3/5/10 lalu, ada di antara kita yang terbaca berita bertajuk "Perkasa demands ‘blue ocean strategy’ for Malays" (komen-komen di sini - lihat juga posting Datuk Mohd Ariff Sabri Haji Abdul Aziz bertajuk "Perkasa wants PM Najib to be Moses" serta komen-komen di sini). Semalam, agaknya ramai juga yang membaca berita bertajuk "Najib: Tenyeh kontrak bukan cara bantu Melayu".
Dari semua itu, kita terasa semakin dekat dengan kesimpulannya. Saya langsung tak nampak nasib dan masa depan umat Islam dan bangsa Melayu menjadi isu sebenar. Saya hanya dapat melihat satu sahaja isunya - sifat bulur tidak terkawal kepada kepala Agong. Kepala Agong tu istilah lain la kepada duit.
Bongok terlampaulah kalau kita percaya gerombolan yang mengkhianati Islam dan Melayu selama lebih 50 tahun mahu memperjuangkan nasib Melayu. I'tiqad, kepercayaan dan sifat bulur mereka hanya kepada satu benda sahaja - duit. Tidak ada lain, duit, duit, duit.
Tetapi kelebihan mereka yang tidak ada kepada orang yang bersungguh-sungguh mahu memperjuangkan Islam, Melayu dan semua rakyat Malaysia ialah kepandaian berkata-kata dan mencipta slogan yang sangat laris dalam sifat mudah kagum orang-orang Islam dan Melayu.
Kalau dengar cakap-cakap mereka, luruhlah segala akal dan jiwa. Masa depan Melayu yang terancam la, masa depan Islam yang terancam la... Hello, hampa ingat depa peduli semua tu? Ada depa kisah?
Tengoklah muka-muka depa satu persatu, tengok dengan akal dan suluhan iman, ada hampa nampak pancaran jiwa yang ikhlas dan bersungguh-sungguh nak perjuangkan Melayu, nak perjuangkan Islam? Boleh jadi orang lain nampak, tetapi saya tak nampak. Kalau tak nampak menyebabkan saya dimaki hamun, saya peduli apa!
Peduli apa kalau saya dianggap celaka sekalipun kerana hanya nampak kepala Agong di muka mereka.
Terlepas dari cerita itu semua, saya nak bawa kisah sebelum pilihan raya umum 8/3/08. Dalam satu perjalanan selepas balik ceramah bersama-sama, Datuk Ibrahim Ali berpidato dalam kereta kepada Haji Mohamad Sabu. Entah apa-apalah gamaknya.
Saya diberitahu, akhirnya Mat Sabu pun kata, "Bagi dapat dulu tiga (kawasan Dewan Undangan Negeri) DUN dalam Pasir Mas tu (kepada PAS). Lepas tu Umno balik pun tak pa" (waktu tu PAS mengalami penyakit kebuluran kerusi DUN di Kelantan. Dalam keadaan sakit tak tertanggung dan lemas dalam kebuluran itu, tangan babi pun depa sambar. Tak kira dah).
"Celaka mu, Mat! Mu tak percaya aku!" Ibrahim meningkah.
Anda percaya?!

Cantik? Klik 

memang itu sebenarnya yang ada dlm ati perut mereka, cerita saja nak naikkan melayu. yang dah kaya menambah kekayaan, yang dah dapat duit mencari bur**, yang alim sikit berulang alik umrah, melayu yang susah lantaklah kome.. sikap hakap iri hati dengki dendam dan macam-macam sikap melayu subur hidup... makin subur dari masa lalu. sikap penting diri dah menjadi raja dalam diri melayu... dari yang di atas sampai kebawah. sapa yang peduli pada rakyat.
susah juga jadi orang melayu; benggap susah, bijak lagi susah. tapi kalau jadi uimat islam tak susah sebab umat islam bertuhankan ALLAH SWT saja, dan bukan duit$, harta kekayaan, buri* ataupun kuasa. tapi hakikatnya, melayu telah bertuhankan dunia dari akhirat. maka, dengan ini padanlah orang orang melayu, dari ke felda, ke kampong, ke bandar semuanya akan lungkup ke tanah lebih hina dari babi. kenapa? sebab daging babi lebih mahal dari daging melayu!
Melayu memang geli tak nak kan ke babi...
Ramai juga melayu yang aku kenai, bila pi Hatyai, sibuk dok cari kedai makan halal pasai takut termakan babi, tapi boleh pulak dakap ayam pakai kasut dan minum beer...
Yang beduit pulak bila pi Europe boleh makan ayam atau lembu walaupun di kedai kapiaq janji bukan babi...
Babi tak mau tapi lain2 benda haram NO HAL.... Melayu...
Tenyeh kontrak bukan cara bantu Melayu? betol ka najib? bukan ke hari tu hang tenyeh kontrak bagi kat budak2 tingkat empat tu atas alasan nak tolong melayu
Poll: What Is Your Opinion Of Umno's Constant Threat Of Another May 13?
Saya perhatikan Melayu tebahgi kapada tiga katogori.Melayu mengaku Islam tak bolih disamakan dengam Melayu Islam.(a)Orang Melayu berugama Islam ikut perinta Allah.(b)Melayu kata dia Islam tapi tak ikut ajaran Islam dan mempertikaikan ajaran Allah.(c)Malahal ada lagi satu kelumpok Melay Islam percayakan ajaran Islam tapi tidak memperaktikanya.Tiga tiga kelumpok ini sama ada mereka ini duduk didesa atau dibandar sama aje.Fikir fikiran lah.Yang bahaya sekali adalah golongan orang Melayu di katagori (b).