk dada tanya selera.... Apakah perjuangan kita ini? Senangnya kita diMANIPULASI dengan berita2 sensasi.... pasirlah, new guinea la, judi la..... semuanya nampak korup dan tak betol..... apa yg betol? Macam bank Islam dulu kata... kalau kuali tu diguna utk masak babi, tapi kalu tak di cuci dgn cara betol, maka haram lah ayam/lembu (walaupun disembelih 20 kali) yg dimasak dlm kuali tersebut.....

    Apa-apa pun... Masalahnya.... rakyat BODO..... rakyat M'sia lemah... tidak spt rakyat negara jiran yg kental berjuang sampai kena tembak bukan dgn sekadar gas dan air kuning, malah peluru hidup....

    Mungkin inilah BALA yg menimpa rakyat M'sia... kerana salah memilih. M'sia tiada masalah alam semula jadi... tapi manusia semula jadi dgn sifat tamak dan PHD (HasadDengki).

    Dah tau depa korup... tukar la... korup lagi... tukar lagi... dan begitulah seterusnya.... sehingga depa paham yg rasuah itu haram, selagi depa tak paham, selagi tu lah kita akan tukar sampai kiamat.... Check and balance... bukan sekadar buat2 berita, semua melenting tanpa usul periksa.... Tak pernahkah kita lalui di seminar mana2 yg mengajar kita tentang cerita yg dibawa dari seorang ke seorang... awalnya cerita lain.... sampai ke kawan di hujung, tunggang langgang ceritanya olehkerana nak sensasikan cerita tu.

    So, PRU 13 ni.... negeri PR tukar ke BN, dan negeri BN tukar ke PR...... boleh ka? Mustahil.... kerana RAKYAT M'SIA BODO 2K..... TAMAK DAN PHD.

    my 2 cent.....

  20. aku memang sokong ko anonimos 2 cent. Jom tukar! Bagi kau dengan aku senang la tapi bagi puak2 bodo 2k, 1malaysia phd ni bukannya nak dgr idea macam ni.

    korup tukar, korup tukar, korup tukar, tak kira parti cap kepala lembu sekalipun. tak korup jgn tukar lagi. barula korup tu tak sempat berakar umbi.

    bakaq nak tulis apa pun suka hati dia la apa punya bengong anonimos 18 tu. baik ko suruh puak2 tv3suku lidah syaitan, rtm1malaysia, berita hairan dan utusan meloya tu bertaubat dulu.

  21. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/6/2/nation/20100602105502&sec=nation

    SHAH ALAM: The Selangor state government's sand mining company, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB),
    paid its employees and board of directors six months bonus between December 2008 to June 2009,
    the Select Committee for Competency, Accountability and Transparency (Selcat) public inquiry heard Wednesday.

    He also said the company's employees and directors received an interim bonus of two months in
    December 2008, barely four months after the company had started operations, and an additional
    four months' bonus in June the following year.

    If you read give bonus after 4 month operations , 4 months bonus in June 2009 , before Beng Hock ...
    in July 2009

    http://www.thoughts.com/oneyear12topic/last-topic-tan-like-4

    http://www.thoughts.com/oneyear12topic/justice-for-beng-hock

    Section 01 . What is Lee Kee Hiong and Lee Wye Wing secret ?
    Section 02 . What is Ean Yong Hian Wah secret ?
    Section 03a . Who is pH and IQuit in MP Serdang Teo Nie Ching blog ?
    Section 03b . What is Kajang councillor Tan Boon Wah secret ?
    Section 04 . What happen last 2 days before Beng Hock die ?
    Section 05 . What is Ronnie Liu , the innocent man BIG secret ?


    http://www.thoughts.com/oneyear12topic/donationap-tipuplan

    http://www.thoughts.com/oneyear12topic/dap-serdang-aman

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008