Sedap!! Klik gambar di atas!

Umno BN punya pasai, kita yang nak kena tanggung

Malaysiakini hari ini melaporkan berita bertajuk "Idris Jala: Malaysia risks becoming next Greece". Saya mana ada ilmu nak mempersoalkan telahan Datuk Seri Idris Jala.

Tetapi, yang saya nak tanya, Malaysia mungkin boleh tersungkur seperti Greece tu sebahagian besarnya kerana subsidi atau kerana salah tadbir atau mismanagement serta penyelewengan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN)? Saya teringat sungguh kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad yang saya petik dalam posting bertajuk "Yang satu sesat, yang satu lagi tak larat":
"So you can say that Umno central committee is actually made up of corrupt people".
La ni, rakyat terpaksa tanggung. Malaysiakini juga melaporkan berita bertajuk "Harga petrol mungkin dinaikkan 15 sen tahun ini" dan "Petrol prices could go up initial 15 sen".

Bagi mereka yang undi Umno BN tak pa la - you reap what you sow. Kami yang tak undi dan benci Umno BN ni?

Fasal Greece tu tadi, negara itu berhutang sebanyak 89 peratus daripada pendapatannya. Hutangnya mencanak sehingga sekitar 300 bilion Euro. Kalau Greece tak larat bayar hutang dan isytihar dirinya bankrupt, lingkuplah sistem kewangan Eropah sebab sebahagian hutang Greece adalah dari bank-bank di negara-negara Eropah terutama Jerman dan Perancis. Bila sistem kewangan Eropah melingkup, lingkup itu akan berjangkit ke seluruh dunia. Tu aku cerita cara orang tak mengaji la. Hampa faham tak faham, nasib la. Bagi yang tau baca Orang Putih, pi baca "Why is the euro zone failing to contain the crisis?"

Kalau hampa faham, tu la yang Idris kata nak jadi lagu Greece tu! Mampoih!

Tapi jangan bimbang, kekayaan para pemimpin Umno BN serta tuan-tuan agung mereka seperti Tan Sri Vincent Tan tak akan terjejas. Kalau tak percaya baca berita Malaysian Insider 13 Mei lalu bertajuk "OSK Research: Potential legal sports betting mart worth RM6.4b".
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Subsidi hanya untuk yang lelah dan mengaut. Tengoklah motor proton, maybank, sime darby, brunei, masjid kristal dan bermacam - macam gejala lagi.

  2. Benda paling utama adalah hapuskan ketirisan dan korupsi barulah dapat duit balik. Ni tidak komisyen saja dah mencanak sekian banyak.

    Aku terkejut beruk tengok dulu harga sebatang screw driver sampai beratus, harga laptop berkali kali ganda.

    Aku pinjam kata SAKMONGKOL AK47 "lu orang ingat ini puki lu punya amak punya negeri ka?

    MatTopkapi

  3. Makcik pakcik felda mesti ketaq dagu dengar depa dok gempaq.

    La ni BN buat belanjawan, ikut tafsiran pembangunan kepala bapak depa. Pasai tu dok tak cukup sokmo. Pembangunan ada tafsirannya dalam Islam. Bangunan tinggi pencakar langit bukan tanda pembangunan. Makcik pakcik felda nak pi motong, minyak mahal pun takpa asal banyak bangunan tinggi2....

  4. isk..isk..isk... dugaan... cubaan... greece'an... lagi pun, kan kita agree BN jual bendera(negara) untuk tembolok pemimpin2 dia.... kan dah banyak dah dia jual... si luncai terjun dengan labu2nya... tak kesah lerr.. kalau linkup pun... semua pemimpin tu lari keluar negara... kan duit dah banyak.. boyot... yeharrr minyak naik harga lagi... pandai ....

  5. Pak bakaq,

    Agak2 boleh tak dimasa depan potongan subsidi hanya ditanggung oleh penyokong2 BN sahaja? Begitu juga sekiranya terjadinya bankrap ke atas institusi mahupun syarikat2 yang dikontrol oleh orang2 BN seperti Perwaja, MISC, MAS, Sime Bank, PKFZ dll tu jangan gunakan duit rakyat seperty KWSP, Petronas, Tabung Haji utk "bail-out" sebabnya itu duit rakyat bukan duit orang2 BN sahaja. Tolong mintak duit dari kroni2 BN seperti tauke2 IPPs, telekomunikasi, AP king & queen, raja2 judi dll...jangan sentuh yang RAKYAT punya...bolehkah..??

    Yang melantak orang2 BN, yang menanggung rakyat..memang BANGANG la rakyat Malaysia tercinta ku ini (terutama yang serah IC memangkak BN kerana RM50)...rakyat Malaysia memang senang digula-gulakan sebab pemikiran cetek atau telah dibodohkan oleh BN selama ini...

    Sekian, Terima kasih...

  6. takpa...next GE undi lagi depa..confirm lagi baguih depa bagi...tengok la!!

  7. Sekiranya ekonomi negara tersungkur BN yg bertangung jawab. RM.70 billion dibelanjakan untuk sabsidi satu kos yg berlebihan. Bila nak mansuhkan sabsidi ada pula yg ambil kesempatan kata kerajaan zalim dan sebagainya. Patutlah kerajaan nak sangat hasil judi untuk manampung overspending... agaknya. Buatlah apa yg patut Najib asalkan ekonomi negara pulih dan rakyat selamat. Inilah masanya pembangkang bersama-sama fikirkan jalan keluar yg terbaik. Itupun kalau nak dan kalau diterima...

  8. Sebelum pikir nak potong subsidi, masalah ketirisan, pembaziran perbelanjaan dan rasuah dalam kerajaan harus dibendung dahulu. kat situ aje lebih RM28 bilion setahun hangus begitu sahaja, macamana tak muflis? Lepas tu pandai pulak nak suruh rakyat pikul beban yang depa buat. Oh yaa... Sebenarnya salah kita juga sebab siapa yang suruh pilih depa? Dah tahu depa korup nak pilih lagi buat apa? Sapa-sapa yang undi dacing pada pru 12 atau prk-prk selepas itu diingatkan jangan merungut pasal harga petrol dan barang keperluan naik. Dah itu yang kamu pilih. Tanggung laaa... Tapi yang macam Pak Bakaq cakap, habis tu orang yang tak pilih depa camana? Tak pasal-pasal kena tanggung sama atas kesilapan orang lain...

  9. Subsidi untuk rakyat Marhain yang hidup segan mati tak mahu, dikatakan akan melingkup Kerajaan.

    Salah urus tadbir Kerajaan oleh Pemimpin um-NO yang PELAHAP MENTEKEDARAH, Mengkayakan Kroni, Pelahap komisen yang tak masuk akal boleh mengkayakan Malaysia ke?

    -Nasib Rakyat Marhain-

  10. MALAYSIA dah nak jadi macam GREECE..
    Ka..kah...kahhhhh..
    Process ni di mulakan oleh KUTTY di ikuti PAK LAH dan NAJIB
    Oi Melayu UMNO..percaya lagi MAMAK...dah tahu di kaki belit pasal apa kasi dia jadi ketua kau orang lama2 sampai 22 tahun
    Kalau kau orang nak MAMPOS gasak kau orang lah..
    ni semua RAKYAAT nak kena tanggung..apa hal plk...

  11. Kalau dah tak mampu mentakbir negara ni, serahlah kpd org yg lebih mampu. Tetapi melaun ni mana reti bahasa, biar negara bangkrup pun bukan salah mereka. Rizab emas negara dari 300 tan dah lebur tinggal 60 tan sahaja, siapa punya kerja? Tanya kat mamak kutik tu, 20 tahun perintah negara hilang US100 billion. Bukan hilang pun tapi masuk poket dia org komisen mentakbir negara ni dgn bagus apa salahnya. "Komisen tak apa tetapi rasuah tak boleh" kata najis.

    Bila ada pilihan raya kecil ada pulak tabur duit berjuta-juta. Tanya dia duit itu dpd belanjawan mana? bila dibentangkan di parlimen? bila diluluskan? Kalau macam ni cara dia org menguruskan duit memang lingkup negara jadinya. Sebab tu luluskan lesen judi utk punggut balik duit yg dah hangus. Karung duit dah kosong.

    Negara Greece jadi bangkrup sebab salah pentakbiran, sumber hasil tak seberapa tetapi belanja utk pertahanan sahaja berbilion-billion dollar. Beli kapalselam 6 biji sekali beli hutang pulak tu. Mereka nak bersaing siapa lebih kuat dgn Turki sebab mereka pernah berperang merebutkan wilayah di Cyprus. Mereka tidak mempunyai hasil bumi yg banyak spt negara kita yg kaya dgn minyak mentah, sawit, getah dll.
    Hutang luar negara mereka mencecah euro 300 billion.

    Hutang negara kita kebanyakan dalam negara iaitu wang KWSP, BSN dll tabung kewangan. Sebab tu dividen KWSP ciput sahaja, semasa ditahun 70an, 80an dividen KWSP mencecah sehingga 12%. PLUS pun pinjam duit KWSP dgn faedah yg rendah tetapi bayar tol makin tinggi. Sekarang GLC spt Sime Darby, POS rugi berbilion ringgit, rakyat kena tanggung lagi. Lagi lama dia org perintah, lagi lingkup negara ini.....

  12. “Hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan”

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Malaysia mengajak rakyat Malaysia mengikuti perkembangan terkini arah aliran pengurangan subsidi global.... ?????

    Nak naikkan harga petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan, langkah pertama beliau adalah mengajak ahli UMNO Baru bayangkan kesusahan rakyat negara asing seperti...

    "Bayangkan, rakyat Somalia sendiri kena bayar harga yang lebih tinggi untuk petrol berbanding rakyat Malaysia,"

    Sungguh bijak Datuk Seri Idris jala ni..? Atau ahli UMNO Baru memang bangang....?

    Kami dari kalangan rakyat yang anti UMNO/BN menyokong harga petrol dinaikkan tanpa perlu "...membayangkan..." asalkan pembayarnya terdiri ahli, penyokong dan pencacai Barisan Nasional saja.

  13. Inila contoh tepat untuk 1malaysia...
    rakyat di dahulukan,kualiti diutamakan..hehee
    haru..haru..minyak naik,gula naik, saman x dak diskaun lagi...pas ni tengokler
    macam-macam naik...bukan kata barang je,orang pun naik..kes jenayah ragut, rompak, curi pun akan naik..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008