Sedap!! Klik gambar di atas!

Yang satu sesat, yang satu lagi tak larat

Menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, anda bolehlah kata Majlis Tertinggi Umno dianggotai oleh kaki-kaki rasuah. Berita Malaysiakini semalam bertajuk "Mahathir: Politics is money, that's the reality" melaporkan:
Mahathir went on to claim that vote-buying has been prevalent during the party's triennial elections and accused "practically everyone" elected into the supreme council of using such means.

"So you can say that Umno central committee is actually made up of corrupt people," he said.
Sebagai orang Melayu, tentulah saya banyak menyentuh dua parti yang rata-ratanya dianggotai orang Melayu - Umno dan PAS.

Umno sedang melengkapkan dirinya. Dari kaki rasuah, memohon petunjuk dari Yahudi Zionis dalam Apco, penyebar ketagihan dan budaya judi sehinggalah Isnin lalu mempersembahkan maruah negara dengan begitu hina kepada Singapura. Cukup lengkap Umno ni.

Ketika Umno sedang melengkapkan dirinya sebegitu rupa, saya terlihat pula ada sebuah parti yang ternganga-nganga merayau-rayau tak tentu hala dalam kehilangan pengaruh politik (political wilderness). Saya melihat sebuah parti yang kering kontang imaginasinya untuk menghadapi onslaught atau serangan Umno.

Saya mungkin melihat gambaran yang terlalu mengerikan, yang terlalu extreme. Saya mungkin melihat benda yang mungkin dituduh bukan-bukan. Tetapi, itulah yang saya nampak.

Sepatutnya, Pemuda PAS tampil sebagai pihak yang menarik PAS keluar dari penampilan serba tak laratnya itu. Malangnya, imej stupid terlalu melekat pada Pemuda PAS (sambil tidak melupakan dua tiga orang dalam AJK Pemuda PAS Pusat kini yang tidaklah stupid atau idiot).

Pemuda PAS perlu membebaskan diri atau membersihkan dirinya dari imej itu. Apa pun mereka buat, semuanya tak guna selagi mereka terlalu terpalit dengan imej stupid dan idiot itu. Mengajak oportunis seperti Datuk Ibrahim Ali berdebat tentang judi hanya menjadikan Pemuda PAS semakin dipandang stupid dan idiot.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. ahli ahli PAS dan semua dalam PAS adalah lemah, bagai katak bawah baldi. puncanya adalah common sen, yakni apabila pemimpin organisasi lemah mana mungkin pengikut pengikutnya berfikiran daya maju dan bermotivasi tinggi melangit. perhatikanlah Filipina, Bangladesh, dan Timor Timor semuanya bersifat sama seperti PAS. mereka mereka yang bijak pandai seperti Vell Pari pun tak ingin bersama sesuatu organisasi yang daif pemikiran seperti PAS. ini common sen ye; maka untuk memperbaiki PAS menjadi parti Conservative atau Liberal Conservative di United Kingdom, perlu ada kematangan dan keberanian menegak sesuatu yang benar. PAS perlu ada suatu marketing strategi yang menarik ahli peringkat professional dari pejabat koperate untuk tidak melarat dan keparat, sehingga menjadi seperti UMNO.

    selagi mentaliti perut buncit dengan rokok dimulut, dan serban dikapala, mata menjeling jeling tengok amoy dan bini orang, maka lumpuhlah PAS seperti orang Penan di Bakun.

    ini common sen ye... pointnya PAS perlu berubah dari akar umbi!

  2. pemuda pas ni pondan ker apa?

  3. Pemuda Pas jadi begini kerana di asuh sejak zaman Mahfuz lagi lepas tu Salahuddin. Maka jadi lah pemuda Pas seadanya. Sejarah membentuk para pemuda akan datang. Cuma tunggulah pemuda berjiwa waja untuk melakukan perubahan politik Pas dan politik Malaysia keseluruhannya. Penantian adalah satu penyeksaan...

  4. Ye la Bakaq....hang sorang jer yg cerdik pandai dlm dunia ni.Semua yg hang tulis tu semua nye betul belaka.Tiada yg tak betul melainkan semua nye betul.

    Tiada yg tak cerdik melainkan semua nye cerdik.Mungkin dah menghampiri tahap maksum kut.

    Semua yg hany kritik semua nye salah, bodoh dan bangang.Semua yg hang kata betul ada lah tetap betul.Tak perlu lagi rujuk Qur'an dan Hadis, para sahabat, ijma' ulamak dan qias......memadai melangut dgr apa yg hang kata.

    Lepas ni elok lah hang tubuh parti sendiri.........jgn dok jadi lebih teruk dan haprak dari ibrahim ali yg pimpin ngo perkasa.

    Hang kena ada parti sendiri, tunjukkan yg betul dan lepas ni kita pakat2 suruh TGNA, TGHA dan para ulamak serta pimpinan parti seluruh dunia samada yg masih hidup atau pun yg telah mati mai tengok contoh yg paling sempurna yg di tunjukkan oleh bakaq yg sempurna.....cekap...bijak....dan mustahil silap atau salah.

    Kalau hang betul2 anak jantan le....hang tubuh cepat parti hang tu.

    Kalau tak maka hang lebih haprak dari ibrahim ali.

    Kokok berderai-derai ekot bergelumang najis.

  5. Pak bakaq,
    UMMO halal judi, UMNO Halal Rasuah, UMNO halal zina, UMNO halal pembunuhan, UMNO halal yang haram.
    PAS semput dan lelah. Melayu terus lemah dan layu.

  6. Tak buat apa2 hang kata pondan. Ajak debat hang kata stupid. Semuanya tak betui. Abis Pemuda PAS nak buat apa???

    Bagi la cadangan dan pandangan. Bukan terus mengkritik membabi buta.

  7. Para komentar di atas yg mengatakan itu dan ini pada PAS, semestinya tidak melibatkan diri secara langsung dalam perjuangan Islam. Bila terlibat, akan berlaku salah. Kalau tak mau salah, jangan buat apa2. Tapi, Allah suruh buat (berjuang), salah silap dah memang adat bekerja.

  8. Aku ingat bakaq ni tak pernah dengar cerita burung ciak yg berulang alik dari satu lopak air dgn membawa air di dalam paruh nye ke tempat pembakaran Nabi Ibrahim.

    Burung tu tetap tidak berhenti berusaha utk mencurahkan air ke atas api yg sedang marak membakar Nabi Allah Ibrahim.....walau pun mengetahui air yg mampu di bawa di dalam paruh nye itu tak mungkin dpt memadamkan api tersebut.

    Bagi Bakaq yg tersangat bijak, arif, kasyaf dan apa2 shj yg hebat yg ada pada diri nye mungkin akan memperbodohkan dan mentertawakan burung ciak itu.

    Tetapi para pejuang gerakan Islam sepanjang zaman menghormati dan mengkagumi usaha burung ciak tersebut.Kisah burung itu menjadi peransang kpd mereka utk terus berjuang dan tidak peduli kpd cercaan org yg mencerca.

    Kerana kami yakin usaha makhluk tidak berkesan walau sebesar zarah jua pun.Namun dgn usaha itu kami mengharapkan pertolongan dari Allah swt.

  9. mana Ketua DPP Selangor, lama tak dgr khabar berita?

  10. Malang sungguh Pas di abad ini yg pempunyai penyokong saperti Pak Bakaq.Marilah kita
    memohon pertolongan Allah agar selamatkan Pas dari anasir saperti Pak Bakaq ni.

  11. Hohohohoho...Pak Bakaq ni tak de kena mengena dgn Pas.Penyokong pun tidak ...ahli Pas pun bukan.Tak de kena mengena sebutir zarah pun dgn gerakan perjuangan Pas.

    Tambah pula sejak "dilepaskan" oleh polis tempohari.......??????

    Sendiri mau ingat ler....

  12. Tanjung Pagar ...maruah negara dah tergadai .. mana pemuda PAS ????

  13. agak nya Pemuda PAS kalau nak jadi pandai dan cekap berpolitik, kena pi lepak kat kedai mamak thaqwa 5-6 jam sehari atau sampai burok batu teloq
    kat situ memang ramai sifu-sifu politik agung dan mursyid...nama nama agung seperti pak bakaq, pak jak,pak raju, memang selalu berdiskusi merancang masa depan ummah kat situ.

    zamriiiieee!!!, tea tarik satu.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008