Sedap!! Klik gambar di atas!

Umno BN hendak jadikan negara ini negara kafir?

Dalam berita bertajuk "Batalkan saja!", myMetro hari ini melaporkan pahlawan kesiangan mencabar Pakatan Rakyat (PR) terutama PAS dengan sokongan DAP untuk membahas bantahan pelaksanaan pemberian lesen judi terbabit di Parlimen. Menurutnya, sebelum ini DAP pernah difahamkan turut tidak bersetuju pemberian lesen judi itu.

“Jika mereka tidak bersetuju, gunakan saluran betul dan sekiranya benar mereka membangkang pemberian lesen judi itu, ini bermakna mereka mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya (berita itu dicopy and paste oleh Mat Hashim di sini).

Saya tak akan bantah hak demokratik orang untuk bersuara. Tapi kalau ya pun, biarlah nampak cerdik sikit.

Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) yang bagi lesen konsesi berbilion ringgit kepada Kumpulan Berjaya Corporation bagi mengendalikan pertaruhan judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010, apa cerdiknya PAS dengan DAP pulak yang hang cabar? Setau saya, puak PAS dan DAP dah lama bersuara menentang judi itu, jauh lebih lama sebelum pahlawan kesiangan bersuara.

Yang nak tergelaknya, pahlawan kesiangan itu juga menjerat parti dia sendiri, Umno, bila dia berkata, sekiranya benar PAS dan DAP membangkang pemberian lesen judi itu, ini bermakna mereka mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Soalnya, bila kerajaan Umno BN memberi lesen judi itu kepada tuan besarnya, Vincent Tan, adakah ia bermakna Umno BN hendak menjadikan negara ini negara kafir?

Kalau kita kata bodoh, mesti dia marah. Malangnya, tidak kelihatan cerdik.

Apa pun, saya bersetuju bila seorang lagi pahlawan kesiangan dalam isu judi ini berkata (hebat sungguh adab Melayu dia!):
Selaku Presiden Perkasa saya mencabar Pemuda PAS desak kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan Kedah untuk haramkan penjualan Nombor Ekor (Empat Digit) Magnum, Toto, Damachai dan Loteri saperti yang dibuat oleh kerajaan Kelantan.

Bukankah Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dibawah kerajaan Pakatan Rakyat? Gajah didepan mata yang di langgar sedang mata melihat kuman di seberang.

Saya Cabar jika mereka ada Telor dan Anak Jantan, Desak Kerajaan Pakatan Rakyat menghapuskan semua bentuk judi di negeri dibawah Pakatan Rakyat (lihat "Lesen Judi PERKASA cabar Pemuda PAS" dalam laman kumpulan yang saya tengok ramai yang sebut Perkosa itu).
Kalau judi berlesen bersepah di Pulau Pinang dan Selangor, saya tak nak kata apa la. Tapi adakah Pemuda PAS takut sangat kepada Datuk Seri Azizan Abdul Razak (biasanya saya tak panggil pemimpin PAS dengan gelaran istana) bila di Kedah pun judi berlesen lebih bersepah lagi?

Kepada kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR, jangan sampai orang kata tak berapa reti nak berlawan. Kalau hampa tarik balik lesen premis kepada pusat-pusat judi itu, tentulah akan berkurangan sumbangan tauke-tauke judi tu kepada dana politik Umno dan BN.

Apa pun, sebagai rakyat biasa, saya akan tetap memberitahu rakyat Malaysia sampai depa sedar bahawa poster-poster, banner-banner, markas-markas serta apa saja yang hampa nampak hebat sangat yang ada pada Umno BN, sebahagian besarnya adalah hasil sumbangan tauke-tauke judi seperti tuan besar mereka, Vincent Tan - sebahagian besarnya adalah sumbangan hasil perjudian seperti Empat Nombor Ekor Magnum, Toto, Damachai dan loteri. Yang tu hampa jangan lupa.

People, wake up!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. mapuh kerah doh weeei. lagumano jidi botok@kickdefella? pitih 4 juta mung gi tohok duano ? togok arok ?

  2. Bila nak tulis cerita "PKR & PAS & DAP nak jadikan Negara ni negara bebas homosex"

  3. Macam mana kalau UMNO ajak PAS tubuhkan negara Islam? Agak2 nizar, khalid samamad, dr dzulkifli dan nik aziz setuju tak?

  4. cabar mencabar ini cerita orang kampung zaman hikayat jebat dan teja. 'saya pantang dicabar' zaman moden ini boleh membuat orang terpelusok kat kampung macam dunggu. biarlah sesiapa nak cabar mencabar, yang penting orang yang gila judi tu ingat ingatlah mati dan alam kubur. yang mencabar menegakkan benang yang basah tu, elok fikirkan alam suasana kampung yang lunak dengan suara azan berkumandang setiap waktu. jangan digilakan alam material sebabnya bila mati tu, bukan boleh bawa ke alam kubur bini muda, mercedes, bentley, duit rasuah dan sedekah-sedekah.... renunglah, umur makin lanjut, kena ghout makan udang dah mengigil telor.

  5. Kita mahu tengok sapa yang serius nak hapus judi. Kita mau Kedah bikin dulu. Kalau tak, baik kalah pada PRU 13. Kita perintah nak buat Islam bukan timbunkan wang pencen!!!!

  6. MAaf lah pokimak ya.

    Bila lak Malaysia ni NEgara Islam?

  7. ckp mmg sedap,tp perbuatan tak selari dgn apa yg dibuat.

    meraum pasal nak islam,tp buat benda yg islam tak suka.contoh mcm penarik beca,nak islam tp merokok.tu contoh kecik.

    sama cam pas.mmg dukacita kalau duk meraum tak bagi najib lulus lesen judi,tp judi kat negeri dia perintah,tak pulak dia tutup

  8. Camane PAS nak memerintah negara kalau Koperasi Al-Hilal Berhad pun tak boleh nak di uruskan.

  9. cabar, cabar, cabar!!!! tak habis-habis cabar mencabar. perkara simple pun nak cabar-cabar. judi tu haram. tak yah cabar-cabar lah. cabar diri kita supaya jangan berjudi. tingkatkan usaha lawan usaha-usaha nak menghalalkan nya. tak kira lah pas ke, umno ke..perkasa ke. ni senyap bila kerajaan lulus, sepaptutnya orang yang gila-gila sangat bawa kepala lembu, marah bagai kiamat lim guang eng, pakida dan banyak lagi yang baru-baru nila gila nak pertahankan islam mengalahkan tentera jihad islam zaman khalifah lagaknya. mana mereka semua? hassan ali and the gang sepi. amacam? sudah lah woooi.... islam tak perlu puak-puak hipokerit macam demo untuk mempertahankan nya. demo berlagak lah.... mustahil tuhan tu bersifat jahil. awang adik sekor tu pun tak leh nak lawan.

  10. ROKOK DAUN JE. BUKANNYA ROKOK CIGARET, TAK DA NAK BAYAR CUKAI.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008