Sedap!! Klik gambar di atas!

Tidak kelihatan Islam dan Melayu

Saya tak peduli siapa nak bakar gambar siapa. Nak kencing, nak berak atas gambar tu pun, itu dia orang punya suka. Saya peduli apa.

Tetapi, dengan segala maki hamun dan bahasa kesat serta mencarut dan isyarat lucah yang menjadi budaya gerombolan seperti yang ditayangkan di dalam Malaysia Today di bawah tajuk "Zaid's effigy set on fire outside PKR HQ" (video asal di sini), adakah Nabi Muhammad s.'a.w. mahu mengaku umatnya? Benarkah mereka mewakili Melayu sedangkan tak nampak pun sopan santun orang Melayu?

Jika Datuk Zaid Ibrahim melakukan perbuatan-perbuatan yang dilihat tidak Islamik dan tidak pro-Islam (yang, pada saya, amat sukar untuk dinafikan dan amat sukar juga untuk berlapang dada - tetapi tidaklah termasuk kenyataannya mengenai sultan Selangor), adakah gerombolan itu Islamik?

Saya mengaku bahawa saya langsung tidak meminati sultan Selangor. Tetapi orang bercerita kepada saya bahawa beliau juga mempunyai decorum atau ketertibannya tersendiri, tak kisahlah British style ka, apa ka.

Sambil mengakui tak kelihatan cerdik juga mereka yang berlawan jerit dengan gerombolan itu, saya tak nampak sifat gerombolan itu yang membolehkan saya menyangka mereka mewakili Islam atau Melayu. Mereka mewakili apa sebenarnya? Bangsa Umno? Datuk Ibrahim Ali?

Saya harap tidaklah menjadi satu dosa untuk bertanya.

Berkaitan:
I became pro-Monarchy because of Umno (Malaysia Today 7/5/10)
Activists torch effigy of 'traitor' Zaid (FMT7/5/10)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Bakaq jangan double standard..yg dok guling atas jalan pakai serban, berlarak cina mati bawa lilin tu ape hal.. itu mencerminkan islam ke? Bakaq orang melayu tak akn berak atas gambar hang. kaum yang cuci berak pakai kertas mungkin guna gambar hang untuk lap pungkuq depa...

  2. Perlakuan PR adakah pula kelihatan Melayu dan Islam?

  3. Nasihat aku pada penulis PB,agar lebih profesional apabila menulis sesuatu perkara,tak kira di pihak mana anda pilih,jangan kita gah dengan penulisan kita tetapi bangsa melayu berpecah belah,renungkan cara pemikiran bangsa kita,tak segagah bangsa lain,kita berjaya dalam bidang profesional tetapi kita gagal menjana bangsa kita untuk bersatu padu,ingatlah kuasa politik kita makin nipis,tak kiralah siapa yang memerintah samada umno/pas/pkr semuanya sama saja.kita perlu bangkit dan bersatu padu demi anak cucu kita pada masa hadapan,nampak sekarang bangsa kita telah berpecah belah,tuduh menuduh,jatuh menjatuhkan dan banyak lagi.kita telah membuka pekong kelemahan bangsa kita pada orang lain,bangsa lain dah berani menuntut dan mempertikaikan keistimewaan bangsa melayu.mana pergi semua blogger yang pandai menulis,mata pena lebih tajam daripada mata pedang,so jangan gunakan wadah ini untuk menghancurkan bangsa kita.aku tak faham cara pemikiran bangsa kita masa kini,hebat sangat ke pemikiran kita ini hingga tak ruang langsung semua blogger duduk bersama memikir dan bertukar idea yang bernas untuk kemajuan bangsa dan agama.,kita adalah satu bangsa yang sujud pada yang maha Esa,cuba renungkan lagu ini
    "Anak kecil main api terbakar hatinya yang sepi airmata darah mengalir keringat bumi di pijak milik orang".aku begitu sedih melihat ketamakan kuasa politik pada hari ini,sampai bila bangsa melayu nak bersatu aku pun tak tahu,jangan sampai satu masa nanti bangsa melayu akan merempat di tanah air sendiri,lu fikirlah sendiri,lihatlah pergolakan di rantau kita sampai sekarang tidak ada kesudahan,yang susah siapa....sudah tentu rakyat,terutama bangsa kita MELAYU bukan jadi LAYU sampai bila bila.

  4. pak bakaq,
    depa ni bukan kata nabi...
    kot raja suran, demang lebar daun, sang sapurba, wan empuk, wan malini pun dah kenal dah depa nih...
    ehhh...entah2 depa ni pun tak penah dengar nama wan empuk.
    Umco la katakan...
    torat pun depa ubah, ni kan pula kitab Sejarah Melayu.

  5. Mempertahankan Sultan dengan carut dan makin hamun..Ini dah kira menghina Sultan...agak malang bagi Sultan Selangor kerana di bela oleh orang-orang yg rendah akhlak...

    Tindakan kerajaan untuk mempertimbangkan lesen judi juga adalah satu penghinaan kepada Islam dan DYMMYD Agung...awat NGOk melayu tu tak pi maki Awang Adek dan UMNO....

    PERKASA ni sembang ja lebih....

  6. memang setakat tu ja lah melayu ni.. songkok tinggi melangit.. bodo pun tinggi melangit!

  7. baru kena sikit dah melalak..

    yg Pas buat pun bukannya Islamik..

    yg Umar Abd Aziz celup tu pun pijak muka umat Islam.

    yg Pas kata takdak duit buat Masjid..tapi mengutuk orang 4 juta ada bajet..

    mmg la tak teruk mcm BN songlap Bilion kat PKFZ..tapi orang muda tak mau Pas pasai kerja depa mengutuk orang aja yg hebat.

  8. Askar-askar upahan yang berlagak lebih islamik dan petriotik bangsa konon. Kalau ini lah model PERKASA, aku malu sungguh-sungguh. Memang dari mula penubuhan Perkasa ini aku dah meluat. Ditambah pula perlantikan MAHARAJA nyayuk TUN. Dulu Tun Mahathir kutuk Mamat Ibrahim Ali. Sekarang sondoi jubuq pulak. Semuanya model politik murahan yang dibawa UMNO. Bila bangsa lain tengok kelaku manusia-manusia 'kurang ajar' ini, nampak sangat maruah bangsa melayu 'lower class' kata P.Ramlee.

    Sekarang kita lebih tahu siapa diperalatkan, bapak segala perkauman, kaki hasut. Najib seronok kerana orang UMNO sendiri tak tau nak buat macam tu kecuali YB Punggung di Dewan Negeri P. Pinang tu. Sepatutnya manusia-manusia yang bersifat 'binatang' inilah disumbat di Penjara Taiping. Di ISAkan. Cuba geng-geng PR buat, awai-awai lagi riuh satu dunia. Awai-awai lagi sumbat dalam ISA.

  9. Sistem Pilihanraya di Malaya wajib berubah. Jika tidak orang Melayu akan hilang di dunia ini. Kata Parti Liberal Demokrat, UK harus berubah. Jika ibu tiri pun dah nak berubah mengapa anak tiri tak nak.
    The LibDems UK want an electoral system based on a form of Proportional Representation which takes into account the number of people that vote for a party in elections, and an end to the current “first past the post system” which is based solely on the number of parliamentary constituencies a party wins.

  10. frankly speaking, sy tak berminat dengan mana2 sultan kat malaysia nie..dan sy raser mempertahankan kedaulatan sultan itu mcm....(smbung lah sndri)

  11. Kalau dah terkena batang hidung sendiri baru tahu,siapa yang mula sekali ajar cara itu..lu fikirlah sendiri?

  12. semua umat manusia di dunia ini berhatikan mulia dan ada sifat sifat common sen dalam otak, akal fikiran mereka. naluri berkehendakan yang bersih terbaik amar maaruf nahi mungkar itu ada sebati dalam akal fikiran setiap umat tak kisah melayu ke, cina ke, india ke, mat salleh ke, afrikaner ke, orang jawa tok tok pun sama juga.

    masalah timbul yang merubah sifat manusia yang baik kepada berperangai setan setan seperti dipertunjukan dalam demo Zaid oleh segelintir bahlol bahlol melayu. apabila darah daging mereka mereka berasaskan sumber tak halal, hasil rasuah, hasil dari menindas umat yang susah daif, maka hati mereka menjadi hitam berapi bagaikan setan setan. orang melayu pada asalnya sehingga kini adalah bersifat mulia dan taat pada adat santun berbudi bahasa. namun, jika makan minum darah daging pada asalnya berpunca dari pendapatan haram, maka dengan ini padanlah api nereka ALLAH SWT sediakan khas untuk mereka setan setan ini yang jahil akal fikirannya. tengok saja pada rupa tingkah laku dan bentuk badan mereka ini, dapat dibuat kesimpulan mereka ini amat tenat hati dan jiwa mereka, bagai pengidap AIDS. marilah kita renungkan bersama tujuan kita hidup didunia ini.

  13. Sebelum nak nasihatkan orang, cermin lah diri sendiri dulu. Hidup dgn kemudahan yang diberi, keistimewaan yang dianugerah, tak sedar diri lagi. Akal diberi Allah untuk berfikir tak digunakan. Sanggup dicucuk hidung dan bontot semata2 untuk menggadai bangsa dan negara.
    Agama dicaci, bangsa ditindas, mengapa tak sedar lagi?
    Fikirlah untuk hidup seperti sekarang ini siapa yang bantu?

  14. sapa yang ajar bakaq?
    utusan Malaysia zaman reformasi tulis masa kes liwat azizan..."z#@*@r anwar masuk dlm ...". Muka depan pulak tuh...
    dulu bermusuh dengan komunis pun tak macam ni.

  15. ramainya orang bodoh bodoh sekarang ni ya. kalau lembu boleh cakap pasti ditanya kenapa lah awak semua ni lebih bodoh dari aku....

  16. Aku teringin nak tengok ketua agama islam jadi imam baca kutbah jumaat. Imam terawih di masjid-masid.Imam solat fardhu. Selain Tengku Faris pemangku sultan kelantan dan almarhum sultan Johor, siapa lagi yang pernah jad imam solat. Sesungguhnya aku menyokong Tengku Faris.

  17. Yang diorang ni sibuk2 nak mempertahankan Sultan/Raja bukan apa pun.....nanti kalau takde Sultan/Raja camna nak dpt gelaran Dato, Dato Seri dll.....itu aje.Takpun paling koman pun boleh le letak nama Tengku/Raja dan seantero dgnnya kat nama mereka (waris le konon - Sultan/Raja pun tak kenal depa). Tapi yg duk berdemonstrasi kat jalan sambil maki hamun tu je yg masuk angin keluar asap (mcm kata P.Ramlee tu). Org2 diatas yg untung.....fikirlah sendiri!

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008